ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Tuesday, September 27, 2011

Night Syift

Assalamualaikum & Hye...

Baru balik keje ni..Today & yesterday was my night duty..
Huhuhu...
First time keje malam...
Malam first ok la..Tak terasa sangat lambatnya
masa berlalu...
Malam ni terasa panjang je masa berlalu pergi..

Yang tak tahannya tu...
Macam-macam bunyi ada....
Yang macam dalam citer P.Ramli tu la..
Pendekar Bujang Lapok tu..

Hurmmm...
Bingit rasa telinga ni mendengar..
Dah macam konsert pulak..
Bunyi-bunyian memecah suasana hening malam...

Alright, mata pun dah sangat mengantuk...
So i need a rest la..
Good nite kawan-kawan...*orang morning,ko nite pulak*
Huhuhuhu....

Have a nice day ya!

Thursday, September 22, 2011

On the Mission!

Assalamualaikum & Hye...

Hari ni day off..
So ada la masa panjang sikit untuk berblogwalking..
Dah lama sangat tak blogwalking..
Asyik cerita, cerita & cerita saja..

Sekarang dalam misi nak menziarahi sahabat handai
rakan taulan yang pernah dropped by kat
blog .:Ceriteraku:. ni...

Ni antara senarainya...
Huhuhu..


Dalam misi menjejaki blog-blog ini (^_^)

Cara Pendidikan Yang Disarankan Saidina Ali ra

Assalamualaikum & Hye...

Dah lama kan Hanna tak post entri pasal tips,info & usrah ni...
Kebetulan semalam terbaca satu tips ni..
So hari ni Hanna nak share lah...
Kalau ada yang dah tu, kita boleh share dengan yang
tak tahu lagi, kan?

Bayi sehingga berumur enam tahun ;
harus diberi kasih sayang tanpa syarat.

Anak berumur 7 tahun hingga 12 tahun ;
- dididik dengan menasihati mereka, caranya menghukum &
memukul supaya mereka dapat membezakan antara
perkara yang baik dengan yang buruk.
- justeru Nabi Muhammad s.a.w pernah menyebut didalam hadis,
" Pukullah mereka apabila mereka tidak mahu 
mengerjakan solat ketika berumur 10 tahun."

Mereka yang berumur di antara 13 tahun hingga 24 tahun 
(banyak pendapat mengenai had umur remaja, 
yang mengatakan 21 tahun) ;
Ibubapa berkawan dengan mereka, menanyakan masalah mereka,
berkongsi kegembiraan serta kesedihan mereka 
&
Menjadikan mereka selesa bila berada bersama ibu bapa.

Apabila anak berumur 25 tahun ke atas ;
Bebas & lepaskan mereka.
Biarkan mereka membuat pilihan untuk kehidupan mereka.
Jika dididik dengan baik, mereka akan membuat pilihan
tepat & bersesuaian dengan ajaran agama. 

Sumber : Google

Tuesday, September 20, 2011

"Apih Nak Adik!Apih Nak Adik!"

Assalamualaikum & Hye...

Ah Sudah Dah la...
Dia nak adik pulak dah....
Hehehe...


Bukan apa tu...Baru ni balik kampung..
Jiran nenek dia buat open house..
Kami pegi la kan dah orang jemput...
Kat rumah dia tu ada la baby 4 ke 5 bulan entah..
Lupa la pulak...
Tapi memang semangat la badan baby tu..
Geram betul Hanna nengoknye...

Oppsss...Sensor sikit...Huhuhu..
Mula-mula dia tak layan sangat pun...
Dah dekat nak balik tu baru la sibuk nak adik..
Maksud dia tu nak pegang baby tu je..

Sabar je la..
Hanna tunggu jugak kot-kot ada yang nak bersuara kan..
Kot la ada yang nak cakap,"haa...tak paham-paham lagi ke tu..."
Nasib baik la tak de yang berani cakap camtu..
Hurmm...Sabar sikit je lagi ek..
Pasni cuba la dapatkan baby yea, Hanna..

Semoga Allaah S.W.T mempermudahkan perancangan kami..
Ameen Ya Rabbal 'Alamin...

