❤Menu Pilihan Anda❤

Friday, August 31, 2018

Abah Jatuh Sakit

Assalamualaikum & Hi

Hana ada cerita yang keluarga kami ditimpa ujian demi ujian kan?

A few days before Aidilfitri, again kami diuji. Abah sakit teruk. Sehingga hampir kehilangan tangan kiri beliau.

Dalam seminggu sebelum raya tu, memang Hana nak balik kampung sebab suami dapat cuti, kebetulan Hana pun diberi cuti raya (supposed turn bekerja this year). Jadi suami nak balik kampung dia beraya di sana. Jadi sebelum tu kami nak balik Kedah dulu.

Mak sedara Hana cakap, tangan abah bengkak sebab luka semasa guna kan mesin gergaji di rumah. Mak ada cakap, tapi Hana ingat bengkak sikit-sikit ja. Tak la risau.

Bila Maksu Hana tunjukkan gambar, Allah.. Rasa nak luruh jantung. Menangis semahu-mahunya. Sebab menyesal tak ambil peduli dari awal.

Sejak tu jadi tak tenang hati. Nak cepat-cepat balik kampung. Jadi, bila dah start cuti Hana & suami balik Kedah dulu tengok abah.

Waktu tu abah takut nak ke hospital sebab takut kena potong tangan. Jadi, mak bawa abah ke klinik swasta biasa. Doktor pun nak selamat kan tangan abah. Doktor buang bahagian yang bernanah. Setiap hari ke klinik untuk cuci luka & ambil suntikan antibiotic, monitor blood glucose & blood pressure.

Dengan paras glukosa dalam darah pun tak terkawal. Luka tak akan cepat baik.

Hana makin risau. Satu hari tu Hana teman abah masa Doktor cuci luka. Darah tak stop keluar. Hana risau. Banyak betul darah yang keluar. Bila Doktor balut semula tangan abah, darah stop.

Tapi masa perjalanan balik rumah, bleeding semula. Makin lama makin banyak. Tak berhenti langsung.

Bersambung....

Wassalam..

Thursday, August 30, 2018

Adik Kemalangan

Assalamualaikum & Hi

Bermulanya bulan Ramadhan yang lepas, kami sekeluarga ditimpa ujian demi ujian. Sedih sangat rasa.

Adik Hana kemalangan di Penang. Patah tangan kanan beliau. Sekarang pun masih lagi MC. Dah 3 bulan dah. Ada pasang besi juga. Sekarang keep on doing physiotherapy.

Kemalangan motorsikal semasa bekerja.

Mujur lah bukan patah kaki atau kecederaan yang lebih serious. Cuma sekarang tak boleh lah nak buat kerja berat guna tangan.

Kesian jugak dekat dia. Tapi nak buat macam mana, nasib tak menyebelahi. Tapi still bersyukur sebab bukan kecederaan parah yang lain.

Alhamdulillah..

Wassalam..

Wednesday, August 29, 2018

He Is Away

Assalamualaikum & Hi

Okey, hari ni Hana nak ceritakan kepada semua apa yang berlaku since last year.

Oktober 2017
Hana terpaksa berjauhan dengan suami sebab suami pergi mission di Lubnan. Nasib baik lah ada mertua, adik-adik ipar, anak dengan anak buah di rumah. Kalau tak tentu Hana rasa sunyi sangat.

Beliau memang mohon untuk ikuti mission ni. So bila approved tu, hati ni rasa tak keruan dah. Sedih la sebab kena berjauhan dengan suami. Sejak kahwin, tak pernah berjauhan lama-lama. Mission ni setahun. Tapi ada la boleh balik bercuti 2x dalam setahun.

Masa nak pergi hantar tu, all my parents ada sekali termasuk mertua. Sedih perasaan masa tu rasa macam disiat-siat ja. Macam mana lah nak uruskan kehidupan tanpa suami disisi. Masa tu barulah faham macam mana perasaan kawan-kawan yang berjauhan dengan suami. Yang terpaksa tinggal jauh sebab tuntutan kerja masing-masing tak dapat tinggal sekali.

Dua hari lepas tu adik perempuan pulak konvo. Lepas hantar suami ke airport, terus ke Batu Pahat untuk konvokesyen adik.

