ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Saturday, May 14, 2011

Dah Boleh Yea???

Assalamualaikum & Hye....

Waa...Dah boleh berblog la hari ni....huhuhu...
Seharian daku menunggu...

Tapi betol ke ni dengarnya google nak mintak 
yuran penyelenggaraan???

Hurmm....
Tak bayang la kalau blog Hanna betol-betol kene remove...
Oh no..................................!

Hilang la sume kawan-kawan dala dunia blog Hanna ni...
Tak dapat lagi nak baca kisah kehidupan 
kawan-kawan alam maya ni...

Tak dapat lagi join contest & GA...
Tak dapat lagi tahu info berguna.........
Oh sungguh bermakna blog ini ya...

Hurm...Hari ni happy sebab Mr. Hubby balik....
Tapi minggu depan Mr. Hubby terus gi Butterworth....
Yang sedihnya Hanna tak dapat balik kampung jumpa family macam yang dirancang....
Hurmm....Kalau Mr. Hubby tak dapat cuti lama lepas
balik dari Butterworth,
Dia nak hantar Hanna balik kampung dulu...
Pastu baru dia balik...

Hurmm....Berkemungkinan Hanna tak dapat nak jumpa sepupu Hanna..
Dia & family dia akan bertolak ke Kolumpo 
hujung bulan ni...
Hurmm....Hanna ni belum tentu akan dapat balik sebelum dorang
bertolak ke Kolumpo...
Sepupu Hanna tu dapat masuk 'U'...
Lupa la pulak 'U' apa...

Actually dia apply untuk medic...
Tapi tak dapat la sebab kan sekarang terlampau banyak student yang 
ambik medic....
Sampai dah dibekukan rasanya course medic ni untuk sementara waktu...
Ramai jugak yea yang suka medic...
So my cousin dapat civil engeenering....
Katanya terpaksa la pergi dulu...Nanti baru nak tukar course...
Semoga dia berjaya lah dengan apa yang dia nak kan...

Hurmm....Bosan sangat asyik dok kat rumah...
Teringin sangat hati ni nak gi pantai..
(-_-)

Wednesday, May 11, 2011

Alhamdulillah Rezeki Ini Malam

Assalamualaikum & Hye...

Huhu...Dapat jugak makan nasi malam ni...
Yang specialnya Hanna makan nasi goreng letrik...
Penah dengar tak?
Hehehe..

Hanna rasa ada tu yang penah dengar..
Atau mungkin dapat agak camne & amenda kan...

Suka la malam ni....
Sebab sorang yang beli lens dengan Hanna baru-baru ni...
Dia order lagi lens dengan Hanna..
Waa...Rezeki lah tu kan..
Alhamdulillah la..
Syukur...

Kalau ada sesapa yang berminat nak tengok-tengok
lens yang Hanna jual tu...
Boleh klik kat picture lens di side bar kanan ni...
Yang ada picture tajuk Lens Gallery tu..
Boleh la jengah-jengah tengok yea..
Kalau bekenan boleh place your order okey...

Back to our story mory pasal nasi goreng letrik..
Agak-agak u'ouls kenapa Hanna cakap nasi goreng letrik...
Ada ke resepi tu?
Kat mana Hanna jumpa?

Hehehe.....
Nasi goreng biasa je pun...
Nasi goreng paling simple..Macam yang u'ouls selalu makan 
Yang u'ouls selalu goreng tu la...

Yang bezanya....
Goreng pakai periuk elektrik....
Hehehe...
Dapat bayang tak camne?
Laaa....Tak dapat jugak ke?Hais.....

Meh sini nak citer....

Cenggitu la......
Eh...Hanna belum citer yea....
Hehehe...Maap...Maap...Jangan marah nanti kena jual...
(^_^)

Camni citernya...

Tengah hari tadi lepas biras Hanna memasak...
Gas pun habis...
Nasib baik dah siap masak masa tu...
Tinggal nak goreng ikan masin je..

Dah petang sikit tu...
Adik ipar Hanna gi kedai mintak orang kedai tolong hantarkan
kat rumah...

Tunggu punya tunggu punya tunggu....
Tak jugak datang datang...
So tadi around 10 pm my MIL pun cuba masak air dalam 
periuk letrik dorang...

