Assalamualaikum & Hye
20/03/2013
Ya..
Hari ni memang rasa tahap kesabaran ini sangat teruji. Mendengar setiap cerita daripada teman-teman tentang individu-individu yang mulutnya sungguh.... Ah tak sanggup aku keluarkan kata-kata nista itu.
Apakah apa yang kami lakukan selama ni tidak langsung dihargai dan dipandang sepi? Ataupun... Langsung tidak dipandang walau sebelah mata pun? Bukanlah mengungkit.. Tapi kami juga punya perasaan. Kami cuba beri dan buat yang terbaik. Tapi kenapa masih mahu memfitnah dan reka cerita yang tidak betul? Setiap tindakan dan kata-kata kami cuba diputarbelitkan. Kenapa???
Sememangnya hari ini tindakan mereka benar-benar menguji tahap kesabaran kami. Dan baru hari ni aku sedar. Pekerjaan ini bukan semudah yang disangka. Kesabaran memang amat penting. Sentiasa kena bermanis muka walaupun diherdik dan dihina. Walau dalam hati membara hanya Allaah yang tahu.
Jika anda @ saudara mara anda sedang dirawat dihospital... Tolonglah beri sedikit penghargaan atau setidak-tidaknya berilah kerjasama untuk mereka yang menjaga anda @ saudara mara anda tu. Mereka memang sedang cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik. Adakalanya mereka sanggup berlapar atau bekerja kuat hingga mereka sendiri jatuh sakit demi memastikan anda mendapat yang terbaik.. Mereka sakit... Tapi masih menjaga anda yang sedang sakit. Sedangkan mereka sendiri tidak terubatkan.
Sekian..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)