ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Tuesday, October 7, 2014

It Gone Already!

Assalamualaikum & Hi


Andainya kehilangan begitu kita rasakan apabila kita kita kehilangan senaskah Al-Quran, kan lebih bagus...

Apalah sangat kehilangan FB tu..

Berkawan bukanlah sekadar di FB. Kalau benar menjalinkan persahabatan, bukan sekadar di alam maya. Dalam dunia realiti pun boleh bukan?

Jadi, jangan jadi macam orang gila meroyan kalau FB tiba-tiba tak dapat buka walau pelbagai cara telah dibuat. Atau FB kena block & tak tau apa punca. Tak mati pun tak ada FB...

Siapa sini tak ada FB angkat tangan? Hehehe...


*menerima hakikat bahawasanya FB ku sudah tiada lagi. tak tau kenapa di block oleh manusia yang tak tau apa isi hatinya. kalau tak puas hati, boleh bagitau kat wall/timeline/pm kot. ni tak terus block. adeh la.

Err.. Terpanjang lak nota kaki..



Monday, September 15, 2014

Terkilan Terguris

Assalamualaikum & Hye

Lately ramai yang menghina, mengutuk, mengeji & seumpamanya terhadap nurse.

Nak diluahkan tak tahu kepada siapa. Tak siapa sudi mendengar. Hanya kutukan & hinaan yang diterima.

Encik-encik, tuan-tuan, puan-puan, cik-cik..

Kalau rasa tak puas hati, buat laporan terus kepada pihak atasan. Tak perlu snap pict. then upload di FB. Buat dapat dosa saja encik, tuan, puan, cik.

Bukan encik, tuan, puan, cik saja dapat dosa, malah turut heret kawan-kawan & sesiapa yang like & komen sekali untuk dapat 'habuan' dosa tu.

Fikirlah gunakan akal yang waras. Bukan ikutkan hati yang amarah.

Kami pun boleh buat lagi teruk dari yang encik, tuan, puan, cik tak jangka kalau kami ikutkan hati yang amarah apabila berdepan dengan pesakit ATAU ahli keluarga yang banyak kerenah, mengada-ngada & sebagainya.

Kami pun nak senangkan kerja kami, nak encik, tuan, puan, cik cepat sihat & boleh jalani kehidupan dengan lebih baik. Kami boleh buat macam-macam.

Tapi kami pakai akal yang waras untuk fikir baik buruk tindakan kami kalau kami buat sesuatu yang bukan-bukan kepada pesakit ATAU ahli keluarganya.

Adakah anda akan membantu nurse cuci & tukar lampin apabila ibu/ayah anda buang air kecil/besar dalam lampin?

Sungguh hati ni terkilan sangat. 

Nurse tak boleh nak duduk ke? Nak kena berdiri saja dari masuk syif hingga habis syif? Nak kena berdiri tepi patient saja dari masuk syif sampai habis syif? 

Tahukah anda, nurse ni pun banyak dapat penyakit sakit tulang belakang, sakit bahu, sakit kaki, sakit macam-macam lagi. Semuanya disebabkan oleh pekerjaan yang mereka lakukan.

Tolonglah...

Jangan ingat nurse tak ada life. 

Life nurse hanya dengan pesakit 24 jam? Begitukah pandangan encik, tuan, puan, cik?

Nurse kerja malam. Tertidur di kaunter. Tahukah siang harinya nurse menguruskan rumah tangga? Hanya dapat lelapkan mata dua, tiga jam. Sedangkan malamnya kena berjaga selama 10 jam! Dapat bayangkan tak?

Yang mana orang lain sedang enak tidur dibuai mimpi indah, berselimutkan comforter tebal, beralaskan tilam yang empuk. Sedangkan nurse????

Lagi satu, nampak hanya seorang yang tertidur di kaunter. Sedangkan yang 2 orang lagi ni beliak biji mata terima pesakit tengah pagi buta pukul 2, 3 ,4 pagi! Pun nak pertikaikan nurse tak buat kerja? Makan gaji buta? Mengank***g saja? 

