ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Thursday, June 28, 2012

Samsung Brand @ Brand Biasa?

Assalamualaikum & Hye

Hati ni asyik tertarik jer dengan Samsung Galaxy S 2...
Mesti nak kena jugak try S 2 tu..
Dalam masa yang sama...
Nak tablet jugak.
Tapi nak beli dua-dua melampau pulak kan...
Lagi satu, 
Macam banyak sangat duit kan?
Confirm ah tak banyak duit..
Gaji pun cukup-cukup makan kan...

Nak simpan tu boleh...
Tapi untuk jangka masa terdekat ni memang tak dapat la..
Sebab banyak sangat komitmen..
Tak kan nak ikat perut semata-mata nak 
dapatkan gadjet macam tu kan?
Walhal bukan tak ada gadjet canggih...

Si Samsung Galaxy S Plus tu...
Kategori canggih manggih dah tu.
Tadi dok meronda kot alam maya ni...
* kat mana lagi kalau bukan FB *
Terjumpa la satu fanpage ni..
Jual produk tablet jugak...Macam Samsung Galaxy Tab tu..
Cuma bukan yang branded terkenal 
macam Samsung la..

Tapi tak tahu lah kalau Hana yang tak tahu brand tu
memang terkenal ke tak tahu la kan..
Bila difikirkan yang Mr. Hubby dah pun belikan 
Simkad *untuk layari internet saja* untuk Hana,
Terfikir pulak...
Kalau beli tablet biasa yang 3,4 ratus pun semata untuk 
layari internet je ok la.

Tapi takut nak beli kat internet sebab takut kena tipu.
Karang bayar 3,4 ratus
yang sampai depan rumah lesung batu pulak...
adoiyai...
Kalau kedai, kat KL ni kat mana yang ada jual 
tablet biasa camtu ek...

Sesapa ada cadangan pasal yang berjenama 
dengan 
tak berjenama ni...
Tolong sumbangkan cadangan anda di sini ya...

Dan sesapa yang ada idea di mana 
*kedai realiti, bukan di alam maya*
boleh tengok / dapatkan tablet camtu tolong bagitau Hana yea..

Rujuk sini ----> LINK



Masuk, Keluar?

Assalamualaikum & Hye

Hari rasa tak sabar nak ambik slip gaji.
Excited sungguh.
Tak tahu kenapa. Padahal bukan ada banyak locum pun bulan lepas.

Tadi pergi ambik slip gaji around 2 pm.
Bila dibuka & ditengok...
Hurmmm...
Bahagian pendapatan....Banyak masuknya...
Dah best dah...
Tapi bila tengok bahagian gaji bersih.....
Wuwuwu....
Nak menangis rasa....
Banyak betul kurangnya...Penat kerja bertungkus lumus...
Tapi...Dapatnya...Tak seberapa..
Yang ditolak pun banyak...Sabarkan ajelah...
Apa boleh buat...

Berusaha & bertawakal....
Semoga Allaah S.W.T balas yang selebihnya dalam
apa jua bentuk kesenangan,
andai DIA tidak mahu memberikan rezeki itu
dalam bentuk wang ringgit.

Apa yang dia telah takdirkan itu adalah yang terbaik
untuk setiap hambaNYA.
Janganlah kita merungut sangat. 
Kadang kita tak sedar banyak rahmat & rezeki yang Allaah S.W.T 
berikan kepada kita dalam bentuk lain selain 
wang ringgit & harta benda.

Jom kita jadi hamba Allaah S.W.T yang sentiasa bersyukur...


Apa Menu Hari Ni?

Assalamualaikum & Hye

Hari ni dah tak tahu nak masak apa...
Bahan mentah yang ada : ayam dgn ikan jenahak
Semalam dah buat ikan jenahak 3 rasa.
Ayam dah buat masak sambal letak madu...
huhuhu...

Hari ni entah tak tahu nak masak apa...
Ada sapa-sapa boleh bagi idea 
apa menu lain yang best untuk dibuat hari ni...

