ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Wednesday, July 16, 2014

CDM 25

Assalamualaikum & Hye

Hari ni dikejutkan dengan video yang menjadi viral dalam kalangan rakyat Malaysia berkenan seorang wanita mengamuk selepas kereta Peugeot nya dilanggar oleh seorang Uncle berambut putih.

Kalau Hana la kan... Memang tak berani nak bentak-bentak ketuk-ketuk kereta orang macam dia buat tu.

Bukan apa tau.. Terfikir kalau aku buat macam tu, kemudian hari orang buat dekat aku pulak. Lepas tu kalau dia upah orang pukul aku ke buat apa-apa kat aku ke camna.. Kalau pun bukan dia yang buat apa-apa kat aku, entah nak ditakdirkan Allaah akibat perbuatan tu aku dibalas lebih teruk sebab berdosa berlaku biadap & tak sopan.

Takut betol Hana. Nak tinggi suara pun rasa takut. Apatah lagi nak ketuk kereta orang. Lainlah kalau dia pun bersikap kurang ajar dengan kita, tak nak bayar ganti rugi ke apa kan.. Tu lain cerita. Agak boleh dipertimbangkan nak melakukan kekasaran.

Tapi...Tu pun Hana kena fikir banyak kali kewajaran nak buat macam tu. Takut la dia punya geng ka datang serang balik. Takut oo..

Sekadar nak bagi nasihat la sikit kot. Nak terima @ tidak terpulang.

1. Bulan Ramadhan + orang islam + melayu + perempuan + bertudung. Rasanya kena banyak sabar. Anggap sebagai ujian di bulan ramadhan ni (Pesanan ustaz kazim bila ditimpa musibah) nak lihat sejauh mana tahap kesabaran kita menerima ujianNya. Orang melayu, islam & wanita bertudung rasanya tak patut bertindak macam tu. Cuba dulu cakap baik-baik. Jaga adab sopan + tatasusila.

2. Sentiasalah ingat bila kita buat jahat dekat orang, kita akan dibalas jahat. Mungkin dibalas oleh orang yang kita jahati @ orang lain. Ingat ianya pasti dibalas oleh Allaah SWT. Buat baik dapat baik.

3. Islam tekankan sekuat mana kita diuji, terimalah seikhlas hati. Pasti ada sebab kenapa kita diuji demikian. Mungkin kerana dosa-dosa kita terhadap orang lain sebelum ni dibalas dengan cara demikian. Kita bukan  manusia suci.

4. Rakyat Malaysia ni sensitif. Bila ada kejadian macam ni, cepat saja jadi rakaman. Tengok apa mereka dah buat. Dalam masa singkat pelbagai caci maki dia terima. Dah tu suka menokok tambah. Jadi, hati-hati.

Setiap pergerakan anda diperhatikan... 😯

Peringatan untuk diri sendiri jugak ni.


Posted via Blogaway

Wednesday, July 9, 2014

Moist Chocolate Cake


Assalamualaikum & Hye

Buat moist chocolate cake. Masa dah suam-suam tu makan memang yummy..!!! Rasa dia macam mana? Ermm.. Boleh la. Tak ada la rasa macam kek dekat secret recipe tu. Tapi boleh la..

Hehee..

First time la buat rasa sikit menjadi. Still tak puas hati tu.. Bukan apa, merajinkan diri buat kek ni sebab si kecik tu haa... Sibuk tanya dari minggu lepas bila nak buat kek, bila nak buat kek. Alahai anak.. Tapi demi anak Hana rajinkan diri buat kek sebab dia puasa penuh dah dalam 3 hari.

Kiranya macam pembakar semangat dia, lepas tu macam hadiah la untuk dia sebab puasa penuh. Minggu awal puasa hari tu, puasa dalam separuh hari saja.

Mama seronok sangat anak mama ni rajin puasa penuh walaupun baru nak belajar puasa tahun ni. Syukur sangat.