9 Bulan Dah....(-_-)

Assalamualaikum & Hye...

Dah 9 bulan dah kami hidupsebagai husband & wife...
Ni kalau pregnent, dah tunggu hari nak bernak
je ni...

Tapi apa boleh buat...Belum rezeki lagi kan...
Ada komitmen yang lebih penting perlu 
diberi perhatian...
Tak pe la, may be awal tahun depan boleh 
berusaha untuk pregnent..
Huhuhu...

Semoga Allaah S.W.T memngurniakan kami
rezeki itu nanti...
Seronok sangat bila tengok baby orang lain..
Cemburu rasa dalam hati..
Tapi disabarkan jugak hati ni untuk beberapa bulan ja lagi...
Lepas tu cuba la, kalau ada rezeki alhamdulillah..


Awas Bila Makan Ayam Goreng!!!

Assalamualaikum & Hye...

Kepada peminat ayam goreng...Awas ya!

Untuk pengetahuan anda, 10% daripada minyak yang kita
gunakan semasa menggoreng akan
menyerap masuk ke dalam ayam goreng.

Sebab tu lah kita kena makan makanan berkhasiat..
Ayam goreng boleh di makan...
Tapi....Janganlah hari-hari makan ayam goreng je..
10 hari makan ayam goreng....
Haa....Jenuh menanggung la kolesterol 
dalam blood vassel tu..

Makanan bersteam adalah lebih baik..
Buat la masak ayam steam,
Daging steam,
Kambing steam..Ish...Banyak la makanan 
yang boleh dimakan secara sihat..

Lagi satu makanan segera..
Pun tak bagus tu..Sama jugak kan...
Cer makan ayam goreng K** tiap-tiap hari,
Alasan malas nak masak..
Bayangkan la berapa banyak minyak yang diserap dalam 
ayam goreng tu..
Kalau nak makan sebulan sekali tu ok la..
Tapi kat rumah jangan la goreng ayam hari-hari...
Kalau camtu je,sama je la...

Pilih makanan yang berkhasiat yea..
Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan....

Sumber : Google

Kita Merancang, Allaah S.W.T yang Menentukan!

Assalamualaikum & Hye...

Kita hanya hamba Allaah S.W.T...
Apa yang kita rancangkan tak semestinya menjadi...
Kita cuma mampu membuat perancangan..
Tapi yang menentukan apa yang dirancang tu tak 
semestinya menjadi kenyataan..
Tak semestinya kita miliki...

Bila apa yang kita rancang tak menjadi,
Maka banyakkanlah bersabar...
Pasti ada hikmah mengapa Allaah S.W.T tak mengizinkan 
perancangan itu menjadi...
Terimalah dengan hati yang redha...
Jangan mengeluh...
Bersyukur lah dengan apa yang diberikanNya...

Dia yang Maha Mengetahui setiap kejadian 
di alam semesta ini...
Jadi, jangan cuba pertikaikannya...
Dia adalah pemilik sekalian alam..Kita milikNya..

Banyakkanlah beristigfar bila terasa diri jauh tersasar
dari landasan...

Dia Muncul!!!

Assalamualaikum & Hye...

Waaa...Tengah kusyuk tengok sape my fren
yang online...
Suddenly i saw him...
Alamak...Baru dok cakap-cakap pasal dia..
Sekali muncul da.....

Nak tegur ke tidak ek?
Seganla nak tegur..Dia mesti tak reply punya lah...
Tapi teringin nak bertegur sapa...
Alahai...

Sabar je lah...

Apa Dah Jadi Ni Fida?

Assalamualaikum & Hye...

Waaaa...Lama  tak blogwalking....
Hari ni blogwalking dapat Hot Story la pulak ek....

Ramai yang dok bercerita ceriti pasal 
Fida a.k.a Awek Mamat Sepah...

Pasal apa?
Ermmm...Pasal gambar ni ler....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sumber Gambar : DEZAMAN

Haa...Dah tengok???
Apa komen anda?

Saya...Tak de komen.... :)

Mungkinkah Kerana Sayang?

Assalamualaikum & Hye...

