Assalamualaikum & Hye
Hari ni masuk bandar KB. Selepas berapa tahun tak masuk bandar KB tu. Since habis belajar la. Selama ni memang ada pergi kalau balik kampung. Tapi... Sampai takat Tesco dengan KB Mall tu saja.
En. Suami tak suka masuk bandar sebab jalan sesak. Hari ni kami tuju ke Pasar Siti Khadijah. Itu pun sebab kawan my mum kirim serunding daging. Kawan dia pregnant teringin nak makan serunding kat situ.
Tak apa lah, dah selesai beli pun. Barang sendiri yang nak dicari tak jumpa jugak. Jadi 'blur'.. Tak tahu mana nak tuju. Tengok tudung pun dah tak macam dulu. Dulu banyak pilihan. Sekarang macam tak yang menarik.
Tinggal sikit lagi barang untuk family di sini. Untuk orang Kedah, balik cari sama-sama la kat Kedah nanti. Nak jalan pun dah tak tahu mana nak dituju. Sementara tunggu nak balik Kedah, just rest lah kat rumah. Kesihatan pun tak mengizinkan.. Better rest saja.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)