ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Saturday, August 24, 2013

Macam-macam Rasa

Assalamualaikum & Hye

Tadi online FB, hati ni terusik lagi. Ex-housemate dah bersalin anak kedua. Seronoknya... Dapat baby lagi. Teringin nak jugak. Lepas sekian lama masing-masing menyepi... Tiba-tiba dah tayang gambar anak kedua. Tumpang gembira, tapi  dalam masa yang sama, hati ni sebak sangat.

Hanya mampu melihat saja buat masa ni. Kena banyak-banyak bersabar. Jodoh pertemuan, ajal maut, zuriat... Semua tu rahsia Allaah SWT. Kita tak tahu apa yang DIA dah sediakan untuk kita. Setiap kejadian, ada hikmahnya. Sebagai hamba, kenalah banyak bersabar, redha & ikhlas terima setiap ketentuanNya.

Memang susah nak hadapi sebab rasa amat perit. Tapi kena jugak lalui. Allaah SWT nak tengok sejauh mana keimanan kita kepada DIA. Ujian dan dugaan tak akan pernah berhenti menziarahi kita. Nak tak nak kita kena kuat hadapi semuanya. Kerinduan yang memuncak membuat diri ni rasa sebak sangat. Nak menitis air mata bila terkenangkan semuanya.

Apakan terdaya. DIA hanya pinjamkan seketika, kemudian DIA ambil semula. Wahai hati, tabahlah. Ini dugaan yang tidak seberapa walau pun rasa inilah dugaan yang paling berat. Allah sudah janjikan kemanisan buat mereka yang sabar menempuhi setiap dugaanNya.

◆sendirian menenangkan hati yang gundah gulana.

Wednesday, August 14, 2013

First Day After Long MC + Raya

Assalamualaikum & Hye

Waaa..... Memang perghh arr kerja petang ni. Langsung tak duduk start masuk kerja sampai ke habis kerja.. Ubat dari pukul 4 sampai la pukul 9... Pukul 9.15 baru habis....

Kaki ni jangan cakap la. Macam nak patah kaki rasanya. Tumit sakit, betis sakit... nearly full bed kat wad. Patient ada 23 orang. Dah lama jugak la patient tak ramai macam tu. Dah tu ramai diabetic pulak. Nak kena check blood glucose, pastu inform doc. if result more than as doc. ordered.

Kalau HPT tu okey lagi. Check BP saja. Sabar saja lah... Naik kerja terus kena sebijik. Ada pulak staff nurse MC sorang. Dia kerja malam. Mujurlah diorang tak suruh buat locum night. Perghh! Memang aku tido la! Tapi seriously... Memang rasa nak pengsan pun ada. Ward lain tutup lagi (ada beberapa ward masih ditutup). Tu yang semua masuk situ.

Medical, ortho, eye, belaka-belaka la semua masuk situ la. Penatttttt!
Tapi... Bila balik rumah, tengok muka anak... Muka suami tercinta.. Hilang penat. Bahagia rasa. Aura keluarga tu, terasa la. Tengok gelagat anak.. Happy la..

Rumah ku syurga ku!

Monday, August 12, 2013

Jangan Putus Asa

Assalamualaikum & Hye

Setelah diuji berkali-kali termasuk yang mahal macam pasya sandha munye... Tetap tiada... Conclusionye memang tak ada la. Walau agak kecewa, tapi usaha akan tetap diteruskan tanpa putus asa.

Tak nak fikir negatif. Belum rezeki nak buat macam mana. Banyak cara belum dicuba. Tak apa, cuba satu-satu. Allaah SWT saja yang tau apa yang terbaik untuk kita. Banyakkan berdoa, jangan sesekali putus asa. Sabar itu cukup indah kalau diselami.

Semoga ada rezeki lepas ni..

Monday, August 5, 2013

Bulatkan Tekad

Assalamualaikum & Hye

Bangun tadi.. Saya sudah bulatkan tekad.. Tak nak buat test lagi hinggalah genap 2 minggu daripada tarikh mensus yang lepas.

Sebab daripada pembacaan artikel-artikel di web... Kebanyakkannya menyarankan UPT dibuat selepas 2 minggu mensus delay, baru akan dapat result yang betul.. (walaupun saya ada mengalami kehadiran 'si dia' yang sedikit). Tapi tak apa lah... Daripada menanti dengan penuh persoalan yang bersarang..