Ni kisah dua malam yang lepas...

Baru nak cerita..Tak sempat nak bercerita la..Busy owh...
Kikikiki....

Bukan apa pun...
Saja nak cerita ceriti kat sini...
Nak jugak tanya pendapat kekawan pasal hal ni...

Camni ceritanya....
Dua malam lepas, Hanna ada mimpi pasal exbf Hanna..
Terukkan?
Tak tentu pasal mimpikan dia pulak...
Dalam mimpi tu, Hanna dengan dia ada bercakap-cakap...
Tak ingat la cakap pasal apa..
Tapi seolah-olah dia sedang ajarkan something la..
Rasanya pasal engineering la..
Huhuhu.....

Apa lah kaitan Hanna dengan engineering kan..
Jauh bebenar lari bidang...
Kikikiki...

Apa makna mimpi tu yea?
Hanna yang teringatkan dia ke....
Atau 
Dia yang teringatkan Hanna?
Huhuhu....

Tak kesah sangat pun...Cuma pelik la...
Dah lama sangat tak contact pun..
Tetiba lak muncul dalam mimpi kan...Tu yang jadi pelik...

Apa pun Hanna doakan semoga dia aman damai 
melalaui kehidupannya...

Sunday, September 18, 2011

Cooking Together

Assalamualaikum & Hye...

Hari ni kami masak bersama-sama..
Walaupun menu hanya simple-simple...
Tapi rasa seronok sangat..

Memang la sebelum ni pun adajugak cooked together..
Tapi tak tau la kenapa hari ni rasa happy lain macam..
Hehehehe...
Hanna tak mintak pun Mr. Hubby tolong..
Masa prepare nak masak Mr. Hubby masuk dapur sesama..

Ni yang i lap u more nieh...
Kikikiki...

Seronok masak bersama ni...
Bila ada masa terluang tu buat la apa-apa aktiviti di rumah 
bersama-sama..
Dapat la mengeratkan lagi kasih sayang...

Macam Hanna ni..Keje bukan jenis masuk pukul 8 balik pukul 5..
Keje ada syift..Mr. Hubby ada kat rumah,
Hanna tak ada..
Camtu la sebaliknya jugak...

So buat something untuk mengeratkan hubungan.. 

Saturday, September 17, 2011

Wajarkah Saya Beli Samsung Galaxy Tab?

Assalamualaikum & Hye...

Kali ni Hanna mohon jasa baik kawan-kawan
yang terbaca entri ni..
Minta awak semua bagi pendapat tentang Samsung Galaxy Tab ni..


Hanna nak tahu pendapat awak semua
tentang gadjet ni.

Apa kebaikan,kelebihan atau kekurangannya..

Apa cadangan awak semua kepada Hanna..
Beli atau tidak...

tQ... (^_^)

Mengigau???

Assalamualaikum & Hye...

Dahsyat betul..Boleh pulak tidur sampai igaukan 
pasal keje..
Huhuhu..Itu menunjukkan betapa excitednya 
terhadap keje...
"ceh,yoyo o je kan.."

Malam tadi tidur..Pastu mimpi la yang Hanna ni 
join team emergency pegi selamatkan 
mangsa kemalangan kereta..
Yang kebetulannya excident tu berlaku kat 
depan rumah (kampung) Hanna..
Dalam mimpi tu Hanna selamatkan baby 3orang...
Baby tu kembar la kot..Usia dalam 4,5 bulan camtu la..
Huhuhu...
Yang Hanna sedar Hanna mengigau tu...
Hanna ada sebut, 
"eh,jangan buat macam tu.nanti baby tu sejuk."

Tanya Mr. Hubby pagi tadi..
Dengar tak Hanna mengigau sebut camtu..
Dia cakap tak de pulak..
Hihihi...
Entah-entah dia memang tak tidur nyenyak
tu yang tak dengar tu...

Minggu ni keje agak relax la...
Tak la sibuk macam minggu lepas tu...
Tapi masih terbawa-bawa keje sibuk yang minggu lepas kot,
Tu yang termimpi-mimpi tu...

Thursday, September 15, 2011

Kereta Oh Kereta...