Saya tak tahulah bagaimana cara anda berfikir? Please use your human sense. Bagaimana kehidupan anda, begitulah juga nurse.

Tak tahulah nak cakap macam mana lagi. Panjang kalau nak bebel dalam ni. 

Kalau kami boleh ada sifat empathy-memahami keadaan pesakit & ahli keluarga... Kenapa tidak kalian juga ada sifat empathy-memahami keadaan nurse.

Kita sama-sama manusia. Manusia ni tiada yang sempurna. Anda tak sempurna, kami juga tak sempurna.

Tapi kami cuba sehabis baik menjalankan tanggungjawab agar pesakit & ahli keluarga mendapat yang terbaik.

Saya mohon kepada kalian, 

Banyakkan bersabar dalam menghadapi sakit yang menimpa. Jangan terus mencari silap orang lain. Cuba bagi kerjasama. Fahamilah kami juga.

Ada apa-apa yang tidak puas hati, buat laporan kepada pihak yang sepatutnya Tak perlu snap pict and upload di FB/socia media.



Cukuplah sekadar yang begini. Hurmm..


Thursday, August 28, 2014

Bila Ada Masalah...

Assalamualaikum & Hi

Rasa macam stress sangat. Lately kerja asyik ada yang tak kena. Dah cuba buat sehabis baik. Tapi masih jugak ada yang tak sempurna.

Kita memang manusia tak sempurna. Lebih baik mencuba daripada langsung tak buat apa-apa.

Hidup ni memang banyak cabaran. Tapi sementara nak menghadapi dugaan & bertenang tu, agak mengganggu emosi.

Kadang rasa nak stop makan gaji. Kerja sendiri. Stress pun tak ada nak risau bos marah ke, tak kalut colleague marah sebab ada kerja tak selesai, tak menyusahkan orang lain. Ada banyak masa untuk family, ada banyak masa untuk bercuti & macam-macam lagi kebebasan.

& tak sibuk nak jaga masa kerja takut pouch card merah......

Kalau boleh tak nak tunggu tua untuk mempunyai kebebasan masa & kebebasan kewangan.

Hopefully to be so soon.

Wednesday, August 27, 2014

Saturday, August 23, 2014

Wedding of Azira & Dean

Assalamualaikum & Hye

Last minute en.suami bersetuju teman me attend wedding my ex-housemate.

Apa lagi terus siap-siap. Capai ja baju mana yang sempat. Memandangkan ada satu lagi baju raya yang belum dipakai.

Maka, tak fikir banyak. Terus iron & pakai la. Hurmm.. Memandangkan juga tempat nak dituju tak pernah pergi, jadi kami bertolak lebih awal.

Maklumlah. Bila tempat yang tak pernah pergi ni kan.. Nak sesat mesat lagi. Jadi lebih baik pergi awal daripada lewat.

Tapi en.suami tak nak bermalam di mana-mana. Pergi kemudian terus balik. Tak singgah mana dah.

Tak apa lah. Janji dapat jumpa my ex-housemate yang gorgeous sangat hari ni.

Apa pun, selamat pengantin baru buat azira sajahan & hafizudin. Semoga tangga yang dibina berpanjangan & bahagia.

Selamat menempuhi alam rumah tangga. (^_^)


Posted via Blogaway

Sunday, August 17, 2014

Tahukah Anda?

Assalamualaikum & Hye

Hana nak tanya kawan-kawan muslim. Tahukah anda yang solat itu adalah wajib dilaksanakan walaupun sedang terlantar sakit?

Pada pandangan Hana, mungkin antara kita tahu & laksanakan walau dalam apa jua keadaan. Mungkin ada juga yang tahu tapi tak buat.

Hurmm...

Tapi...

