Assalamualaikum & Hye
Entah kenapa teringat-ingat mimpi malam tadi. Kenapa asyik mimpikan perkara macam tu... Perkara yang mustahil berlaku. Melainkan diputuskan oleh Yang Esa. Tapi... Tak mungkin.. Sangat tak mungkin betlaku.
Terlalu memikirkannya ke? Rasa macam tak ada pun. Terfikir pun bila mimpi begitu datang. Mula-mula tak biasa... Kemudian jadi biasa-biasa. Kemudian pulak... Menjadi-jadi....
Apakah maksud tersurat dan tersirat disebaliknya... Tapi kalau difikirkan semula, dengan status ni... Perkara macam tu sangat mustahil. Melainkan ianya sekadar mainan tidur dan permainan syaitan durjana yang nak menyesatkan manusia dan menggoyahkan iman hamba Allaah SWT.
Hana sedaya upaya menolak dan menidakkan mimpi-mimpi begitu. Tak mahu disebabkan perkara begitu, kehidupan yang ada jadi kucar kacir dan kacau bilau. Semua tu hanya tipu helah syaitan laknatullah.
Kepada readers yang pernah mimpi bukan-bukan tu.. Janganlah percaya. Semoga kita dilindungi Allaah SWT dan ditetapkan iman. Sentiasa berada di landasan yang benar.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)