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday #5

Assalamualaikum & Hye

Punya panjang beratur untuk dapatkan roti subway. Belum tengok yang dok beratur dari dalam kedai lagi.

*kualiti gambar kurang jelas. snap pict. sambil berjalan.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, June 26, 2012

Berapi Ja Dalam Hati Ni!

Assalamualaikum & Hye

Woooo.... Malam ni memang macam.... Hah! Biarlah tak tersebutkan. Sakit hati betol! Tak guna!

Sorry arr.... Ni memang entry pagi buta yang menunjukkan betapa bengang tahap gaban sekarang ni!

Kawan tu elok ja boley tahan sakit, suruh gak tepon dokter. Dokter lak hat jenieh banyak songeh. Sakit hati sungguh! Aku lak kena bambu dengan dokter. Dah arr dokter bajet bagusss!

Berapi ja dalam hati ni. Macam nak maki hamun. Tapi disabaqkan saja. Dah la tu, buat tak reti ja kat aku. Tak guna punya orang. Biaq ja aku tekapai-kapai depan ni sesorang. Memang bengang ah!

Sorry la ni memang entri lepas geram! Maaf kalau yang membaca ni lebih tua daripada tuan belog.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, June 23, 2012

Oh, Idaman Kalbu!

Assalamualaikum & Hye

Teringin sungguh nak memiliki salah satu gadjet ni...

S ll atau G-Tab...

Hurmmm.... Tak da ke lucky draw untuk menang gadjet tu... Huhuhu...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 22, 2012

D-R-C-A-B-D (New CPR Guidelines)

Assalamualaikum & Hye

Hari ni Hana dengan sorang lagi co-worker kat ward kena
attend CPR Course.
Internal BLS anjuran unit latihan di hospital tempat Hana keja la jugak.

Mujur jugak CPD point Hana belum cukup. 
Kalau tak, Hana masih ketinggalan zaman lagi la.
Orang lain dah sampai, Hana dok terhegeh-hegeh lagi tak sampai.
Rupanya dah tukar dah....
Huhuhu...

Kalau dulu start dengan DRABCD...
Sekarang tak lagi dah..
Sekarang ni dah DRCABD pulak.
Haaa....Tu dia...Mesti ada yang ternganga-nganga ni...
Kikikiki....

Jom review sikit pasal CPR Guidline lama dengan yang baru punya.

Old CPR Guidelines (DRABCD)
1. Danger - Remove victim from danger. Make sure safe for the rescuer too.
2. Respond - Tap the victim shoulder for respond. Shout 'sir, are okey?'. No respond, call for help
3. Airway - Head tilt chin lift
4. Breathing - Look Listen & Feel
5. Compression - 30 : 2 (30 compression, 2 blow). Repeat till complete five cycle. Had pulse no breathing, give 1 breath every 5 second. 
6. Defibrillation - AED defib / defibrillator

New CPR Guidelines (DRCABD)
1. Danger - Remove victim from danger, make sure safe for rescuer too.
2. Respond - Tap the victim shoulder. Shout 'sir, are okey?'. 
Scan for breathing, check carotid pulse. No respond, no breathing, no pulse. Call for help.
3. Compression - Start chest compression (30 : 2). Repeat till complete 5 cycle. Had pulse no breathing, give 1 breath every 5 second.
4. Airway - head tilt chin lift. 
5. Breathing - Scan for breathing. check pulse.
6. Defibrillation - AED defib. / defibrillator.

* steps for Adult CPR.

Nampak tak bezanya di mana?
Nasib lah attend CPR Course hari ni.
Kalau tak, dok DRABCD lagi la..
Orang dah DRCABD...

Kalau orang bukan dalam medical filed boleh buat.
Bukan nurse / doctor / or person in medical field je yang kena buat.
Orang biasa yang keja bank ke keja pejabat pos
or apa saja lah yang bukan seperti nurse @ doctor pun kena tahu ni.

