ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Wednesday, July 31, 2013

Discharge CM..!!

Assalamualaikum & Hye

Gumbira rasa hati. Sebab esok dah boleh discharge. Yeyy..!!! Tak sabar nak balik kampung. Kena balik Kelantan dulu la. Macam biasa, ambil si kecik tu.. Rindu pulak gelak tawa rajuk dia. Macam mana pun, dia lah racun, dia lah penawar.

Esok nak pergi cari baju raya. Misi memburu baju raya katakan.. Orang lain dah siap semua dah. I baru nak pergi berburu. Huhuu.. Apa boleh buat.. Dah terlantar kat katil hospital ni, terima sajalah seadanya.. Dugaan Yang Esa terhadap daku dalam bulan yang mulia penuh barakah ni.

Baju raya dah ada dua sebenarnya. Satu yang pakai masa majlis makan beradat.. Yang satu lagi, rembat  satu tadi masa home leave (tengah hari). Hehee.. Baju yang rembat tadi tu memang 99% bekenanlah. Manik-manik koran memang penuh la dari atas ke bawah..  Hehee..

So nak cari jenis peplum la pulak kot. Tengok lah esok nak tengok kat Maju Junction, Jalan TAR & Masjid India kot. Sesi memburu bakal bermula.

Balik Kelantan kena cari baju untuk ai kecik pulak. Baju dia tak boleh beli sembarangan. Nanti tak muat. Kena bawak tuan sendiri cuba. Kalau tidak, rugi saja.

Tuesday, July 30, 2013

Kepala Berat + Stress

Assalamualaikum & Hye

Entah kenapa la sejak akhir-akhir ni asyik sakit kepala saja.. Start pagi-pagi subuh kepala jadi berat. Ke sebab asyik stress fikirkan perjalanan hidup ni?

Nak bangun mandi, pun jadi malas. Berat sungguh dugaan bulan Ramadhan kali ni. Hati ni jugak tengah berusaha mententeramkan perasaan sendiri yang tak keruan.

Agaknya asyik sibuk memikirkan hal kehidupan yang belum pasti. Tu yang bertambah sakit.

Ya Allaah,
Aku hanya mahu kesembuhan buat masa ini.
Dan jugak dimakbulkan doa-doa ku..
Ameen..

*dear readers, doakan kesihatan dan yang terbaik untuk hana ye..tQ..

Sunday, July 28, 2013

Rezeki Dia

Assalamualaikum & Hye

Nampaknya seorang lagi teman mendapat perkhabaran gembira dalam bulan yang penuh barakah ni. Rezeki dia.. Rezeki Hana tak tahulah bila.

Member ni mendirikan rumah tangga bulan 5 yang lepas. Sekarang dah 12 minggu pregnant. Ya Allaah, seronoknya.. Rasa seronok kan bila dapat tahu ada satu janin yang hidup dalam rahim kita..?

Satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang merasainya saja yang tahu macam mana rasanya. Walaupun Hana sempat rasa hanya berapa minggu saja. Tapi ianya pengalaman sangat berharga.

Malangnya tak ada rezeki. Tak sempat tengok dia dilahirkan apatah lagi merasai pengalaman dia membesar dalam rahim ni. Sampai sekarang tak ada apa-apa lagi. Setiap hari dan setiap kali lepas solat, doa agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Setiap bulan menanti dengan penuh pengharapan. Sangat berharap agar ada janin yang tumbuh dalam rahim ni.. Ya Allaah... Makbulkanlah doa-doa ku...

Saturday, July 27, 2013

Shopping Raya?

Assalamualaikum & Hye

Kawan-kawan, dah shopping raya? Mesti semua dah sibuk beli baju raya, tudung raya, semua yang berkaitan raya la kan? Kan? Kan?

Hana ni tak tahu lah bila nak shopping raya. Dah ni terlantar pulak kat katil hospital. Baru hari kedua, tak tahu berapa hari nak kena duduk sini. Lambat lagi nampak gaya ni.

