ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Sunday, August 26, 2018

Kerja Rumah Tanggungjawab Isteri Saja?

Assalamualaikum & Hi

Apa kahabar semua? Sihat ke? Kalau tak sihat, cepat-cepat dapat kan rawatan yea. Jangan biar lama-lama nanti melarat pulak.

Back to the story yang nak dikisahkan ni..

Siapa readers wanita disini yang dah berkahwin? Suami korang jenis dengar tak apa korang cakap? Bukan maksud Hana korang queen control ke apa. Maksudnya kalau korang mintak tolong, suami tolong tak? Atau pun suami tolong tapi lambat sikit nak bergerak. Tak pun tolong tak menyahut pun. Tetiba tengok dah siap. Atau memang tak nak tolong pun..

Saja ja tanya. Sebab banyak baca dekat FB tu, suami jenis tak nak tolong langsung kerja rumah. Mintak tolong jemur baju tak nak buat, mintak tolong sapu sampah sikit pun tak nak buat.. Nak basuh pinggan mangkuk lepas makan lagi lah jauh sekali dia nak buat.

Sebenarnya mereka ni dah terbiasa. Dari kecil Ibu bapa tak suruh buat kerja-kerja mudah macam ni. Bukan Hana nak salahkan parents..

Tapi sekarang ni semua isteri kena buat, mintak tolong sikit pun tak nak tolong. Lagi teruk kalau isteri tu memang surirumah. Penat lelah dari pagi sampai malam tak habis-habis.

Anak-anak lelaki ni kena asuh dari kecil untuk buat kerja-kerja rumah ikut usia mereka. Google je atau pun beli buku baca macam mana nak asuh mereka buat kerja rumah ikut usia mereka. Supaya bila besar mereka ringan tulang & rajin membantu. Apatah lagi kalau dah berkahwin.

Tanggungjawab suami besar kan? Isteri pun ada tanggungjawab dia. Kena give and take barulah harmoni rumah tangga.

Hopefully kita dapat sesuatu daripada posting ni. Sama-sama kita perbaiki yang mana kurang. Sama-sama galas tanggungjawab hidup suami isteri & sebagai Ibu bapa..

Wassalam..

Rindunya!!!!!

Assalamualaikum & Hi

Lama sangat tinggal blog ni. Ada yang masih menjengah ke cari info-info yang berguna dalam blog ni? Kalau ada, alhamdulillah la.

Tak ada apa nak cakap sangat, nak say Hi dekat korang ja. Rindu sangat kawan-kawan blogger dulu. Ramai dah berjaya dan bahagia.

Next post ni baru ada benda nak coretkan.

Korang buat apa dah sekarang? Dah lama kerja? Ke baru dapat kerja? Dah kerja ke belum ke itu semua ketentuan Ilahi. Yang belum dapat kerja, tengok lah sisi positif. Jangan jadi macam Hana, asyik padang negatif je. Yang dah bekerja, syukurlah anda punya pekerjaan.

Banyak sangat perkara yang berlaku dari tahun lepas sampai tahun ni. Sampai tak tahu apa lagi nak buat. Buntu pun ada...

Sampai rasa "kenapa aku yang kena macam ni?"... Tapi lama-kelamaan tu baru bertenang sikit.

Okeylah, kalau berkesempatan lepas ni Hana cerita apa yang dah berlaku yea. See you all next post..

Wassalam.

Monday, February 27, 2017

Clinical Waste

Assalamualaikum & Hai

Saja nak share dengan kawan-kawan semua di mana kena buang Clinical waste ni. Penting tau sebab ada terjumpa pesakit/pelawat yang buang sisa makanan/pembalut makanan dan seumpamanya di dalam tong sisa klinikal ni.

Sisa klinikal ni mestilah dibuang ke dalam tong kuning yang tertera lambang seperti di bawah..

                                                                       
                                                              BIOHAZARD SYMBOL

Contoh sisa klinikal yang boleh dibuang ke dalam tong kuning adalah benda-benda yang telah digunakan ke atas pesakit.Contohnya...

  1. Lampin pakai buang
  2. Lampin pakai buang wanita
  3. Bandage 
  4. Gauze/cotton 
  5. Sarung tangan 
  6. Topeng muka
  7. Tiub/Topeng muka oksigen/nebulizer
  8. Plaster
  9. Sarung termometor
  10. Bekas muntah
  11. Bekas/botol urin (air kencing)
  12. Botol/Tiub darah
dan seumpamanya...

Sisa Klinikal ini dilupuskan dengan cara tersendiri untuk elakkan jangkitan bakteria yang ada pada sisa tersebut mengjangkiti orang lain.

'General Waste' boleh dibuang ke dalam tong lain selain TONG KUNING.


                                    

Amboi Bersawang!

Assalamualaikum & Hai..

Nampaknya blog ni dah bersawang, berhabuk bagai. Lama sungguh tak update kan. Dah boleh jadi zoo ni. Mesti segala insect ada yang buat tempat tinggal ni. Hihii..

Rindu sangat. Ada yang rindu nak dengar ceritera Hanna tak?

Tak ada? Yea lah.. Siapa lah kita kan. Bukan artis pun. Tak de cerita best pun kan.

Ok bai.

Fefeelingsentap la konon. Tak de yang heran Hanna oiii...

Hahaha... 

Wednesday, March 9, 2016

I'm Back..!!!

Assalamualaikum & Hai


Apa khabar rakan bloggers & readers tersayang? Asyik tenggelam timbul ja Hana ni kan? Ke mana la pergi. Kejap ada, kejap hilang pulak.

Hana ada ja. Sibuk sikit dengan aktiviti harian & side work.. :|: Tinta Kibod :|:  TQ yea sudi menjengah ke blog Hana yang tak sebest bloggers lain tu yang lagi famous amoss tu..

Banyak cerita Hana nak share ni. Tunggu eh, nak mengarang sat.. Hihii..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...