Klik link.
 [LINK]
 [LINK]
 [LINK]
 [LINK]
 [LINK]
 [LINK]




Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday #4


Assalamualaikum & Hye
Work, work, and work.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, June 17, 2012

Adoi.....Pedih Sungguh!

Assalamualaikum & Hye

Sedih, pedih & pilu!
Terbaca status seorang kawan.
Tengah asyik masyuk berbulan masu sekali lagi...

Bab berbulan madu tak pedih pilu sangat...
Yang pedih pilu nya...
Dia & suami berbulan masu bersama baby dalam kandungan.
Seronok sungguh hidup dia yea...

Perit bila terkenang diri sendiri..
Kecewa, sedih, pedih & pilu.
Apa lagi nak di kata...Kalau dibiarkan ni
mau datang balik sawan minah ni...

Sabarkan aje lah Hana oi...
Dah belum rezeki.
Apa boleh buat. Ada lah nanti tu.
Banyak-banyak bersabar sudah...Ramai lagi lagi bernasib lebih kurang 
baik daripada kita.


Santapan Malam Ni.

Perut terasa lapar. Teringat nasi ayam. Tukar baju, start kereta. Teringat hari ni ada pasar malam. Terus aje ke pasar malam. Nak cari nasi. Tapi yang dijual tak nenarik perhatian. 3 kali pusing and fikir nak beli apa. Akhirnya itu yang dibeli. (",)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, June 16, 2012

Samsung G-Tab. 7.7

Assalamualaikum & Hye

Sesapa yang faham pasal pakej yang ditawarkan ni, tolong cerita dekat Hana yea, berapa sebenarnya kena bayar kalau nak dapatkan device ni untuk pakej RM48 tu...
Please help... TQ.

Cuba tengok link ni & cerita kat Hana.

http://www.celcom.com.my/smartphones/tablets.php#tablet4

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 15, 2012

Terkenang Kandungan Lalu

Assalamualaikum & Hye

Di saat terlihat gambar ni...Hati sungguh sayu...
Terus terkenangkan kandungan lalu yang mengalami kegagalan.
Mama tidak mahu membuang kamu..
& mahu kamu terus hidup di dalam rahim mama.

Tapi Allaah S.W.T telah mengambil kamu daripada mama.
Mama redha.
Mama tahu. Mungkin Allaah S.W.T ada perancangan lain
untuk mama.
Mama terpaksa melakukannya sebab kamu sudah tidak bernyawa
lagi ketika itu.
Kamu tidak berkembang jadi seperti bayi-bayi lain
yang hidup selama 9 bulan di dalam
rahim ibu mereka.
Allaah S.W.T lebih sayangkan kamu...

Oh....Sabarlah wahai hati.
Mama rindu kamu sayang........!


mungkin ketika keguguran kandungan yang lalu,
keadaannya adalah lebih kurang seperti dalam gambar ini.
Mungkin juga lebih kecil daripada ini.

Entah Kenapa...

Assalamualaikum & Hye

Lihatlah itu....Ia seredup hati ini... Kabus Hati...

Bertenanglah... Pasti ada jalannya. Tiada yang tak dapat diatasi. Carilah...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Stress!

Assalamualaikum & Hye

Entah kenapa hari ni rasa stress & bersangka buruk. Hati resah gelisah. Ya Allaah... Kau hindarkanlah segala yang buruk terhadap keluarga ni.

Semoga hati ini tidak mengikut bisikan syaitan & berhati-hati dalam pertuturan & tingkah laku.

Semoga Allaah S.W.T beri kami petunjuk ke jalanNya yang benar.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Nak Hadiah Best? JOIN la GA best ni!

Assalamualaikum & Hye

Sape nak hadiah tadi?
Angkat jari.

Hehehe...Malu-malu pulak nak mengaku ye....
Tok sah malu tok sah segan.....
Sila join GA ni segera.
Sungguh rugi kalau tak join.
Hadiah menarik menanti anda yang menyertainya.

