ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Tuesday, November 6, 2012

Angin Lagi!

Assalamualaikum & Hye

Allahuakhbar...
Angin datang lagi. Kembung perut, seksa rasanya. Dah la malam ni kerja. Ya Allaah.. Sembuhkanlah sakitku ini.

Blogwalking? Dah Lama Tinggal

Assalamualaikum & Hye

Dah lama tak buat blogwalking..
Sejak-sejak tak sihat bulan lepas dah tak pernah buat blogwalking
sampailah ke hari ni..
Badan ni masih lemah. Dengan sakit kepalanya..
Pendek kata masih tak sedap badan.
Mudah-mudahan cepatlah sembuh & kembali sihat.

Rindu nak ber'blogwalking' macam dulu-dulu...
Nampaknya follower pun makin berkurang.
Tak apalah sesiapa yang ikhlas follow Hana,
in sha Allaah..Orang lain akan ikhlas follow dia jugak.
Unique visitor pun dah berkurang..
Nak buat macam mana kesihatan tidak mengizinkan
untuk Hana pergi 'ziarah' blog anda..

Kepada yang setia menanti entri-entri terbaru 
daripada Hana...
*wah..bajet orang dok tertunggu-tunggu entri dia..hewhewhew...*
Maafkanlah Hana yea..
Kepada yang setia follow blog ni & selalu datang jenguk blog ni..
Terima kasih Hana ucapkan..
Mudah-mudahan ada lebih ramai readers & followers lain 
lakukan yang sama terhadap blog anda yea..


Semoga Menjadi Penghapus Dosa-Dosa Kecilku

Assalamualaikum & Hye

Ya Allaah..
Selepas satu, satu lagi datang..
Terlalu banyak dosa ku terhadapMu..
Semoga segala kesakitan yang kurasai ini akan menjadi penghapus untuk dosa-dosa kecilku..

Ada Lagi Yang Tak Kena

Assalamualaikum & Hye

Hurmm..Mula-mula masalah dengan lung...
Dah berubat..Lega.
Datang pulak masalah sakit perut & tak selesa...
Makin berkurang & dah hampir sembuh..
Kali ni disusuli pulak sakit kepala & pening yang tak terhingga..
Hari ni pulak rasa tak selesa dengan tekak..
Rasa loya pun ada..
Hai la badan...
Apa yang tak kena ni?

Dah la stress dengan masalah yang tak selesai..
Lepas satu, satu yang datang...
Entah macam mana nak selesaikan pun tak tahulah..
Tak jadi kalau sebelah pihak saja yang 
asyik mengalah...
Itu berat sebelah namanya..Tak ADIL.

Stress memikirkan semua ni..
Terlalu rindu nak mengadu kepadaNYA...
Tiada teman untuk mengadu perihal hati yang terluka...
Hati kalau dah terluka sukar nak diubati.

Entahlah...
Tunggu & lihat setakat mana boleh berdepan dengan semua ni.

Wahai hati kecil,
Semoga kamu akan tersenyum bahagia satu hari nanti.

Friday, November 2, 2012

Bertaut Pada CintaNYA

Assalamualaikum & Hye

Tiada ayat yang mampu menggambarkan betapa remuk redam
perasaan hati ini.
Kecewanya hanya Allaah yang mengetahui..
Tak mampu rasa nak meneruskan kehidupan sebegini.
Rasa diri ini terlalu lemah.


_________________________________________________________

Cinta itu terlalu indah...
Lebih indah jika kita tautkan cinta itu kepada Yang Esa..
Kita selalu melupakan Pencipta kita..
Tapi DIA tidak pernah sedetik pun melupakan kita.
Betapa DIA amat menyayangi kita..
Kita selalu alpa dengan semua nikmatnya.

Mencintai yang lain melebihi cinta kita kepadaNYA 
adalah sesuatu yang sangat tidak boleh diterima.
Kita mesti mencintai Yang Esa melebihi perkara lain...
Barulah hidup kita lebih tenang & kita akan dapat sesuatu
yang amat indah dalam kehidupan kita.

Allaah SWT itu tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNYA...
Percayalah kepada ketentuan Ilahi...
Mengadulah kepadaNYA jika terasa sangat kecewa..
DIA sentiasa ada waktu untuk mendengar.

Sesungguhnya cinta kepada manusia adalah sesuatu yang
sia-sia jika tidak kena pada tempatnya...
Bertautlah cintamu kepada Ilahi...
Cinta kepada Pencipta itu adalah sesuatu yang lebih bermakna.
Pasti kita tidak akan merasa kecewa dengan cinta Ilahi.
_________________________________________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...