❤Menu Pilihan Anda❤

Friday, July 12, 2013

Ujian Awal Ramadhan

Assalamualaikum & Hye

Hari ni hari ke-3 berpuasa. 
Tapi... Allaah SWT menguji dengan memberikan ujian kesakitan kepada Hana. 
Sejak semalam perut dan usus meragam tak semena-mena. 
Sakit tak terhingga. 
Tapi masih mampu bertahan.

Tapi hari ni.. 
Makin menjadi-jadi pula. 
Ya Allaah, terima kasih kerana menurunkan ujian ini dalam bulan yang cukup mulia. 
Moga terhapus dosa-dosa kecilku.

En. Suami juga jatuh sakit. Demam. 
Kesian dia. Dah la malam ni kerja. 
Hurmm.. Kesian dia seorang diri di rumah. 
Hana rasa.. 
Malam ni lepas selesai bagi ubat untuk pesakit, Hana nak jumpa doc. la. 
Tu pun kalau pesakit di A & E tu tak ramai.

Dalam tak menahan ni kena la jugak bangun masak sikit untuk berbuka. 
Terpaksa tahan. 
Memandangkan En . Suami pun tak sihat. 
Ya Allaah, berikanlah kesembuhan kepada kami..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)