ads by nuffnang
Note for Visitor.
❤Menu Pilihan Anda❤
Friday, July 12, 2013
Ujian Awal Ramadhan
Tuesday, July 9, 2013
Marhabban Ya Ramadhan
Assalamualaikum & Hye
Entah kenapa pulak semakin menjadi-jadi rasa sayu nak menyambut kehadiran Ramadhan kali ni. Terasa lain sangat.
Ada masa rasa seolah-olah nikmat Ramadhan tu dah pun terasa bahangnya. Ada masa pulak rasa macam Ramadhan kali ni yang terakhir.. Ada masa terasa seolah-olah Ramadhan kali ni akan membuka lembaran baru dalam hidup Hana. Satu perasaan yang tak terungkapkan dengan kata-kata. Tak dapat diterjemahkan dengan kata-kata.
Ada sesuatu yang akan berlaku ke dalam bulan Ramadhan kali ni? Gementar pun ada.. Tapi tak boleh nak buat apa.. Hanya mampu berdoa dan memohon agar diberikan rezeki yang melimpah dan berkat. Mohon juga dilindungi daripada ditimpa bencana.
Ya Allaah,
Mudah-mudahan bulan mulia ni membawa seribu makna dalam hidupku..
Semoga bulan Ramadhan ini membawa seribu kebaikkan.
Monday, July 8, 2013
Bumi Mekah
Assalamualaikum & Hye
Bukanlah bermakna Hana dah sampai ke sana. Sekadar menaikkan semangat agar kuat berusaha demi menjejakkan kaki di bumi Mekah yang paling istimewa.
Dah lama teringin nak jejakkan kaki di sana. Sedang gigih berusaha untuk mengumpul wang and menunaikan umrah. Dapat jadi tetamu Allaah untuk menunaikan umrah pun dah cukup besar maknanya. Kalau dapat tunaikam haji lagilah syukur.
Sekarang saya nak kumpul duit untuk melaksanakan niat tu. Percaya niat yang suci pasti mendapat keredhaan Allaah. Semoga jalannya dipermudahkan. Dan mahu disegerakan. Ya Allaah, muda-mudahan mendapat berkat.
Siapa yang tak mahu duduk dan berdoa di depan Kaabah yang cukup istimewa tu kan?
Doakan untuk Hana ye? Semoga Allaah berkati anda semua. Amin..
Subhanallah...
MasyaAllaah...
Cukup indah!
Saturday, July 6, 2013
Hidupkan Kasih Sayang & Cinta
Assalamualaikum & Hye
Kesian tengok warga emas yang sendirian menanggung sakit. Tiada anak isteri mahupun saudara mara yang mahu berada disampingnya.
Keadaan diri yang semakin hari semakin tidak berkurang rasa sakit tu, tak seorang pun ahli keluarga yang mahu menunggu terutamanya pada waktu malam. Kala siang hari pun ada ketika hanya terbaring lesu sendirian tanpa teman.
Orang yang sedang sakit ni perlu perhatian anak dan isteri. Walau si isteri juga uzur, tidak salah menunggu si suami.. Berada disisi suami ketika dia sedang sakit cukup membuatkan si suami rasa tenang.
Anak-anak pula inilah masanya menunjukkan belas kasihan dan rasa kasih terhadap ibu bapa. Temani mereka... Boleh juga tolong picit-picit bahagian yang sakit..Sekurang-kurangnya mereka rasa berteman, dihargai dan tak keseorangan.
Ada sesetengah ibu bapa rasa malu bila kencing beraknya dicuci oleh orang lain. Sedangkan dia berharap anak atau isterinya yang membantu mencuci dia.
Cinta, kasih dan sayang perlu sentiasa dihidupkan.. Disemarakkan hingga ke hujung nyawa. Bukan ketika masih muda sahaja. Kasih sayang suami/isteri, anak/ibu bapa sentiasa perlu hangat dan erat.
Apa pun, hargailah ketika masih ada. Jangan menyesal bila sudah tiada.
Wajarkah?
Assalamualaikum & Hye
Lama jugak tak jenguk blog yang dah nak bersawang ni. Agak sibuk dengan urusan harian, tak sempat update.
Sejak dua menjak ni asyik rasa macam down saja. Serba tak kena dibuatnya. Then ada saja yang tak kena. Entahlah... Kadang dengan apa yang berlaku ni buat Hana rasa... Macam... Cukuplah setakat ni.. ~~~Sudah cukup sudah...~~~Eh..ternyanyi pulak..
Kadang rasa...
Betul ke apa aku buat ni..
Betul ke jalan yang aku pilih ni..
Celaru dibuatnya...
Itu yang timbul... Wajarkah...
Wajarkah terus berjuang atau menyerah saja..
Ya Allaah...
Aku mohon kekuatanMu..