ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Thursday, February 23, 2012

What Are We Really Do???

Assalamualaikum & Hye..

Apa yang readers rasa sorang nurse tu buat?
Cucuk pesakit?
Bagi ubat kat pesakit?
Basuh kencing & berak pesakit?
Hurmmm...
Cer citer sikit...

Hari ni Hana nak share pict. ni..
Rasanya readers setuju tak dengan pict. ni?


The last pict. from above show u what are we really do... (^^,)


Wednesday, February 22, 2012

Placenta Praevia

Assalamualaikum & Hye...

Feel free tonight to write about 
PLACENTA PRAEVIA (P.P).

                Placenta Praevia adalah komplikasi obstetrik yang mana placenta tersebut berada pada dinding uterus berdekatan dengan permukaan serviks atau menutupi keseluruhan permukaan serviks. P.P boleh berlaku pada akhir trimester 1, tetapi kebiasaannya pada trimester kedua atau ketiga. P.P boleh menyebabkan antepartum haemorrhage (pendarahan vagina). 

Terdapat empat jenis Placenta Praevia :-

1. Placenta Praevia Type l 
2. Placenta Praevia Type ll
3. Placenta Praevia Type lll
4. Placenta Praevia Type 1V

Placenta Praevia Type l
Plasenta berada berdekatan dengan permukaan serviks tapi tidak menyentuh / menutup serviks.

Placenta Praevia Type ll
Plasenta menyentuh serviks tapi tidak menutup permukaan serviks.


Placenta Praevia Type lll
Plasenta mentup separuh daripada permukaan serviks.

Placenta Praevia Type lV
Plasenta menutup sepenuhnya permukaan serviks.

Mereka yang mengalami masalah Placenta Praevia ini tidak digalakkan melahirkan bayi dalam kandungan ketika itu secara normal terutamanya P.P type lll-lV. Mereka perlu melahirkan bayi secara caeserean / LSCS-Lower Segmen Caeserean Section (Pembedahan).

Bagi ibu yang mempunyai masalah P.P  ini mereka tidak digalakkan aktif berjalan. Kebanyakan pesakit akan dimasukkan ke ward ketika minggu ke 28 dan ke atas untuk direhatkan sepenuhnya.

Note : Boleh rujuk di SINI  untuk maklumat lebih lanjut.   

What Is Hyperemesis Gravidarum?

Assalamualaikum & Hye...

Tengah dok tengok-tengok kat nuffnang tadi..
Tengok ada yang search pasal 
hyperem ni...
So Hana nak cerita la serba sedikit pasal penyakit ni yea..

Hypremesis Gravidarum adalah masalah loya & muntah yang teruk berlaku kepada ibu yang sedang hamil antara 5 hingga 12 minggu..Mungkin berpunca daripada peningkatan level HCG (hormon chorionic ganotropin)...HCG ini meningkat disebabkan kehamilan yang berlaku kepada seseorang wanita yang hamil sesama usia kandungan 5-12 minggu. Bagaimana anda makan banyak sekali pun ia akan tetap dimuntahkan kembali.

Jadi bagaimana nak atasi masalah ni?
Tak kan tak boleh makan langsung?

Okey, Apa yang doktor perbidanan anda nasihatkan 
kepada anda semasa temujanji?
Ada tak dia bagi nasihat tentang pemakanan anda?

Sini Hana bagi sedikit tips bagaimana
nak mengatasi masalah 
Hypremesis Gravidarum ni...

Tips Mengatasi Hypremesis Gravidarum

A) Apa yang perlu dielakkan :-

1. Elakkan makanan yang boleh menggalakkan loya & muntah terutama jenis berminyak. 
    Kalau boleh tak perlulah memasak. 
   *suami harap faham keadaan isteri ketika ini.

