❤Menu Pilihan Anda❤

Saturday, July 6, 2013

Hidupkan Kasih Sayang & Cinta

Assalamualaikum & Hye

Kesian tengok warga emas yang sendirian menanggung sakit. Tiada anak isteri mahupun saudara mara yang mahu berada disampingnya.

Keadaan diri yang semakin hari semakin tidak berkurang rasa sakit tu, tak seorang pun ahli keluarga yang mahu menunggu terutamanya pada waktu malam. Kala siang hari pun ada ketika hanya terbaring lesu sendirian tanpa teman.

Orang yang sedang sakit ni perlu perhatian anak dan isteri. Walau si isteri juga uzur, tidak salah menunggu si suami.. Berada disisi suami ketika dia sedang sakit cukup membuatkan si suami rasa tenang.

Anak-anak pula inilah masanya menunjukkan belas kasihan dan rasa kasih terhadap ibu bapa. Temani mereka... Boleh juga tolong picit-picit bahagian yang sakit..Sekurang-kurangnya mereka rasa berteman, dihargai dan tak keseorangan.

Ada sesetengah ibu bapa rasa malu bila kencing beraknya dicuci oleh orang lain. Sedangkan dia berharap anak atau isterinya yang membantu mencuci dia.

Cinta, kasih dan sayang perlu sentiasa dihidupkan.. Disemarakkan hingga ke hujung nyawa. Bukan ketika masih muda sahaja. Kasih sayang suami/isteri, anak/ibu bapa sentiasa perlu hangat dan erat.

Apa pun, hargailah ketika masih ada. Jangan menyesal bila sudah tiada.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)