Ermmm....Sorry, it's not my GA again...
But ST Online Shop was the one of the sponsor okey...
Kalau rasa nak produk Catalyst free lagi...
Silalah join...
Semudah ABC....

Nak join? Klik ajer link di bawah ni...


GOOD LUCK....!!!!!

Wednesday, June 13, 2012

Hadirnya Mereka

Assalamualaikum & Hye

Hari ni entah kenapa tetiba terasa lagi...Ala-ala nak sawan jugak...Tapi belum sawan la...Cuma macam aura-aura gitu. Apa? Hana ada penyakit sawan kah? Hahaha...Tidak penyakit sawan tarik tu..Kikiki...

Hati ni tetiba terasa pilu pulak. Entah kenapa terfikir pulak dalam otak ni pasal baby atau anak-anak. 

Hana pernah la dengar kata-kata ni, 

'Perkahwinan memang banyak kesusahan. Tapi hidup bersendirian tanpa pasangan bukanlah jalan yang terbaik.'

Ya, Memang ada benarnya. Kehidupan berumah tangga ni memang banyak kesukaran & dugaannya. Tapi jika kena cara mengatasinya, ia bukanlah satu masalah yang sangat berat & rasa terbeban. Sebaliknya kalau kita hidup bersendirian tanpa pasangan, pasti akan terasa kekurangan dalam kehidupan kita. Memang kita ramai kawan, ada ahli keluarga yang menyayangi kita. Tapi masih tidak sama seperti hidup bersama pasangan suami/isteri. Kahwinlah baru anda tahu apa yang lain, apa yang bezanya.

Yang kedua pulak....

' Hidup berdua bersama pasangan memang seronok. Namun kehadiran anak-anak akan menjadikan kehidupan pasangan lebih bahagia walaupun banyak kesukaran yang dihadapi. ' 

Hurmm...Memang best dapat hidup berdua bersama dengan orang yang mencintai kita. (^_^)
Tapi....Kehadiran bayi/anak-anak akan menjadikan kehidupan kita & pasangan kita lebih bermakna & lebih bahagia even kita terpaksa hadapi pelbagai kesukaran. Contohnya, bila baru dapat baby...Terpaksa bangun tengah malam untuk susukan anak, tukar lampin anak & terutamanya bila anak demam/sakit. Namun semua kesukaran itu akan menjadikan kita lebih matang & sabar bila diduga. 

Bagi mereka yang dah bergelar ibu/bapa pasti dah merasai pelbagai kesusahan untuk menangani anak-anak. Hana ni....Ermmm...Entahlah...Ingatkan hari tu lekat kan...Heeee...Rupanya belum. Tunggu kali ni pulak. Tak sabarnya rasa... (*_*)
~ceh!macam dah ade isi je kan.padahal belum lagi.

Apa-apa pun, kepada anda yang budiman...Doakanlah yang terbaik untuk Hana & keluarga ye? tQ ye.
google

Tuesday, June 12, 2012

Letih Sungguh!

Assalamualaikum & Hye

Peeeuuu....Lama jugak tak ramai pesakit kat ward.
Hari ni ramai la..
Admission pulak bertalu-talu...
Kalau ikutkan tu memang penat jugak la.
Banyak jugak benda nak kena kejarkan...
Tambah lagi kalau patient yang admit tu mostly yang nak 
buat operation.
Memang kalu jugak la.
Nak prepared untuk hantar ke OT...
Pastu naik turun ambil patient di OT pulak.

Hari ni kena ambil darah dengan insert branula....
Lama tak insert branula...
Menggigil jugak la nak insert  branula.
1st...Takut failed.
2nd...Takut tak nampak langsung uratnya.
Huhuhu....
Memang menggigil la insert branula kat pesakit tu tadi.
Nasib baik la dapat & berjaya.
Walaupun ada darah tumpah sikit la...Hehehe...

Walaupun menggigil tapi dalam hati dok berzikir, selawat...
Mohon agar Allaah bagi Hana berjaya insert branula orang tu...