Ada tak yang tak tahu bahawa solat tu wajib dilaksanakan walau dalam apa jua keadaan? Sakit tak boleh bangun, kaki tangan patah, berbalut sana sini?

Pendek kata ada ke yang tak tahu solat tu WAJIB kecuali uzur syarie?

Lagi satu tidakkah kita tertanya-tanya,  bagaimana cara nak lakukan solat ketika sakit, tangan berbalut dan lain-lain keadaan..

Mesti nak tahu juga bagaimana cara nak solat dengan keadaan sedemikian, kan?

Entahlah. Tak tahu apa nak cakap.

Kalau ada sebarang pendapat & pandangan boleh post di ruangan komen.

Sekian. Berita melaporkan.. ✌


Posted via Blogaway

Monday, August 4, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Assalamualaikum & Hye

Selamat pagi 8 Syawal... ☺

Apa khabar kawan-kawan... Macam mana seminggu bercuti sambut Aidilfitri? Mesti la best kan?

Tahun ni turn Hana kerja. Kerja pulak syift petang raya pertama. Raya ke-2 baru kerja pagi. Tapi tak sempat pun snap pict. ... Benar-benar beraya dengan baju putih. Huhuu..

Memang tak ada langsung pict. Family, berbaju raya memang tak ada. Sedih ooo..

Apa boleh buat... Kerana tugas pada negara, berkorban jiwa & raga. Nak nak lagi raya pertama pulak demam + batuk + selsema...

Nasiblah.. Apa boleh buat. Redhalah. Walaupun hari raya, pesakit tetap ramai. Nak lagi kan, petang raya datanglah keluarga-keluarga beramai-ramai, berduyun-duyun datang di kecemasan.

Sebab?

Cirit-birit, muntah, demam, macam-macam lagi lah. Yang lawaknya datang berduyun-duyun, setiap family pakai baju sedondon ja.. Hehee..

Penyakit musim raya dah datang. Hehee..

Raya, raya jugak. Kesihatan kena jaga jugak. Selamat hari raya lah yea.. 😀


Posted via Blogaway


Hana Radzi

Wednesday, July 16, 2014

CDM 25

Assalamualaikum & Hye

Hari ni dikejutkan dengan video yang menjadi viral dalam kalangan rakyat Malaysia berkenan seorang wanita mengamuk selepas kereta Peugeot nya dilanggar oleh seorang Uncle berambut putih.

Kalau Hana la kan... Memang tak berani nak bentak-bentak ketuk-ketuk kereta orang macam dia buat tu.

Bukan apa tau.. Terfikir kalau aku buat macam tu, kemudian hari orang buat dekat aku pulak. Lepas tu kalau dia upah orang pukul aku ke buat apa-apa kat aku ke camna.. Kalau pun bukan dia yang buat apa-apa kat aku, entah nak ditakdirkan Allaah akibat perbuatan tu aku dibalas lebih teruk sebab berdosa berlaku biadap & tak sopan.

Takut betol Hana. Nak tinggi suara pun rasa takut. Apatah lagi nak ketuk kereta orang. Lainlah kalau dia pun bersikap kurang ajar dengan kita, tak nak bayar ganti rugi ke apa kan.. Tu lain cerita. Agak boleh dipertimbangkan nak melakukan kekasaran.

Tapi...Tu pun Hana kena fikir banyak kali kewajaran nak buat macam tu. Takut la dia punya geng ka datang serang balik. Takut oo..

Sekadar nak bagi nasihat la sikit kot. Nak terima @ tidak terpulang.

1. Bulan Ramadhan + orang islam + melayu + perempuan + bertudung. Rasanya kena banyak sabar. Anggap sebagai ujian di bulan ramadhan ni (Pesanan ustaz kazim bila ditimpa musibah) nak lihat sejauh mana tahap kesabaran kita menerima ujianNya. Orang melayu, islam & wanita bertudung rasanya tak patut bertindak macam tu. Cuba dulu cakap baik-baik. Jaga adab sopan + tatasusila.