Assalamualaikum & Hye...

Waaa...Pening memikio nak beli kete ni...
Memula ingat nak beli yang baru..
Tapi tak boleh la...
Tak cukup bajet lagi...

Tadi my mum call...
Cadangkan cari je la kancil auto..
Kat Kolumpo ni berlambak..
Hurm...Tapi yang payahnye tu...Pasal enjin dia la..
Ye la used car la katakan..
Kita tak tau betul ke tip top condition..

Kalau kete baru ni kita tau dah memang elok..
Jarang nak ada yang tak elok...

Tak pe la cari pelan-pelan la kan...

chumil tak? hehehe...

Baru Boleh "Bernafas"

Assalamualaikum & Hye...

Hiarrrrggghhhhh!!!!!!!!!!!
Mengeliat sikit ek...Jangan marah yea....
Selepas semingguan....
Minggu ni terasa agak lengang & baru boleh "bernafas"...

Bukan la maknanya sebelum ni tak bernafas..
Tapi kesibukan di ward tu berkurang la daripada last week...
Balik pun awal la sikit daripada minggu lepas tu..
Tak de la tertinggal waktu zohor tu..
Tak de la buat kerja kelang kelibut...
Alhamdulillah la...

Oh yea...Minggu depan akan start syift malam...
Ermmm...Entah camne la keje malam nanti tu...
Tak tau la apa cabarannya nanti..
Hope everything will be fine la..

Wednesday, September 14, 2011

~BlogShop~

Assalamualaikum & Hye...

Khabar semua? Sihat ke? Hope sihat-sihat la
belaka yea..

Sebenarnya Hanna rasa nak buat blogshop la pulak..
Buat blogshop okey jugak kan...
Kalau blogshop boleh letak pict. besar-besar kan?
Baru syok nak pilih & tengok...

Hanna nak tambah barang la..
Tapi nak tambah barang apa ye?
Sekarang ada contact lens,so Hanna tak tau nak
tambah barang apa selain lens...

Ada sesiapa yang boleh bagi idea ke?

Tuesday, September 13, 2011

Code Blue!!!

Assalamualaikum & Hye...

Waaa....Keje hari ni memang....Tak terkata lah...
Ermmm...Nak tau kenapa???
Pasal code blue la...

ATTENTION! ATTENTION! ATTENTION! Code Blue in ward ... at room ...

Dalam dada ni dup dap dup dap...
Takikardia dah pulse ni tau..

Camni kisahnya...

Pagi ni Hanna jadi Team Leader katg ward...
Dalam pukul 11 lebih camtu la...
Datang adik student ni,
"staff nurse, patient bilik ... tu macam lemah sangat..jom tengok jap,"
Hanna pun cepat-cepat ikut adik tu pegi tengok
keadaan pesakit tu...

Memang nampak pesakit tu sangat lemah...
Mintak adik tu ambik BP/P dia..
Bacaannya sangat la rendah..Abnormal...
Hanna pun bagitau senior staff nurse tu..Dengan segere dia pun
pegi tengok patient tu.
Check BP dia by manual BP set..Memang tak dapat baca la..
Akak tu suruh Hanna check blood glucose dia via RBS nachine tu..
Tapi Hanna past kan kat adik student..
Sebab akak tu cakap pegi call doc. cepat.
Hanna pun tanya nak bagitau camne kan...So, then Hanna pun terus pegi kat kaunter..
Call the doc. yang incharge patient tu...

Call,then line terputus..
Bagitau senior sorang lagi, dia pun cepat-cepat call the doc. la..
Dalam kelam kelibut tu,
Hanna dengar ada yang suruh active code blue..
Tak lama lepas tu...Dengar la operator announced kan 
code blue..

Dalam dada ni memang tak terkata..
Sangat berdoa la that patient boleh recover...
Tak berapa lama lepas tu, ramai la medical staff yang datang ke ward...
Huru hara la sekejap...Ramai la yang terlihat berlari 
ke sana ke mari ke depan ke belakang...
Untuk ambik macam-macam barang yang tak cukup masa resuscitation tu...

