ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Saturday, August 24, 2013

Macam-macam Rasa

Assalamualaikum & Hye

Tadi online FB, hati ni terusik lagi. Ex-housemate dah bersalin anak kedua. Seronoknya... Dapat baby lagi. Teringin nak jugak. Lepas sekian lama masing-masing menyepi... Tiba-tiba dah tayang gambar anak kedua. Tumpang gembira, tapi  dalam masa yang sama, hati ni sebak sangat.

Hanya mampu melihat saja buat masa ni. Kena banyak-banyak bersabar. Jodoh pertemuan, ajal maut, zuriat... Semua tu rahsia Allaah SWT. Kita tak tahu apa yang DIA dah sediakan untuk kita. Setiap kejadian, ada hikmahnya. Sebagai hamba, kenalah banyak bersabar, redha & ikhlas terima setiap ketentuanNya.

Memang susah nak hadapi sebab rasa amat perit. Tapi kena jugak lalui. Allaah SWT nak tengok sejauh mana keimanan kita kepada DIA. Ujian dan dugaan tak akan pernah berhenti menziarahi kita. Nak tak nak kita kena kuat hadapi semuanya. Kerinduan yang memuncak membuat diri ni rasa sebak sangat. Nak menitis air mata bila terkenangkan semuanya.

Apakan terdaya. DIA hanya pinjamkan seketika, kemudian DIA ambil semula. Wahai hati, tabahlah. Ini dugaan yang tidak seberapa walau pun rasa inilah dugaan yang paling berat. Allah sudah janjikan kemanisan buat mereka yang sabar menempuhi setiap dugaanNya.

◆sendirian menenangkan hati yang gundah gulana.

Wednesday, August 14, 2013

First Day After Long MC + Raya

Assalamualaikum & Hye

Waaa..... Memang perghh arr kerja petang ni. Langsung tak duduk start masuk kerja sampai ke habis kerja.. Ubat dari pukul 4 sampai la pukul 9... Pukul 9.15 baru habis....

Kaki ni jangan cakap la. Macam nak patah kaki rasanya. Tumit sakit, betis sakit... nearly full bed kat wad. Patient ada 23 orang. Dah lama jugak la patient tak ramai macam tu. Dah tu ramai diabetic pulak. Nak kena check blood glucose, pastu inform doc. if result more than as doc. ordered.

Kalau HPT tu okey lagi. Check BP saja. Sabar saja lah... Naik kerja terus kena sebijik. Ada pulak staff nurse MC sorang. Dia kerja malam. Mujurlah diorang tak suruh buat locum night. Perghh! Memang aku tido la! Tapi seriously... Memang rasa nak pengsan pun ada. Ward lain tutup lagi (ada beberapa ward masih ditutup). Tu yang semua masuk situ.

Medical, ortho, eye, belaka-belaka la semua masuk situ la. Penatttttt!
Tapi... Bila balik rumah, tengok muka anak... Muka suami tercinta.. Hilang penat. Bahagia rasa. Aura keluarga tu, terasa la. Tengok gelagat anak.. Happy la..

Rumah ku syurga ku!

Monday, August 12, 2013

Jangan Putus Asa

Assalamualaikum & Hye

Setelah diuji berkali-kali termasuk yang mahal macam pasya sandha munye... Tetap tiada... Conclusionye memang tak ada la. Walau agak kecewa, tapi usaha akan tetap diteruskan tanpa putus asa.

Tak nak fikir negatif. Belum rezeki nak buat macam mana. Banyak cara belum dicuba. Tak apa, cuba satu-satu. Allaah SWT saja yang tau apa yang terbaik untuk kita. Banyakkan berdoa, jangan sesekali putus asa. Sabar itu cukup indah kalau diselami.

Semoga ada rezeki lepas ni..

Monday, August 5, 2013

Bulatkan Tekad

Assalamualaikum & Hye

Bangun tadi.. Saya sudah bulatkan tekad.. Tak nak buat test lagi hinggalah genap 2 minggu daripada tarikh mensus yang lepas.

Sebab daripada pembacaan artikel-artikel di web... Kebanyakkannya menyarankan UPT dibuat selepas 2 minggu mensus delay, baru akan dapat result yang betul.. (walaupun saya ada mengalami kehadiran 'si dia' yang sedikit). Tapi tak apa lah... Daripada menanti dengan penuh persoalan yang bersarang..

Baik buat relax saja.. Cool.. Banyakkan bersabar & berdoa mohon agar dimakbulkan hajat.. Nak nak lagi di penghujung Ramadhan ni.. Hati pun rasa lebih tenang..

Be POSITIVE!

Persoalan Yang Belum Terjawab

Assalamualikum & Hye

Salam Subuh, Salam 27 Ramadhan bagi yang beragama Islam..

Tinggal berapa hari saja lagi Ramadhan ini akan meninggalkan kita. Sedih kan? Sebab Ramadhan lah bulan untuk kita mengumpul pahala. Setiap amal akan berganda. Sepanjang Ramadhan, apa yang dah kita buat? Banyak pahala @ banyak dosa?

Bermula hari ni, setiap pagi Hana nak motivate kan diri supaya tidak mudah patah semangat, stress @ resah gelisah memikirkan sesuatu yang belum pasti. Hanya buat yang pasti & terus berusaha tanpa jemu.

Kalau sudah bukan takdirNya untuk kita, sampai bila-bila pun tetap tidak berubah. Kena banyakkan bersabar. Orang yang sabar itu, Allah SWT dah janjikan kemanisan dipenghujungnya. Apa jenis kemanisan yang akan diterima, hanya DIA yang tahu. Sebagai hamba kita kena patuh setiap perintah & tinggal apa yang ditegahNya.

Hana harap setiap pagi, Hana akan bangun dengan lebih semangat untuk teruskan kehidupan. Tak nak stress, tak fikir yang negatif.. Biar POSITIF ja sentiasa.

Untuk persoalan yang masih menjadi tanda tanya tu, biarlah begitu..
Kalau ada, syukur alhamdulillah. Kalau tak ada, kenalah berusaha lagi. Terlalu mengharap pun, bimbang hati kecewa tak dapat terima. Apa yang perlu dibuat.. Berusaha & banyakkan berdoa.. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah SWT..

Selamat Berpuasa
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf andai ada terlanjur bicara & perbuatan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...