2. Elakkan makan banyak dalam satu masa.

3. Jangan minum susu. Tak kira apa jenis susu pun & jangan minum minuman nourishes seperti milo dan 
    seumpamanya.

4. Jangan gosok gigi waktu pagi / selepas makan terutamanya.

5. Elakkan apa-apa bahan yang boleh menggalakkan anda rasa loya & muntah. Contoh pewangi, sabun, dll.

B) Apa yang perlu dilakukan :-

1. Makanan makanan yang tidak berminyak. 

2. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi lebih kerap. Contohnya, makan biskut.

3. Makan lebih buah-buahan.

4. Minum jus buah-buahan dan air suam.

5. Berkumur dahulu selepas bangun pagi. 

Rasanya cukup la kot yang ni...
Hehehe...
Nak tau lebih lanjut boleh tanya doktor anda.

But..
Diharapkan sedikit info / tips ini dapat bantu anda 
yang sedang mengalami masalah 
Hyprem ni..


NOTE : Pasni Hana buat pasal Placenta Previa pulak yea...

Sunday, February 19, 2012

Ada Sesiapa Tahu Cara Nak Delete Shoutbox?

Assalamualaikum & Hye..

Rasa serabut pulak tengok shoutbox kat tepi tu..
Kalau boleh diguna lain ceritanya..
Ini dah tersadai kat situ tak boleh guna langsung.
Buat apa lagi nak letak kalau tak dapat 
nak manfaat kepada pengguna.

Hana cuba search cara nak delete kan menda alah tu..
Tapi tak jumpa-jumpa lagi ni..
Ada sesapa yang boleh tolong Hana ke?
Hana sangat perlukan bantuan kalian sekarang ni...

Nak delete yang tu then letak yang lain..
Menyemak je kalau benda ada tapi tak bagi 
sebarang manfaat..

So i really, really need your help..
Anybody can help me?
Kalau ada tolong leave comment kat ruang comment yea..
Kalau nak emelkan cara-caranya
nak delete menda alah tu pun boleh jugak...
tak kisah camne caranya yea..

tQ...

Setelah Bertahun....

Assalamualaikum & Hye..

Semalam dalam sejarah...Hehehe....
Nak tau kenapa?
Meh tengok pict. ni dulu...

Cantik kan pemandangannya?
Cer teka kat mana ni???

Opss..Oppss..Sebelum Hana berlari jauh-jauh....
Kembali kepada tujuan asal 
penulisan blog hari ini ya kawan-kawan...

Semalam dalam sejarah la sebabnya..
Setelah bertahun..Dan mungkin jugak dalam kiraan
4 tahun la lebih dan kurang...
Hana tak berjogging..Semalam habis keje malam..
Hana ajak Mr. Hubby pegi berjogging..
*walaupun tak sampai satu pusingan*
Tapi kepenatannya sangat terasa lah hingga ke pagi tadi...
Huhuhu...

Semalam memang sangat penat..
Tapi dek kerana teringin bebenor nak menontonkan cerita
" jujur aku dayus" di TV3 nun...
Maka dibeliakkan jugak kelopak mata yang 
sebenarnya tak tertanggung mengantuknya itu..Huhuhu...

Lepas jer habis cerita tu..
Terus pegi tido..Tak sedar pape....
Kalau bom meletup pun tak tau lah tu akan terjaga atau hangus 
begitu sahaja...
Sedar-sedar dah pagi...Hehehe...

Sekarang baru la dah kurang penat..
Berpuas hati la dapat tido dengan nyenaknye semalam
tanpa sebarang gangguan..
Ingatkan hari ni dah tak nak ke mana-mana la...
Konon nak berehat di rumah saja..
TAPI...
Petang nanti nak kena keluar jugak untuk ambil 
stock ayam Hot Pillow dan jugak Sabun Susu Beras.
Then jumpa orang untuk beli barang baru pulak..
Hehehe...

Alhamdulillah setakat ni rezeki tak putus lagi..
Cuma barang baru ni Hana nak cuba sendiri dulu la..
Bila berkesan nanti Hana 
pasarkan kepada customers..
Hana suka jual produk yang Hana cuba dan berkesan..
Then Hana boleh la yakinkan orang ramai
bila ada yang bertanya..