Lagi satu macam tak ada idea la apa nak beli untuk mak abah, adik beradik, sepupu sepapat, tok, maksu paksu, mak mertua, ipar duai... Haish! Memang mati akal. Tahun ni langsung tak ada idea nak beli apa. Padahal excited nak raya pertama kat Kedah nun.

Kawan-kawan ada idea? Kongsi la sikit. Huhuu...

Friday, July 26, 2013

Tewas Akhirnya

Assalamualaikum & Hye

Akhirnya saya tewas berjuang untuk mendapatkan kembali kesihatan normal. 
Bila malam tiba, keadaan semakin teruk. 
Sampai kesiankan En. Suami pun tak dapat tidur nyenyak.
Tak terdaya lagi bertahan. 

Maafkan saya kawan-kawan. 
Terpaksa menyusahkan kalian lagi. 
Bukan pinta saya untuk jatuh sakit. Maafkan saya.

En. Suami telah dimaklumkan. 
Balik kerja nanti agaknya baru dia datang. 
Orang lain sibuk bershopping raya. 
Saya bakal terlantar di katil wad. 
Tak sempat dah nak memikirkan raya punya hal.

Ya Allaah,
Terima kasih kerana menurunkan ujian ini untukku. 
Mudah-mudahan dapat menggugurkan dosa-dosa kecil ku.
Sembuhkanlah aku daripada penyakit ini.

Thursday, July 25, 2013

Ujian Demi Ujian Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum & Hye

Hari ni masuk hari ke-4 batuk-batuk. Ya Allaah, ujian demi ujian Kau berikan kepada hamba Mu ini.

Dua hari batuk, pergi jumpa doctor.  When she checked... It's looked like worse. Lung had wheezing sound. Doctor tanya jugak nak masuk wad tak? Atau nak makan ubat dulu? Memang kalau ikutkan hati, nak saja masuk wad. Memang tak tahan rasanya. Tapi memandangkan dah ada staff wad yang admitted terpaksa la jugak berpura-pura kuat.

Semalam staff tu dah discharge.  Tapi still mc till a week. So kalau Hana
pulak yang admitted, memang kucar kacir wad tu. Memang dah tak ada yang larat nak buat locum. Tengok roster tu pun dah penat. Nak tambah dengan kurang lagi sorang staff. Pergh! Memang ting tong jawabnya.

Tapi nak buat macam mana. Nak biar lagi lama lagi akan melarat. Lagi lama kena MC pastu lagi menyusahkan orang lain. Ya Allaah, betul-betul buntu sekarang ni. Rasa makin menjadi-jadi batuk ni. Lebih kurang macam tahun lepas punya kejadian. Ya Allaah, tunjukkan lah jalan penyelesaian kepada diri ku. Ameen...

Sunday, July 21, 2013

Ujian Bulan Ramadhan

Assalamualaikum & Hye

Sekali lagi Hana diuji.
11 Ramdhan Hana diserang sakit kepala yang ganjil.
Kenapa Hana gelar begitu?
Sebabnya... 
Tengah malam pada hari kejadian, 
Hana rasa tiba-tiba kepala ni sakit sangat.
Macam nak pecah kepala.
Bukan lagi light headache seperti yang dialami sebelum ni.
Sungguh rasa luar biasa sangat. Dengan rasa nak demamnya..
Sakit tekak...
Dan di tengah hari pulak masih tak hilang sakitnya.
You know what? I'm nearly breakfasting on 12.30 noon.
Punya la tak tahan rasa telan ubat time tu jugak.
Tapi mujurlah dapat menahan walau mengalir air mata dek kerana menahan sakit yang rasa macam nak pecah kepala tu..
Entah kenapa apa yang salah makan, Hana pun tak tau.
Lepas berbuka ja terus telan setamol 2 biji.
Sampai ke tengah malam semalam sakitnya tak berkurang mana.
Pagi tadi telan lagi. 

Alhamdulillah dah kurang.
Tapi masih bersisa sakitnya.
Sakit kepala lebih kepada bahagian kanan belakang kepala.
Anybody know what was the symptoms it is?