Letih jugak la nak kejar agar semua kerja dibereskan tanpa cacat...
Tapi bukan senang...
Tangan hanya dua...Kiri & Kanan...
Staff nurse ada 3 orang...
Sorang TL, sorang medication nurse, then the third one is me...
runner....Heee....

Memang run betol la...
Penat lagi, makan pun tak sempat jugak. Just lari kejap jamah roti segigit dua...
-err...ada ke tatabahasa macam tu?
Yang TL memang tak sempat langsung la nak jamah makanan..
Tapi standard la tu kalau TL tak sempat makan.
Time Hana jadi TL pun kadang memang tak sempat langsung nak jamah makanan.
Kalau sempat pun teguk air je.

Itulah realitinya...

Monday, June 11, 2012

Not Feeling Well!

Assalamualaikum & Hye

Hurm..Dah lama ak sihat sejak balik dari kampung 27 hb yang lalu.
Mula-mula demam...
Sekarang batuk masih berlarutan hingga hari ni.
Kurangnya tidak jugak.
Tambah lagi bermacam virus & bakteria yang ada di ward tu..
Makin banyak terdedah, makin lambat la
nak hilang batuk & selsema ni.

Nak kerja pun rasa tak larat & tak bermaya.
Asyik batuk je nak bercakap pun susah.
Ubat dah ambik, dah makan.
Tapi entahlah. Tak jugak lega..

Ya Allaah, Semoga KAU permudahkan setiap urusan ku,
Sembuhkan juga setiap penyakit yang ENGKAU berikan kepada ku..
Ameen...

Friday, June 8, 2012

Penyakit Lama Datang Balik

Assalamualaikum & Hye

Hurmm...Dah datang balik sawan dia....Bila nak hilang entah
sawan si Hana ni...

Oh...Bukan sawan tarik atau fit tu yea...

Ni penyakit sawan dia ni yang asyik dok nak JELEZ kat orang 
yang baru kawen & jugak yang tengah pregnant.
Bukan apa...Hati kan dok teringin jugak
nak merasai perasaan menjadi ibu.

Memang sekarang pun dah berstatus ibu.
Tapi pepaham aje lah...
Nak buat jadi macam darah daging sendiri mana
nak dapat kalau orang tak kasi kan...

Hahaha....Sawan dah...

Okey okey...Tak sawan dah....Hehehe...

Kawan-kawan yang baru kawen dah pregnant dah
masing-masing...
Hana jugak belum boleh lagi.

Ingatkan semalam dapat berita gembira.
Tapi agak kecewa la jugak.
Tapi tak pe. Kalau pregnant sekarang takut pulak uterus belum
kuat lagi. Pastu kalau jadi bleeding macam hari tu
kan lagi lambat dapat pregnant kan.

Kalau bulan depan boleh kot start planning for pregnant again.
Huhuhuhu...
Harap-harap ada la kan...

Thursday, June 7, 2012

Selamat Di Pos!

Assalamualaikum & Hye

Keempat-empat hadiah yang dijanjikan kepada peserta bertuah
telah pun selamat di pos hari ni.
Bagi yang berada di dekat dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni,
In sya Allaah akan dapat parcel anda esok hari.
Yang jauh sikit tu, mungkin jugak dapat dua hari kemudian.
Kalau bernasib baik, mungkin dapat esok jugak.

So lepas ni, kalau rasa berpuas hati
dan nak lagi VCO softgel @ collagen tu,
Boleh order dengan Hana okey..

Kepada yang tak dapat hadiah, tapi nak cuba...
Atau nak dapatkan dua benda tu
dengan Hana,
Sangatlah dialukan.
Bagitau je jangan malu-malu okey.

Empat orang yang terima hadiah daripada GA Hana tu,
Lepas ni kalau rasa okey,
Boleh bagi testimoni kepada Hana yea.
Hana tunggu....Hehehe...

