Assalamualaikum & Hye
Tadi dok 'meronda' kat FB... Maklum la dah kerja malam ni nak elak mengantuk... 'meronda' la FB tak pun kat mana-mana la.. Hehee..
Terjumpa la satu artikel ni. Memang ada betulnya apa yang dicakapkan.
Kami kadang kala terpaksa menahan segalanya... Demi memastikan semuanya berjalan lancar dan semua puas hati. Itu pun masih jugak tidak dapat memuaskan hati semua.
-Tahan lapar/dahaga
-Tahan kencing
-Tahan sakit
Hingga adakalanya solat pun terpaksa diqadakan.
Bayangkan waktu bekerja 7jam... Kencing hanya 2 ke 3 kali sahaja. Tu pun kira banyak dah la 3 kali tu. Nak buat macam mana. Ikut doc. round... Siapkan changes. Belum sempat siap doc. ni punya tak siap lagi.. Dah kena tinggal, ikut doc. lain pulak. Tak sempat nak menulis, dah pesakit pulak panggil tung tang tung tang bunyi callbell. Kalau tak beli siap-siap makanan awal pagi... Kalau dah start busy... Memang tak termakan dibuatnya.
Pengorbanan yang adakalanya terpaksa membuat diri merana. Entahlah.
*hopefully tak kena jangkitan kuman, batu karang dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)