❤Menu Pilihan Anda❤

Monday, December 17, 2012

WEC 77/2012

Assalamualaikum & Hye

Hari ni Hana dah ready nak cerita pasal course yang
Hana pergi 3-7 Dec 2012..
*cerita dah nak basi baru nak cerita...
Hehehe...
Hana kan memang suka simpan lelama baru nak cerita..
Kikikiki....
Jangan marah yea...

Ahad @ 02/12/2012
Lepas maghrib barulah bertolak ke Penang.
Lebih kurang pukul 12 tengah malam baru kami sampai di Penang.
So check in di Copthorn Orchid Hotel.
Dapat bilik 'hujung dunia'...Hehehe...
But still facing the sea...Still sea view.
Tapi dah malam buta..Tak nampak apa la sangat.
Mr. Hubby terus balik ke school dia dengan his friends lepas hantar Hana kat hotel.
Tidur sendirian la that night.
Tidur memang tak lena mana lah sampai termimpikan kelas yang akan start esok.

Isnin @ 03/12/2012
Memang dup dap dup dap la jantung ni dok takut course yang akan
start sebentar lagi tu.
Tak kenal sesiapa. Tak tahu apa-apa.
Sementara nak kenal kawan-kawan baru la katakan.
Perasaan takut tu macam nak pergi latihan ketenteraan.
Hehehe...
Sebelum start kelas sempat la berkenalan dengan beberapa orang kawan.
Dua daripadanya K. Zura & K.Ainul.
Diorang bawak anak-anak bersama. Yang K.Ainul tu ada baby. Cute baby dia..

Bila start kelas tu yang bertanggungjawab handle the course briefing la.
Then yang paling takut tu setiap orang kena jadi mrs ceremony.
Semua dapat text yang kena dibaca tu.
Setiap topic akan ada yang kena jd mrs ceremony. Kenalkan serba sedikit pasal
guest lecturer..
Dah start kelas tu..Semua kena introduce diri in english.
Lepas tu ada pulak kena public speaking.
Setiap seorang kena buat speech.
Informative & Persuasive Speech.
Just nak train we all untuk berani bercakap dihadapan khalayak ramai.

Selasa @ 04/12/2012
Hari ni topik islamik memang best la ustazah tu. Tak mengantuk.
Macam-macam maklumat & ilmu yang kami dapat.
Sebelum ni tak pernah tahu ada nafkah tertunggak..
Lepas tu pasal isteri kalau tak 'layan' suami tak kena laknat semalaman (ada terma & syarat).
Macam-macam lagi yang kami dapat maklumat & ilmu.
Petang lepas habis kelas diorang bawak pergi Gurney.
Tapi...Yang tak bestnya bukan boleh shopping pun sebab belum gaji.
Gerai makan area Gurney tu mostly memang chinease punya.
*pic. will upload later
Ada sekangkang kera je gerai melayu.
Kami berdua decided untuk makan di Soul Garden dalam Gurney Plaza tu.
Boleh tahan la. Tapi tak sedap sangat pun.
Balik jalan-jalan.. Berhempas pulas la buat text untuk speech esoknya.

Rabu @ 05/12/2012
Apa lagi lepas dah undi seorang demi seorang dah tahu no. giliran masing-masing & jenis speech.
Punya lah gementar. Rasa macam serabut perut.
Macam ada benda dok dalam perut.
Semua ada la bila dah gementar tu datangkan.
So lepas dah habis present tu barulah rasa okey.
Then lepas tu rasa nak bercakap tak nak berhenti pulak. hehehe...
So malam tu pergi dinner di Hard Rock Cafe.
*pic.will upload later

Satu saja yang Hana suka tentang Hard Rock Cafe ni...
Waiter & Waiteress dia yang peramah.
Yang lain Hana tak berapa nak berkenan.
- bar (minuman keras) terang-terang nampak
- sos cili yang diletak bersama atas meja (semasa hidangan yang dipesan sampai) dari jenis Heinz.
(tak ada logo halal langsung)
- makanan / hidangan diragui halalnya
dan seangkatan dengannya.
For me biarlah itu yang pertama & terakhir.
Hana tak ambil pun sos cili tu.

Khamis @ 06/12/201
Belajar tatacara yang betul tentang pakaian majlis formal & seumpamanya jugak tentang cara makan yang betul semasa makan beradat.
Susah rupanya nak menjaga formality tu.
Selama ni suami pun tak pernah cerita details tentang semua ni.
Nasib baik datang course ni.
Kalau tidak, buat malu saja. Sebab pakaian & cara makan tak betul.

Jumaat @ 07/12/2012
Last day. Hari ni pun gementar jugak sebab nak kena naik stage & terima sijil
daripada Panglima Tentera Udara.
*tak sure betul ke panglima @ timbalan panglima..heheee..
Beramah mesra dulu dengan Datin Seri Noraini (ahli jemaah tertinggi BAKAT)
Ni pun sama rasa takut jugak.
Maklumlah beliau DATIN..Saya tak datin.
Tapi what we found....Datin Seri memang ramah & humble.
Muka ja nampak serious & sombong...But actually she's not.
Lepas dah beramah mesra & bersoal jawab dengan Datin Seri..
Tibalah masa untuk naik stage bersama-sama suami untuk terima sijil.
(Wife - sijil hadir kursus) ( Husband - sijil tamat kursus)
Lepas selesai majlis ni...
Barulah sangat lega rasanya.

Tamatlah sudah berkursus selama 5 hari. Singkat tapi cukup bermakna & penuh bermamfaat.
Selain dapat ilmu, kawan baru pun dapat. Best sangat.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)