Diharapkan korang sudi lah kongsi serba sedikit kebaikan yang diterima ye :)

 Dah di pos kan.

Bagi yang nak dapatkan produk-produk catalyst
boleh klik sini ----> ST Online Shop


Wednesday, June 6, 2012

Hanya KepadaNYA Ku Berharap..

Assalamualaikum & Hye

Hurmmm....Belum datang lagi menstrual ni...
Due nya 3/6/2012 lagi...
Ni baru lewat 3 hari. Nak check ke tak nak yea...

Kali ni kena check la. 
Tak ada alasan lagi takut kecewa. Tak nak pengalaman
lalu membuatkan Hana 
kena lebih berhati-hati untuk masa kemudian.
Kalau boleh, tak nak lagi berulang.

Tapi apalah daya kita hanya hambaNYA.
Dia yang menentukan semuanya dalam kehidupan kita.
Baik & buruk semuanya pilihan
& ketentuan dari Yang Esa.

Nak kena check jugak la.
No need to wait lah.
Bila dah tahu, senang sikit. 
Boleh lah berhati-hati dalam kehidupan harian.
Tak adalah nak buat sesuatu yang boleh
menjejaskan diri & dia.
Boleh start makan something yang lebih berkhasiat.
Pendek kata lebih menjaga kesihatan & diri lah.

Apa pun Hana hanya mampu berdoa 
& memohon kepada Yang Esa 
agar dipermudahkan segalanya.
Agar dilancarkan jalan kehidupan.
Andai DIA menganugerahkan kami kurniaan
yang tidak ternilai itu,
Hanya doa & harapan yang kami panjatkan kepadaNYA
agar diselamatkan & dilindungi kandungan 
itu hingga selamat dilahirkan & hidup di muka bumiNYA
menjadi hamba yang taat & patuh perintah DIA.

Terlalu tinggi harapan....
Namun jawapan hanya esok hari akan diketahui..
Doakan yang terbaik for me...

Kecewa Tau...

Assalamualaikum & Hye

Dengan semangat membara nak mengeposkan 
hadiah-hadiah yang dijanjikan....
Sampai kat pejabat pos mindef.....

Urusan pos laju tak dapat dijalankan sebab sistem rosak.
Tengah tunggu orang datang baiki...
Kakak pejabat pos suruh pergi pejabat pos jalan gurney...
Tapi......

Malangnya....Hana ni mana lah nak tahu pejabat pos 
jalan gurney tu kat mana...
Kecewa sungguh!
Kalau tak dapat diposkan hari ni....
Terpaksa lah poskan esok.

Terus patah semangat yang membara tadi...
Semangat yang berkobar-kobar tadi 
pun luntur..
Hari kita nak buat pengeposan ni la...
Dia nak rosak la apa la....


Monday, June 4, 2012

Kosong!

Assalamualaikum & Hye


Hurmmm... Entah bila diri ini dapat memenuhi fungsi & tanggungjawab yang sepatutnya. Sampai ke saat ini, masih lagi terasa diri seolah-olah diragui kemampuan untuk menjalankan tanggungjawab itu.


Puas dipujuk & dicuba. Namun tidak jugak diberi kepercayaan untuk melaksanakannya. Entahlah. Entah bila diri ini dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut.


Semoga Allaah S.W.T beri diri ini kesabaran & ketabahan untuk menempuhi dugaan ini.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 1, 2012

Macam-Macam Cerita

Assalamualaikum & Hye

AMARAN : ENTRY INI PANJANG!

Today dah ready nak cerita semua benda yang berlaku selepas balik dari kampung minggu lepas. Huhu..Cerita dah basi baru nak cerita...Ah! Pedulikkan! Ehehehe...

Camni alkisahnya...Jumaat yang baru lepas baru ni, Hana balik kampung dengan Mr. Hubby dengan kereta. Balik jenguk abah yang baru lepas di operate akibat ruptured appendicitis. Balik kampung still kena serve ubat..Huhuhu...Tak pe untuk beloved dad jugak. Tak pernah-pernah sebelum abah mintak tolong serve kan ubat dia. Abah Hana ada Diabetes Mellitus with Hypertension. So, ubat dia memang sebakul la..

