❤Menu Pilihan Anda❤

Friday, March 1, 2013

Berita Buruk

Assalamualaikum & Hye

Sejak dua malam lepas lagi dah terima berita buruk. Tapi... Berita itu tak penting untuk pengetahuan readers. Berita buruk yang lebih penting sekarang ni berkaitan dengan dua pegawai polis kita yang terkorban di Lahad Datu...

Memang sedih rasanya... Baru masuk bulan baru... Kita dah terima berita macam ni. Kita doakan agar mereka ditempatkan bersana orang yang beriman. Mereka syahid memperjuangkan keamanan negara. Allahuakhbar!

Saat melihat gambar Allahyarham Tuan Zulkifli tu bersama keluarganya... Terdetik dalam hati.. Kesian anak dan isterinya. Kehilangan sekelip mata. Terkenang En. Suami... Dia juga seorang yang turut menjaga keamanan negara. Makanya Hana harus bersedia setiap masa. Kalau boleh tak mahu lagi buat sesuatu yang mengundang dosa suami isteri... Takut hilang tiba-tiba tak sempat mintak ampun mintak maaf.

Sejak tahun lepas En. Suami dok cakap yang dia cadang nak pergi Lubnan... Masa tu dah terasa lain macam. Kalau boleh tak nak bagi pergi! Tapi kalau demi kerjayanya... Terpaksa ku relakan... Semoga Allaah melindungi suamiku..

Mari kita sama-sama doakan demi keamanan & keselamatan negara kita. Dan juga doakan keselamatan pejuang-pejuang negara kita di sana..

2 comments:

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)