2. Sentiasalah ingat bila kita buat jahat dekat orang, kita akan dibalas jahat. Mungkin dibalas oleh orang yang kita jahati @ orang lain. Ingat ianya pasti dibalas oleh Allaah SWT. Buat baik dapat baik.

3. Islam tekankan sekuat mana kita diuji, terimalah seikhlas hati. Pasti ada sebab kenapa kita diuji demikian. Mungkin kerana dosa-dosa kita terhadap orang lain sebelum ni dibalas dengan cara demikian. Kita bukan  manusia suci.

4. Rakyat Malaysia ni sensitif. Bila ada kejadian macam ni, cepat saja jadi rakaman. Tengok apa mereka dah buat. Dalam masa singkat pelbagai caci maki dia terima. Dah tu suka menokok tambah. Jadi, hati-hati.

Setiap pergerakan anda diperhatikan... 😯

Peringatan untuk diri sendiri jugak ni.


Posted via Blogaway

Wednesday, July 9, 2014

Moist Chocolate Cake


Assalamualaikum & Hye

Buat moist chocolate cake. Masa dah suam-suam tu makan memang yummy..!!! Rasa dia macam mana? Ermm.. Boleh la. Tak ada la rasa macam kek dekat secret recipe tu. Tapi boleh la..

Hehee..

First time la buat rasa sikit menjadi. Still tak puas hati tu.. Bukan apa, merajinkan diri buat kek ni sebab si kecik tu haa... Sibuk tanya dari minggu lepas bila nak buat kek, bila nak buat kek. Alahai anak.. Tapi demi anak Hana rajinkan diri buat kek sebab dia puasa penuh dah dalam 3 hari.

Kiranya macam pembakar semangat dia, lepas tu macam hadiah la untuk dia sebab puasa penuh. Minggu awal puasa hari tu, puasa dalam separuh hari saja.

Mama seronok sangat anak mama ni rajin puasa penuh walaupun baru nak belajar puasa tahun ni. Syukur sangat.

Dah dia sibuk tanya bila nak buat kek, Hana izinkan la dia tolong mana yang boleh. Hehee.. Suruh pukul telur je pun..

Sudahnya bila dah siap, sikit saja makannya..

Belanja gambar je la ye.. Hehee..


Posted via Blogaway

Monday, July 7, 2014

What Its Mean?

Assalamualaikum & Hi

Kisah ni berlaku pada pukul 5 pagi tadi. Seorang pesakit non-muslim memanggil nurse kerana berasa kurang selesa seperti sesak nafas katanya..

Setelah semua intervensi perawatan dilakukan kepada beliau, akhirnya beliau kembali rasa lebih baik daripada keadaan sesak nafas tadi.

Sambil memerhatikan keadaan beliau, tiba-tiba Hana diterjah dengan persoalan yang tak terjangka daripada beliau.

Ada satu papan tanda bertulisan jawi, berbahasa arab & maksudnya dalam bahasa melayu. Perkataan 'la ila haillallah'...

She asked,

"What its mean? I read it everyday but I dont know what its mean.."

Beliau menuding jari ke arah papan tanda tersebut yang terletak di dinding di hadapan beliau sambil bertanya apakah maksud perkataan itu.

Hana yang khusyuk memerhatikan keadaan beliau serta iv drip yang sedang menitis jadi tersentak dengan pertanyaan tu. Then Hana pun menyusun ayat.

Apa benda, macam mana nak bagitahu dia maksud perkataan yang dia tanyakan tu. Otak tak dapat nak translate perkataan 'sembah'..

Yang hanya terlintas perkataan..

"There no God to trust except Allaah.."

Boleh ke bagitahu macam tu? Menjadi satu kesalahan tak? Betul-betul tak dapat nak translate perktaan 'sembah' tu..

