ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Saturday, December 31, 2011

5 Peserta Bertuah " Hana Radzi First Give Away " (^^,)

Assalamualaikum & Hye..

Firstly..Hana nak mintak maaf to all of u yang ternanti-nanti 
pengumuman nama peserta bertuah tu..
Semalam Hana keje malam..
Balik tadi tido sampai tak hengat la
alamatnya..
Ni baru bangun tido..
Maaf sangat yea..

Haa...Berita baik untuk 48 orang peserta 
Hana Radzi First Give Away..
Hana sekarang dah buat pemilihan peserta bertuah ni..
Hana janji 5 orang peserta bertuah 
akan dapat hadiah kan?

Okey now Hana dah pilih..
Cara pemilihan macam cabutan bertuah tu la....
Hana sendiri yang pilih..
Hehehe...

So watch this video carefully to find out who's 
the 5 lucky person..



*sorry la kalau kualiti video tak memuaskan*

So kalau tak jelas..Ni Hana wrote down who the lucky..

nur faisha fatihah
dunia kebahagiaanku
azatie sayang
alvas-87-contest
atien

Congratulation to all of you..
Hana dah tunaikan janji untuk bagitau sape yang bertuah tu..
So hope pasni korang akan join lagi bila Hana buat GA,contest,lucky draw ke..
Hehehe..
Thank Q to all of you yang dah join my first GA..

Yang menang ni tolong bagi particular korang
Nama penuh, alamat nak hantar hadiah, no. phone, e-mel
kat hanaradzi@gmail.com dgn kadar segera..
TQ..

Friday, December 30, 2011

Do Not Flirt Me!!!

Assalamualaikum & Hye..

Alahai dunia..
Tak paham bahasa rupanya manusia sekarang ni..
Benda dah tahu sahih & benar..
Tetap jugak nak mencuba..
Tak paham dengan hampa ni..
Patut la dunia huru hara..Yang tau dah tak boleh..
Dok menonong langgaq jugak..

*apa benda la si Hana ni dok merepek sesorang ni kan?*

Tapi ni bukan merepek..benda betul kan?

Macam ni ceritanya..

Semalam pergi bayar season parking..
Mamat yang jaga tu memang dah lama macam nak approach Hana..
Tak tahu la kan setakat mana kebenarannya..
Tapi tingkah laku tu macam nak mengurat orang je kan..
Tapi biarlah kan..Positive thinking je lah..
Anggap je lah dia memang mesra alam camtu...

Dah semalam pulak..
Ada la mamat ni..Sms Hana..
..................................................................................

' Suhana? '

' Yup.Sapa sana? '

' Firdaus ni. '

' Firdaus KPTM ke? '

' Ye. Suhana mana ni ek? no. ada dalam sim. tapi tak ingat la yang mana. '

' Suhana yang serumah dengan ain,k.zura,nana. '

' boleh explain lagi tak? '
................................................................................................................

Oke..kalau camtu ko sengaje la tu kan..Ko haram tak kenal aku gamaknye.
Nak ajak aku sembang dengan ko?
Harap maap la yea.
Aku dah mengantuk. Laki aku dah tido.
Pegi la explain ko sesorang yea.

Apa kejadahnya la mamat ni..
Sungguh tak paham..

____________________________________________

Do not flirt me. Go find another woman & flirt them.

Thursday, December 29, 2011

Senarai Nama Peserta "Hana Radzi First Give Away"

Senarai Nama Bloggers yang menyertai " Hana Radzi First Give Away" :-


1.   FADZMEERA

2.   ALYNN   NYZAA

3.   SAKUSHI   CHAN

4.   DORAEMON   LURVE

5.   WANIEY   SYAZWANI

6.    OGY

7.    ZALINA

8.    JOEL   LESLIE

9.    ATIEN

10.  SYUHADA

11.  NIDA

12.  EYVON

13.  LIYANA

14.  NUR   FAISHA   FATIHAH

15.  CIK ROSE CUTE

16.  DUNIA   KEBAHAGIAANKU

17.  AINI   YUSOF

18.  ALVAS-87-CONTEST

19.  CIK   NAJIHA

20.  PUTERI   AUNI    KAMARUZZAMAN

21.  PINK   LAVENDER

22.  SURIANA   RAZALI

23.  GOLDEN   ROSE

24.  SPANAR   BURUK

25.  AFFAFKUSAYANG

26.  ANALYANA

27.  AZATIESAYANG

28.  UMMU   UKASYAH

29.  ZIE

30.  ASMAT90

31.  CELIO

32.  AYIEL

33.  JELAH

34.  QIENAH

35.  NANAKIMI

36.  BABY

37.  DIYANAWR

38.  TINTA   KIBOD

30.  INA   HASHIM

40.  FIEDA

41.  CIK LYNN

42.  DARLING NINI@MAMA COMEL

43.  IZA   AZMILIA

44.  CIK   PUAN   HADY

45.  SYIMA

46.  EIKA  NUR

47.  FADZILLAH KAMARUDIN

48.  AFIKAH SYAZWANI

Seramai 48 orang blogger telah menyertai my first GA..Ape pun a very big thank Q for all of u guys sebab sudi join my GA and support me..Peserta bertuah akan diumumkan pada 31 Desember 2011 oke..Jadi sabar untuk kurang dua hari saje lagi yea.. tQ...(^^,)

Note : nama yang tidak tersenarai disebabkan penghantaran penyertaan adalah selepas jam 12 tengah malam, 22 disember 2011..harap maaf.

