ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Tuesday, September 1, 2015

Belajar Sesuatu


Assalamualaikum & Hi



Amboi lama tak update ye.. Malam ni dapat idea nak update blog.

Malam ni tergerak hati nak cerita kisah kehidupan. Not mine, just share from others. Hidup kita tak selalu indah. Ada masa di atas, happy penuh warna warni bak pelangi. Ada masa pula di bawah, kecewa, sedih penuh duka lara onak & duri.

Kita sangka hidup kita yang paling teruk. Kesal dengan apa yang kita hadapi & berlaku sekarang. Sedangkan pernah tak kita renung kembali... Muhasabah diri. Ada insan lain yang hidupnya lebih payah, lebih sukar daripada kita. 

Pernah tak kita syukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada kita? 



Sebenarnya apa yang DIA berikan kepada kita adalah apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita nak. May be apa yang kita nak tu tak sesuai untuk kita. Sebab tu DIA tak bagi apa yang  kita nak.

Sesungguhnya DIA lah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sebab tu ada ketikanya hajat kita tak dimakbulkan.. 
Cubalah belajar mensyukuri apa yang kita ada, apa yang diberikan, apa yang telah ditentukan olehNya. 




Renung semula...

Lihat pada keperitan, penderitaan, kepayahan hidup orang lain sebelum kita katakan hidup ini tidak adil. ALLAH itu tak adil... Never said that okey. You will never know what had Allah plan for you, for us. Setiap yang berlaku ni mesti ada hikmahnya.

Sesungguhnya Hana syukur dikelilingi oleh insan-insan yang baik, family yang amat sayangkan Hana. Kawan-kawan yang baik. Alhamdulillah sangat bersyukur. Walaupun belum 'sempurna' menjadi seorang wanita, punya zuriat sendiri... Tak apa... Allaah SWT punya perancangan sendiri yang lebih baik. Ada hikmahnya.

For all friends outside there, if ada masalah carilah kawan-kawan yang boleh membantu mendengar & meredakan masalah. Bukan yang semakin memburukkan keadaan.

Jadi ibu bapa bukan mudah. Jika benar anak kita yang salah, akuinya. Jika kita sendiri yang bersalah, akuinya. Jangan pula menidakkan kesilapan sendiri. Ibu bapa jangan mudah menyebelahi anak sendiri. Selidiklah benar @ tidak dia bersalah @ dipihak yang benar.


Saling memaafi antara kita. Bermaafan bukan sekadar di hari raya sahaja. Setiap masa mesti saling memaafi. 

Yang lepas biarlah lepas. Yang akan datang peliharalah sebaiknya. Jangan cepat melatah. Perbaiki kesilapan masing-masing.  Kita bukan maksum yang tak ada silap walau sebesar zarah.  
Bila terasa diselubung rasa marah, segeralah berwuduk, solat sunat. Mohonlah agar diredakan rasa marah, ditunjukkan jalan agar dapat diselesaikan setiap permasalahan, yang mana rumit dipermudahkan.

Bagi suami isteri, jaga bahasa. Terutamanya suami. Janganlah mudah mengeluarkan kata-kata yang boleh merumitkan hubungan rumah tangga kalian. Jika terasa lidah ringan nak memaki hamun @ melafazkan yang tidak sepatutnya tanpa niat, baiklah kamu diam & keluar dari rumah. Bila terasa sudah reda, pulanglah. 

Jika isteri cuba timbulkan provokasi, tak perlu layan walau hati sakit. Isteri, jangan terlalu mendesak. Kemudian cubalah beralah. Selesaikan sebaiknya setiap masalah. Masing-masing ada kesilapan. Jadi carilah penyelesaian sebaiknya.

Kawan-kawan, jika bergaduh dengan kawan anda, jangan mudah memaki hamun. Cuba bercakap baik sekurang-kurangnya 3x. Carilah tempat yang susuai & tidak menjatuhkan air muka si yang ditegur. Sama-sama jaga air muka kawan-kawan ya. Kita tak sempurna, tapi cubalah sedaya upaya sempurnakan setiap perkara yang dipertanggungjawabkan.  

Sekian celoteh saya malam ni. Sebagai mengambil iktibar daripada kisah kehidupan insan di sekeliling & berkongsi agar kita semua jadi lebih baik satu sama lain. Menghargai setiap insan di sekeliling kita.



Posted via Blogaway

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...