Tak ingat la dalam pukul berapa tu...
Dengar-dengar nak transfer that patient to ICU..
Lega sikit rasa....

Troli resus pun dah ditolak keluar dari bilik pesakit..
Dorang pun kemas-kemas troli...
Kemas barang-barang yang di guna tadi...

Tapi soon after.........................
Innalillahiwainilaihiraji'un....
Allaah S.W.T lebih sayangkan dia....

Hanna tak berkesempatan nak tengok keadaan
macam mana dorang buat resuscitation tu...
Sebab Hanna kena ada kat kaunter depan...Kalau Doc. lain datang nak tengok 
pesakit dorang, tak ada yang nak tolong pulak..
Lagipun Hanna T.L...

Semoga roh allahyarhamah dirahmati Allaah hendaknya...
Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Monday, September 12, 2011

Macam Keje Office Hour

Assalamualaikum & Hye...

Fuh....Penat....!
Semingguan yang lepas timing belt keje Hanna dah macam
orang yang keje office hour pulak..
Hurmmm..Ward sangat sibuk...Adakalanya staff nurse yang 
bertugas satu-satu syift cuma dua orang.
Mana yang jadi tu for sure la kena ikut dr. bila dia buat round.
Yang medication ni la jadi mangsa..
Bila sorang lagi dr. datang, terkedek-kedek la tinggalkan
ubat nak follow dr. tu tengok pesakit.
Asal nak tulis report & changes,
Sorang lagi pulak datang, tinggal la yang tadi..

Sangat-sangat penat la...
Keje syift pagi,tapi macam keje office hour..
Keje syift petang,tapi macam keje syift malam..
Mana tak nya...Pukul 10 kadang belum tentu dapat balik tau..
Yea la,nak siapkan report-report tu...

Sabar je lah..
Itu pun matron baru tu,
plan nak buat satu syift hanya 2 staff nurse yang keje..
Kalau ward tak penuh ok la..
Kalau ward penuh mcam minggu lepas?
Apa cer???

....pejam mata & cuba apa saja..... 

Thursday, September 8, 2011

Parah!Parah!

Assalamualaikum & Hye...

Parah wei! Parah!!!
Dah 3 hari insomnia ni...
Bukan apa, asyik terjaga je dari tidur 
tiap malam...

Pastu mimpi pulak pasal banyak ubat tak 
bagi pada pesakit..
Ya Allaah..
Parah betul dah ni..Asyik teringat hospital,ubat,pesakit...
Sampai terbawak-bawak dalam mimpi la..
Teruk camtu sekali..
Penangan baru bekerja..

Tak sangka betul la...
Rasa macam nak berenti keje pun ada...
Wuwuwu...
Sabar je la sementara nak pandai...

Monday, September 5, 2011

Jadi Team Leader???

Assalamualaikum & Hye...

Tak tahu la nak cakap camne ni...
Stress rasanya...
Ermmm..Ikut doktor buat round pun macam-macam
tak siap...
Masih tak pandai-pandai nak settle kan keje
dengan sebaik mungkin..
Tak ada improvement lagi ni...
Adoi...Teruk la camni...

Yang lagi tensionnya ni......
Rabu ni Hanna kena jadi TLpulak dah!
Subhanallaah...Ya Allaah...
Sementelah dok ikut dr. buat round ni pun
huru hara jadi buatnya...
Ni kan pulak nak suruh jadi TL...
MasyaAllah...
Mau tunggang langgang jadinya...

Apa nak buat ni...???
Hanna tak cekap lagi nak faham tugasan 
yang sepatutnya macam senior-senior tu dok buat keja...
Camne ni? Apa patut Hanna buat ni?
Tadi pun rasa nak menangis dibuatnya...
Dr. pulak pe'el nyer camtu..
Tulisan payah nak dibaca..Kalau tulisan tu senang baca
okey la jugak kan...

Bukan nak merungut pasal keje banyak or tak siap...
Yang nak di katakan kat sini...
Tak bersedia lagi nak jadi TL...
Nak bagi cekap ikut dr. buat round dulu...

Apa nak buat ni????