*semalam berbuka dihotel.ikut en.suami berbuka dengan officemates.rugi sebab sakit kepala, makan pun tak lalu..*

Wednesday, July 17, 2013

Suddenly...

Assalamualaikum & Hye

Lepas memasak tadi terus rasa lembik. Macam nak pengsan pun ada.
Badan ni rasa lemah sangat.
Dengan peningnya..
Kenapa entah..

Macam tak pernah rasa macam ni sebelum ni.
Baru sembuh dari sakit.
Dah sakit balik.

Ya Allaah,
Kuatkanlah semangat ku..
Demi menempuhi ujian Mu ini..

Saturday, July 13, 2013

Akibat Menahan Kencing

Assalamualaikum & Hye

Malam ni 2nd night duty.
Esok sleep day.
Hope dapat rest sepuasnya.
Dah la sakit tak hilang-hilang.
Dah masuk 3 hari menahan sakit.
Tadi betul-betul rasa tak tahan dah.

Pergi jumpa M.O di A&E...
Disuruhnya ambil U/FEME.
Then bila ada result, ok jer.
Tak ada la WBC sampai berpuluh @ beratus.
Normal result. Tapi doc. cakap UTI.
Adakala UTI dirawat melalui dua cara.
Sama ada dapat diagnosis daripada urine test atau simptom yang dialami.

Memang saya selalu tahan kencing sebelum ni.
Tapi bukanlah disebabkan suka saja-saja nak tahan kencing.
Time ward sibuk tu yang buat saya sampai tak dapat nak ke tandas.
Apa boleh buat.
Nasib badanlah.
So i was treated as UTI.
Ada jugak doc. tanya nak inj. analgesic ke tidak....
Ermmm... Opkos la tak nak..
Masih belum sampai nak kena ambil inj. analgesic lagi doc. ...
Tak apa lah saya makan dulu tablet tu. Hurmm....

Jadi moral of the story...
Janganlah anda malas ke tandas.
Kencinglah setiap 2jam hingga 2 1/2 jam.
Jangan menahan kencing ya kalau tak mahu jadi macam saya.
Huhuhu...

So i get these for my problem..

Friday, July 12, 2013

Ujian Awal Ramadhan

Assalamualaikum & Hye

Hari ni hari ke-3 berpuasa. 
Tapi... Allaah SWT menguji dengan memberikan ujian kesakitan kepada Hana. 
Sejak semalam perut dan usus meragam tak semena-mena. 
Sakit tak terhingga. 
Tapi masih mampu bertahan.

Tapi hari ni.. 
Makin menjadi-jadi pula. 
Ya Allaah, terima kasih kerana menurunkan ujian ini dalam bulan yang cukup mulia. 
Moga terhapus dosa-dosa kecilku.

En. Suami juga jatuh sakit. Demam. 
Kesian dia. Dah la malam ni kerja. 
Hurmm.. Kesian dia seorang diri di rumah. 
Hana rasa.. 
Malam ni lepas selesai bagi ubat untuk pesakit, Hana nak jumpa doc. la. 
Tu pun kalau pesakit di A & E tu tak ramai.

Dalam tak menahan ni kena la jugak bangun masak sikit untuk berbuka. 
Terpaksa tahan. 
Memandangkan En . Suami pun tak sihat. 
Ya Allaah, berikanlah kesembuhan kepada kami..

Tuesday, July 9, 2013

Marhabban Ya Ramadhan

Assalamualaikum & Hye

Entah kenapa pulak semakin menjadi-jadi rasa sayu nak menyambut kehadiran Ramadhan kali ni. Terasa lain sangat.

Ada masa rasa seolah-olah nikmat Ramadhan tu dah pun terasa bahangnya. Ada masa pulak rasa macam Ramadhan kali ni yang terakhir.. Ada masa terasa seolah-olah Ramadhan kali ni akan membuka lembaran baru dalam hidup Hana. Satu perasaan yang tak terungkapkan dengan kata-kata. Tak dapat diterjemahkan dengan kata-kata.

