ads by nuffnang

Jom Join Them


Note for Visitor.

Welcome to my page! Thank Q for followed my blog. I will visit your blog after you left your link in comment form or via mister linky. Please klik the ads also (^_^). Feel free? Do visit my blog again. I will try to included a tips and info as much as i could. I'm sorry if any of my entry are mostly about my life, my story. Hope readers were enjoy reading my entry in my blog. Thank Q so much for being here!

Thursday, January 6, 2011

Cemburu~~~

Assalamualaikum & hye

Ermm...Jelez lah bila dapat tau 
ramai dah kekawan Hanna yang dah dapat kerja. 
Hanna? Tak tahulah bila Hanna akan dapat kerja. 
Nak bekerja pun susah sekarang ni.. 
Tak tahulah apa nak kata..

Tak best jugak dok jadi 
penganggur terhormat kat rumah. 
Poket bulan-bulan tak masyuk owh.....

(Google)


Jelez kat diorang yang dah ada 
baby yang comey-comey..
Hanna ni selagi tak dapat kerja, 
selagi tu lah tak boleh planning untuk ada baby... 
Nasiblah kan.. 

Setiap orang rezekinya tak sama. 
Rezeki Hanna susah sikit macam ni. 
Banyak dugaan & cabaran yang Hanna kena hadapi.

Tak apa, redhalah kamu menempuhi 
segala yang hadir ya wahai Suhana..

Sony Ericsson XPERIA

Sekarang nieh, Hanna tengah survey
mende alah nieh..

XPERIA X10

XPERIA X10 mini

XPERIA X10 mini pro


Rasa nak sangat-sangat XPERIA X10/ XPERIA X10 MINI/ XPERIA X10 MINI PRO ni..

Untuk spesifikasi keseluruhan,check kat URL ni:-
http://www.gsmarena.com/sony_ericsson_xperia_x10-2964.php
http://www.gsmarena.com/sony_ericsson_xperia_x10_mini-3125.php
http://www.gsmarena.com/sony_ericsson_xperia_x10_mini_pro-3147.php

Jom Cuba

Ermm...Dah lama tak memasak. Dah kekok rasa bila nak memasak & tak tahu dah nak masak apa. Rasa nak masak gulai something lah weekend ni. Gulai ikan ke, ayam ke, sotong ke.. Ermm...Lagi nak masak apa yea? Husband suka makan ketam dgn kambing, nasib baik MAK pernah ajar macam mana nak siangkan ketam..uhuhu..Baru ni buat sup ketam sajalah,itu yang terlintas difikiran.

Nak kena beli buku masakan ni. Belajar masak yang special sikit. Bagi suami suka makan masakan kita saja. Biar ada bonding antara suami isteri..hehehe..Ada banyak buku masakan yang dijual di pasaran, tinggal pergi cari saja. Rasa nak cari buku-buku ni:-
 


Oh,banyak lagi ni kalau nak cari. So kena cari yang mana sempat sajalah dulu. Cuba yang mana patut saja dulu, then nanti upgrade kan lagi...hehehe...Buku-buku di bawah keluaran Buku Prima..Nanti kita cari yea. Dah jumpa kita try lah. Kalau menjadi try yang lain pulak.Kalau tak jadi, kita try lagi.. :)

Jom Cuba Pakat Try.......  :D

Wednesday, January 5, 2011

~Story of 2010~

Tahun 2010 penuh dengan kisah suka & duka kehidupan duniawi. Macam-macam kisah yang aku lalui..Perit getir kehidupan..

23 Jun 2010
Aku menduduki exam Lembaga Jururawat Malaysia untuk mendapatkan lesen & lencana jururawat di dewan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Aku sangat takut kalau tak lulus exam tu.

21 Julai 2010
Aku disahkan lulus exam tu. Betapa gembiranya perasaan aku sebab dapat bagi hadiah yang istimewa dengan menghadiahkan kejayaan tu pada MAK & ABAH.

24 Julai 2010
Megat Taufique hantar rombongan merisik.

11 September 2010
Aku ditunangkan dengan Megat Taufique. Sungguh aku tak sangka begitu cepat diikat & terikat.

17 Disember 2010
Aku dinikahkan dengan Megat Taufique. Lagilah  aku tak sangka yang sebegitu cepat Abah & Mak mengizinkan aku menikah. Terasa macam baru semalam aku menduduki peperiksaan SPM...Cepat benar masa berlalu.

Sekarang aku seorang isteri & jugak ibu. Besar & berat tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku. Namun akan ku usahakan untuk menjadi yang terbaik buat kalian.

Yang masih aku tunggu......untuk bergelar JURURAWAT U29 di mana-mana hospital. Masih belum ada rezeki aku untuk membalas jasa kedua-dua orang tua aku yang telah banyak berkorban untuk aku selama 21 tahun aku hidup di bawah tanggungan mereka.Pahit getir onak & duri mereka tempuhi demi membesarkan anak-anak..Terima kasih Mak & Abah, jasa mu terlalu aku sanjungi. Aku berhasrat untuk jadi anak yang baik buat mereka.

Mum & Dad.......I LUV U SO MUCH..!!!!!!

Hargailah Ibu & Ayah kita selagi mereka masih bernyawa..Tanpa mereka, siapa lah kita. Jika mereka punya sifat yang buruk sekali pun, mereka masih ibu bapa kita. Kita tak boleh membenci mereka. Berdoalah untuk kesejahteraan mereka di dunia & akhirat.

Megat Taufique,
Kini cinta ku hanya milik mu..
Walau sebesar mana dugaan pun,
Ku harapkan kita akan tetap setia bersama..
Bantulah diriku untuk menjadi yang terbaik buatmu & jugak anak-anak kita..

Ya Allah,
Ku mohon Kau bantulah aku..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Tuesday, January 4, 2011

New Year~~~~~~2011

Aduh....it is already 4th January 2011!!! 4 days in new year..Baru sempat update blog..huhuhu..
Lama jugak la aku tak berblogging nieh..Maklum sajalah busy kan dah kawen..Ermm..Tahun ni banyak cabaran la. Namun, kan ku sahut cabaran itu demi kehidupan yang lebih bererti..
Tengah fikir.....How to tackle him...???

Susah jugak nak tackle dak nieh.....Heyy!!...i'm not running from my responsible..I really,really hope i can do it..

Kerja pun tak dapat lagi..Tak tau la bila aku nak dapat kerja. Takut jugak kerja tak dapat lagi,pastu bila dapat kerja, lagi takut nak buat kerja sebab dah lama sangat tak buat kerja-kerja tu. Mau menggigil aku kalau kena bagi injection....adusssss....!!!!!

Nak dapat kerja kat mana tak tau, bila nak dapat pun tak tau...Otak ni da makin berkarat dah lama tinggal & tak diguna ilmu yang ada tak berapa banyak tu. Adoiii......Nak buat macam mana erk??? Ish...Jelous jer tengok kekawan yang dah lama kerja tu. Poket masyuk....Skill pulak makin dapat diimprovekan...Adoiyaiiiii....Nasib badan belum ada rezeki...

Harap-harap cepat la dapat kerja...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...