Dah dia sibuk tanya bila nak buat kek, Hana izinkan la dia tolong mana yang boleh. Hehee.. Suruh pukul telur je pun..

Sudahnya bila dah siap, sikit saja makannya..

Belanja gambar je la ye.. Hehee..


Posted via Blogaway

Monday, July 7, 2014

What Its Mean?

Assalamualaikum & Hi

Kisah ni berlaku pada pukul 5 pagi tadi. Seorang pesakit non-muslim memanggil nurse kerana berasa kurang selesa seperti sesak nafas katanya..

Setelah semua intervensi perawatan dilakukan kepada beliau, akhirnya beliau kembali rasa lebih baik daripada keadaan sesak nafas tadi.

Sambil memerhatikan keadaan beliau, tiba-tiba Hana diterjah dengan persoalan yang tak terjangka daripada beliau.

Ada satu papan tanda bertulisan jawi, berbahasa arab & maksudnya dalam bahasa melayu. Perkataan 'la ila haillallah'...

She asked,

"What its mean? I read it everyday but I dont know what its mean.."

Beliau menuding jari ke arah papan tanda tersebut yang terletak di dinding di hadapan beliau sambil bertanya apakah maksud perkataan itu.

Hana yang khusyuk memerhatikan keadaan beliau serta iv drip yang sedang menitis jadi tersentak dengan pertanyaan tu. Then Hana pun menyusun ayat.

Apa benda, macam mana nak bagitahu dia maksud perkataan yang dia tanyakan tu. Otak tak dapat nak translate perkataan 'sembah'..

Yang hanya terlintas perkataan..

"There no God to trust except Allaah.."

Boleh ke bagitahu macam tu? Menjadi satu kesalahan tak? Betul-betul tak dapat nak translate perktaan 'sembah' tu..

Beliau turut bertanya, adakah Hana sudah bersahur? Kerana dia diberitahu bulan ini bulan ramadhan. Orang muslim akan berpuasa tidak makan & minum siang hari.

Semalam pulak, kawan-kawan cerita... Beliau ada bertanya yang mereka faham hanya perkataan 'singing'. Selepas diulang tanya barulah faham apa yang ditanya oleh beliau..

"A man singing?"

Rupanya merujuk kepada AZAN. Di hospital tempat Hana kerja akan ada seseorang yang melaungkan azan bila masuk waktu solat. Kemudian mereka pun terangkan kepada beliau.

Esok lusa tak tahu apa pula soalan akan diajukan. Jika berkenaan agama islam, mudah-mudahan kami dapat memberikan penerangan yang jelas kepada beliau. Didoakan juga mudah-mudahan beliau mendapat hidayah daripada Allaah SWT dan memeluk islam.. Ameen..


Posted via Blogaway

Wednesday, July 2, 2014

Rezeki Berbuka Puasa

Assalamualaikum & Hye

Ini cerita semalam.

Semalam masing-masing tak bawak bekal makanan. Jual-jualan pun tak sempat nak pergi jenguk.

Nasib baik salah seorang daripada kami dah masak siap-siap di rumah sebelum datang kerja.

Cuma petangnya suami dia datang bawak makanan yang dia masakkan tu. Jadi dia sudi kongsikan dengan kami.

Alhamdulillah. Dapatlah kami merasa makan nasi semasa berbuka puasa. Sedap pulak tu. Syukurlah..

Patient lain ada juga berikan air kotak, kuih muih sikit. Terima kasih banyak la..

Semoga yang sudi bagi kami sikit makanan diberikan kesihatan yang baik supaya mereka dapat jalani ibadah puasa sehingga akhir ramadhan & ibadah lain kepada Ilahi bulan seterusnya. Ameen..

*eh, kalau nak dapatkan premium beautiful secara ansuran, just text me..

Berpuasa dengan Premium Beautiful ni dapat elakkan gastrik & pedih ulu hati tau.  Untuk kesegaran sepanjang hari, bersahurlah dengan mineral coffee.


Posted via Blogaway
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...