❤Menu Pilihan Anda❤

Sunday, February 17, 2013

Tetamu & Rezeki

Assalamualaikum & Hye

Now mostly setiap hari ramai pesakit yang masuk ke ward. Walau penat, tapi Hana bersyukur & anggap mereka sebagai tetamu yang perlukan layanan yang lebih daripada tetamu biasa. Dan anggap mereka juga membawa rezeki untuk kami.

Melayan kerenah mereka yang kadang-kadang kurang sabar juga mengajar kami erti sabar dan belajar bersabar. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. Ya, kami tahu encik/puan/adik sedang menanggung sakit. Adakalanya sakit datang buat anda rasa tak tertanggung. Tapi sedarlah Allaah SWT sedang menguji anda, kesabaran anda dan mahu anda tingkatkan iman.

Bukan saja tetamu di hospital... Tapi tetamu yang datang datang ke rumah kita sendiri juga kita kena alu-alukan. Setiap tetamu yang datang membawa rezeki. Jadi selalulah undang tetamu ke rumah. Heee.. (^_^)v

Terus terang Hana cakap... Naluri hati memang sangat nak lakukan. Tapi ada faktor luaran yang menyebabkan Hana rasa tak dapat lagi nak lakukan. Hana memang nak undang tetamu datang rumah.. Tapi entahlah.. Tak terbuat lagi. Nak nak lagi kerja Hana tak tentu masa. Orang cuti Hana kerja. Hana cuti orang kerja.. Huhuhu....

Mudah-mudahan niat murni ku ini akan dapat dilaksanakan satu masa nanti. (^_^)...

2 comments:

  1. erm.. kkadag rasa segan nak undang tetamu datang rumah, dah kerja xtentu masa. nak kemas2 rumah lagi

    ReplyDelete

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)