❤Menu Pilihan Anda❤

Thursday, August 28, 2014

Bila Ada Masalah...

Assalamualaikum & Hi

Rasa macam stress sangat. Lately kerja asyik ada yang tak kena. Dah cuba buat sehabis baik. Tapi masih jugak ada yang tak sempurna.

Kita memang manusia tak sempurna. Lebih baik mencuba daripada langsung tak buat apa-apa.

Hidup ni memang banyak cabaran. Tapi sementara nak menghadapi dugaan & bertenang tu, agak mengganggu emosi.

Kadang rasa nak stop makan gaji. Kerja sendiri. Stress pun tak ada nak risau bos marah ke, tak kalut colleague marah sebab ada kerja tak selesai, tak menyusahkan orang lain. Ada banyak masa untuk family, ada banyak masa untuk bercuti & macam-macam lagi kebebasan.

& tak sibuk nak jaga masa kerja takut pouch card merah......

Kalau boleh tak nak tunggu tua untuk mempunyai kebebasan masa & kebebasan kewangan.

Hopefully to be so soon.

Wednesday, August 27, 2014

Wordless Wednesday

Assalamualaikum & Hye

Lets the pic. talk itself.




Saturday, August 23, 2014

Wedding of Azira & Dean

Assalamualaikum & Hye

Last minute en.suami bersetuju teman me attend wedding my ex-housemate.

Apa lagi terus siap-siap. Capai ja baju mana yang sempat. Memandangkan ada satu lagi baju raya yang belum dipakai.

Maka, tak fikir banyak. Terus iron & pakai la. Hurmm.. Memandangkan juga tempat nak dituju tak pernah pergi, jadi kami bertolak lebih awal.

Maklumlah. Bila tempat yang tak pernah pergi ni kan.. Nak sesat mesat lagi. Jadi lebih baik pergi awal daripada lewat.

Tapi en.suami tak nak bermalam di mana-mana. Pergi kemudian terus balik. Tak singgah mana dah.

Tak apa lah. Janji dapat jumpa my ex-housemate yang gorgeous sangat hari ni.

Apa pun, selamat pengantin baru buat azira sajahan & hafizudin. Semoga tangga yang dibina berpanjangan & bahagia.

Selamat menempuhi alam rumah tangga. (^_^)


Posted via Blogaway

Sunday, August 17, 2014

Tahukah Anda?

Assalamualaikum & Hye

Hana nak tanya kawan-kawan muslim. Tahukah anda yang solat itu adalah wajib dilaksanakan walaupun sedang terlantar sakit?

Pada pandangan Hana, mungkin antara kita tahu & laksanakan walau dalam apa jua keadaan. Mungkin ada juga yang tahu tapi tak buat.

Hurmm...

Tapi...

Ada tak yang tak tahu bahawa solat tu wajib dilaksanakan walau dalam apa jua keadaan? Sakit tak boleh bangun, kaki tangan patah, berbalut sana sini?

Pendek kata ada ke yang tak tahu solat tu WAJIB kecuali uzur syarie?

Lagi satu tidakkah kita tertanya-tanya,  bagaimana cara nak lakukan solat ketika sakit, tangan berbalut dan lain-lain keadaan..

Mesti nak tahu juga bagaimana cara nak solat dengan keadaan sedemikian, kan?

Entahlah. Tak tahu apa nak cakap.

Kalau ada sebarang pendapat & pandangan boleh post di ruangan komen.

Sekian. Berita melaporkan.. ✌


Posted via Blogaway

Monday, August 4, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Assalamualaikum & Hye

Selamat pagi 8 Syawal... ☺

Apa khabar kawan-kawan... Macam mana seminggu bercuti sambut Aidilfitri? Mesti la best kan?

Tahun ni turn Hana kerja. Kerja pulak syift petang raya pertama. Raya ke-2 baru kerja pagi. Tapi tak sempat pun snap pict. ... Benar-benar beraya dengan baju putih. Huhuu..

Memang tak ada langsung pict. Family, berbaju raya memang tak ada. Sedih ooo..

Apa boleh buat... Kerana tugas pada negara, berkorban jiwa & raga. Nak nak lagi raya pertama pulak demam + batuk + selsema...

Nasiblah.. Apa boleh buat. Redhalah. Walaupun hari raya, pesakit tetap ramai. Nak lagi kan, petang raya datanglah keluarga-keluarga beramai-ramai, berduyun-duyun datang di kecemasan.

Sebab?

Cirit-birit, muntah, demam, macam-macam lagi lah. Yang lawaknya datang berduyun-duyun, setiap family pakai baju sedondon ja.. Hehee..

Penyakit musim raya dah datang. Hehee..

Raya, raya jugak. Kesihatan kena jaga jugak. Selamat hari raya lah yea.. 😀


Posted via Blogaway


Hana Radzi