Assalamualaikum & Hye
Inilah masalahnya bila perasaan tu datang lagi. Kecewa, terseksa, sebak, terkenang... & seumpamanyalah. Perasaan ni akan hadir bila disebut-sebut tentang baby... Tak kiralah terpandang, terfikir, tertengok post kawan-kawan di FB... & seumpanyalah... Asalkan tentang baby.
Memang tak dapat nak kawal perasaan ni. Memang ia akan hadir seketika & kemudian reda bila fikirkan tentang kuasa Ilahi. Tapi sangat sukar nak melalui saatnya ia hadir.
Baru-baru ni ada kawan-kawan yang merancang untuk menikah dalam masa yang terdekat ni... Jadi yang lain pulak sibuk mengatur siapa akan hamil dulu... Ya.. Hana tahu mereka sekadar bergurau @ memang mereka benar-benar maksudkannya.. Entahlah.. Memang ada sedikit rasa kesal dahulunya kerana merancang kehadiran si kecil. Namun mungkin sudah ditetapkan oleh Allaah SWT begitu kejadiaannya. Sedikit kesal juga semasa nak berhenti ambil pil perancang tak dapatkan nasihat doc. pakar.
Apa pun Hana belajar untuk jadi hambaNya yang redha. Sudah tercatat di Luh Mahfuz jalan kehidupan kita. Hanya kita yang tak tahu. Yang pasti, kita kena usaha, doa & akhirnya tawakal. Allaah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)