ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Saturday, April 7, 2012

Hati Ini Keliru..

Assalamualaikum & Hye

Sungguh terasa sedih & pedih untuk mengharungi segala kekeliruan
yang tiba-tiba datang tanpa diundang..
Hanya doa yang mampu dipanjatkan kepada Ilahi memohon
petunjuk untuk memilih mempercayai 
pendapat mana yang lebih tepat..

Naluri hati wanita muda ini jugak terus-terusan mengiyakan
pendapat pakar di tempat kerja..
Kandungan ini seperti bukan kandungan normal yang lain..
Tiada pembesaran embryo yang berlaku..
Tiada lagi fetal echo @ fetal heart yang kelihatan bila scan dibuat.

Untuk menunggu selama dua minggu itu bukan jangka masa
yang singkat..
Jelas sekali penantian itu satu penyeksaan..
Sungguh aku penasaran..
Kata doktor pakar di tempat keja, 
' dia akan keluar. tunggu tengok la dalam 3 hari lagi'

Ya Allaah..Andainya kandungan ini bukan yang terbaik
buat hambaMu ini..
Ambillah la kembali..Aku benar-benar redha & pasrah
dengan ketentuanMu..

Bilakah Akan Berakhir?

Assalamualaikum & Hye


Hurmm..Sungguh rasa tak mampu nak menanggung tanda tanya yang bermain dalam otak ni. Macam-macam yang berselirat macam wayar terbelit yang belum terungkai. Nak tunggu dua minggu? Elok dah septic miscarriage dulu baru nak D&C ke?


Tadi Dr. Daud cakap lagi 3 hari dia akan keluar. Bila hati ini telah redha dengan apa yang disampaikan oleh Dr.Daud tu, timbul pulak perbezaan pendapat dengan Dr.Daud. Mula lah fikiran bercelaru.. Sungguh tak tau mana yang lebih tepat. But my instinct more to opinion Dr.Daud.


Ya Allaah..Kalau kandungan ni bukan yang terbaik untuk hambaMu ini, Kau ambillah kembali. Berilah kami petunjuk yang tepat.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 6, 2012

Mohon PetunjukNya

Assalamualaikum & Hye


Just came back from HKL. Pandangan doktor tadi lebih kurang sama dengan kat HTA Tunku Mizan. Cuma tadi scan nampak kantung dah tak cantik macam pagi tadi. Dah tak bulat, jadi bujur dah.


Hati dah berbelah bahagi. Tak tahu apa nak buat. Ingatkan segalanya dapat settle kan hari ni. Malangnya masalah lain yang timbul. Bab infection tu yang takut. Nak tunggu lagi 2weeks..Lama tu..Takut jugak kalau betul memang sejak 28 mac lagi tak menjadi, karang lambat bertindak infection ke rosak uterus ni lagilah takut.


I am still young. Just 23 y/o. Instinct pun kuat mengatakan macam tak jadi dah ni. Tapi husband masih nak dengar cakap doktor HTA Tunku Mizan and HKL. So now Hana yang tersepit ni. Dah dengar pandangan 3 doktor. Isnin ni appointment dengan specialist pusrawi. Nak cerita la camna nanti.


Please prays the best for me dear friends...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Apa Pulak Doktor HKL Nak Cakap..

Assalamualaikum & Hye


Pening kepala betol dengan masalah ni. Ni datang HKL pulak. Tak tau la apa pulak doktor sini nak cakap. Bila cerita semua kejadian daripada mula kat doktor tu tadi dia berpendapat sama macam doktor kat HTA Tunku Mizan tu.


Now tengah tunggu senior doktor..Specialist kot. Tengok la apa pulak dia nak cakap.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Apa Kesudahannya?

Assalamualaikum & Hye


Hari ni ingatkan pergi HTA Tunku Mizan kena D&C terus. Rupanya belum. Doktor kat situ cakap datang lagi dua minggu. Dia pun tak boleh nak cakap sekarang ni janin masih boleh survive atau tarikh LMP salah.


Balik rumah terus rasa tension. Sebabnya dah ada dua pendapat. Sorang cakap memang tak jadi. Sorang lagi cakap tak pasti lagi. Mana yang betul tak tahu. Mak pulak suruh pegi HKL. Tengok di HkL kata apa pulak.


Serious keliru. Pening kepala betol. Patutnya memang la happy sebab doktor cakap datang balik dua minggu. Tapi Hana kan medical staff. Tau la komplikasi-komplikasi kalau tak buat D&C tu.


Semoga Allah tunjukkan jalan...


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...