Klik untuk tumbesaran

Sunday, September 4, 2011

Al-Fatihah Buat Allahyarham Noramfaizul

Assalamualaikum & Hye...

Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul...
Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allaah S.W.T...

Semoga ahli keluarga Allahyarham tabah 
bagi menghadapi dugaan ini..
Sudah tertulis ajalnya di sana..Jauh dari kaum keluarga..
Namun jasa-jasanya pasti akan tetap dikenang
selamanya...
Menyertai misi kemanusiaan tu memang sesuatu yang 
amat mulia...
Walaupun kepergian Allahyarham ke Somalia tu 
sebagai ahli media...
Sumbangan beliau pastinya menyalurkan sumber-sumber 
media berkaitan keadaan di sana & apa 
yang telah kumpulan sukarelawan kita lakukan di sana...

Ingatlah semua..
Ajal kita tak kira di mana...
Sentiasalah mengingati kematian...

_______________________________________

Kalau di tempat isteri Allahyarham,
Hanna pun tak mampu & tak kuat nak hadapi
kematian suami tercinta...
Tak terfikir dek fikiran ni situasi camtu..
Pastinya sukar yang teramat bila harus berdepan
dengan situasi begitu...

Apatah lagi sebulan tidak bertemu..
Pulangnya hanya sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa...
Ya Allaah...Tak tahu macam nak cakap
lah kalau Hanna yang berada di
tempat isteri Allahyarham..

Semoga segala urusan pengebumian Allahyarham 
dipermudahkanNya...
Semoga roh beliau ditempatkan bersama 
orang-orang yang beriman...

Semoga segala urusan kehidupan isteri & anak-anak beliau
dipermudahkanNya...   

Ameen...Ya Rabbal 'Alamin...

Saturday, September 3, 2011

Nganga Lappy Nganga TV!!!

Assalamualaikum & Hye...

Grrrr........Bosan amat dok menganga di rumah
seorang diri...
Mr. Hubby duty lor malam ni...
Esok pagi baru balik..
Adoi..Sunyi pulak dah rasa...
Tak da teman nak di ajak bergaduh..
Kikikiki...

Kalau ada asyik nak gaduh kan...
Dah tak ada rindu pulak ek???
Macam hal ko ni Hanna..

Dok la ko sesorang...
Nganga je la depan tv depan lappy...
Lusa entah cabaran apa yang menanti ko 
di Pusrawi tu...
Selamat la ko yea Hanna... 

Baru Berjaya!!!

Assalamualaikum & Hye...

Huhuhu...
Baru berjaya buat macam mana orang lain buat tu...
Maaf la yea kekawan yea...

Tapi belum terlambat pun kan nak 
wish Selamat Hari Raya kan???


Semua Orang Asyik Snap Picture Hari Raya

Assalamualaikum & Hye...

Waaa...Sedih amat tak dapat beraya pertama di 
Kuala Lesong...
Tak meriah rasanya kali ni...
Huhuhu...

Dek kerana itu...
Lupa nak bergambar di hari raya tu...
Selalu Hanna memang excited bergambar ni semua..
Tapi kali tak terasa @ terlintas langsung
nak bergambar..
Sedih pulak rasa tak ada gambar hari raya..
Sekeping pun tak ada...

Jelez rasa bila nengok pict. raya kekawan lain tu..
Nak tuinggu raya tahun depan...?
Entah sempat ke idak nak beraya tahun depan...
Mana la tahu umur tak panjang kan...

Lagi pun tahun depan memang confirm dah
tak dapat beraya pertama langsung
dengan family...
Kena keje la akak abang pakcik makcik...
Orang lain pulak nak cuti tahun depan..
Asyik kau je cuti..
Itu tidak adil..Kan..Kan..Kan?

Dikesempatan ni...
Hanna nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
buat semua rakan blogger di seantero dunia ni...
Semoga Aidilfitri kali ni lebih bermakna buat kalian semua..

Semoga kita semua dapat bertemu lagi dengan 
Ramadhan akan datang..
Juga Aidilfitri yang akan datang...

Salam kemaafan dipohon seandainya 
selama berblog ni ada tutur kata Hanna yang
mengguris hati kalian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...