❤Menu Pilihan Anda❤
Thursday, February 28, 2013
Memang Tak Boleh Cakap Dari Kecik?
Sakit sangat tekak ni. Makin menjadi-jadi. Tekak sakit, badan tak larat, kepala berat. Semua rasa tak sedap di badan la. Tak tahulah sampai bila akan bertahan ni.
Esok start bulan baru. Locum pun ada la jugak. Penat yang baru ni pun tak hilang lagi.
Bila sakit tekak ni... Terkenang pulak tahun 2004.... Masa tu demam & sakit tekak sangat-sangat. Sampai kena admitted.
Masa tu Hana ingat lagi dr. yang rawat Hana nama dia dr. irham imran... Masa my family bawak jumpa dia, dia check kan..
Dia tanya Hana tak dapat nak jawab soalan dia sebab terlampau sakit.
Mak cakap la,
"tak boleh cakap tu,"
Dia kata...
"ooo...tak boleh cakap sejak lahir ye?"
....Aiyooo....
Sampai hati Doc. cakap gitu kat saya...
Wednesday, February 27, 2013
Hilanglah Kau Dari Ku...
Assalamualaikum & Hye
Hurmm... Masuk ni dah 4 hari tak sedap badan. Rasa perit tekak macam ada benda bengkak dan menyekat. Rasa macam nak demam. Rasa berat kepala macam nak melayang. Semua rasa ada la... Rasa yang tak sedap badan.
Janganlah sakit lagi. Cukuplah derita sakit yang hari tu. Hari ni kepala rasa berat sangat. Bila kahak dikeluarkan, nampak macam pinkish pinkish warnanya... Mungkin sudah berdarah sebab pembengkakan dah pecah. Rasa macam tak nak pergi kerja. Tapi apakan daya. Sudah tak cukup staff untuk bekerja. Tangan dan badan terasa mengigil. Lagipun tubuh ni rasa masih mampu nak bangun dan pergi bekerja. Selagi mampu kita kena lakukan.
Ubat jangan cakaplah. Memang malas nak makan. Saya memang suka bagi orang makan ubat. Tapi saya tak suka makan ubat. Sangat tak suka. Tapi bila dah terpaksa dan dipaksa tu saya redha. Huhuhu....
Pergilah kau wahai penyakit sakit & pening daripada ku. Aku kena bekerja dengan penuh fokus ni... Semoga cepat sembuh diriku.... Huhuhu...
Sunday, February 24, 2013
Alahai... Tolonglah Sihat!
Assalamualaikum & Hye
Tengah syok goreng keropok lekor... Tetiba ada mesej masuk. Dalam hati berharap sangat bukan daripada co-worker yang minta buat locum. Tak mahu!
Ternyata bila mesej dibaca.... Memang daripada salah seorang co-worker minta buat locum pagi esok. Adoi! Saya tak mahu... Malas sebab penat! Hurmm... Nak jawab apa... Tanya la kalau ada orang laib yang available, minta la diorang yang buat. Tapi kalau tak ada jugak tak apalah.
Lepas tu terus datang headache i ni... Aiyoo.... Sangat tak nak buat locum sebab penat. Tu kalau dah datang tak ikhlas nak buat locum, macam-macam la akan jadi tu. Terus rasa macam nak berhenti kerja!
Mak! Tolong....
Tak apa... Kali ni aku bantu orang... Next time kalau aku ada masalah macam tu ke yang lebih kurang camtu ke... Harap ada yang boleh tolong. Mementang aku tak ada anak kecik di rumah.... Hurmmm....
Ni sakit kepala pulak... Tolonglah lega.. Tolonglah!
Saturday, February 23, 2013
Sapa Punya Ni? Ngaku Cepat!
Assalamualaikum & Hye
Hurmm... Masa nak parking terkejut pulak ada kenderaan lain yang parking situ. Amboi... Sapa punya pulak ni? Kalau kitorang ni baru berpindah it's okey la kot tak tahu kan kat situ ada tuannya. Ni dah dekat 2 tahun kot. Kalau pun sesiapa yang datang ziarah rumah sedara mara pun... Tak kan la tak bagitau si relative yang datang tu jangan parking tempat orang?