Dah siap didih dia pun tanya Hanna...
Boleh ke goreng lauk dalam ni (periuk letrik)?
Hanna pun jawab...
" kalau goreng nasi su biasa buat, kalau lauk tu tak biasa lagi,"
Huhuhu....

Maka bermula la ops goreng nasi....
My MIL tolong tanak nasi...
Bila dah masak...Chef Hanna pun mula ops goreng nasi...
Hahahaha...
Nasib baik menjadi & boleh tahan la jugak...
Kira macam ada la rasa sedap sikit-sikit tu....Ngeee~~~~~~

Dulu masa kat kolej selalu goreng nasi guna 
periuk letrik jugak...
Kalau ada housemates yang guna kuali,
Hanna nak masak, guna la periuk nasi letrik tu...
Huhuhu...
Nasib la berpengalaman jugak....

Berguna la jugak bila situasi kecemasan gas tak de macam
ni kan....
Tak larat rasa sebelum makan nasi goreng tadi...
Perut pun rasa tak selesa....
Lapar sangat rasa...

Haaaa.....Tu la kisahnya nasi goreng letrik...
Hehehe.....

Ada Orang Ajak Join...

Assalamulaikum & Hye..

Hurmm...Tadi tengah dok syok layan FB..Tetiba ada orang on chat kat
FB tu la jugak..

Dia ajak join...
Hais...Hanna dah malas nak join mende cenggitu...
Dulu pernah dah join..
Last-last melayang camtu ja duit Hanna..
Hurmm...Tah lah Hanna pun kelu nak berkata-kata...

Jom tengok...




Hurmm....

Tuesday, May 10, 2011

Queen Control @ Ambil Berat ?

Assalamualaikum & Hye...

Situasi A

Isteri : Helo abang,awak di mana tu?

Suami : Ada dengan kawan-kawan kat kelab golf.

Isteri : Apa? Kelab golf? Buat apa kat kelab golf tu? mengorat perempuan lain yea? Dengan siapa lagi tu?

Suami : Ish..Awak ni...Ada ke situ pulak. Main golf la dengan kawan-kawan, Ali, Abu, Sood...

Isteri : Yea la tu..Saya tak kira...Awak balik sekarang jugak. Balik cepat!

Suami : Laa...Baru nak main golf ni..

Isteri : Ah, tak kira baru ke lama ke balik sekarang!

Situasi B

Isteri : Helo abang...Abang kat mana ni?

Suami : Abang kat kelab golf ni. Main golf dengan kawan-kawan.

Isteri : Sape lagi yang pergi dengan abang?

Suami : Ali, Abu, Sood...

Isteri : Oh...Okey lah..Nanti balik cepat tau..

Suami : Ok sayang...Thanks :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rasa-rasa u'ouls, 
Apa yang beza tentang dialog dalam dua situasi tu?

Okey la..
Sebenarnya apa yang Hanna nak cakap kat sini...
Isteri kena jugak amik tau ke mana
suaminya pergi..
Bukanlah bermakna dia sorang yang Queen Control..
Tapi sebagai salah satu cara kita nak 
amik berat terhadap suami kita..

Lagipun kita hidup atas muka bumi ni bukan berdua @ dengan
keluarga kita saja...
Kita hidup bermasyarakat....
Dah kita tau masyarakat kita ni pelbagai....
Termasuklah kepelbagaian sikap..

Ada tu yang jenis suka bawak mulut...
-memang la kena bawak mulut kalau tak camne nak makan-
Ye,memang la yang tu tak dapat disangkal lagi..
Tapi yang ni bermaksud mengumpat, mengeji, memfitnah, melagakan orang...
Hurmm....Tu yang bahayanya tu...

Isteri kena tanya suami ke mana suami pergi...
Dengan siapa dia pergi...
Ke mana lagi arah tujuannya....

Sebabnya kalau ada orang bagitau kita...
" eh, i nampak hubby u la tadi. Kat mall dengan sape tah,"
So tak la kita cacing kepanasan..
Ataupun 
Nak hangin tak tentu pasal....

Kalau kita tau dengan siapa suami kita keluar,
Tak la kita risau orang nak kata apa pun kan?
Ce kalau kita tak tau ke mana dia pergi,
dengan siapa dia pergi...
Bila orang bagitau macam tu, mesti kita agak tersentap kan?
Mula la dalam hati tu,
" siap la balik karang, serangan hendap bertubi-tubi la"

So bila kita banyak bertanya itu & ini bukan bermakna kita 
cuba nak kawal hidup dia...
Cuma kita nak elakkan perkara-perkara yang tak 
diingini macam orang bawak mulut
tu la kan....