Saturday, December 24, 2011

Redhalah Dengan Takdir Ilahi. Pasti Ada Sesuatu Yang Lebih Baik Menanti.

Assalamualaikum & Hye..

Hari ni Hana attend one case of gynecology..
Kesian ibu & ayah baby tu..
Mesti sedih amat sebab kehilangan cahaya mata
yang diharapkan dapat
mengindahkan lagi kehidupan mereka..
Hajat tak kesampaian sebab Allaah S.W.T lebih sayangkan
anak itu..

Janin tu lebih kurang sebesar jari hantu Hana..
Lebar lebih kurang 2 atau 3 inci macam tu lah kot...
Dah cukup sifat pun..
Ada tangan..ada jari..Ada kaki..cukup jari kaki..
Hiba menatap janin tu..
Mata tak lepas menatap setiap inci tubuh janin tu..
Nampak tulang rusuknya yang dah terbentuk cantik..
Matanya..Mulut & Hidung..
Sayangnya Allaah mengkehendaki dia pergi mengadap Ilahi 
sebelum sempat melihat dunia
&
Terpengearuh dengan anasir dunia yang buruk..

Tak apalah..Dia & abangnya akan tunggu 
kedua-dua orang tua mereka dipintu 
syurga kelak..
(ibunya pernah keguguran pada februari 2011 yang lalu)
Mereka akan membantu kedua-dua orang
tua mereka untuk ke syurga kelak.

Buat ibu bapa bayi tu..
Hana harap mereka tabah, redha & ikhlas menerima 
setiap suratan takdir Ilahi terhadap mereka..
Al-Fatihah buat bayi tersebut..

Thursday, December 22, 2011

End!!!

Assalamualaikum & Hye..

Tamat dah GA yang Hana anjurkan..
Hurmm...
A big thank Q to all blogger yang sudi join 
&
Support me..

Hana akan start check penyertaan korang hari ni..
So bila dah diteliti kan setiap penyertaan tu,
Dah detect sape yang betul-betul ikut syarat penyertaan
baru lah Hana akan buat pilihan peserta bertuah 
untuk dapat hadiah misteri tu..

So harap bersabar lah yea..
(^^,)

Tuesday, December 20, 2011

Another 2 Days!

Assalamualaikum & Hye...

Dah nak habis dah GA hana ni..
Sape nak join sila cepat yea..
And untuk pengetahuan korang,
Pengumum peserta bertuah tu akan dibuat sedikit lambat lah yea..

Kenapa lambat???
Sebab nak chek betol-betol la korang betul ikut syarat ke tidak..
Kalau tak ikut syarat camne nak bagi hadiah kan?
Karang dapat hadiah tapi tak ikut syarat 
mana aci kan?
Tak aci la orang lain ikut syarat tapi tak dapat..
Ko yang tak ikut satu hape pulak yang 
dapat kan ke tak aci..

So harap bersabar kalau korang nak penyertaan yang adil yea..
Jangan nak merungut Hana bagi hadiah lambat..
Jangan risau la..
Kot korang takut Hana tipu korang ke ape kan..

Hana tak tipu lah korang.
kalau Hana tipu apa yang Hana dapat kan?
Mesti korang pangkah Hana punya..
Mesti korang sebarkan kat blogger lain jangan pecaya Hana kan?
Lagi rugi ada la..

So korang jangan risau..
Pemgumuman lambat sikit okey..
Harap bersabar..

A big thank Q to all blogger yang join my 1st GA ni..

Tuesday, December 13, 2011

Shoutmix Box Free Dah Tak Ada???

Assalamualaikum & Hye...

Err..Hana tak tahu la Hana yang terlambat atau 
hal ni masih baru..
Sape tahu yang shoutmix box yang selama ni free (ada gak yang berbayar)
akan ditamatkan perkhidmatan free tu?
Hana cuba jugak nak wat shoutmix box yang baru,..
Tapi tak berjaya la..
Kat situ ada ' plan and pricing '...
That mean tak ada lagi shoutmix box yang free...

Waaaa.....Sedih ni..Hilang la semua chat yang ada selama ni..
Hurmm....Habis tu selain dapat chat kat shoutmix 
kat mana lagi kita nak borak2..
Line intenet kadang tak betol..So susah nak 
leave komen kat comment space tu..

Sapa ada cadangan camna nak buat..
Atau nak buat apa untuk chatbox baru ke apa2 la..
Sapa ada cadangan bagitau Hana yea..
tQ..



Saturday, December 10, 2011

PERHATIAN!!! KEPADA SEMUA PESERTA "HANA RADZI 1ST GA" !!!

Assalamualaikum & Hye

Perhatian yea kepada semua yang menyertai
Hana Radzi First Give Away...
Tolong ikut seperti yang Hana state kan dalam syarat 
penyertaan..
Hana akan check satu persatu yea kalau semua yang sertai 
tu ikut syarat baru dikira peserta yang sah yea..
Mementang Hana cakap Hana busy..
Korang buat halai balai je..
Tak mo la camtu yea..Tak adil la macam tu..

Hana nak GA ni satu yang adil..
Kalau kamu menang tanpa ikut syarat yang 
dah dinyatakan..
Itu kan kira tak adil..
Jangan main tipu yea..Ni amaran keras..
Hana akan check and then listkan sape yang betul-betul ikut 
syarat and sape yang tak ikut..
Then Hana akan state kan sape yang tak cukup syarat..