Baik buat relax saja.. Cool.. Banyakkan bersabar & berdoa mohon agar dimakbulkan hajat.. Nak nak lagi di penghujung Ramadhan ni.. Hati pun rasa lebih tenang..

Be POSITIVE!

Persoalan Yang Belum Terjawab

Assalamualikum & Hye

Salam Subuh, Salam 27 Ramadhan bagi yang beragama Islam..

Tinggal berapa hari saja lagi Ramadhan ini akan meninggalkan kita. Sedih kan? Sebab Ramadhan lah bulan untuk kita mengumpul pahala. Setiap amal akan berganda. Sepanjang Ramadhan, apa yang dah kita buat? Banyak pahala @ banyak dosa?

Bermula hari ni, setiap pagi Hana nak motivate kan diri supaya tidak mudah patah semangat, stress @ resah gelisah memikirkan sesuatu yang belum pasti. Hanya buat yang pasti & terus berusaha tanpa jemu.

Kalau sudah bukan takdirNya untuk kita, sampai bila-bila pun tetap tidak berubah. Kena banyakkan bersabar. Orang yang sabar itu, Allah SWT dah janjikan kemanisan dipenghujungnya. Apa jenis kemanisan yang akan diterima, hanya DIA yang tahu. Sebagai hamba kita kena patuh setiap perintah & tinggal apa yang ditegahNya.

Hana harap setiap pagi, Hana akan bangun dengan lebih semangat untuk teruskan kehidupan. Tak nak stress, tak fikir yang negatif.. Biar POSITIF ja sentiasa.

Untuk persoalan yang masih menjadi tanda tanya tu, biarlah begitu..
Kalau ada, syukur alhamdulillah. Kalau tak ada, kenalah berusaha lagi. Terlalu mengharap pun, bimbang hati kecewa tak dapat terima. Apa yang perlu dibuat.. Berusaha & banyakkan berdoa.. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah SWT..

Selamat Berpuasa
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf andai ada terlanjur bicara & perbuatan..

Sunday, August 4, 2013

Obsesi Ku

Assalamualaikum & Hye

Waa... Sejak pagi tadi hati & perasaan ni melonjak-lonjak nak buat UPT.. Asyik tak sabar nak menunggu pagi seawal subuh.. Memang tak nak terlalu berharap agar naik double line... Tapi..... Jauh di sudut hati... Memanglah amat berharap sangat impian jadi kenyataan.

Semuanya dengan kehendak Ilahi... Sekuat mana kita berusaha, ingat... Allaah SWT jua yang menentukan segalanya. Jadi hendaklah kita sentiasa berpaut harapan kepada Yang Esa..

Eh.. Lari tajuk sikit ni...

Mai patah balik mai...

Tadi keluar pergi KB Mall lagi.. Dengan harapan jumpa baju yang berkenan di hati. Tapi.. Puas pusing, tak jugak jumpa. Tak apa lah bab baju raya tu. Abaikan dulu.. Balik Kedah nanti boleh round cari lagi. Baju raya tak penting.. Yang penting sekarang, family & kesihatan diri.

Obsesi ku bermula...

Nak tahu apakah ia...? Adakah anda nampak apakah yang turut dimuat naik dalam entri ini? Ya, betul. Tepat sekali... Hahaha.... UPT.. Punyalah obses.. Sampai sanggup berhabis untuk beli UPT semata-mata.. Itu kalau dicampur tolak darab bahagi... Dah boleh beli sehelai baju..(lebih kurang la..huhuu..)

Saja beli.. Standby suka-suka.. Kalau boleh tu, hari-hari nak check.. Heheee..

Dah jadi macam koleksi la pulak. Tak apa.. Kita tunggu dan lihat apa hasilnya nanti. Harapan.. Pastilah double line.. Doakan yang terbaik untuk Hana ye, kawan-kawan...

Teka-Teki Misteri Nusantara

Assalamualaikum & Hye

Waa... Mak Jemah.. Tajuk kemain.. Nak ajak main teka teki ke nak cerita pasal misteri nusantara tu?

Dua-dua pun boleh.. Hehee...

Sebenarnya... Hana tengah bersabar dan berdebar menunggu dan menanti khabar berita... Khabar berita apa pulak dah? Ada orang tengah nazak ke? Or what? Haishh... Sukar nak dikatakan...