Beliau turut bertanya, adakah Hana sudah bersahur? Kerana dia diberitahu bulan ini bulan ramadhan. Orang muslim akan berpuasa tidak makan & minum siang hari.

Semalam pulak, kawan-kawan cerita... Beliau ada bertanya yang mereka faham hanya perkataan 'singing'. Selepas diulang tanya barulah faham apa yang ditanya oleh beliau..

"A man singing?"

Rupanya merujuk kepada AZAN. Di hospital tempat Hana kerja akan ada seseorang yang melaungkan azan bila masuk waktu solat. Kemudian mereka pun terangkan kepada beliau.

Esok lusa tak tahu apa pula soalan akan diajukan. Jika berkenaan agama islam, mudah-mudahan kami dapat memberikan penerangan yang jelas kepada beliau. Didoakan juga mudah-mudahan beliau mendapat hidayah daripada Allaah SWT dan memeluk islam.. Ameen..


Posted via Blogaway

Wednesday, July 2, 2014

Rezeki Berbuka Puasa

Assalamualaikum & Hye

Ini cerita semalam.

Semalam masing-masing tak bawak bekal makanan. Jual-jualan pun tak sempat nak pergi jenguk.

Nasib baik salah seorang daripada kami dah masak siap-siap di rumah sebelum datang kerja.

Cuma petangnya suami dia datang bawak makanan yang dia masakkan tu. Jadi dia sudi kongsikan dengan kami.

Alhamdulillah. Dapatlah kami merasa makan nasi semasa berbuka puasa. Sedap pulak tu. Syukurlah..

Patient lain ada juga berikan air kotak, kuih muih sikit. Terima kasih banyak la..

Semoga yang sudi bagi kami sikit makanan diberikan kesihatan yang baik supaya mereka dapat jalani ibadah puasa sehingga akhir ramadhan & ibadah lain kepada Ilahi bulan seterusnya. Ameen..

*eh, kalau nak dapatkan premium beautiful secara ansuran, just text me..

Berpuasa dengan Premium Beautiful ni dapat elakkan gastrik & pedih ulu hati tau.  Untuk kesegaran sepanjang hari, bersahurlah dengan mineral coffee.


Posted via Blogaway

Monday, June 30, 2014

Kisah Nurse, Relative Patient & Akok

Assalamualaikum & Hye

Ini kisah hari kedua Ramadhan.

Tadi selepas berbuka, ada seorang relative pesakit hulurkan kuih.

Katanya...

"Ambiklah dik, buat makan sahur nanti.."

Ada lagi ayat sambungan. Mengikut fahaman Hana, kuih tu untuk orang makan sahur nanti.

Haa.. Cuba dia cakap macam ni..

"Dik, ambik makan ramai-ramai ye.."

Atau macam ni..

"Dik, amik la makan ye.."

Kalau patient/relative diorang cakap ambik la makan, makan la ek.. Memang kami bedal je. Memang faham la untuk makan beramai-ramai.

Entah la. Kalau kawan-kawan dengar sendiri ayat yang dilontarkan oleh individu tersebut mungkin ada yang faham macam Hana faham. Mungkin ada yang faham membawa maksud memang disuruh makan beramai-ramai.

Tak apa lah. Moral of the story, bila nak dampaikan sesuatu mesej tu cakap dengan jelas. Supaya penerima faham maksud yang ingin disampaikan.

Dan kalau si penerima rasa confuse dengan apa yang cuba disampaikan oleh si pemesan, minta penjelasan. Jangan buat faham sendiri.

Tidaklah nanti salah komunikasi. Si A cakap bermaksudkan yang lain. Si B pulak faham maksud lain.

The end....

Selamat malam semua.. Jangan lupa bangun sahur tau..


Posted via Blogaway

Thursday, June 19, 2014

Kegemaran Baru

Assalamualaikum & Hye

Since makan pekasam che pah, sampai hari ni terkenang-kenang.. Sejak hari tu asyik goreng bawang dengan cili padi. Macam goreng tabur atas ikan pekasam tu.. Fuhh.. Sedapp...!!!