Bukan nak sombong ke apa kan..
Tapi kita nak GA ni adil untuk semua orang..
Baru la best kan..

Bukan susah nak letak banner Hana Radzi First Give Away tu 
kat side bar kan?
Nanti lepas sampai tarikh tutup boleh remove dah
daripada korang punye side bar..
Bukannya Hana nak suruh korang simpan kat side bar tu selamanya..

Sorry yea semua..
Bukan Hana nak demand..
Tapi bila dah diletakkan syarat penyertaan 
macam tu..
Kita ikutla yea..Bukan apa, nak memudahkan kita semua jugak..
Biar semua orang puas hati..
Kalau ada yang join tapi tak follow...Tak letak banner kat side bar...
Tak adil la kan bagi yang follow and letak banner kat side bar..

So Hana harap kerjasama daripada korang yang sertai yea..
Kerjasama anda amat dihargai..
Thank Q guys!!!

Mood : Tak puas hati

Thank Q (^^,)

Assalamualaikum & Hye

Wahhhh!!!
Tak sangka ramai jugak yang sudi sertai 
My 1st GA ni..
Thank Q sebab menyokong blogger baru macam Hana..

Lately Hana memang sangat sibuk..
Keje pagi petang..
Pergi gelap balik pun gelap..
Bila night syift pulak..
Pergi keje malam..Balik pulak dah siang..
Malam tak tido balik keje cover tido yang malam tadi
tak dapat tu..
Cover tido sampai setengah hari...
Bangun dah penat tak hilang lagi..Gamak penat lagi..
Sambung lagi tido..
Huhuhu..
Tak tersempat nak menjelajah ke blog-blog 
mereka yang dah sertai 
GA Hana ni..

Pape pun Hana akan cuba cari masa la..
Jangan risau yea..
Last but not least..Good Luck to all of u.. 
(^_^)


Thursday, December 8, 2011

~ Busy ~

Assalamualaikum & Hye

Perhatian kepada yang menyertai Hana Radzi First GA!!!!

Hana nak mohon maaf sebab belum sempat 
menerjah blog-blog anda yang telah sudi menyertai
my first GA..

Dek kerana kesibukan kerja pagi ke petang..
Petang ke malam..
Hana tak sempat nak la nak berblogwalking ni..
Nak sempat la nak check entri peserta semua..

Jadi harap maaf la ya..
Bila Hana sempat nanti Hana blogwalking ke blog peserta yea..
Then kalau tak sempat jugak,
Hana terus buat pemilihan peserta je la bila sampai tarikh tutupnya
yea...

Penat!!!!!!!!!!

Assalamualaikum & Hye

Penatnya rasa...
Penat yang amat..
Sakit kepala yang tak terhingga...

Busy betul keje petang tadi..
New case & banyak la keje yang required...
Yang perlu disudahkan..
Hantar ke OT..
Amik dari ICU..
Pergh..Memang rasa seolah-olah tak bernyawa lah..

Ni dah berdenyut-denyut rasa kepala ni...
Esok kena locum evening..
Keje night syift..
Nasib baik la Mr. Husband tak ada kat rumah..
Kalau tidak tak senang duduk jugak la..

Esok apa la pulak cabarannya..

Saturday, December 3, 2011

Layan Korean Movie

Assalamualaikum & Hye..

Weeiiiii...Tengah layan cerita korea nieh...
Mesti korang cakap..
" eleh..tak heran pun la hana oi..."
Ye la korang memang la tak heran kan..
Hana heran la sebab baru nak nengok cerita yang 
dah basi tu..

Sibuk la..Mana la sempat nak tengok sebelum ni..
Sekarang pun tengok curi-curi..
Patutnyer ni time Hanna sleep tau..
Maklum le baru balik keje..
Night syift la semalam..

Demi korean drama..
Sanggup bersengkang mata..
Sedangkan malam ni keje malam lagi..
Huhuhuhu....

Layan citer Boy Over Flower nieh..
*orang dah lama tengok..haku baru nak tengok*

Thursday, December 1, 2011

Huh!Penat Seh!!!

Assalamualaikum & Hye...

Penat la..Sakit bahu Hana ni...
Eh..Nak charge Hot Pillow jap..
Nak buat hot compress kat bahu yang lenguh & sakit nieh..
Jap yea...

(Seminit kemudian)

Hehehe...Oke kita tunggu 8minit then ready to use...
(^^,)
Hurmm...Lenguh bahu ni sebab asyik menaip jer 
dari petang tadi ni..
Bukan menaip apa..Dok sibuk update blogshop 
FB page untuk Lens Gallery tu...

Lama betul tinggal my Lens Gallery tu..
Maklum lah agak busy dengan fulltime job...
Hari ni Day Off tu yang berkesempatan tu..
Hari ni agak lapang..So update la my online lens shop tu...

Asyik sibuk dengan business Hot Pillow..
Terlupa nak update Lens Gallery..
Mula nak cari customers untuk Lens Gallery pulak ni..

Mari-mari kawan-kawan sekalian..
Yang mana suka pakai lens tu..
Jom jengah Lens Gallery yea..Tengok-tengok..
Usya-usya..
Kalau berkenan boleh bagitau via e-mel yang diberikan yea...

Happy Shopping Oke!!!