Okeylah tanpa melengahkan masa memanjangkan cerita.. *nanti korang bosan, terus tak nak baca pulak.. Huhuu..

Mai nak cerita..
Sebenarnya Hana tengah keliru.. Keliru dengan keadaan kesihatan diri ni. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Normal ke abnormal ke? Bulan Ramadhan tahun ni memang banyak ujian.. Diuji dengan tahap kesihatan yang kurang memberangsangkan.. Asyik jatuh sakit saja.. Tapi itu semua Hana redha. Terima setiap dugaan dengan hati yang ikhlas & sabar. Cumanya sekarang ni... Risau Hana punya mensus cycle ni normal ke tidak..

Sepatutnya due mensus adalah 28/7/2013... Dan memang ada keluar.. Tapi spotting macam tu saja. Kebiasaannya 1-3 day memang heavy flow la. Tapi... ni sampai ke pagi semalam... Spotting saja. So I wonder.. Normal ke ada problem ke I ni...? Pernah tak sesiapa yang alami keadaan macam Hana ni? Because it sudden. Kalau memang selalu macam tu Hana tak risau. Cerita kepada my mum.. She said may be I'm pregnant. Kata bahasa orang kampung... Bunting Rimau... My mum la cakap...

First test Hana buat 30/7/2013. The result of course la negative. Tu yang menjadi teka teki misteri nusantara tu. 2nd test pagi tadi.. Pun sama jugak. Haruslah perasaan kecewa tu ada. Hurmm... Now tak tau nak buat apa. Cuba berlagak cool and sabar ja. Lepas sahur tadi try google pasal kes macam Hana ni. Tapi mostly entri cerita pasal langsung tak 'dikunjungi' Miss P... Lepas lewat 2-3 bulan, check UPT semula baru positif. Tak jumpa artikel yang kes macam Hana. Jadi, kebimbangan tu masih bersarang di hati.

Sebelum ni dok check dengan Dr. Daud (O&G specialist) tu, katanya tak ada masalah apa cuma retroverted uterus je. Ye lah takut jugak. Kan tetiba ada masalah tiub falopio tersumbat ke apa.. Badan dah la satu ja. Mana nak cari ganti kalau rosak. Jadi... Sesiapa yang pernah alami situasi macam Hana, tolonglah bagi pandangan/pendapat/nasihat... Dan..... Hana mohon tolong doakan agar permintaan Hana nak pregnant, dimakbulkan Allaah... Ameen....

Saturday, August 3, 2013

Setelah Sekian Lama...

Assalamualaikum & Hye

Hari ni masuk bandar KB. Selepas berapa tahun tak masuk bandar KB tu. Since habis belajar la. Selama ni memang ada pergi kalau balik kampung. Tapi... Sampai takat Tesco dengan KB Mall tu saja.

En. Suami tak suka masuk bandar sebab jalan sesak. Hari ni kami tuju ke Pasar Siti Khadijah. Itu pun sebab kawan my mum kirim serunding daging. Kawan dia pregnant teringin nak makan serunding kat situ.

Tak apa lah, dah selesai beli pun. Barang sendiri yang nak dicari tak jumpa jugak. Jadi 'blur'.. Tak tahu mana nak tuju. Tengok tudung pun dah tak macam dulu.  Dulu banyak pilihan. Sekarang macam tak yang menarik.

Tinggal sikit lagi barang untuk family di sini. Untuk orang Kedah, balik cari sama-sama la kat Kedah nanti. Nak jalan pun dah tak tahu mana nak dituju. Sementara tunggu nak balik Kedah, just rest lah kat rumah. Kesihatan pun tak mengizinkan.. Better rest saja.

Motivasi Pagi

Assalamualaikum & Hye

Selamat pagi all saysngness!!!
Hati rasa tenang sangat bila berada di kampung. Dapat hirup udara pagi yang segar daripada pokok-pokok menghijau. Tak macam selalu.. Pagi-pagi dah hirup asap kenderaan, lemas rasa asyik tengok 'hutan batu'...

Pagi ni rasa tenang sangat. Hati tak gusar sangat. Walau ada persoalan yang masih belum terungkai. Tak apa.. Sabarlah dulu. Pasti ada jawapannya tu. Tunggu untuk beberapa hari saja lagi.

