ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Thursday, February 23, 2012

What Are We Really Do???

Assalamualaikum & Hye..

Apa yang readers rasa sorang nurse tu buat?
Cucuk pesakit?
Bagi ubat kat pesakit?
Basuh kencing & berak pesakit?
Hurmmm...
Cer citer sikit...

Hari ni Hana nak share pict. ni..
Rasanya readers setuju tak dengan pict. ni?


The last pict. from above show u what are we really do... (^^,)


Wednesday, February 22, 2012

Placenta Praevia

Assalamualaikum & Hye...

Feel free tonight to write about 
PLACENTA PRAEVIA (P.P).

                Placenta Praevia adalah komplikasi obstetrik yang mana placenta tersebut berada pada dinding uterus berdekatan dengan permukaan serviks atau menutupi keseluruhan permukaan serviks. P.P boleh berlaku pada akhir trimester 1, tetapi kebiasaannya pada trimester kedua atau ketiga. P.P boleh menyebabkan antepartum haemorrhage (pendarahan vagina). 

Terdapat empat jenis Placenta Praevia :-

1. Placenta Praevia Type l 
2. Placenta Praevia Type ll
3. Placenta Praevia Type lll
4. Placenta Praevia Type 1V

Placenta Praevia Type l
Plasenta berada berdekatan dengan permukaan serviks tapi tidak menyentuh / menutup serviks.

Placenta Praevia Type ll
Plasenta menyentuh serviks tapi tidak menutup permukaan serviks.


Placenta Praevia Type lll
Plasenta mentup separuh daripada permukaan serviks.

Placenta Praevia Type lV
Plasenta menutup sepenuhnya permukaan serviks.

Mereka yang mengalami masalah Placenta Praevia ini tidak digalakkan melahirkan bayi dalam kandungan ketika itu secara normal terutamanya P.P type lll-lV. Mereka perlu melahirkan bayi secara caeserean / LSCS-Lower Segmen Caeserean Section (Pembedahan).

Bagi ibu yang mempunyai masalah P.P  ini mereka tidak digalakkan aktif berjalan. Kebanyakan pesakit akan dimasukkan ke ward ketika minggu ke 28 dan ke atas untuk direhatkan sepenuhnya.

Note : Boleh rujuk di SINI  untuk maklumat lebih lanjut.   

What Is Hyperemesis Gravidarum?

Assalamualaikum & Hye...

Tengah dok tengok-tengok kat nuffnang tadi..
Tengok ada yang search pasal 
hyperem ni...
So Hana nak cerita la serba sedikit pasal penyakit ni yea..

Hypremesis Gravidarum adalah masalah loya & muntah yang teruk berlaku kepada ibu yang sedang hamil antara 5 hingga 12 minggu..Mungkin berpunca daripada peningkatan level HCG (hormon chorionic ganotropin)...HCG ini meningkat disebabkan kehamilan yang berlaku kepada seseorang wanita yang hamil sesama usia kandungan 5-12 minggu. Bagaimana anda makan banyak sekali pun ia akan tetap dimuntahkan kembali.

Jadi bagaimana nak atasi masalah ni?
Tak kan tak boleh makan langsung?

Okey, Apa yang doktor perbidanan anda nasihatkan 
kepada anda semasa temujanji?
Ada tak dia bagi nasihat tentang pemakanan anda?

Sini Hana bagi sedikit tips bagaimana
nak mengatasi masalah 
Hypremesis Gravidarum ni...

Tips Mengatasi Hypremesis Gravidarum

A) Apa yang perlu dielakkan :-

1. Elakkan makanan yang boleh menggalakkan loya & muntah terutama jenis berminyak. 
    Kalau boleh tak perlulah memasak. 
   *suami harap faham keadaan isteri ketika ini.

2. Elakkan makan banyak dalam satu masa.

3. Jangan minum susu. Tak kira apa jenis susu pun & jangan minum minuman nourishes seperti milo dan 
    seumpamanya.

4. Jangan gosok gigi waktu pagi / selepas makan terutamanya.

5. Elakkan apa-apa bahan yang boleh menggalakkan anda rasa loya & muntah. Contoh pewangi, sabun, dll.

B) Apa yang perlu dilakukan :-

1. Makanan makanan yang tidak berminyak. 

2. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi lebih kerap. Contohnya, makan biskut.