Sunday, November 27, 2011

Testimonial Bantal Panas / Tungku Moden

Assalamualaikum & Hye...

Hari ni Hana nak cerita testimonial pengguna
bantal panas / tungku moden nieh..
Walaupun Hana tak ada proof melalui print screen 
or comment tentang kebaikan ni..
Tapi Hana harap readers tak memandang rendah tentang
produk yang Hana promo kan nieh..

My mum just sent sms je cerita testi. pengguna-pengguna 
bantal panas / tungku moden...
Readers nak percaya atau tidak itu terpulang lah..
Hana tak paksa korang percaya..
Tak salah kalau mencuba kan?

First Testimonial


Jiran kepada kawan mak Hana ada beli tungku moden ni
daripada my mum..
Selama sebulan selepas accident,
Dia terpaksa berjalan gunakan tongkat.
Lepas beli tungku moden ni,
Dia buat compress (demahan) pada kawasan terlibat
selama 3 hari (kalau tak salah hana)..
Now dah boleh berjalan without gunakan tongkat..
Alhamdulillah (seandainya benar)....

Second Testimonial


Suami kepada kawan my mum..
Selama ni dia ada alami sakit kulit berair..
Selepas dia beli tungku moden ni..
Setiap hari dia demah kawasan yang dia alami gatal-gatal tu..
Then now dah berkurang..
Dulu selalu MC..Sekarang tak lagi..
Alhamdulillah (Kalau benar cerita yang disampaikan kepada mak Hana)

********************************************

Wallalhu'alam...
Allaah S.W.T je yang tau kebenarannya...

Tapi tak salah kalau kita mencuba & berusaha...
Berikhtiar..
Hana rasa gembira sangat kalau produk yang Hana jual ni
dapat membantu kesembuhan orang lain..

Memang Allaah S.W.T dah tentukan..
Kalau dengan cara tu orang tu akan dapat kesembuhan..
Maka sembuhlah dia..
Yang penting kita berusaha kan?

Saturday, November 26, 2011

Pass Report Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum & Hye...

Hurmm...Hari ni jadi T. L time syift pagi...
Petang pun jadi T.L jugak..
Deme suke buli teman..
Sedih chek..
Nasib baik patient berapa ketul je..
Kalau ramai tak emboh la chek..

Tak banyak la keje-keje yang required..
Cuma ada tambah dua patient je petang tadi..
Satu patient transfer in..
Satu lagi yang new case..

Hari ni keje pagi petang...
Esok keje petang je..Kalau keje pagi or day off
baru best kan?
Huhuhu...

Thursday, November 24, 2011

Year End Give Away by ...Mommy Jue...

Assalamualaikum & Hye...

Terasa nak join GA Mommy Jue lah..
Mana lah tau kekalau ada tuah kan..Hehehe...
Syarat sangat mudah..
Klik ka SINI untuk syarat penyertaan...


Saya nak tag :-

Hana Radzi First GA

Assalamualaikum & Hye...

Hana nak umumkan sesuatu yang best ni...
Khas buat semua followers blog hana ni..
Hana dengan berbesar hati nak buat Give Away 
untuk korang semua tau!!!!


(sorry la korang, banner tak berapa cantik)

Hadiah misteri menanti korang..

Disebabkan bulan ni hana murah rezeki...
Hana terasa nak buat Give Away untuk semua followers Hana. 
Sebagai tanda menghargai penat lelah 
korang datang blogwalking and baca entri-entri di blog Hana ni.. 
Hehehe.. 

Dah lama dok teringin nak buat GA ni... 
Dulu tak berapa murah rezeki.. 
Sekarang alhamdulillah sebab Allaah S.W.T 
dah murahkan rezeki Hana. 
Maka dengan murah hati Hana 
nak buat GA  untuk yang nak menyertainya..

 Pemilihan pemenang sama ada berdasarkan random.org 
atau 
cabutan bertuah.
(Tengok la mana-mana cara yang Hana terpanggil untuk memilih)
Hehehe... 

5 Orang bertuah akan dapat hadiah misteri tersebut. 

Syarat Penyertaan
1. Jadi Follower Blog " Ceriteraku"
2. Buat satu entry bertajuk " Hana Radzi First Give Away " 


3. Tag seberapa ramai kawan-kawan korang (min.3 orang)


4. Make sure dorang tahu yang dorang di tag untuk GA ni oke...
5. Letak link entri korang tu kat ruangan "comment" pada entri Hana ni 

6. Letakkan Bannaer di atas tu dalam entri & jugak di side bar korang


7. GA start 24 nov-22 dis 2011
(ekceli nak start 22nov. tapi sibuk & lupa..so start today la)

Good Luck yea.. (^^,)

Wednesday, November 23, 2011

Mintak Tolong...

Assalamualaikum & Hye...

Hurmmm...Terasa agak pelik sekarang ni...
Sejak dua,tiga hari ni rasa macam pelik sikit...
Bukanlah kenapa pun...
Cuma kepelikan berkaitan dengan kekawan yang 
dok mintak tolong submit resume dorang 
dekat HR Pusrawi..

Kenapa dorang tak pos sendiri jer yea?
Bukan bermakna Hanna tak nak tolong kawan atau lupa kawan..
Tapi agak pelik lah...
tu saje...

Hanna segan la sikit bila nak kena submit resume dorang..
Sebab Hanna sendiri pun belum sah jawatan..
Masih dalam kontrak...
Kalau dah sah jawatan memang dengan senang hati 
je nak tolong kawan-kawan...
Hanna sendiri punmasih terkontang kanting melalui alam 
pekerjaan ni...