Hari tu balik Kedah naik flight. Jadi tak dapatlah borong pekasam che pah. Kalau balik dengan kereta, dah borong dah tu.

Tujuan beliau jual pekasam tu, adalah untuk bantu anak-anak yatim yang memerlukan. Semoga niat murni beliau sentiasa mendapat keberkatan Allaah SWT..

Buat masa ini beliau baru saja menutup tempahan pekasam. Bila settle 1st round ni, beliau akan buka semula untuk tempahan. Nak borong la nanti walau macam mana pun. Hehee..

Membeli sambil beramal kata orang..

Ni saja lah menjadi santapan buat masa ini..


Posted via Blogaway

Friday, March 21, 2014

Perubahan? Nak Ubah Apa?

Assalamualaikum & Hye

Rasanya.... Dah sampai masa untuk lakukan perubahan rasanya. Berubah macam mana? Ermm.. Berubah dalam semua perkara. Berubah kepada sesuatu yang lebih baik.

Berubah untuk terus berada di landasan yang betul.

Eh, dah macam ceramah agama la pulak. Santai-santai sudah.. kan?

Mula-mula rasa nak berubah dari segi pakaian. Nak pakai yang wide yang longgar, kurangkan yang ketat-ketat tu. Lagi pun menjaga aurat tu kan memang dituntut dalam Islam.

Mulakan perubahan yang sedikit-sedikit. Lama-lama berubah semuanya. Demi diri sendiri & jugak keluarga. Berubah untuk kebaikan.

Kalau artis boleh berubah, kita yang biasa-biasa ni pun boleh berubah. Yang penting.. NIAT.

Nak buat apa pun niat kena betul. Tak begitu? Pastikan niat baik. Okey.. Cukuplah tu. Kawan-kawan pun dah bosan nak baca ayat yang sama dari mula sampai habis.

Excited nak buat perkara baru.

Macam tu pun okey kan?


Posted via Blogaway

Oh Blog Terchenta..

Assalamualaikum & Hye

Waa.. Lama jugak tak update blog ni ya. Sorry kawan-kawan... Mesti kawan-kawan rindu nak baca tulisan, nukilan di blog ni kan?

*sila muntah hijau..

Padahal tak ada orang nak merindu kau Hana oi..

Sekarang busy manage blogshop & kerja hakiki... Semua nak buat 1 masa bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi kalau dapat manage dengan baik, in sha Allaah kemanisan di penghujungnya. Kan?

Kawan-kawan pembaca di luar sana apa khabar? Hopefully semua sihat belaka ya. Kalau tak sihat tu, bagitau Hana. Manalah tahu Hana boleh nasihat @ cadangkan apa yang patut demi kebaikan & kesejahteraan bersama.

Yang baik kenalah share. Tak begitu? Kalau sudi boleh singgah blogshop Hana..

hana-radzi.blogspot.com

Mana tahu ada yang rasa berkenan di hati.

Rindunya nak update entri di blog ni.


Posted via Blogaway

Sunday, January 19, 2014

Thrombophlebitis

Assalamualaikum & Hye

Maaf sangat Dik Bellyza sebab tak nak sign in to blog since few month ago. 
Ni pun pinjam lappy hubby.. Baru dapat view pending comment..
Jangan marah ye dik..

Demi menunaikan permintaan kamu.. Sudilah kiranya kamu datang lagi 
dan baca entri ni.. (",)



THROMBOPHLEBITIS

Definisi : Inflamasi vena berkaitan dengan 'thrombus' (blood clot/darah beku)

Sign & Symptom :
> Tanda & simptom berikut yang kerap berlaku berkaitan dengan 'thrombophlebitis'
* sakit pada bahagian badan yang terjejas
* kulit kemerahan atau inflamasi 
* bengkak (edema) pada bahagian bawah kaki & buku lali
* tak dapat merasa vena

Penyebab/Punca :
* thrombus dalam vena superficial.
* faktor risiko termasuk gangguan berkaitan yang meningkatkan kecenderungan darah beku, kecederaan dinding vena & pengurangan kelajuan pergerakan darah dalam vena.

