ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Saturday, March 3, 2012

Produk Kecantikan Yang Sesuai Semasa Kehamilan?

Assalamualaikum & Hye..

Hana nak tanya kalau ada sesiapa yang tahu atau boleh bagi
sedikit info tentang produk kecantikan 
yang sesuai digunakan sepanjang kehamilan seseorang wanita..

Bukan apa..Hana nak tahu je..
Hana sekarang pakai set Nano White..
(toner,pelembab,pencuci muka,scrub).
Hana baca kat Majalah Mami & Baby tadi..
Katanya JANGAN pakai produk yang ada bahan kimia
nama RETINOL.
Tukar kepada produk yang bebas RETINOL.
So selain RETINOL apalagi bahan yang 
tidak sesuai?

Atau kalau korang ada cadangan yang lebih baik..
Tolong bagitau Hana yea.
SANGAT perlukan bantuan anda.
tQ!

What Should I Plan When I know I Am Pregnant?

Assalamualaikum & Hye

Dalam kepala otak ni dok memikir apa nak dibeli dulu. Barang apa nak dibeli dulu, then barang apa yang patut beli kemudian. Tak tau nak listkan apa yang patut dibeli nieh. Maklumlah this is my first pregnancy. Baca kat belog 'aku bukan bidadari' pasal list barang yang perlu. Pening Hana nengoknye. Maklumlah ada istilah yang Hana tak tau amende maksudnye.

Sangat banyak ye keperluan baby. Mana la nak cari semua-semua tu dengan harga berpatutan..Memang ada tuan belog (kak aty_fared) bagitau kat mana dia beli. Tapi Mr. Hubby Hana ni la..Rajin ke nak ikut pergi merayau cari barang..Ajak jejalan time sebelun ni pun ala malas-malas. Besar harapan Hana agar Mr. Hubby rajin nak ikut merayau. Huhuhu...

But..First of all..Apa yang harus dilakukan..Of course la kena buat uniform baru..Uniform sekarang untuk time slim macam sekarang boleh la. Nanti perut dah muncit ke depan tentu dah tak muat dah. Kata orang setiap anak ada rezekinya. InsyaAllaah..Ameen...Then kena la beli maternity bra and underware..Huhuhu..Yang sekarang dah tak sesuai la nanti kan..

Hajat hati nak pergi ekspo child and maternity (kalau tak salah tajuknya) kat mid valley minggu depan. Tapi tak tau la dapat pergi ke tidak. sebab roster tak berapa nak kena masanya. Time tu kena keja malam. Kalau sempat Hana pergi la.

Okeylah..Nak try susun atur list apa yang patut dibuat dulu and apa yang kena buat kemudian.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 2, 2012

Dah Fikir & Rancang Macam-Macam!

Assalamualaikum & Hye..

Waahh..Excited rasanya ni..Belum lagi pi jumpa specialist..
Dah memikir & Plan macam-macam ni..
Tapi start survey tu tak pe kan?

Hana ingat nak jumpa specialist lagi dua minggu la.
Sebabnya kawan Hana kat tempat kerja,
hari tu masa dia dapat tau berbadan dua tu masa
4weeks of pregnancy.
Dr. yang dia gi jumpa tu suruh datang balik 
lagi dua minggu untuk scan.

So i think when reach of 6 weeks of pregnancy 
baru la nak jumpa specialist.

Besar sungguh harapan Hana agar ia benar-benar
kandungan yang dinantikan.
Sebab tu rasa takut & tak percaya tu masih ada.
Maklumlah first time kan..
Excited betul rasa sekarang ni.

Hana dah start survey cloth diapers, stroller & semua la
yang berkaitan kelengkapan baby.
Sesiapa yang tahu pasal butik yang jual baju mengandung
kat area KL ni harap dapat bagi
maklumat la serba sikit.

Then kalau yang tahu kat mana dapat cari kelengkapan 
baby yang murah / berpatutan & cantik..
Boleh bagi info kat Hana yea.

Plus..Doakan yang terbaik untuk Hana & Family ya..
tQ guys!

Thursday, March 1, 2012

Doa Untuk Anak Ibu

Doa Untuk Anak Ibu

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allaah, Peliharalah anakku selama dia di dalam kandungan ku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan. Tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allaah, Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allaah, Zahirkanlah dia kedunia dengan mudah dan selamat.

Ya Allaah, Anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal.

Ya Allaah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan,sihatkanlah tubuh badannya, indahkanlah akhlaknya, fasihkan lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allaah S.W.T tuhan semesta alam.

Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Syukur,Alhamdulillah!

Assalamualaikum and Hye..


Sungguh Hana penasaran! Serba salah nak check or biar je. Bukan apa..cuma takut terkecewa. Lain yang diharap lain yang dapat.


Ayat di atas adalah apa yang dirasai semalam. Berdebar rasanya. Tapi hari ni perasaan tu dah bertukar kepada excited and happy! Rasa macam nak ku khabarkan kepada dunia! Tapi macam melampau pulak kan..huhu..Pagi tadi terbangun awal. Pastu dah tak boleh tidur. Terasa-rasa nak check.


Dalam pada berkobar-kobar nak check...Takut pun ada juga. Takut kecewa..Tapi dikuatkan semangat. Check juga. Dah lepas check takut nak tengok pulak kisahnya. Macam-macam hal ko ni Hana oi..Lama juga la nak pegi tengok result. Konon-konon nak suruh Mr. Hubby tengok kan..Lastly...Bangun sendiri gi tengok..


Syukurlah..Akhirnya doa dimakbulkan Allaah S.W.T...Semoga selamat lah kami hingga ke waktunya. Akan bertambah lagi umat Nabi Muhammad S.A.W...Amin..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...