Tapi tak ape lah kalau setakat nak tolong submit kan...
Kalau ada rezeki dorang,
Ada lah..Kalau tak ada apa Hanna boleh buat kan...
Nak recommend kawan-kawan pun...
Diri sendiri pun belum dapat tunjukkan ke'excellent'nan diri...
Camne nak recommend kan produk kolej kat dorang..
Hanna kena la tunjukkan kemampuan diri yang 
excellent baru dorang tak ragu-ragu nak amik 
produk KPTM...huhuhu...
Dah melalut ke laut pulak dah...

Okey...Tu je Hanna nak cakap...

Hot Pillow / Tungku Moden

Assalamualaikum & Hye...

Kali ni Hanna nak bagitau yang Hanna ada 
barang baru..
May be ramai yang dah tau tentang barang ni...
Yang mana belum tahu,
Sekarang Hanna bagitahu yea kawan-kawan...
Jangan bimbang jangan runsing...

Kali ni Hanna nak jual Hot Pillow atau pun dikenali jugak
sebagai Tungku Moden..
Banyak kebaikan Bantal Panas / Tungku Moden nieh..
Hanna rasa terpanggil nak jual ni sebab 
Hanna pernah guna barang ni..
Rasa amat berguna untuk kesihatan kita...






Jom tengok apa kebaikan Bantal Panas / Tungku Moden ni...

Kebaikan Tungku Moden / Hot Pillow

Produk ini merupakan inovasi terbaru tungku yang satu ketika 
dahulu bersifat tradisional.
Kini diperbaharui untuk kemudahan anda.
Ianya sangat baik untuk kesihatan anda sekeluarga...

Diperbuat daripada anti-kuman yang mengandungi cecair. 
Tungku moden ini bersih & mempunyai
unsur perubatan yang tersendiri..

~ FUNGSI ~

* Mengelakkan Arthritis

* Baik untuk pesakit strok

* Mengurangkan sakit servikal vertebra

* Mengurangkan sakit kepala & sakit gigi

* Melegakan bahagian tulang patah

* Melegakan masalah sengugut (period pain/dysmenorrhea)

* Membantu mengurangkan berat badan
* Mengurangkan masalah perut kembung

* Melegakan sakit leher,bahu & belakang badan

~ Ciri-ciri ~

* Cecair merupakan AIR GARAM BUKIT & GEL.
Ianya diisi sekali sahaja dan mudah dibawa ke mana-mana. 
* Berat = 1.7 kg ++ setiap satu.


~ Cara-cara Penggunaan ~

Caj tungku selama 5 minit hingga 8 minit dan lampu khas akan terpadam secara automatik.
Bantal akan menjadi panas sehingga 70-80 darjah celcius dan dapat bertahan antara 2-3jam...
Amat sesuai bagi yang bekerja di dalam bilik yang ber-aircond 
untuk mengelakkan badan menjadi lemah dan merangsang peredaran darah.


~Harga Satu Bantal~
RM35 (Termasuk Postage) 


>>>>-------Berminat?--------<<<<
place your order today & we will proceed it as immediately....
...(^_^)...

Sebarang pertanyaan / tempahan e-melkan ke hanaradzi89@gmail.com
Thank You (^^,)

Wednesday, November 9, 2011

Terasa Kosong

Assalamualaikum & Hye..

Hanna tak tahu la nak describe hati ni macam mana
sekarang ni...
Serba tak kena je rasanya...
Buat apa pun macam ada je yang tak kena..
Dengan masalah yang pelbagai..
Hati pulak tak tenang..

Kadang terasa hidup ni macam kosong..
Tak diberi perhatian segala bagai..
Mencari jugak kesalahan diri ni..
Di mana silapnyasampai macam ni jadinya...

May be sebab i need a baby 
untuk isi kekosongan tu..
Ah..Sebak pulak rasa hati bila terkenangkan 
pasal baby..
Bukan tak nak..Nak la sangat-sangat..
Tapi..Masa belum sesuai..
Tuntutan kerjaya memaksa Hanna untuk pendamkan
hasrat hati yang satu tu...

Hati mana tak terusik tengok baby orang lain..
Dengar berita orang ni hamil..
Orang tu hamil...
Sebak je rasa dalam hati ni tau...
Entah lah..Tak tahu nak cakap camna ni...

(-_-)

Apa yang kosong sebenarnya ni???
Apa punca ni???

Kenapa Dengan Hati?

Assalamualaikum & Hye...

Tak tahu la apa nak di kata sekarang ni...
Hati ni asyik tak tenang je..
Ada saja lah yang mengganggu hati & perasaan ni...
Masalah pun datang bertimpa-timpa..
Nak membiasakan diri dengan keadaan dari semasa ke semasa...

Hanna sekarang sedang belajar bersabar 
untuk mengahadapi setiap masalah yang datang...
Tak kiralah masalah peribadi atau pun masalah kerja...
Teringin nak hidup tenang tanpa fikirkan semua masalah ni..
Tapi hal macam tu tak kan berlaku kan
dalam kehidupan kita?
Hidup kita ni tak kan sunyi daripada 
masalah-masalah tu semua..