Langkah Pencegahan :
* menukar IV Line secara rutin membantu mengelakkan berlakunya Thrombophlebitis.

Rawatan : 
*Ubatan - analgesic (pain medication)
              anticoagulant (contoh - warfari/heparin untuk elakkan pembentukan darah beku yang baru)
               thrombophlebytics (untuk mencairkan darah beku dia ada seperti iv streptokinase)
              NSAIDS (nonsteroidal anti-inflammatory medications seperti ibuprofen untuk kurangkan sakit & inflamasi)
              stokin sokongan & balutan untuk kurangkan ketidakselesaan
*Pesakit mungkin dinasihatkan untuk :
- tinggikan kaki yang terlibat untuk kurangkan bengkak
- kekalkan tekanan pada luar kawasan untuk kurangkan sakit & kurangkan risiko kerosakan seterusnya.
- surgeri untuk buang vein jarang dilakukan tetapi adakalanya dicadangkan dalam situasi tertentu. 

Maaf ya dik.. Ini sahaja yang saya mampu berikan.. 
Semoga sedikit sebanyak membantu kamu..


Some picture related to thrombophlebitis..










Wednesday, January 15, 2014

Julia ~ If Only I Could Turn Back Time

Assalamualaikum & Hye

Bila tengok drama Julia ni... Teringat sesuatu.. Some situation in that drama seem same with mine. Dah la hati tengah kecewa merana lara pilu.. Tengok pulak cerita tu.. Hurmm..

Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. No 'kalaulah itu..', 'kalaulah begini..'... Terima seadanya dengan redha. Perbaiki jika tak elok. Bukan terus ingat apa yang tak patut..

Redha & pasrah.. Bukan mudah semudah menyebut dengan mulut.. Nak buat lebih payah dari sebut.. Hopefully I will be fine to accept all these thing..

Monday, January 6, 2014

Tahun Baru 2014

Assalamualaikum & Hye

Amboi.... Lama betul tak update blog! Dah bersawang blog pun haa..  Jom ambil penyapu, penyodok, sapu sawang semua habuk.. Fuhh.. Fuhh..

Belum terlewat ni nak wish selamat datang tahun baru 2014 kan.. Sedar tak sedar dah 4 hari kita melangkah ke tahun baru. Tahun ni Hana dapat pengalaman baru.. Hantar anak pergi TADIKA.

Mujurlah si anak tak menangis meraung. Heheh.. Kelakar la tengok gelagat budak-budak kecik ni. Macam-macam hal. Yang pasti, hari 1st hantar tu.. Sepanjang perjalanan nasihat mama untuk anak berbakul-bakul.. Entah ingat ke tidak. Harapnya ingat la.

Lately sibuk dengan kerja hakiki & jugak bisnes. Bisnes ni really make me fun. Sapa buat, dia dapat. Adil & saksama. Eh, eh.. Nanti melalut pulak. Tapi tak pe.. Anyone yang nak ada saving, nak hulurkan kepada mak ayah, suka spend money untuk shopping, suka travel free.. Contact Hana ye.. 01126438515.

Berbalik kepada cerita hantar anak ke sekolah.. Kawan-kawan anak dah nak baru dua, umur setahun lebih, dua tahun.. Hana dah hantar anak pergi sekolah.. Ingatkan hari tu Hafidz nak dapat adik dah hari tu. Rupanya belum.. Bila lah Hafidz nak dapat adik ye...

Tak pe, kita teruskan usaha tanpa jemu @ putus asa. In sha Allaah.. ada rezeki nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...