Terang-terang ada tulis no. Rumah kat situ. Hana dulu masa baru pindah memang pernah letak kereta kat tempat orang. Itu pun masa sebelum si tuan rumah pindah ke sini. Lepas dah tahu tempat tu dah bertuan terus tak letak dah. Masalah yang ni yang menghuni di sini kena lah maklumkan kat relative yang datang tu... Jangan letak tempat parking dalam bangunan,yang ada bumbung... Sebab tu yang bertuan. Masa My Family datang hari tu Hana pesan jangan letak tempat parking bawah bangunan dengan tempat yang ada bumbung,nanti orang marah.
Tak tahulah diorang ni... Nanti tengah hari ke petang sikit, nak tengok si empunya dah alih ke belum. Kalaulah yang diletakkan tu perrari ke meseriti ke lutus ke... Sejuk la sikit hati sebab boleh berlagak kejap tangkap gambaq.. Kan.. Hurmm... Mudah-mudahan si empunya kenderaan mengalihkan kenderaan dengan kadar segera.
Sunday, February 17, 2013
Tetamu & Rezeki
Assalamualaikum & Hye
Now mostly setiap hari ramai pesakit yang masuk ke ward. Walau penat, tapi Hana bersyukur & anggap mereka sebagai tetamu yang perlukan layanan yang lebih daripada tetamu biasa. Dan anggap mereka juga membawa rezeki untuk kami.
Melayan kerenah mereka yang kadang-kadang kurang sabar juga mengajar kami erti sabar dan belajar bersabar. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. Ya, kami tahu encik/puan/adik sedang menanggung sakit. Adakalanya sakit datang buat anda rasa tak tertanggung. Tapi sedarlah Allaah SWT sedang menguji anda, kesabaran anda dan mahu anda tingkatkan iman.
Bukan saja tetamu di hospital... Tapi tetamu yang datang datang ke rumah kita sendiri juga kita kena alu-alukan. Setiap tetamu yang datang membawa rezeki. Jadi selalulah undang tetamu ke rumah. Heee.. (^_^)v
Terus terang Hana cakap... Naluri hati memang sangat nak lakukan. Tapi ada faktor luaran yang menyebabkan Hana rasa tak dapat lagi nak lakukan. Hana memang nak undang tetamu datang rumah.. Tapi entahlah.. Tak terbuat lagi. Nak nak lagi kerja Hana tak tentu masa. Orang cuti Hana kerja. Hana cuti orang kerja.. Huhuhu....
Mudah-mudahan niat murni ku ini akan dapat dilaksanakan satu masa nanti. (^_^)...
Thursday, February 14, 2013
Dengan IzinNYA...
Assalamualaikum & Hye
Dalam suasana aman damai walau sedikit hujan..
Terasa jari jemari mulusku ini..
*ada rasa macam nak lempang si penaip ni tak?
Nak menaip tentang rencana dalam kehidupan. Semua kita tahu.. Setiap yang berlaku itu adalah dengan izinNYA. Walau sehebat mana pun rencana kita.. Jika tidak mendapat keizinan dan keredhaan dariNYA, apa pun yang kita rencanakan tidak akan berlaku.
Mungkin apa yang kita rancang itu tidak memberi kebaikan dalam kehidupan kita. Jadi DIA berikan yang lain.. Yang lebih baik untuk kita. Kadang bila kita rasa kecewa sebab apa yang kita rancang tak menjadi kita jadi sedih dan adakalanya menyalahkan takdir. Tapi ketahuilah DIA lebih tahu apa yang terbaik dalam kehidupan kita.
Kalau kita sedih, janganlah sesekali salahkan takdir. Macam mana yang dikatakan salahkan takdir? Contohnya... Kalau lah begitu, kalaulah begini.. Key word nya "kalau". Itu contoh yang tak baik. Hurmm... Andai kata kita ada ter..sebut begitu.. Berprasangka dan cuba menyalahkan takdir... Sila cepat-cepat beristighfar... Astagfirullahala'zim...
Jadi... Ingatlah walau sehebat mana perancangan kita, kalau tak mendapat izinNYA, maka tidak akan berlakulah ia. Selalulah bergantung kepada Ilahi.
Wednesday, February 13, 2013
Kenapa Pulak Ni...
Assalamualaikum & Hye
Entah kenapa hari ni macam tak sedap hati.. Resah gelisah tak menentu. Hurmm.. Esok kena locum pagi. Malas.. Tapi kesian pulak kat diorang tengah tak cukup staff sekarang. Tak boleh nak penting diri. Terpaksa mengorbankan masa rehat ku. Harapan esok tenang-tenang saja.
Baru ingat nak pergi beli kain pasang esok.. Ingat nak merayau kat Jalan TAR tu la.. Tapi dah locum... Redha sajalah. Tak apalah... Mudah-mudahan mendapat keberkatan & ketenangan... Huhu...
