Assalamualaikum & Hye
Sejak dua tiga hari ni... Dihujani dengan soalan-soalan yang agak sentisitif. *terlihat disitu yang empunya diri perasan macam dirinya artis yang dihujani kontroversi. ---» sila lempang.segera. (:
Dalam dua hari lepas jumpa kawan lama. Dulu dia kerja satu tempat dengan Hana jugak. Tapi dia dah berhijrah ke gov. ... Soalan yang kalau boleh tak nak dengar orang tanya. It could make me sad. (@_@)...
Hari ni 2 orang wife to my hubby's friends... Tanya soalan yang sama... Diorang pulak dah nak tambah lagi... Me? Nothing. Hurmm... Rasa nak menangis bila ada orang tanya soalan macam tu. Bukan tak suka sebab apa... Tapi soalan macam tu membuat imanku goyah... Pastinya mula menyoal dan mempersoalkan sesuatu yang bukan kuasa ku.
Soalan tu jugak buat Hana rasa sebak. Sebak rasa nak menangis biar pun hati ni cuba menyedapkan hati sendiri. Siapa yang tak nak kan... Semua orang yang macam Hana pasti menginginkannya. Ia satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang mengalaminya saja yang tahu.
Tak boleh nak salahkan sesiapa atau apa-apa. Hanya DIA yang tahu setiap satunya di atas muka bumi ni.
Ya Allaah,
Berikan ku kekuatan demi menempuhi setiap yang ada di depan ku.
Ameen..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)