Jadi..Kita kenalah bersabar..
Bersyukur jugak la kan sebab ditimpa dugaan sebegitu..
Mungkin jugak masalah-masalah 
&
Dugaan yang menimpa ni disebabkan dosa-dosa silam Hanna..
Bila kita diuji ni dengan bertujuan
mengurangkan dosa-dosa silam kita yang mana
di kala tu kita lupa untuk bersujud kepada 
Maha Pencipta kita..

Hati Hanna ni tak tenang..
Mungkin sebab Hanna semakin jauh daripada Yang Esa..
Itu yang hati pun kacau bilau..
Tak mengapa lah..
Lepas ni Hanna akan mendekatkan diri denganNya..
Semoga beroleh ketenangan daripadaNya.. 

Hati ni perlukan makanan jugak..
Makanan rohani mungkin semakin berkurang..
Sebab tu lah rasa resah gelisah sepanjang masa..
Berilah makanan rohani kepada hati yea..

Saturday, November 5, 2011

Stress!!!

Assalamualaikum & Hye...

Semalam memang stress amat..
Dah la ada personal problem..
Tambah lagi relative patient pun buat masalah..
Dr. pulak asyik nak jerit je..
Nak kena ikut mood dia ja tau..
Tak suka betol la..

Asyik rasa sebak je semalam...
Memang air mata ni everytime je ready nak keluar...
Yang patient pulak asyik 
tanya bila anak dia boleh discharge...
Orang jawab dengan penuh berhikmah dah setiap soklan dia..
Dia boleh gi cakap kat kaunter informasi
bila dia tanya kitorang,
kitorang buat tak tau...
Haish!!!!
Ni menimbulkan kemarahan...
Memang bengang tahap gaban la kot...

Kita ni bukan main bermanis mulut dengan dia..
Dia boleh buat taik kat kitorang 
pulak..
Memang kurang ajarlah kan???

Kita dah la ada masalah peribadi..
Yang dia tambah lagi problem kita...
Adoi!!!!!!!!!!!!!!!

Kisah hari ni pulak....

Masih stress dengan masalah peribadi..
Asyik menangis je..
Puas sorok muka ni..Mujurlah akhirnya air mata ni
dapat dihentikan...
Ingat dapat la pelepasan esok pagi..
Kot-kot tak payah buat locum..
Patient bukan ramai pun..
Bukannya tak keje langsung pun esok..
Keje jugak night syift..
Sedih betol...

Sabar aje lah Hanna...

Thursday, November 3, 2011

Roster

Assalamualaikum & Hye...

Friday ~ E
Saturday ~ LM / E
Sunday ~ LM / N
Monday ~ N
Tuesday ~ SD / LN
Wednesday ~ DO
Thursday ~ M
Friday ~ M
Saturday ~ N
Sunday ~ N
Monday ~ SD
Tuesday ~ M

Huhuhu...Hepy betol dengan roster nieh....
'hakikatnya adalah sebaliknya'
Entahlah...Suka ke?Tak suka ke? Kena keje jugak..
Hope to enjoy my job...

AidilAdha

Assalamualaikum & Hye..

Hurmm..Tak sangka la dah nak raya qurban...
Hanna tak dapat cuti la..
Tak pe la..Raya Qurban kat Kedah tak meriah cam kat
Kelantan nun...

Hari raya tu Hanna kena locum morning..
Then keje malam...
Nak merasa keje di pagi raya kan...
and raya sorang-sorang...
Huhuhu...

Tak pe la..Pengalaman adalah guru terbaik dalam
kehidupan kita..
Betol kan..kan..kan..?
Eh...Tetiba pulak kan?Macam tak kena je dengan topik..

Actually..I'm a bit kecik hati...
Huhuhu..
Sabar je la kan..
Who am i nak soal semua tu..
Daku cuma insan biasa yang serba tak cukup..
'dah sedih pulak...'

Ok la ok la..
Tak mo sesedih lagi ok..

Jangan.....

Assalamualaikum & Hye..

Hurmm..Penat sangat rasa keje hari ni..
Patient rasanya tak ada la ramai sangat pun..
Ada la dalam belas orang..

Dah tu masa tengah tunggu teksi tadi..
Lalu lah 2 mamat...
Yang sorang tu boleh pulak pusing balik tengok Hanna..
Then tanya...
" sorang ke? "
Geram nak je jawab,
\" ko nampak aku berdua ke??? "
Kita ni dah penat..Nak suruh jawab soklan yang dia 
sendiri tau jawapan terang-terang..

Menyampah betol...
Geram betol bila orang bertanya soklan yang
dia sendiri nampak & tau jawapannya..

Dah tu ingatkan episod tu tamat di situ..
Rupanya...
Sambung balik....
Boleh pulak datang dekat nak sembang 
segala bagai...

Kalau cakap dah kawen karang cakap hana
ni nak menunujuk lah apa bagai..
Malas betul nak melayan sembang dia tu..
Dah la kita ni bini orang...
Mana la nak melayan sembang dia...
Tak layan nanti cakap sombong pulak hapa bagai...

Last-last mintak contact number..
Dah agak dah..
Mesti akan mintak phone number punyalah...
Sampai ke sudah Hana tak kasi..
Ada ke gila Hanna nak bagi no.tepon kat dia...

Dia cakap ikhlas la nak bekawan kononnya..
Hanna pun kasi la FB name kan..
Kita tengok la dia ikhlas setara mana kan...


Wednesday, November 2, 2011

Rehat Otak

Assalamualaikum & Hye...