Bertenanglah wahai hati..
Wordless Wednesday
Tu diaaa..... Dah petang hari baru nak update pasal WW....
Tuesday, February 12, 2013
Relax!
Assalamualaikum & Hye
Sejak mula cuti CNY yang start Sabtu hingga hari ni.. Suasana di ward sangat tenang. Semalam ada la 4 orang pt. di ward. Harap-harap semuanya berjalan lancar dan tenang sepanjang malam.. Hehehe...
Sejak pt. ada sikit ni dapatlah relax sikit lepas sibuk & letih memanjang. Otak pun tak ada lah stress sangat memikirkan apa benda yang tak buat apa benda yang tertinggal. Itu tak bagi ini tak inform... Apa yang dapat dibuat, sentiasa doakan kesihatan pesakit-pesakit tu bertambah baik, dikurangkan kesakitan dan diberi kesembuhan kepada mereka olehNya.
Dapat la berzikir, berselawat sedikit sebanyak.. Selalu tak sempat je kan.. Bila ada masa tu lah kita nak buat. Mudah-mudahan diberi ganjaran olehNya.
Monday, February 11, 2013
Menu Rasulullah SAW
Assalamualaikum & Hye
Baru-baru ni ada baca satu artikel ni. Bagi Hana menarik la. Bagi anda tak tahulah kan. Tapi pasti ada kebaikkannya untuk kita semua bila Hana kongsi di sini.
Tertarik dengan satu artikel ni.. Seperti yang telah diwar-warkan pada tajuk entri... Jom kita tengok apa yang menarik.. Mudah-mudahan kita dapat jadikan semua @ salah satunya sebagai amalan kita..
Menu Rasulullah SAW
- Kurma dan air kosong
-Tharid iaitu roti dicampur daging dan berkuah
-Roti yang dimakan dengan cuka
-Roti dengan minyak zaiton
-Roti dengan keju
-Bubur yang dibuat daripada susu dan gandum
-Roti dengan kurma
-Kurma dengan mentega
-7 biji kurma yang direndam dalam susu (biasanya dimakan pada waktu pagi)
-Kurma dan tembikai
-Timun dan kurma
Dalam banyak-banyak senarai tu.. Yang selalu dimakan adalah roti dengan keju.. Huhu...
Apa salahnya sesekali kita cuba makan begitu.. Menu sihat..
Saturday, February 9, 2013
Penat Badan + Penat Otak
Assalamualaikum & Hye
Sangat penat minggu ni.. Badan letih, otak pun letih. Hurmm.. Sibuk di ward dengan keadaan kekurangan staff...
Mungkin pada pandangan orang luar..
"Tak ramai pun patient... Macam mana kata tak cukup staff?"
Tapi anda tidak berada di tempat kami.. Anda tidak berada dalam posisi kami. Cuba anda berada di jawatan tu, di tempat tu. Anda akan rasa apa yang kami rasa. So jangan menilai hanya pada luaran.
Sekarang staff nurse (di ward tu) tinggal 10 orang. Kalau morning syift 3 orang, evening syift 3 orang, night 2 orang. Berapa yang tinggal.. Tak masuk yang day off.. Sekarang mc dua orang. Yang mintak leave nak bertunang nak berkahwin.. Yang tiba-tiba EL.. Macam mana tu?
Of course la ada yang kena buat locum. Kalau patient ramai, kerja pun banyak.. Memang penatlah kan.. Tapi kami cuba jugak buat yang terbaik. Sesungguhnya segala kekurangan adalah dari kami.. Yang baik datangnya daripada Allaah SWT. Baru-baru ada pesakit komplen.. Dia kecewa sebab nurse sekarang, tak rapat dengan pesakit, nak ajak berbual pun tak boleh..
Macam mana nak boleh.. Staff ada berapa orang ja. Kerja pun banyak. Pesakit tu panggil nak itu nak ini. Kejap nanti orang ni pulak panggil.. Mana sempat nak layan setiap pesakit lebih lama.. Nanti lambat attend dah kena marah pulak.. Kerja lambat la, lembab la, macam-macam la. Tapi kami cuba sebaik mungkin untuk penuhi permintaan setiap pesakit. Kami cuba buat setiap tugasan dengan sempurna.