Sekarang suami pun dah nak balik, bulan Oktober ni. Memang tak sabar lah ceritanya.

Tabah lah hati menanti hari.

Wassalam..

Tuesday, August 28, 2018

Akibat Tak Pedulikan Pasangan

Assalamualaikum & Hi

Sekarang ni banyak sangat tengok & baca kisah kecurangan pasangan kan?

Macam-macam alasan di bagi bila terbongkar curang. Nak salahkan pasangan tu.

Isteri dah cantik, ada anak comel-comel pun suami curang juga. Dulu kata isteri gemuk, tak pandai berhias, busuk lah bagai sebab tu cari yang cantik. Sekarang isteri cantik, kurus, pandai berhias pun masih cari yang lain.

Memang kita tak tahu apa masalah rumah tangga mereka, tapi mereka tu sendiri kalau ada masalah apa-apa, tak diluahkan itu yang mula nak cari yang lain. Pendam je lepas tu cari yang lain. Masalah tak selesai pun.

That is why kemunikasi dalam rumah tangga ni penting. Tak setuju apa-apa, luahkan. Berbincang dengan pasangan. Cari solusi. Mesti ada penyelesaian.

Bila pasangan rasa kekosongan, rasa tak puas hati itu ini tapi tak bincang dengan pasangannya, itu yang mula cari perempuan/lelaki lain dok cerita masalah rumah tangga. Mula-mula kesian la. Lama-lama mulalah kasih & sayang lain macam. Lebih teruk sampai sanggup berzina. Itu yang tak mau tu.

Kalau tak puas hati berbincang la elok-elok. Tak payah nak cari lelaki/perempuan lain nak cerita isi hati tu.

Jadi, tolong lah pedulikan pasangan tu. Jangan sampai dia rasa kekosongan, ada yang lain pulak isi kekosongan tu.

Tak salahkan lelaki 100% pun. Perempuan ada silapnya. Cuma kena bijak selesaikan masalah. Baru hati tenang masing-masing. Anak-anak pun akan rasa happy.

Wassalam..

Monday, August 27, 2018

Dengarlah Keluhan Mereka

Assalamualaikum & Hi

Selamat Hari ISNIN. Korang jangan nak Monday Blues sangat eh. Lama cuti raya kan? Dengan cuti sekolah lagi.. Adik-adik yang sekolah tu, pergi sekolah jangan malas-malas yea.. Seminggu dah rehat kan..

Mak-mak, Ayah-Ayah yang dekat rumah or dekat office tu.. Nak tanya sikit lah.. Korang kan, kalau Pasangan Korang cerita Apa-apa, Korang jenis dengar tak? Tak pun memang jenis malas nak dengar sebab pikir 'aku sendiri pun banyak masalah, nak dengar masalah kau'..

Sebenarnya sangat penting untuk dengar keluhan/luahan perasaan Pasangan Korang. Selalunya yang jenis malas nak dengar ni, orang lelaki lah. Bila dicerita apa-apa, buat tak reti ja. Macam tak dengar. Punya lah yang sorang tu cerita bagai nak rak, yang sorang lagi jangankan pandang & dengar, sahut 'ermm..' pun tidak.

Selalu ya bila orang cerita dekat kita, maksudnya kita pentinglah tu bagi dia. Kita kena tahu cerita dia tu. Kalau tak berminat nak dengar pun, buat-buat lah macam berminat. Dengar aja lah. Paling senang kalau dia cerita ja, tak ada nak mintak pendapat ke apa. Mintak kita dengar je.

Kalau menyahut sekali sekali,
"ooo..."
"gitu eh.."
"ye ke.."
"hurmm.."
Macam ni pun dah OK. Si pencerita pun rasa senang hati, ada org sudi dengar celoteh dia.

Isteri pun sama, kalau Si suami dok cerita perihal office banyak kerja ke apa ke dengar je.. Jangan buat tak tahu. Sahut la sikit kalau pun masa tu tengah sibuk tidur kan anak ke, lipat baju ke..

Sangat penting tau komunikasi ni. Dengan siapa lagi pasangan tu nak bercerita kalau bukan dengan pasangan dia.