Pagi ni rasa lebih bersemangat. Rasa bersyukur sebab masih diberikan nikmat bernafas di atas muka bumi Allaah SWT ni. Sekarang Hana rasa syukur sangat dikurniakan kehidupan macam ni. Sederhana.. Tapi rasa sempurna. Namun... Akan berusaha lebih lagi untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna.

Hana hargai sangat apa yang ada sekarang. Family yang ambil berat, family mertua yang sangat baik. Kawan-kawan yang sudi membantu bila diperlukan.. Dikelilingi orang-orang yang ada sekarang memang rasa bersyukurlah.

Walaupun dulu Hana selalu persoalkan kenapa macam tu kenapa macam ni (even hati tetap berusaha menyangkal persoalan-persoalan macam tu). Sekarang Hana rasa kebahagiaan tu. Benarlah kata pepatah.. Pahit akan manis juga akhirnya.

Allaah SWT dah aturkan yang terbaik untuk kita. Ujian & dugaan tu adalah sebahagian daripada kehidupan. DIA nak tengok sejauh mana kesungguhan kita, kesabaran kita, iman kita terhadapNYA.

Perancangan Allaah SWT dah cukup cantik, cukup hebat. Percayalah dengan setiap ketentuan Ilahi..

Nota Kaki : semoga kita jadi hamba yang tahu bersyukur & menghargai..

Friday, August 2, 2013

Minimakan Pergerakan?

Assalamualaikum & Hye

Hari ni pergi cari baju raya untuk anakanda tercinta. Bajunya muat tapi seluar ketat. Apa boleh buat, perut muncit.. Pastu belikan baju t-shirt la dengan seluar.

Sambil tu belikan jugak jubah untuk MIL.. Hajat nak cari tudung. Tapi.... Tak jumpa yang sesuai. Destinasi tadi.. Tesco dengan KB Mall.. Cari baju yang jenis peplum.. Tapi tak ada warna yang bekenan di hati..

So dengan sendirinya tema berubah.. Daripada turqoise.. Jadi pink/peach.. Baju yang Hana ada pun mostly colour macam tu. Tengoklah balik Kedah nanti la pulak cari. Tadi pun keluar rumah pukul 3 petang.. Pukul 7 petang baru sampai rumah semula.. Huhuu..

Tapi kan... Itu bukanlah tujuan utama entri ni disiarkan.. Uhuuhuu..

Sebenarnya... Pagi tadi dah tak ada keluar merah/coklat.. Cuma macam pink camtu.. Pastu tadi.. Jadi coklat/merah balik. Ni yang risau ni. Jauh lagi perjalanan nak cari barang raya ni.. Banyak destinasi lagi nak di tuju...

But now it make me worry.. Ya Allaah.. Mudah-mudahan semuanya baik-baik belaka & berada di bawah perlindunganMu.. Ameen..

Dear readers...
Please prays the best for me..
Thank Q very much..!!!

*Tak apa lah kalau tak dapat beli/buat persiapan raya. Asalkan semuanya baik-baik belaka..

Thursday, August 1, 2013

Menunggu Penuh Sabar & Debar

Assalamualaikum & Hye

Hari ni doc. cakap dah boleh discharge. Tapi tunggu doc. ni memang satu penyeksaan. Bukan apa.. Memang betul la. Penantian satu penyeksaan. Huhuu..

Tak sabar nak balik dah ni. Nak pergi cari & buru barang raya. Tapi kan... Tapi.... Tetiba pagi ni kepala pening balik la. Rasa berat sangat. Badan pulak jadi lemah balik. Padahal excited je nak balik ni. Kenapa entah..

Hati pun tengah gusar sebab period kali ni lain macam sangat. First time rasanya jadi macam ni. Before ni tak ada pulak macam ni. UPT done few days past. Tapi... Result negative. Agak frustrated la.

Tapi kan... Tapi kan... Tapi kan... Tadi I told my  ward sister pasal my problem. Sge said, may be...... PREGNANT.... Cuma lambat detect. Kena lewatkan check. So...... I was so excited... Tapi... Dalam masa yang sama, takut nak berharap lebih-lebih. Dalam hati masih tetap berharap agar ada keajaiban yang berlaku.

Di bulan yang penuh barakah ni, Hana sangatlah berharap.. Semoga Allaah SWT izinkan.. Makbulkan doa-doa & usaha Hana selama ni. Kawan-kawan... Tolong doakan yang terbaik untuk Hana ye..

Menanti penuh Sabar & Debar...

*sekadar gambar hiasan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...