Assalamualaikum & Hye
Hari ni dikejutkan dengan video yang menjadi viral dalam kalangan rakyat Malaysia berkenan seorang wanita mengamuk selepas kereta Peugeot nya dilanggar oleh seorang Uncle berambut putih.
Kalau Hana la kan... Memang tak berani nak bentak-bentak ketuk-ketuk kereta orang macam dia buat tu.
Bukan apa tau.. Terfikir kalau aku buat macam tu, kemudian hari orang buat dekat aku pulak. Lepas tu kalau dia upah orang pukul aku ke buat apa-apa kat aku ke camna.. Kalau pun bukan dia yang buat apa-apa kat aku, entah nak ditakdirkan Allaah akibat perbuatan tu aku dibalas lebih teruk sebab berdosa berlaku biadap & tak sopan.
Takut betol Hana. Nak tinggi suara pun rasa takut. Apatah lagi nak ketuk kereta orang. Lainlah kalau dia pun bersikap kurang ajar dengan kita, tak nak bayar ganti rugi ke apa kan.. Tu lain cerita. Agak boleh dipertimbangkan nak melakukan kekasaran.
Tapi...Tu pun Hana kena fikir banyak kali kewajaran nak buat macam tu. Takut la dia punya geng ka datang serang balik. Takut oo..
Sekadar nak bagi nasihat la sikit kot. Nak terima @ tidak terpulang.
1. Bulan Ramadhan + orang islam + melayu + perempuan + bertudung. Rasanya kena banyak sabar. Anggap sebagai ujian di bulan ramadhan ni (Pesanan ustaz kazim bila ditimpa musibah) nak lihat sejauh mana tahap kesabaran kita menerima ujianNya. Orang melayu, islam & wanita bertudung rasanya tak patut bertindak macam tu. Cuba dulu cakap baik-baik. Jaga adab sopan + tatasusila.
2. Sentiasalah ingat bila kita buat jahat dekat orang, kita akan dibalas jahat. Mungkin dibalas oleh orang yang kita jahati @ orang lain. Ingat ianya pasti dibalas oleh Allaah SWT. Buat baik dapat baik.
3. Islam tekankan sekuat mana kita diuji, terimalah seikhlas hati. Pasti ada sebab kenapa kita diuji demikian. Mungkin kerana dosa-dosa kita terhadap orang lain sebelum ni dibalas dengan cara demikian. Kita bukan manusia suci.
4. Rakyat Malaysia ni sensitif. Bila ada kejadian macam ni, cepat saja jadi rakaman. Tengok apa mereka dah buat. Dalam masa singkat pelbagai caci maki dia terima. Dah tu suka menokok tambah. Jadi, hati-hati.
Setiap pergerakan anda diperhatikan... 😯
Peringatan untuk diri sendiri jugak ni.
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)