Assalamualaikum & Hye
Haa...Di petang yang damai ni...
Agak-agak redup ni...
Bukanlah Hana bertujuan nak jadikan ia 'panas' dengan tajuk
yang bakal kita perkatakan ni..
Okey...Petang ni kita nak bincang sikit pasal
poligami...
Actually bukanlah bincang dengan erti kata
sebenar-benarnya...
Cuma nak cakap sikit-sikit saja okey..
Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut boleh saja
google tajuk 'poligami' ni...
Don't get wrong...
Bukan my husband yang nak berpoligami...
Cuma tadi 'jelajah' di FB terjumpa page ni...
Dia cakap pasal poligami...
Ini adalah petikannya status page tersebut...
" Para isteri tidak patut membebankan suami yg berpoligami dgn berbagai masalah yg remah temeh sehingga boleh menyebabkan suami mengalami stress dan kemuraman jiwa.
Para isteri kena faham kadangkala bas yg lambat sampai dan jalanraya sentiasa traffic jem. Begitu juga, suami memerlukan cuti rehat, kalau di tempat kerja ada cuti rehat, rumahtangga pun kena juga ada cuti rehat. Dan kalau isteri merasakan tak cukup duit pergi cari kerja le, cari duit sendiri. Bila suami tidak poligami pandai plak isteri tua tu nak berkerja tapi bila suami berpoligami terus isteri tua berhenti kerja, klu gitu sapa nak tanggung makan minum nie, mana aci macam tu kan? "
BOLEH KE SUAMI CAKAP MACAM TU?
DIA INGAT INI MAIN MASAK-MASAK KE?
-Lebai Kampung
Kalau nak baca komen-komen berkenaan status ni...
Klik saja pada link yang Hana bagi tu..
Hana sangat tidak menyokong kenyataan seperti yang disebutkan.
Suami tak patut cakap macam tu..
Terutama part ni,
'Dan kalau isteri merasakan tak cukup duit pergi cari kerja le, cari duit sendiri.
Bila suami tidak poligami pandai plak isteri tua tu nak berkerja
tapi bila suami berpoligami terus isteri tua berhenti kerja,
klu gitu sapa nak tanggung makan minum nie, mana aci macam tu kan?'
Nak tanya sikit,
Tanggung makan minum keluarga tanggungjawab siapa?
Okey, apa yang Hana katakan ni adalah
pendapat peribadi Hana okey..
Pada pendapat Hana lah kan...
Si suami kalau nak berpoligami, sila pastikan isteri pertama anda
(isteri yang sedia ada ni...)
Cukup makan pakai & semua kebajikannya terjaga...
Katakanlah si isteri yang sekarang ni memang seorang
wanita yang berkerjaya...
Ada duit sendiri & mampu jika nak sara diri dia sendiri
@ anak-anak...
Kalau si suami tak bagi duit pun si isteri mampu
sara dirinya..
Janganlah sesekali seorang suami berfikiran macam tu...
Tanggungjawab suami yang wajib dia laksanakan adalah menyara
keluarga..
Memastikan keluarga terjaga kebajikannya.
Itu perintah Allaah SWT walaupun diketahui si isteri berkemampuan.
So anda fikirkanlah....
Kalau yang satu pun kebajikannya tidak terjaga...
Macam mana nak tambah dua,tiga & empat?
Tak baik aniaya isteri..
Suami boleh beristeri lebih dari satu dengan syarat
mampu menjaga kebajikan isteri yang
sedia ada...
&
Kalau nak berkahwin lebih dari satu tu...
Tengoklah kepada tuntutan lain
& bukan kerana nafsu...
Kononnya nak mengelakkan maksiat bagai...
Nak elak maksiat itu bukan alasan yang kukuh...
Bagi Hana lah kan...
Kalau ditakdirkan si isteri tidak dapat memberikan zuriat
kepada si suami, barulah si isteri kena pertimbangkan
untuk benarkan si suami bernikah lagi.
Itu pun.......
Setelah berusaha dengan pelbagai cara...
Moden, tradisional...
Kalau belum diusahakan kaedah perubatan, hanya berusaha
seperti biasa kemudian menunggu....
Itu tidak patut...
Ataupun doktor mengesahkan si isteri memang tidak dapat hamil.
Apa pun kembali kepada topik utama...
Suami tolong fikirkan semasak-masaknya sebelum
buat keputusan @ suarakan keinginan anda
untuk bernikah lagi...
Fikirkan...Mampukah anda? Terjagakah kebajikan isteri anda
yang sedia ada...?
Tolong jangan deritakan isteri anda...
Note : kalau ada sebarang pendapat/komen, sila kemukan dengan bahasa yang sopan. terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)