3. Makan lebih buah-buahan.

4. Minum jus buah-buahan dan air suam.

5. Berkumur dahulu selepas bangun pagi. 

Rasanya cukup la kot yang ni...
Hehehe...
Nak tau lebih lanjut boleh tanya doktor anda.

But..
Diharapkan sedikit info / tips ini dapat bantu anda 
yang sedang mengalami masalah 
Hyprem ni..


NOTE : Pasni Hana buat pasal Placenta Previa pulak yea...

Sunday, February 19, 2012

Ada Sesiapa Tahu Cara Nak Delete Shoutbox?

Assalamualaikum & Hye..

Rasa serabut pulak tengok shoutbox kat tepi tu..
Kalau boleh diguna lain ceritanya..
Ini dah tersadai kat situ tak boleh guna langsung.
Buat apa lagi nak letak kalau tak dapat 
nak manfaat kepada pengguna.

Hana cuba search cara nak delete kan menda alah tu..
Tapi tak jumpa-jumpa lagi ni..
Ada sesapa yang boleh tolong Hana ke?
Hana sangat perlukan bantuan kalian sekarang ni...

Nak delete yang tu then letak yang lain..
Menyemak je kalau benda ada tapi tak bagi 
sebarang manfaat..

So i really, really need your help..
Anybody can help me?
Kalau ada tolong leave comment kat ruang comment yea..
Kalau nak emelkan cara-caranya
nak delete menda alah tu pun boleh jugak...
tak kisah camne caranya yea..

tQ...

Setelah Bertahun....

Assalamualaikum & Hye..

Semalam dalam sejarah...Hehehe....
Nak tau kenapa?
Meh tengok pict. ni dulu...

Cantik kan pemandangannya?
Cer teka kat mana ni???

Opss..Oppss..Sebelum Hana berlari jauh-jauh....
Kembali kepada tujuan asal 
penulisan blog hari ini ya kawan-kawan...

Semalam dalam sejarah la sebabnya..
Setelah bertahun..Dan mungkin jugak dalam kiraan
4 tahun la lebih dan kurang...
Hana tak berjogging..Semalam habis keje malam..
Hana ajak Mr. Hubby pegi berjogging..
*walaupun tak sampai satu pusingan*
Tapi kepenatannya sangat terasa lah hingga ke pagi tadi...
Huhuhu...

Semalam memang sangat penat..
Tapi dek kerana teringin bebenor nak menontonkan cerita
" jujur aku dayus" di TV3 nun...
Maka dibeliakkan jugak kelopak mata yang 
sebenarnya tak tertanggung mengantuknya itu..Huhuhu...

Lepas jer habis cerita tu..
Terus pegi tido..Tak sedar pape....
Kalau bom meletup pun tak tau lah tu akan terjaga atau hangus 
begitu sahaja...
Sedar-sedar dah pagi...Hehehe...

Sekarang baru la dah kurang penat..
Berpuas hati la dapat tido dengan nyenaknye semalam
tanpa sebarang gangguan..
Ingatkan hari ni dah tak nak ke mana-mana la...
Konon nak berehat di rumah saja..
TAPI...
Petang nanti nak kena keluar jugak untuk ambil 
stock ayam Hot Pillow dan jugak Sabun Susu Beras.
Then jumpa orang untuk beli barang baru pulak..
Hehehe...

Alhamdulillah setakat ni rezeki tak putus lagi..
Cuma barang baru ni Hana nak cuba sendiri dulu la..
Bila berkesan nanti Hana 
pasarkan kepada customers..
Hana suka jual produk yang Hana cuba dan berkesan..
Then Hana boleh la yakinkan orang ramai
bila ada yang bertanya..

Okeylah..
Nak rehat-rehat dulu nanti nak keluar pulak..
(^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...