ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Thursday, March 3, 2011

Maen Air @The Carnival

Assalamualaikum & Hye...

Ni kesahnya kami sekeluarga gi maen air 
kat The Carnival, Sg. Petani...

Dekat amat dengan rumah Hanna..

Nak tau harga tiket?
Boleh Klik Sini

(^_^)

So kami masuk & mandi mandi lah 
kat dalam nieh...

Ada budak tu takut air...
Buat penat jer abah dia belikan pelampung comel...
Dia tak nak naik pun...
Nak jejak kaki kat air pun dah takut...

Kat rumah pantang jer dengan air...
Ni dah bawak main air,
Tak endak pulak...
Macam-macam pe'el...
Baru sampai kat locker simpan barang,
Muka dah masam mencuka..
Hehehe...

Jom lah nengok piccha...

-Gelagat Si Kecik-

(Ni sebelum nak msuk,beli seluar mandi)


 (Ni pun muka nak bertukar)

(Tak nak duk atas pelampung)

 (Nak kasi duduk jugak)

 (misi nak dudukkan dia dalam pelampung tak berjaya)

(Kalau boleh panjat lagi tinggi lah dia nak panjat)

(last-last Pa'cik dia yang naik pelampung)

(Tu tak nak jejak kaki dalam air pun)

(Selagi boleh pijak tempat tak da air)

(Nak panjat abah dia)

(leka nengok orang)

(hepi sebab dah naik ke darat)

(lunch time!)

(mau la duduk kejap)

Tu lah dia si kecik yang takut air...
Tapi kalau air dalam baldi pantang tengok...
Mesti nak main...
May be dia tak biasa kot tengok air banyak-banyak macam tu..

Huhuhu...

Kita Tak Sama

Assalamualaikum & Hye...

Kita ni manusia tak sama...
Sebab ada lelaki, ada perempuan...

Ada pulak yang bernasib baik,
Ada jugak yang kurang bernasib baik...

Kita ni manusia bukanlah serba sempurna...
Kita ni serba kekurangan....

Itulah saja yang sama tentang kita...

Setiap orang tu ada kelebihan & kekurangan
masing-masing...

Kau ada kereta,
Aku ada basikal...

Kau ada rumah banglo...
Aku ada pondok kayu...

Kau ada kerja bagus...
Aku hanya penganggur terhormat...

Kau belum punya suami...
Aku sudah punya suami...

Ya...Itulah kita...
(contoh okey)

Kita ada kelebihan & kekurangan masing-masing...

Perbualan di FB tadi....

Klik pict. untuk tumbesaran :)

Klik pict. untuk tumbesaran

Janganlah merungut bila 
apa yang kita inginkan belum tercapai..
Atau pun apa yang kita inginkan itu 
tak menjadi milik kita / kita tak dapat...

Ada hikmah mengapa Allah S.W.T
tak berikan kepada kita...

Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki...
Tapi jangan lupa berusaha, berdoa & bertawakal
kepadaNya...
Mudah-mudahan Dia memenuhi permintaan kita...
Allah itu Maha Mendengar... (*_*)

Wednesday, March 2, 2011

Header Baru ^_^

Assalamualaikum & Hye...

Hurmm...Hari ni demi tidak 
melayan perasaan sedih secara berlebihan........

Hanna pun hiburkan hati....
Buat header baru...
Pastu edit ajer memana piccha yang
terasa nak edit...

Huhuhu...

Walaupun hati terbayang-bayangkan 
kampung halaman....

(-_-)

uDah, uDah ler layan sedih tu nyer...

So....Tengok la ni....

Dari header nieh

Tukar ke header nieh

Sekarang sudah boleh  (^_^)

Tuesday, March 1, 2011

Kecewa Aku Dek Kerana......

Assalamualaikum & Hye..

Malam ni Hanna rasa sangat sedih + kecewa...
Rasa macam tak dapat balik
jumpa mak & abah di kampung sana...
Kesian diorang mesti tunggu Hanna balik 
hujung minggu ni..
Sebab Hanna dah bagitau nak balik..

Dah la abah tak sihat sejak 2,3 hari nieh...
Hati ni melonjak-lonjak nak balik 
jenguk abah di kampung...

SANGAT RINDU MAK & ABAH!

Minggu lepas tak nak pulak geng-geng tu 
buat majlis apa pun...
Dah orang plan nak balik kampung,
Dah berkobar-kobar nak balik nieh...
Tetiba Hubby cakap geng tu ada nak buat
majlis pe tah...

Ish....Geram betol la...
Tak suka la macam nieh..!!!

Nak balik...............
Jumpa MAK & ABAH!

Oh...Bilakah Masanya....

Assalamualaikum & Hye...

Petang ni pun Hanna tak de something 
special info untuk share dengan readers...
Just satu luahan sekeping hati 
yang pilu..

Huhuhu...

Tadi Hanna dapat tahu,
lagi sorang kawan Hanna dah pun dapat kerja...
Kerja yang setaraf dengan diploma yang dimiliki.
Tersentuh hati ni...
Pilu terasa menyerang hati...
Jugak timbul sedikit perasaan cemburu...

Cemburu sebab lagi sorang kawan Hanna dah 
dapat kerja.
Sedangkan Hanna....
Entah bila pulak giliran Hanna.

Rasa sedih amat.
Sebab masih belum dapat membalas jasa
kedua-dua orang tua Hanna.
Kesian diorang.
Hanna teringin sangat nak kerja,
Bagi diorang rasa duit gaji Hanna.
Sekaligus meringankan beban menanggung pelajaran
adik-adik setakat yang termampu.

Oh Tuhan Yang Maha Kaya....
Bilakah rezeki buatku akan tiba?

'' Teringin sekali aku membahagiakan 
kedua-dua insan itu,
Setelah penat lelah mereka membesarkan diri ini,
Dan juga setiap pengorbanan mereka 
demi memberi kesenangan buat ku..

Terlalu besar jasa & pengorbanan mereka buat ku...
Teringin sekali aku memberikan mereka kebahagiaan
& meringankan beban mereka... ''

Bilakah agaknya Hanna akan dipanggil
untuk bekerja seperti mana 
teman-teman lain?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sungguh!
Hati ini amat pilu tiap kali dapat tahu
berita penempatan kerja yang
diorang dapat..

Sungguh!
Hati ni sangat cemburu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...