Kalau tak suka dengar pun, biar dia habis cerita dulu. Kalau ada yang perlu tegur, cakaplah baik-baik. Jangan tengking-tengking sampai jadi gaduh pulak.

Jangan tak tahu, benda ni pun penting untuk perhubungan dengan anak-anak yea. Dengar apa mereka nak cerita. Lepas tu kalau nak tegur, tegur baik-baik. Kalau nak bagi pendapat mesti mereka pun suka. Mereka pun akan rasa ada orang ambil berat, parents sayang kan mereka, peduli tentang mereka.

Tu je nak cakap. Kalau rasa tak tahu nak berkomunikasi macam mana, pergi Google, tengok YouTube ke.. Belajar. Banyak channel boleh belajar. Cari buku pun OK kalau malas nak Google.

Wassalam..

Sunday, August 26, 2018

Kerja Rumah Tanggungjawab Isteri Saja?

Assalamualaikum & Hi

Apa kahabar semua? Sihat ke? Kalau tak sihat, cepat-cepat dapat kan rawatan yea. Jangan biar lama-lama nanti melarat pulak.

Back to the story yang nak dikisahkan ni..

Siapa readers wanita disini yang dah berkahwin? Suami korang jenis dengar tak apa korang cakap? Bukan maksud Hana korang queen control ke apa. Maksudnya kalau korang mintak tolong, suami tolong tak? Atau pun suami tolong tapi lambat sikit nak bergerak. Tak pun tolong tak menyahut pun. Tetiba tengok dah siap. Atau memang tak nak tolong pun..

Saja ja tanya. Sebab banyak baca dekat FB tu, suami jenis tak nak tolong langsung kerja rumah. Mintak tolong jemur baju tak nak buat, mintak tolong sapu sampah sikit pun tak nak buat.. Nak basuh pinggan mangkuk lepas makan lagi lah jauh sekali dia nak buat.

Sebenarnya mereka ni dah terbiasa. Dari kecil Ibu bapa tak suruh buat kerja-kerja mudah macam ni. Bukan Hana nak salahkan parents..

Tapi sekarang ni semua isteri kena buat, mintak tolong sikit pun tak nak tolong. Lagi teruk kalau isteri tu memang surirumah. Penat lelah dari pagi sampai malam tak habis-habis.

Anak-anak lelaki ni kena asuh dari kecil untuk buat kerja-kerja rumah ikut usia mereka. Google je atau pun beli buku baca macam mana nak asuh mereka buat kerja rumah ikut usia mereka. Supaya bila besar mereka ringan tulang & rajin membantu. Apatah lagi kalau dah berkahwin.

Tanggungjawab suami besar kan? Isteri pun ada tanggungjawab dia. Kena give and take barulah harmoni rumah tangga.

Hopefully kita dapat sesuatu daripada posting ni. Sama-sama kita perbaiki yang mana kurang. Sama-sama galas tanggungjawab hidup suami isteri & sebagai Ibu bapa..

Wassalam..

Rindunya!!!!!

Assalamualaikum & Hi

Lama sangat tinggal blog ni. Ada yang masih menjengah ke cari info-info yang berguna dalam blog ni? Kalau ada, alhamdulillah la.

Tak ada apa nak cakap sangat, nak say Hi dekat korang ja. Rindu sangat kawan-kawan blogger dulu. Ramai dah berjaya dan bahagia.

Next post ni baru ada benda nak coretkan.

Korang buat apa dah sekarang? Dah lama kerja? Ke baru dapat kerja? Dah kerja ke belum ke itu semua ketentuan Ilahi. Yang belum dapat kerja, tengok lah sisi positif. Jangan jadi macam Hana, asyik padang negatif je. Yang dah bekerja, syukurlah anda punya pekerjaan.

Banyak sangat perkara yang berlaku dari tahun lepas sampai tahun ni. Sampai tak tahu apa lagi nak buat. Buntu pun ada...

Sampai rasa "kenapa aku yang kena macam ni?"... Tapi lama-kelamaan tu baru bertenang sikit.

Okeylah, kalau berkesempatan lepas ni Hana cerita apa yang dah berlaku yea. See you all next post..

Wassalam.