Assalamualaikum & Hye
Hana nak tanya kawan-kawan muslim. Tahukah anda yang solat itu adalah wajib dilaksanakan walaupun sedang terlantar sakit?
Pada pandangan Hana, mungkin antara kita tahu & laksanakan walau dalam apa jua keadaan. Mungkin ada juga yang tahu tapi tak buat.
Hurmm...
Tapi...
Ada tak yang tak tahu bahawa solat tu wajib dilaksanakan walau dalam apa jua keadaan? Sakit tak boleh bangun, kaki tangan patah, berbalut sana sini?
Pendek kata ada ke yang tak tahu solat tu WAJIB kecuali uzur syarie?
Lagi satu tidakkah kita tertanya-tanya, bagaimana cara nak lakukan solat ketika sakit, tangan berbalut dan lain-lain keadaan..
Mesti nak tahu juga bagaimana cara nak solat dengan keadaan sedemikian, kan?
Entahlah. Tak tahu apa nak cakap.
Kalau ada sebarang pendapat & pandangan boleh post di ruangan komen.
Sekian. Berita melaporkan.. ✌
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)