Okeylah..
Nak rehat-rehat dulu nanti nak keluar pulak..
(^_^)


Wednesday, February 15, 2012

Nak Masak Apa Ni?

Assalamualaikum & Hye

Kebuntuan!

Tak ada idea nak masak apa petang ni. Yang ada sekarang cuma daging ayam dan daging kambing. Semalam tanya Mr. Hubby nak buat masak lemak ayam nak ke..Tapi digelengnya kepala and disertai jawapan " tak nak."

Hana tanya kenapa tak nak. Katanya tak sedap. Tak ingat nak tanya Hana yang masak tak sedap or dia memang tak suka makan masak lemak..Huhu..

Nak intai resepi chef-chef blogger..Err..betul ke ayat ni? Huhu..Tibai je la.. :D

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 11, 2012

Sabun Susu Beras

New stuff at ST Online Shop!!!

Nak tau lebih lanjut..Klik SINI












Jemput la tengok barang-barang lain kat ST Online Shop

Thursday, February 9, 2012

Sangat Perlukan Opinion Daripada Bloggers Terutamanya Ibu-Ibu!

Assalamualaikum & Hye

Errmmm...Hana ada something nak tanya kepada mereka yang berpengalaman sebagai ibu..Macam ni..Ada dua tiga hari lepas, Hana borak dengan sorang akak ni kat tempat kerja...

Dia cakap sebelum dia pregnant dulu, dia ada mimpi bersalin, then ada orang usung baby dia merata rata. Kira macam kejap pass kat orang tu pas kat orang ni..Dia pun cakap la 'kenapa buat anak dia macam tu'. Then dia pun pregnant.

Adakah benar bila bermimpi bersalin tu,kita akan pregnant?

Then yang sorang ni pulak..Kata kalau tengah pregnant,dekat nak bersalin kita akan mimpi bersalin then dapat tahu jantina baby masa dalam mimpi tu.Betul ke macam tu? Kalau yang statement kedua ni Hana dengar ramai yang cakap.

Tapi Hana too curious nak tahu untuk statement first tadi. Ada sesiapa yang berpengalaman macam tu tak?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 6, 2012

Gastrik Ke???

Assalamualaikum & Hye


Dua hari lepas sakit perut tak tahu punca. Sampaikan buat Urine FEME lah..Takut ada masalah kidney. Huhu..Dah hari ni sakit jugak tapi macam gastrik je gayanya. Kalau tak tahan or tak lega jugak tengah malam ni ke pagi esok ke..Kena la pegi hospital jugak.


Bab nak jumpa doctor, makan ubat ni yang payah sikit ni. Aduhai...Nasib badan la jah...Huhu..Harap-harap lega la malam ni..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 3, 2012

Pilu Hati Kecilku

Assalamualaikum & Hye


Hurmm..Sedih, pilu, sebak bila dengar berita orang lain dah pregnant. Waaa....Rasa macam tersiat-siat je hati ni.Huhu..

Patutnye tumpang gembira kan? Ala, happy tu happy la jugak. Tapi sape tak terasa kalau diri masih belum dapat mengecapi perasaan gembira macam tuan tubuh tu kan...


Kesimpulannya..Mereka sudah..Aku bila pulak? Allaah S.W.T je yang tahu. Semoga Dia memakbulkan doa-doaku..Pembaca budiman,doakanlah untuk saya jugak yea..Huhu..TQ!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, February 2, 2012

Ala Koboi


Assalamualaikum & Hye

Fuhh...Selesai jugak akhirnya. Dengan kepala yang sakit + pening masak jugak untuk suami yang balik petang nanti.

Masakan yang sangat simple. Mak cakap,kalau benda simple & cepat disebut koboi. Contohnye mandi koboi...Hahaha..Apa kaitan dengan masak tengah hari ni pulak kan? Macam tak ada kaitan je kan..

Hari ni masak simple je. Ala koboi..Huhu..

1. Masak lemak udang

2. Daging kambing black pepper

3. Papadom

Nampak tak masakan ala koboi Hana?

