Assalamualaikum & Hye
Ini kisah hari kedua Ramadhan.
Tadi selepas berbuka, ada seorang relative pesakit hulurkan kuih.
Katanya...
"Ambiklah dik, buat makan sahur nanti.."
Ada lagi ayat sambungan. Mengikut fahaman Hana, kuih tu untuk orang makan sahur nanti.
Haa.. Cuba dia cakap macam ni..
"Dik, ambik makan ramai-ramai ye.."
Atau macam ni..
"Dik, amik la makan ye.."
Kalau patient/relative diorang cakap ambik la makan, makan la ek.. Memang kami bedal je. Memang faham la untuk makan beramai-ramai.
Entah la. Kalau kawan-kawan dengar sendiri ayat yang dilontarkan oleh individu tersebut mungkin ada yang faham macam Hana faham. Mungkin ada yang faham membawa maksud memang disuruh makan beramai-ramai.
Tak apa lah. Moral of the story, bila nak dampaikan sesuatu mesej tu cakap dengan jelas. Supaya penerima faham maksud yang ingin disampaikan.
Dan kalau si penerima rasa confuse dengan apa yang cuba disampaikan oleh si pemesan, minta penjelasan. Jangan buat faham sendiri.
Tidaklah nanti salah komunikasi. Si A cakap bermaksudkan yang lain. Si B pulak faham maksud lain.
The end....
Selamat malam semua.. Jangan lupa bangun sahur tau..
Posted via Blogaway