Hari ni Day Off..
Dapat la rehatkan badan & otak ni...
Lepas penat bekerja semingguan ni..
Tapi hari ni je la relax nye..
Esok mesti tension balik punya lah...

Patient dah ramai balik...
Sebab ward yang satu lagi tu just untuk 
day care je..
Macam patient dorang admit pagi ni..
Petang nanti lepas siap procedure dorang discharge..
Atau pun masuk hari ni 
untuk procedure esok pagi then boleh discharge la..

Ward yang Hanna keje ni lah 
yang dah mula terima 
pesakit untuk yang kena stay beberapa hari lah
untuk terima rawatan...
Macam pesakit bronchitis, CCF & seangkatannya lah...

Okey lah..Nak rest dulu yea..

Tuesday, November 1, 2011

Home Alone

Assalamualaikum & Hye...

Hurmm..Ditinggalkan lagi la...
Sesorang je kat rumah ni haa...Nak masak pun tak berbaloi
je rasa..
Yang nak makannya sejemput je pun..
Masak nanti tak habis pulak..

Mr. Hubby kena ke Jerteh lagi...
Merana jiwa & raga...
Bukan apa..
Ye la kena dok rumah sorang-sorang...
Nak gi keje pun kena naik teksi..

Eh...Bukan berlagak...
Tapi benda bila kita biasa tak apa...
Bila kena buat sumthin' yang kita tak biasa,
Itu yang tak best tu..
Kan..Kan..Kan..?

Rindu pulak kat budak kecik nieh...


Dah lama tak jumpa sejak lepas raya hari tu..
Nak buat macam mana..
Kekangan masa berkaitan dengan kerjaya
yang tidak mengizinkan..
Nak mintak cuti pun tak boleh..
Katanya sebab Hanna belum cukup 6 bulan keje..
Sedih kan...? (-_-)

Kampung Hanna lagilah tak sempat balik..
Sejak dapat keje ni..
Memang sekali hari raya tu je balik..
Tu balik macam ribut..
Balik hari ni..esok malam balik ke sana dah..
Sedihnya..
Tak dapat spending some time with 
My Beloved Family...
                

Saturday, October 29, 2011

Saga vs. Viva

Assalamualaikum & Hye...

Hanna dalam di lema ni...
Kenapa?
Hurmm...Sebab nak beli kereta la..
Hari tu ingat nak beli kereta second hand jer..
Ingat nak save badget la..
Huhuhu...
Dua kali try tak lepas loan pulak..
Nak beli cash pun...Yea la..Mana la nak ada duit...
Maklum la baru je start keje..
Pastu banyak spend money untuk keperluan hidup..

Tadi my mum called..
Pastu dorang tanya Hanna...Nak tak kalau
ambil je kereta baru?
Hanna okey je..Asalkan bulan-bulan Hanna mampu bayar..
Mak dengan abah bekenan kereta viva..
Paksu Hanna pulak cadangkan ambil kereta Saga...
Kalau Hanna, mana-mana pun okey..
Asalkan tiap bulan Hanna boleh bayar & tak sangkut...

Apa pendapat kawan-kawan?

~Viva~



 ~Saga~

Friday, October 28, 2011

Reunion~Gathering

Assalamualaikum & Hye...

How are u dear friends....?
Hope awak semua sihat-sihat la hendaknya yea..
'dah macam ayat skema dalam karangan'
hehehe...

Actually..Salam Jumaat yang penuh berkah buat all muslim
readers and bloggers...
Hanna rindu la nak jumpa kawan-kawan sekolah...
Kawan-kawan kolej...
Rasa nak je buat reunion/gathering dengan dorang..
Mesti banyak cerita nak diceritakan...

Rindu betol kat dorang...
~Geng Sekolah Rendah~
~Geng Asrama~
~Geng Kelas~
~Geng 3-27~

Kalau lah dapat jumpa balik dengan dorang...
Mesti riuh rendah punyalah...
Tak tahu lah bila dapat jumpa dengan dorang semula...
Mesti dah susah nak jumpa balik...
Hurmmm...

Thursday, October 27, 2011

Ada Isi Kah???

Assalamualaikum & Hye...

Hurmm...Now i am a bit worry about myself..
Why?
Because i am worry about my menstrual...
Tak datang lagi ni...
Patutnye dah datang berapa hari dah..
Tengok another one day la..
Kalau tak datang jugak...
Nak kena buat UPT la nampaknya....

Bukan tak nak...
Tapi masanya belum sesuai...
I have another commitment to face with...
Lagipun sekarang dekat hospital dah susah 
nak MC..
Bukan bermakna Hanna suka ambil MC..
Tapi yea la..Kita mana tau apa nak jadi kat kita
bila kita pregnant..
Kena dapat hyprem yang teruk camne?
Kan ke susah...
Asyik MC nanti matron baru tu buang keje pulak...
Maklum la katanya mengandung tu bukan penyakit..

Kok yea pun bukan penyakit,
Kalau dah dok uwek-uwek sampai lembik
tak mampu buat apa-apa,
Camna kiranya tu?
Kalau dah macam tu gayanya...
Macam tak bagi orang mengandung je tu...

Entah la..Hanna tak tau nak cakap macam mana
sekarang ni...
Bukannya tak nak anak..
Teringin sangat dalam hati ni...
Cuba tanya perempuan mana yang dah kawen 
yang tak nak anak...
Tak ada..Mesti semua nak punyalah...