Ermm.. Dah la. Cakap panjang-panjang nanti awak semua bosan pulak. Semalam balik kerja rasa sangat penat. Dengan laparnya. Kaki sakit.. Tapi ajak jugak En. Suami keluar makan. Dah lama tak keluar makan waktu malam. Esok masuk 0700h-2100h lagi. Huhu.. Hari ni evening syift.. (^_^)v
Monday, February 4, 2013
The Muncit Belly? Nothing To Worry!
Assalamualaikum & Hye
Ingat lagi dengan entri Hana dulu tentang kerisauan Hana berkaitan dengan perut yang membuncit ni? Tak ingat? Baca sini.
Sekarang dah tak risau lagi! Seriously i'm very happy with this product. Makan tak ada la pantang sampai tak boleh makan nasi @ makanan yang ada karbohidrat... Nak lagi i ni melayu asli. Perut melayu yang tak boleh nak elak kalau tak makan nasi. Mesti nak nasi. Hehehe.... Cuma sekarang selera Hana tak macam dulu dah. Dulu kalah boleh makan tu... Segala mak nenek nak makan. Tak cukup nasi.. Tambah lagi laksa la roti la.. Bihun sup la. Tapi sekarang selera dah biasa-biasa. Makan nasi sepinggan saja dah ok. Pasal selera tu Hana tak tau la kenapa berkurang.
Walaupun selera dah kurang, tapi perut tak kurang-kurang. Huhu.. Itu yang risau. Tapi lepas gunakan that produk.. Memang puas hati lah. Perut yang membuncit ni dah kurang buncitnya. Tu yang seronok tu. Produk memang tengah hangat dipasaran. Semua orang confirm kenal la dengan this produk. Kalau you all cuba, guarranty puas hati!
Tengok sini..KLIK
Sekarang nothing to be worry! Hanya dengan sapuan. Tak payah berpantang, tak payah makan pil kurus.. SAPU saja.
Sunday, February 3, 2013
Ambil Iktibar
Assalamualaikum & Hye
Baru berkesempatan nak menonton cerekarama yang ditayangkan semalam. Permulaannya saja dah dapat iktibar. Memang semua golongan patut tengok cerekarama ni. Ini bukan saja berkisarkan ketaatan, syurga seorang isteri... Tapi ni kisah keluarga. Kisah ibu bapa.. Anak-anak dan juga suami isteri.
Ambillah iktibar daripada cerita ni.
Bagi Hana kisah ni memang memberi pengajaran. Sama ada sebagai isteri, suami, anak, ibu atau bapa semua ada pengajaran masing-masing. Nilailah dengan mata hati. Bukan hanya menonton sebagai hiburan semata.
Jom kita tengok apa yang boleh dapat daripada cerita ni..
1. Isteri tidak perlu mengikut setiap kata suami jika apa yang dipinta/dibuat oleh suami jika suami itu sendiri tidak menurut undang-undang islam.
2. Suami wajib menunaikan tanggungjawab terhadap isteri & keluarga. Bila suami menunaikan semua tanggungjawabnya terhadap isteri, barulah dikira berdosa bila melanggar arahan/tidak mengikut perintah suami.
3. Suami juga perlu ada sifat kemanusiaan/prihatin terhadap keluarga mertua. Sama juga seperti isteri. Tidak melarang isteri bertemu ibu bapanya selagi pertemuan itu tidak mendatangkan keburukan/dosa.
3. Anak haruslah mengenang jasa kedua-dua orang tuanya. Tunaikanlah tanggungjawab sebagai anak terhadap orang tuanya walaupun mereka tak minta dibalas jasa mereka.
4. Ibu bapa juga harus faham apabila anak perempuan mereka sudah bernikah, maka anak perempuan mereka itu adalah hak milik suaminya. Apa saja yang dilakukannya mesti mendapat izin suami.
5. Berhutang jangan sampai membebankan orang yang tidak bersalah. Suami berhutang hingga isteri turut terbeban. Bukan lagi atas nama 'membantu' suami.. Tapi jadi 'menyara' melunaskan hutang suami.
6. Ibu bapa jangan bersikap pilih kasih. Melebihkan anak yang pintar, mengabaikan anak yang kurang pintar. Kalau memberi pujian sekadar untuk menaikkan semangat anak yang kurang pintar untuk berusaha lebih kuat, itu tak mengapa. Tapi jangan sampai si anak rasa tersisih.
Rasanya ini yang Hana dapat daripada menonton cerekarama tu. Kalau anda rasa ada nak tambah... Sila komen di bawah. Ilmu kita kongsi bersama agar jadi panduan dalam hidup.