ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Monday, July 8, 2013

Bumi Mekah

Assalamualaikum & Hye

Bukanlah bermakna Hana dah sampai ke sana. Sekadar menaikkan semangat agar kuat berusaha demi menjejakkan kaki di bumi Mekah yang paling istimewa.

Dah lama teringin nak jejakkan kaki di sana. Sedang gigih berusaha untuk mengumpul wang and menunaikan umrah. Dapat jadi tetamu Allaah untuk menunaikan umrah pun dah cukup besar maknanya. Kalau dapat tunaikam haji lagilah syukur.

Sekarang saya nak kumpul duit untuk melaksanakan niat tu. Percaya niat yang suci pasti mendapat keredhaan Allaah. Semoga jalannya dipermudahkan. Dan mahu disegerakan. Ya Allaah, muda-mudahan mendapat berkat.

Siapa yang tak mahu duduk dan berdoa di depan Kaabah yang cukup istimewa tu kan?

Doakan untuk Hana ye? Semoga Allaah berkati anda semua.  Amin..

Subhanallah...
MasyaAllaah...
Cukup indah!

Saturday, July 6, 2013

Hidupkan Kasih Sayang & Cinta

Assalamualaikum & Hye

Kesian tengok warga emas yang sendirian menanggung sakit. Tiada anak isteri mahupun saudara mara yang mahu berada disampingnya.

Keadaan diri yang semakin hari semakin tidak berkurang rasa sakit tu, tak seorang pun ahli keluarga yang mahu menunggu terutamanya pada waktu malam. Kala siang hari pun ada ketika hanya terbaring lesu sendirian tanpa teman.

Orang yang sedang sakit ni perlu perhatian anak dan isteri. Walau si isteri juga uzur, tidak salah menunggu si suami.. Berada disisi suami ketika dia sedang sakit cukup membuatkan si suami rasa tenang.

Anak-anak pula inilah masanya menunjukkan belas kasihan dan rasa kasih terhadap ibu bapa. Temani mereka... Boleh juga tolong picit-picit bahagian yang sakit..Sekurang-kurangnya mereka rasa berteman, dihargai dan tak keseorangan.

Ada sesetengah ibu bapa rasa malu bila kencing beraknya dicuci oleh orang lain. Sedangkan dia berharap anak atau isterinya yang membantu mencuci dia.

Cinta, kasih dan sayang perlu sentiasa dihidupkan.. Disemarakkan hingga ke hujung nyawa. Bukan ketika masih muda sahaja. Kasih sayang suami/isteri, anak/ibu bapa sentiasa perlu hangat dan erat.

Apa pun, hargailah ketika masih ada. Jangan menyesal bila sudah tiada.

Wajarkah?

Assalamualaikum & Hye

Lama jugak tak jenguk blog yang dah nak bersawang ni. Agak sibuk dengan urusan harian, tak sempat update.

Sejak dua menjak ni asyik rasa macam down saja. Serba tak kena dibuatnya. Then ada saja yang tak kena. Entahlah... Kadang dengan apa yang berlaku ni buat Hana rasa... Macam... Cukuplah setakat ni.. ~~~Sudah cukup sudah...~~~Eh..ternyanyi pulak..

Kadang rasa...
Betul ke apa aku buat ni..
Betul ke jalan yang aku pilih ni..
Celaru dibuatnya...

Itu yang timbul... Wajarkah...

Wajarkah terus berjuang atau menyerah saja..

Ya Allaah...
Aku mohon kekuatanMu..

Sunday, June 23, 2013

Semakin Meruncing

Assalamualaikum & Hye

Bila tengok keadaan cuaca dan persekitaran luar hari ni..
Rasa terkejut.
Makin menebal nampaknya..
Bimbang kesihatan diri.
Dah la hidung tengah tak clear.
Batuk pun dah ada sikit-sikit.
Kalau banyak beraktiviti luar rumah, Bakal mengundang yang lebih teruk.

Semoga jerebu ni cepat-cepat reda. Take care yourself okey guys and girls..

Thursday, June 6, 2013

Bawa Anak Mama Naik Monorail Lagi..

Assalamualaikum & Hye


Hari ni ingat abahnya dapat la kerja halfday saja..
Alih-alih tak dapat sebab ada kerja yang perlu diselesaikan segera.
Tak boleh tinggal..

Makanya mama lah yang bawak anaknya jalan-jalan..
Tak tahu nak bawak ke mana sebenarnya..
Bila tanya nak naik kereta api ke..
Jawabnya nak...
So bawaklah pergi ke monorail..
Naik monorail ke Berjaya Times Square tu.
Ingatkan mama dapat shopping barang mama..
Tapi tak sampai hati pulak bawak dia pusing-pusing..
BTS kan luas..

Lepas beli satu dua barang,
Beli la satu puzzle untuk dia.. Hope it's could help him
to use his brain..
Dia nak sebab puzzle tu pict. ultraman...
Kalau tidak... Jangan haraplah.
Nak belikan baju... Tapi.... Tak ada yang cantik and sesuai dengan saiz dia...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...