ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Sunday, September 2, 2018

Abah Jatuh Sakit Part 3

Assalamualaikum & Hi

Bersambung...

Lepas abah dah sedar dari lena sebab kesan bius, baru kami bergerak balik Kelantan. Sebaknya dalam hati, Allah swt je tahu. Tak ada hati langsung nak raya. Dalam hati berharap sangat dapat jaga abah.

Kesian sangat abah. Terpaksa tanggung semua tu.

Lepas hari keempat, specialist suruh abah dipindahkan ke Hospital Lama Sungai Petani. Sebab katanya wad dah penuh, pesakit lain yang lebih kritikal nak masuk. Di sana akan dilakukan cucian luka setiap hari juga.

Maka petang tu abah dipindahkan ke Hospital Lama Sungai Petani. Abah duduk di sana 2 minggu. Barulah doktor bagi discaj. Tetapi keadaan luka abah tak nampak improvement.

Hana ajak mak bawak abah ke hospital tempat Hana kerja untuk dapat kan rawatan di sini.

Selamat 2 minggu abah pakai mesin vakum, melakukan rawatan 'vacuum dreasing'. Nampak lah improvement. Luka semakin baik. Nampak keadaan luka sangat memuaskanlah. Malangnya rawatan ni kos tinggi. Abah tak ada insurans atau simpanan yang banyak. Selepas 2 minggu, kami stop rawatan vacuum dressing. Abah balik ke Kedah dan meneruskan cucian luka di HSAH.

Kesihatan abah tak memuaskan sangat. Abah perlukan perhatian lebih. Beliau tak mampu nak uruskan diri sendiri. Maka pemergian untuk menunaikan ibadah haji ditunda.

Mohon doakan kesembuhan abah Hana yea. Semoga tangan beliau sembuh Dan dapat tunaikan ibadah haji tahun depan. Amin Ya Rabb..

Wassalam..

Saturday, September 1, 2018

Abah Jatuh Sakit Part 2

Assalamualaikum & Hi

Bersambung...

Bila Hana tengok darah makin banyak keluar, tak ada tanda-tanda nak berhenti.. Hana ajak mak bawa abah ke hospital petang tu jugak. Mak pun setuju.

Dalam perjalanan balik rumah ambil buku-buku temujanji & ubat-ubat abah, Hana ada WhatsApp specialist di tempat Hana bekerja. Tanya pendapat beliau.

Beliau terkejut sangat. Suruh Hana bawa abah ke hospital segera. Katanya kes boleh mengancam nyawa, boleh dapat sepsis. Hana terkejut sangat & terus bawak abah ke hospital bila dah ambil semua barang abah.

That time jugak abah asyik bagitahu dia rasa nak pitam, Pening, gelap mata.. Hana dah rasa makin tak keruan. Minta suami lajukan sikit drive tu supaya cepat sampai hospital.

Hana dengan adik masa tu picit-picit tangan abah, kaki abah supaya abah tak pejam mata. Hana kena pastikan abah dalam keadaan sedar sebelum sampai hospital.

Bila sampai hospital, Hana cepat-cepat minta tolong staff hospital check abah, buat apa yang patut.

Then petang tu abah admitted di HSAH. Mak yang jaga abah masa tu. Esoknya Hana dah kena balik Kelantan ikut suami. Sedih nya Ya Allah sebab tak dapat jaga abah. Bergelodak perasaan ni.

Abah dimasukkan 4 beg darah. Sehari sebelum raya tu, Abah buat operation. Doktor buang bahagian kulit mati & kulit yang rosak bernanah.

Tinggal otot yang tutup tulang di lengan dan sebahagian tangan abah. Kesian abah. Dah la tahun ni dapat panggilan menunaikan ibadah haji.

Bersambung...

Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...