ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Thursday, February 28, 2013

Memang Tak Boleh Cakap Dari Kecik?

Assamualaikum & Hye

Sakit sangat tekak ni. Makin menjadi-jadi. Tekak sakit, badan tak larat, kepala berat. Semua rasa tak sedap di badan la. Tak tahulah sampai bila akan bertahan ni.

Esok start bulan baru. Locum pun ada la jugak. Penat yang baru ni pun tak hilang lagi.

Bila sakit tekak ni... Terkenang pulak tahun 2004.... Masa tu demam & sakit tekak sangat-sangat. Sampai kena admitted.

Masa tu Hana ingat lagi dr. yang rawat Hana nama dia dr. irham imran... Masa my family bawak jumpa dia, dia check kan..

Dia tanya Hana tak dapat nak jawab soalan dia sebab terlampau sakit.

Mak cakap la,

"tak boleh cakap tu,"

Dia kata...

"ooo...tak boleh cakap sejak lahir ye?"

....Aiyooo....

Sampai hati Doc. cakap gitu kat saya...




Wednesday, February 27, 2013

Hilanglah Kau Dari Ku...

Assalamualaikum & Hye

Hurmm... Masuk ni dah 4 hari tak sedap badan. Rasa perit tekak macam ada benda bengkak dan menyekat. Rasa macam nak demam. Rasa berat kepala macam nak melayang. Semua rasa ada la... Rasa yang tak sedap badan.

Janganlah sakit lagi. Cukuplah derita sakit yang hari tu. Hari ni kepala rasa berat sangat. Bila kahak dikeluarkan, nampak macam pinkish pinkish warnanya... Mungkin sudah berdarah sebab pembengkakan dah pecah. Rasa macam tak nak pergi kerja. Tapi apakan daya. Sudah tak cukup staff untuk bekerja. Tangan dan badan terasa mengigil. Lagipun tubuh ni rasa masih mampu nak bangun dan pergi bekerja. Selagi mampu kita kena lakukan.

Ubat jangan cakaplah. Memang malas nak makan. Saya memang suka bagi orang makan ubat. Tapi saya tak suka makan ubat. Sangat tak suka. Tapi bila dah terpaksa dan dipaksa tu saya redha. Huhuhu....

Pergilah kau wahai penyakit sakit & pening daripada ku. Aku kena bekerja dengan penuh fokus ni...  Semoga cepat sembuh diriku.... Huhuhu...

Sunday, February 24, 2013

Alahai... Tolonglah Sihat!

Assalamualaikum & Hye

Tengah syok goreng keropok lekor... Tetiba ada mesej masuk. Dalam hati berharap sangat bukan daripada co-worker yang minta buat locum. Tak mahu!

Ternyata bila mesej dibaca.... Memang daripada salah seorang co-worker minta buat locum pagi esok. Adoi! Saya tak mahu... Malas sebab penat! Hurmm... Nak jawab apa... Tanya la kalau ada orang laib yang available, minta la diorang yang buat. Tapi kalau tak ada jugak tak apalah.

Lepas tu terus datang headache i ni... Aiyoo.... Sangat tak nak buat locum sebab penat. Tu kalau dah datang tak ikhlas nak buat locum, macam-macam la akan jadi tu. Terus rasa macam nak berhenti kerja!

Mak! Tolong....

Tak apa... Kali ni aku bantu orang... Next time kalau aku ada masalah macam tu ke yang lebih kurang camtu ke... Harap ada yang boleh tolong. Mementang aku tak ada anak kecik di rumah.... Hurmmm....

Ni sakit kepala pulak... Tolonglah lega.. Tolonglah!

Saturday, February 23, 2013

Sapa Punya Ni? Ngaku Cepat!

Assalamualaikum & Hye

Hurmm... Masa nak parking terkejut pulak ada kenderaan lain yang parking situ. Amboi... Sapa punya pulak ni? Kalau kitorang ni baru berpindah it's okey la kot tak tahu kan kat situ ada tuannya. Ni dah dekat 2 tahun kot. Kalau pun sesiapa yang datang ziarah rumah sedara mara pun... Tak kan la tak bagitau si relative yang datang tu jangan parking tempat orang?

Terang-terang ada tulis no. Rumah kat situ. Hana dulu masa baru pindah memang pernah letak kereta kat tempat orang. Itu pun masa sebelum si tuan rumah pindah ke sini. Lepas dah tahu tempat tu dah bertuan terus tak letak dah. Masalah yang ni yang menghuni di sini kena lah maklumkan kat relative yang datang tu... Jangan letak tempat parking dalam bangunan,yang ada bumbung... Sebab tu yang bertuan. Masa My Family datang hari tu Hana pesan jangan letak tempat parking bawah bangunan dengan tempat yang ada bumbung,nanti orang marah.

Tak tahulah diorang ni... Nanti tengah hari ke petang sikit, nak tengok si empunya dah alih ke belum. Kalaulah yang diletakkan tu perrari ke meseriti ke lutus ke... Sejuk la sikit hati sebab boleh berlagak kejap tangkap gambaq.. Kan.. Hurmm... Mudah-mudahan si empunya kenderaan mengalihkan kenderaan dengan kadar segera.

Sunday, February 17, 2013

Tetamu & Rezeki

Assalamualaikum & Hye

Now mostly setiap hari ramai pesakit yang masuk ke ward. Walau penat, tapi Hana bersyukur & anggap mereka sebagai tetamu yang perlukan layanan yang lebih daripada tetamu biasa. Dan anggap mereka juga membawa rezeki untuk kami.

Melayan kerenah mereka yang kadang-kadang kurang sabar juga mengajar kami erti sabar dan belajar bersabar. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. Ya, kami tahu encik/puan/adik sedang menanggung sakit. Adakalanya sakit datang buat anda rasa tak tertanggung. Tapi sedarlah Allaah SWT sedang menguji anda, kesabaran anda dan mahu anda tingkatkan iman.

Bukan saja tetamu di hospital... Tapi tetamu yang datang datang ke rumah kita sendiri juga kita kena alu-alukan. Setiap tetamu yang datang membawa rezeki. Jadi selalulah undang tetamu ke rumah. Heee.. (^_^)v

Terus terang Hana cakap... Naluri hati memang sangat nak lakukan. Tapi ada faktor luaran yang menyebabkan Hana rasa tak dapat lagi nak lakukan. Hana memang nak undang tetamu datang rumah.. Tapi entahlah.. Tak terbuat lagi. Nak nak lagi kerja Hana tak tentu masa. Orang cuti Hana kerja. Hana cuti orang kerja.. Huhuhu....

Mudah-mudahan niat murni ku ini akan dapat dilaksanakan satu masa nanti. (^_^)...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...