Nak tau kenapa Hana cakap masakan ala koboi?

Sebabnya...
1. masak lemak udang cuma tumis bawang merah, masukkan santan, masukkan kunyit,then udang. tak de dah masuk hiasan lain.

2. Daging kambing black pepper pulak, goreng daging, bancuh perencah black pepper then tuang dalam kuali yang goreng daging tadi. Pun same takde hiasan daun bawang bagai.

3. Papadom lagi la senang, goreng je..huhu

Teramat la simple kan? Jangan pulak jamu tetamu dengan simple camtu..hehehe..

Dah lapar ni. Jom lunch. Petang nanti second round pulak. Buat teman Mr. Hubby makan. Hehehe...



Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 1, 2012

TIPS : Stress? Tiada Teman Untuk Luahkan Perasaan?

Assalamualaikum & Hye


Pernah tak korang rasa stress? Then tak tahu nak buat macam mana untuk lepaskan perasaan korang. Lain orang lain caranya kan? Sebab masing-masing ada cara mereka tersendiri untuk lepaskan perasaan.


Ada beberapa tips untuk Hana share dengan readers..


1. Solat (bagi orang islam)

- berwuduklah dan lakukan solat sunat agar reda kemarahan @ kesedihan yang sedang memuncak tu. selepas bersolat, luahkan lah perasaan anda kepada Allaah S.W.T...Kerana Dia Maha Mendengar. Mohon supaya diredakan kemarahan @ kesedihan yang sedang dialami. Jangan lupa beristighfar banyak-banyak.


2. Menangislah jika anda dalam kesedihan. Jangan ditahan air mata itu. Biarlah ia mengalir. Akan berkurang kesedihan itu. *tapi jangan sampai jadi macam kasim selamat sudah lah*

Tekup muka dengan bantal and jerit sekuat hati. *hehehe...*


3. Luahkan perasaan anda melalui penulisan..Salah satu contoh, melalui blog..BUT if that matter were too secret..Luahkan saja di atas kertas. Atau pun dalam buku..Macam diari dulu-dulu tu. Tulislah apa saja yang anda ingin luahkan. Nak maki hamun pun boleh. Even buku / kertas tu tak dapat bagi respon terhadap apa yang kita katakan / luahkan..Sekurang-kurangnye beban marah / sedih tadi akan rasa kurang. * Hana suka sangat luahkan perasaan dalam buku *


4. Kalau ada kawan untuk dengar luahan perasaan kita, luahkan saja kepada dia. Tapi kalau hal yang secret jangan la sembarangan orang ko luahkan perasaan. Pilih la orang yang boleh dipercayai. Nanti satu dunia tahu, sendiri yang malu..


5. Jangan baling-baling barang kalau marah / sedih. Nanti anda jugak yang kene kemas balik semua yang sepah-sepah tadi. *hehehehe*


6. Jangan pandu kereta / motosikal dan lain-lain semasa marah. Kerana akan menyebabkan kemalangan dan kemalangan maut lagi ngeri. Ingatlah Allaah S.W.T ...Istighfar.

*huhuhu*


7. Kalau suka shopping, pergi aje 'menyopping'.. Kalau dapat duduk tepi tasik, tepi pantai, tepi air terjun...Duduk je..Nikmati keindahan alam ciptaanNya. *sambil nangis pun boleh... :D *


8. Main game racing..Game tembak-tembak..Lepas kan geram anda dalam game tu.huhuhu :D


9. Jenis suka makan time marah? Makan je apa nak makan. tapi jangan melampau sangat. :)


10. Jangan tumbuk dinding pulak. Nanti sendiri yang lagi sakit. Tapi jangan pulak pegi lempang orang / belasah orang. Belasah anak patung tak pe. Tak pun belu satu guni yang macam orang boxing / tomoi dok tumbuk tu..Belasahlah yang tu sampai pecah pun tak pe.. :)


Okey..Sekian tips daripada Hana.. :D


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...