Esoknya dah kena balik KL semula sebab Ahad kena keja dah. Hana tak apply cuti lama pun. Kira balik emergency la. Balik ke KL naik flight. Kelakar sikit la masa nak check in.. Konon nak check in via mobile la web la bagai... Last-last sampai kat airport dah lambat....Terkial-kial la tanya nak check in camne kan.. So, kena check in kat kaunter la. Huhuhu... Pastu bila dah boleh pergi naik flight, masa berjalan nak naik tangga masuk dalam perut kapal terbang, ternampak la kapten yang akan conduct penerbangan tu...Boleh tahan la...Hehehe...
Kalau lah Kapten Megat Al Mohamad Taufique i tu pilot....Hehehe...

Bila dah ambik tempat duduk (tepi tingkap), sebelah ni minah & mat saleh yang duduk. Nasib baik la dia tak ajak berbual. Kalau tidak jenuh la nak berspeaking bagai...Kikiki...

Dari mula naik sampai dah gelap pandangan kat luar (dah malam menjelma), mata asyik tengok ke luar je... -----> punya lah peqak jakun. Anak cina yang duduk depan seat Hana tu pulak entah kenapa asyik pandang-pandang Hana... Pe hal ko? nak gado ke? Hehehe...

Episod malang bermula masa nak naik ERL kat Salak Tinggi...

Masa duduk atas bas, dekat nak sampai at stesen ERL Salak Tinggi tu baru teringat nak tengok kunci rumah kat mana. Masa dok berjalan turun dari bas ke stesen ERL, teringat macam letak kunci rumah dalam beg lagi satu. Beg tu tak bawak balik bersama. Aduh! Mati aku... Nak masuk rumah camna? Nak pergi kerja esok pakai uniform mana? Then bagitau la Mr. Hubby. Disuruhnya Hana cari & tengok betol-betol dalam beg.

Hana dengan pasrah, cari kunci dalam beg baju. Selak sini selak sana.....JUMPA. Alhamdulillah syukur! Kalau tidak, tak tahu la macam mana nasib Hana. Tu la, gedik sangat dok berangan kan Kapten Hasan si pilot air ais asia tu.

Dah selamat sampai di LRT Kg. Dato Keramat pulak....

Tahan teksi...Satu pun tak nak berhenti. Bukan takat nak berhenti tanya ke apa ke...Malah langsung tak berhenti. Pilu hati sebab dah tahu, ni mesti kena menapak balik ke rumah. Maka berjalan la wanita kecil & comel ni (<-------- sila muntah banyak-banyak) seorang diri dari LRT Kg. Dato Keramat ke Desa Wangsa Keramat. 1/2 jam jugak la berjalan balik. Yang paling sedih, kena menapak panjat Jalan Bukit Keramat tu la. Yang ada Kondo Gurney Height tu...... Tinggi tau...Masa lalu situ, ada dua orang lelaki india yang turut sama lalu di kawasan tu. Dalam hati berdoa, berzikir, beristigfar, selawat semua lah yang mana ingat, mohon diselamatkan perjalanan yang masih belum dekat tu. Sampai dekat simpang nak masuk ke kawasan kuarters, ditahan pulak dua lelaki melayu mungkin (dalam hati mohon perlindunganNYA). Ditanyakan macam mana & di mana nak pergi transit. Ingatkan diorang naik kereta, beria la Hana terangkan jalan yang perlu dilalui. Rupanya diorang pun menapak jugak. Huhuhu... Mujurlah tak kena culik budak comel ni....Kikikiki...

Sampai kat rumah, punyalah penat. Berpeluh macam atlit baru lepas bersukan. Tukar tudung, naik kereta keluar makan kat tempat biasa. Balik mandi, tido.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...