I really hope everything will be fine la..

Saturday, October 22, 2011

TL Petang~Locum Malam

Assalamualaikum & Hye...

Hurmm..Esok keje petang...
And...
Locum malam...
Sambung terus ooo.....

Cari duit lebih sempena hari raya yang 
bakal menjelang...
Ceeewaaahhhh....Macam nak berhari raya puasa lak...
Sebenarnya roster tengah nak disusun semula..
Sebab ward medical Al-Amaan dah
pun selamat dibuka semula..
So Sister dorang dah start tarikh staff dia la..

Staff ward Hanna pun jadi tak cukup la..
So kena la susun balik roster..
Hari ni Hanna locum pagi..Sambung terus keje petang..
Esok keje petang..Sambung terus 
night syift...

Tapi...
Yang menjadi persoalan sekarang....
23/10/11 Hanna keje petang..Jadi TL...
Then nak sambung malam tu..
Tak kan jadi TL jugak kot..
Ish...Agak pelik..
Situasi kat sini...22/10/11 a.k.a tonight...
SN sorang tu dah jadi TL..
Esok malam Hanna keje dengan dia..
That's mean Hanna la kena jadi TL...
Tapi....
Tak kan Hanna nak jadi TL lagi malamnya tu...

Kalau petang Hanna jadi TL...
Camne nak took over report kalau jadi TL malam...
Ish...Conpius betul la..

Wednesday, October 19, 2011

Soffiya

Assalamualaikum & Hye...

Hurmm..Tengah buat apa tu kawan-kawan ku?
Blogwalking?
Ya la..Chek tau hang tengah blogging..blogwalking..
Mesti ada buat something at the same time kan?
Hehehe...

I am alone right now..
Sambil layan citer Soffiya ni....
Menyampah giler kot kat anak dia si Fiona tu..
Kuang ajar betol..
Tak reti nak hormat orang...
Dah la jadi bini orang pun dok ikut kepala degil dia jugak..
Dengan ayah sendiri pun tak hormat..
Dengan suami apatah lagi..
Hurmm...Benci giler la watak Fiona tu.. 

Sebenarnya in reality pun ada jugak orang yang macam tu...
Mak ayah manjakan sangat..
Besar kepala lah jadinya..Cakap mak bapak pun dah
tak nak dengar..
Dok ikut kepala batu dia je...
Tak baik macam tu..Kita hormat orang lain..
Nak nak lagi mak bapak kita..
Yang dah kawen tu..Suami kena la dihormati..

Ingat!
Kalau kita tak reti hormat orang lain...
Satu masa nanti anak kita sendiri tak hormat kita..
Ke mana tumpahnya kuah kalau 
tak ke nasi kan?
Ada sebab kan kenapa peribahasa tu tercipta...?
Dan terbukti kebenaran peribahasa tu..
Pasti ada sikap ibu bapa yang terwarisi oleh anak-anak...
Even tak banyak..Sikit mesti ada jugak..
Kan?

Sape setuju angkat jari kelingking.....
Hehehe..

Monday, October 17, 2011

Kesulitan Demi Kesulitan

Assalamualaikum & Hye...

Hurmmm..Rasa tak sihat la..Tekak pun sakit..
Timbul lagi kesulitan..
Ya Allaah..
Kesulitan demi kesulitan Kau berikan kepada ku..

Tak mengapa lah..
Pasti ada hikmah disebalik semua kesulitan ni...
Kalau ada rezeki Hanna,
Ada lah...Kalau tak ada rezeki redha saja lah...

Hanya Dia yang mengetahui segala 
yang tersurat & tersirat...
Hanna hanya mampu berdoa semoga segalanya
dalam keadaan baik..
&
Segala masalah serta kesulitan yang timbul 
akan dapat diselesaikan dengan baik secara positif..

Semoga diri ini akan jadi lebih kuat
dalam menghadapi setiap dugaanNya....

Kawan-kawan yang terbaca entry ni...
Tolong doakan segalanya akan dalam keadaan baik
untuk Hanna..
tQvM dear friend!!!

Sunday, October 16, 2011

Real Steel~Real Happy

Assalamualaikum & Hye...

Hari ni rasa sangat happy...
Nak tau kenapa?

Hari ni pergi jumpa my Paksu kat Quality Hotel...
Jumpa my cousins jugak...
Then pergi Mydin kejap beli barang sikit...
Lepas tu Mr. Hubby bawak pergi tengok wayang
at KLCC...

Mr. Hubby nak tengok movie Real Steel..
Hanna tengok triller movie tu
macam tak best kan...
Bila dah habis tengok....Memang best jugak la..
Tak mengecewakan la ikut Mr. Hubby tengok that movie...

And...

Yang paling best ni....
Yang tak Hanna jangka ni...
Mr. Hubby belikan ini untuk Hanna...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Apa? Tak ada pun? Tak dapat tengok benda apa pun?
Aik....Mana perginya nieh....
Hurmm...Jom cari ke mana perginya....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jeng...Jeng...Jeng......
Taaaaaarrrrrraaaaaaaaaaa...........................


Cuba teka yang mana satu?
Ala teka la colour apa yang Hanna dapat...
Apa? Brown? Hurmmm....
Salah....
Colour ni la sayang-sayang ku...
hehehehe...


Thank Q so much la to my Mr. Hubby...
Lurve u so much!!!
Muah..Muah...Muah...!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...