Dah tu...bagi la jugak ruang untuk dia bersosial dengan 
kawan-kawan dia...
Jangan la pulak asyik nak suruh hadap muka kita 24 jam kan...
Tak kan la bila dah kawen dia dah tak boleh
gi jumpa kekawan lama dia
yang amat kamcing sejak zaman sekolah sampai dah beruban tu...

Macam kita la jugak...
Nak jugak hang out dengan bestfren sekali sekala kan?
Tak kan sampai lupa kan kawan-kawan bila
dah berumah tangga tu..
Tak patut kot macam tu kan?

Kesimpulannya,
Kita kena positif...
Fikir positif,
Bertindak positif,
Ambik perkara yang positif...

Yang si suami pulak...
Jangan pulak anggap awak perlu hantar report kepada isteri...
Bila awak maklumkan kepada isteri,
Tak dia macam cacing kepanasan tunggu awak...
Tak bermakna awak tak bermaruah bila awak sentiasa memaklumkan
di mana keberadaan awak ketika tu...
Awak suami bukan bermakna awak tak perlu bagitau isteri ke mana
awak akan pergi, bersama siapa awak
akan pergi...
Sekadar memaklumkan apa salahnya....
Isteri pun tak susah hati menunggu awak balik...

Suami tak macam isteri...Isteri kena mintak izin...
Baru boleh pergi keluar rumah...
Kalau suami kata tak boleh, isteri tak boleh pergi...
Suami lain...
Hanya memaklumkan...Tak perlu pun mintak izin isteri...

~ Fikir-fikirkan lah ~

Antara Soalan Interview...

Assalamualaikum & Hye...

Hari ni rasa tergerak hati nak ceritakan tentang serba sikit 
soklan soklan yang diajukan semasa sesi temuduga 
untuk nursing student...
Macam Hanna...
Huhuhu...

Actually banyak benda yang pihak penemuduga boleh
tanya kepada calon.
Sebabnya terlalu banyak aspek & jugak scope
yang berkaitan bidang tugas @ apa yang kita pelajari semasa di kolej
mahupun semasa kita berklinikal di klinik / hospital 
masa study dulu...

Okey la..Straight to point la yea...

Masa ujian bertulis....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1. Berikan ubatan DDA(dangerous drug Act)

2. Berikan formula pengiraan IV Drip

3. Formula pengiraan ubatan

4. Pengiraan ubatan

5. Pengiraan IV Drip

6. Ubatan & alatan dalam Resus Troly

7. chart kan observation

8. Apa itu insulin & berikan tanda-tanda hypoglycemia

9. ECG graph-labelkan wave

10. Pengiraan ubatan pediatrik

Masa turn Hanna dorang ajukan soklan-soklan ni....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1. Sape menteri pertahanan kesihatan kita?

2. 1 Liter bersamaan berapa mililiter?

3. Jenis-jenis pack cell yang infuse kat pesakit.

4. Macam mana nak pujuk ibu anda kepada sorang pesakit kanak-kanak semasa
pemberian ubatan untuk pesakit tersebut.Sebabnya ibu kanak-kanak tu 
tak nak bagi nurse kasi ubat kepada anak dia yang
baru nak tido.

4. Pesakit chest pain, apa tindakan anda?

5. Pesakit alami asma, apa yang harus anda lakukan?

6. Berapa nilai normal BUN (blood urea nitrogen)?

7. Jika pesakit alami MI (miocardiac infarction) ubatan infusion apa yang 
akan diberikan?

9. Ceritakan proses CPR.

10. Kamu diarahkan untuk transfer pesakit ke wad lain, alatan apa yang 
perlu dibawa bersama ketika nak transfer pesakit?

Tu je lah yang Hanna ingat...
Maaf sebab tak dapat state kan semuanya...
So Hanna harap kalau ada sesiapa yang akan gi interview untuk staff nurse job...
Boleh la prepare dengan lebih teliti yea...
Jangan la jadi macam Hanna kat SINI

Selalu lah tengok-tengok buku & tengok apa yang
kita penah study dulu...
Supaya tak kalut & tak lupa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...