Ada sesuatu yang akan berlaku ke dalam bulan Ramadhan kali ni? Gementar pun ada.. Tapi tak boleh nak buat apa.. Hanya mampu berdoa dan memohon agar diberikan rezeki yang melimpah dan berkat. Mohon juga dilindungi daripada ditimpa bencana.

Ya Allaah,
Mudah-mudahan bulan mulia ni membawa seribu makna dalam hidupku..
Semoga bulan Ramadhan ini membawa seribu kebaikkan.

Monday, July 8, 2013

Bumi Mekah

Assalamualaikum & Hye

Bukanlah bermakna Hana dah sampai ke sana. Sekadar menaikkan semangat agar kuat berusaha demi menjejakkan kaki di bumi Mekah yang paling istimewa.

Dah lama teringin nak jejakkan kaki di sana. Sedang gigih berusaha untuk mengumpul wang and menunaikan umrah. Dapat jadi tetamu Allaah untuk menunaikan umrah pun dah cukup besar maknanya. Kalau dapat tunaikam haji lagilah syukur.

Sekarang saya nak kumpul duit untuk melaksanakan niat tu. Percaya niat yang suci pasti mendapat keredhaan Allaah. Semoga jalannya dipermudahkan. Dan mahu disegerakan. Ya Allaah, muda-mudahan mendapat berkat.

Siapa yang tak mahu duduk dan berdoa di depan Kaabah yang cukup istimewa tu kan?

Doakan untuk Hana ye? Semoga Allaah berkati anda semua.  Amin..

Subhanallah...
MasyaAllaah...
Cukup indah!

Saturday, July 6, 2013

Hidupkan Kasih Sayang & Cinta

Assalamualaikum & Hye

Kesian tengok warga emas yang sendirian menanggung sakit. Tiada anak isteri mahupun saudara mara yang mahu berada disampingnya.

Keadaan diri yang semakin hari semakin tidak berkurang rasa sakit tu, tak seorang pun ahli keluarga yang mahu menunggu terutamanya pada waktu malam. Kala siang hari pun ada ketika hanya terbaring lesu sendirian tanpa teman.

Orang yang sedang sakit ni perlu perhatian anak dan isteri. Walau si isteri juga uzur, tidak salah menunggu si suami.. Berada disisi suami ketika dia sedang sakit cukup membuatkan si suami rasa tenang.

Anak-anak pula inilah masanya menunjukkan belas kasihan dan rasa kasih terhadap ibu bapa. Temani mereka... Boleh juga tolong picit-picit bahagian yang sakit..Sekurang-kurangnya mereka rasa berteman, dihargai dan tak keseorangan.

Ada sesetengah ibu bapa rasa malu bila kencing beraknya dicuci oleh orang lain. Sedangkan dia berharap anak atau isterinya yang membantu mencuci dia.

Cinta, kasih dan sayang perlu sentiasa dihidupkan.. Disemarakkan hingga ke hujung nyawa. Bukan ketika masih muda sahaja. Kasih sayang suami/isteri, anak/ibu bapa sentiasa perlu hangat dan erat.

Apa pun, hargailah ketika masih ada. Jangan menyesal bila sudah tiada.

Wajarkah?

Assalamualaikum & Hye

Lama jugak tak jenguk blog yang dah nak bersawang ni. Agak sibuk dengan urusan harian, tak sempat update.

Sejak dua menjak ni asyik rasa macam down saja. Serba tak kena dibuatnya. Then ada saja yang tak kena. Entahlah... Kadang dengan apa yang berlaku ni buat Hana rasa... Macam... Cukuplah setakat ni.. ~~~Sudah cukup sudah...~~~Eh..ternyanyi pulak..

Kadang rasa...
Betul ke apa aku buat ni..
Betul ke jalan yang aku pilih ni..
Celaru dibuatnya...

Itu yang timbul... Wajarkah...

Wajarkah terus berjuang atau menyerah saja..

Ya Allaah...
Aku mohon kekuatanMu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...