ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Wednesday, July 2, 2014

Rezeki Berbuka Puasa

Assalamualaikum & Hye

Ini cerita semalam.

Semalam masing-masing tak bawak bekal makanan. Jual-jualan pun tak sempat nak pergi jenguk.

Nasib baik salah seorang daripada kami dah masak siap-siap di rumah sebelum datang kerja.

Cuma petangnya suami dia datang bawak makanan yang dia masakkan tu. Jadi dia sudi kongsikan dengan kami.

Alhamdulillah. Dapatlah kami merasa makan nasi semasa berbuka puasa. Sedap pulak tu. Syukurlah..

Patient lain ada juga berikan air kotak, kuih muih sikit. Terima kasih banyak la..

Semoga yang sudi bagi kami sikit makanan diberikan kesihatan yang baik supaya mereka dapat jalani ibadah puasa sehingga akhir ramadhan & ibadah lain kepada Ilahi bulan seterusnya. Ameen..

*eh, kalau nak dapatkan premium beautiful secara ansuran, just text me..

Berpuasa dengan Premium Beautiful ni dapat elakkan gastrik & pedih ulu hati tau.  Untuk kesegaran sepanjang hari, bersahurlah dengan mineral coffee.


Posted via Blogaway

Monday, June 30, 2014

Kisah Nurse, Relative Patient & Akok

Assalamualaikum & Hye

Ini kisah hari kedua Ramadhan.

Tadi selepas berbuka, ada seorang relative pesakit hulurkan kuih.

Katanya...

"Ambiklah dik, buat makan sahur nanti.."

Ada lagi ayat sambungan. Mengikut fahaman Hana, kuih tu untuk orang makan sahur nanti.

Haa.. Cuba dia cakap macam ni..

"Dik, ambik makan ramai-ramai ye.."

Atau macam ni..

"Dik, amik la makan ye.."

Kalau patient/relative diorang cakap ambik la makan, makan la ek.. Memang kami bedal je. Memang faham la untuk makan beramai-ramai.

Entah la. Kalau kawan-kawan dengar sendiri ayat yang dilontarkan oleh individu tersebut mungkin ada yang faham macam Hana faham. Mungkin ada yang faham membawa maksud memang disuruh makan beramai-ramai.

Tak apa lah. Moral of the story, bila nak dampaikan sesuatu mesej tu cakap dengan jelas. Supaya penerima faham maksud yang ingin disampaikan.

Dan kalau si penerima rasa confuse dengan apa yang cuba disampaikan oleh si pemesan, minta penjelasan. Jangan buat faham sendiri.

Tidaklah nanti salah komunikasi. Si A cakap bermaksudkan yang lain. Si B pulak faham maksud lain.

The end....

Selamat malam semua.. Jangan lupa bangun sahur tau..


Posted via Blogaway

Thursday, June 19, 2014

Kegemaran Baru

Assalamualaikum & Hye

Since makan pekasam che pah, sampai hari ni terkenang-kenang.. Sejak hari tu asyik goreng bawang dengan cili padi. Macam goreng tabur atas ikan pekasam tu.. Fuhh.. Sedapp...!!!

Hari tu balik Kedah naik flight. Jadi tak dapatlah borong pekasam che pah. Kalau balik dengan kereta, dah borong dah tu.

Tujuan beliau jual pekasam tu, adalah untuk bantu anak-anak yatim yang memerlukan. Semoga niat murni beliau sentiasa mendapat keberkatan Allaah SWT..

Buat masa ini beliau baru saja menutup tempahan pekasam. Bila settle 1st round ni, beliau akan buka semula untuk tempahan. Nak borong la nanti walau macam mana pun. Hehee..

Membeli sambil beramal kata orang..

Ni saja lah menjadi santapan buat masa ini..


Posted via Blogaway

Friday, March 21, 2014

Perubahan? Nak Ubah Apa?

Assalamualaikum & Hye

Rasanya.... Dah sampai masa untuk lakukan perubahan rasanya. Berubah macam mana? Ermm.. Berubah dalam semua perkara. Berubah kepada sesuatu yang lebih baik.

Berubah untuk terus berada di landasan yang betul.

Eh, dah macam ceramah agama la pulak. Santai-santai sudah.. kan?

Mula-mula rasa nak berubah dari segi pakaian. Nak pakai yang wide yang longgar, kurangkan yang ketat-ketat tu. Lagi pun menjaga aurat tu kan memang dituntut dalam Islam.

Mulakan perubahan yang sedikit-sedikit. Lama-lama berubah semuanya. Demi diri sendiri & jugak keluarga. Berubah untuk kebaikan.

Kalau artis boleh berubah, kita yang biasa-biasa ni pun boleh berubah. Yang penting.. NIAT.

Nak buat apa pun niat kena betul. Tak begitu? Pastikan niat baik. Okey.. Cukuplah tu. Kawan-kawan pun dah bosan nak baca ayat yang sama dari mula sampai habis.

Excited nak buat perkara baru.

Macam tu pun okey kan?


Posted via Blogaway

Oh Blog Terchenta..

Assalamualaikum & Hye

Waa.. Lama jugak tak update blog ni ya. Sorry kawan-kawan... Mesti kawan-kawan rindu nak baca tulisan, nukilan di blog ni kan?

*sila muntah hijau..

Padahal tak ada orang nak merindu kau Hana oi..

Sekarang busy manage blogshop & kerja hakiki... Semua nak buat 1 masa bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi kalau dapat manage dengan baik, in sha Allaah kemanisan di penghujungnya. Kan?

Kawan-kawan pembaca di luar sana apa khabar? Hopefully semua sihat belaka ya. Kalau tak sihat tu, bagitau Hana. Manalah tahu Hana boleh nasihat @ cadangkan apa yang patut demi kebaikan & kesejahteraan bersama.

Yang baik kenalah share. Tak begitu? Kalau sudi boleh singgah blogshop Hana..

hana-radzi.blogspot.com

Mana tahu ada yang rasa berkenan di hati.

Rindunya nak update entri di blog ni.


Posted via Blogaway
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...