Assalamualaikum & Hi
Hana ada cerita yang keluarga kami ditimpa ujian demi ujian kan?
A few days before Aidilfitri, again kami diuji. Abah sakit teruk. Sehingga hampir kehilangan tangan kiri beliau.
Dalam seminggu sebelum raya tu, memang Hana nak balik kampung sebab suami dapat cuti, kebetulan Hana pun diberi cuti raya (supposed turn bekerja this year). Jadi suami nak balik kampung dia beraya di sana. Jadi sebelum tu kami nak balik Kedah dulu.
Mak sedara Hana cakap, tangan abah bengkak sebab luka semasa guna kan mesin gergaji di rumah. Mak ada cakap, tapi Hana ingat bengkak sikit-sikit ja. Tak la risau.
Bila Maksu Hana tunjukkan gambar, Allah.. Rasa nak luruh jantung. Menangis semahu-mahunya. Sebab menyesal tak ambil peduli dari awal.
Sejak tu jadi tak tenang hati. Nak cepat-cepat balik kampung. Jadi, bila dah start cuti Hana & suami balik Kedah dulu tengok abah.
Waktu tu abah takut nak ke hospital sebab takut kena potong tangan. Jadi, mak bawa abah ke klinik swasta biasa. Doktor pun nak selamat kan tangan abah. Doktor buang bahagian yang bernanah. Setiap hari ke klinik untuk cuci luka & ambil suntikan antibiotic, monitor blood glucose & blood pressure.
Dengan paras glukosa dalam darah pun tak terkawal. Luka tak akan cepat baik.
Hana makin risau. Satu hari tu Hana teman abah masa Doktor cuci luka. Darah tak stop keluar. Hana risau. Banyak betul darah yang keluar. Bila Doktor balut semula tangan abah, darah stop.
Tapi masa perjalanan balik rumah, bleeding semula. Makin lama makin banyak. Tak berhenti langsung.
Bersambung....
Wassalam..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)