❤Menu Pilihan Anda❤

Friday, July 26, 2013

Tewas Akhirnya

Assalamualaikum & Hye

Akhirnya saya tewas berjuang untuk mendapatkan kembali kesihatan normal. 
Bila malam tiba, keadaan semakin teruk. 
Sampai kesiankan En. Suami pun tak dapat tidur nyenyak.
Tak terdaya lagi bertahan. 

Maafkan saya kawan-kawan. 
Terpaksa menyusahkan kalian lagi. 
Bukan pinta saya untuk jatuh sakit. Maafkan saya.

En. Suami telah dimaklumkan. 
Balik kerja nanti agaknya baru dia datang. 
Orang lain sibuk bershopping raya. 
Saya bakal terlantar di katil wad. 
Tak sempat dah nak memikirkan raya punya hal.

Ya Allaah,
Terima kasih kerana menurunkan ujian ini untukku. 
Mudah-mudahan dapat menggugurkan dosa-dosa kecil ku.
Sembuhkanlah aku daripada penyakit ini.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)