❤Menu Pilihan Anda❤

Friday, November 30, 2012

Malam Minggu? What To Do?

Assalamualaikum & Hye

Hurmm... Rasa bosan la just stay at home do nothing... Malam minggu pulak tu. Yes... Mr. Hubby was at home.. But.. Rasa macam nak ajak keluar.. Cuma tak tahu ke mana nak di tuju. Nak ke shopping complex... Macam malas pulak. Nak lepak tepi pantai pun... Pantai apa yang ada di tengah kotaraya ni.. Huhu.. Hosp. Pantai ada la... Pantai Dalam.. Tapi bandar.. Tak ada pantainya pun. Huhu..

Rasa macam nak sangat ajak Mr. Hubby ke PD.. Tapi... Macam jauh je.. Lagi pun ahad ni dah pergi Penang. Banyak pantai jugak. Hehehe.. Nak lepak KLCC... Bosan dah selalu pergi. Nak tengok wayang... Tak tau cerita apa yang tengah meletop sekarang.. Hais... Entahlah..

Tak ada aktiviti yang berkualiti ni.. Nak bercinta di mana? Apa nak buat ye? Any suggestion?

Hati dah mula terusik ni... Mana tidaknya.. Dah lama tak terusik bila dengar pasal 'baby' , ' pregnant' and so on... Hai lah hati... Sabar ye... Cik bulan tengah datang cuci tempat yang 'baby' nak duduk tu... Mudah-mudahan next month got very good news ye... Ameen..

Hujan Emas Negeri Orang

Assalamualaikum & Hye

Kenapa pulak Si Hana ni tetiba cakap pasal hujan emas pulak...?
Tahu la sekarang musim hujan kan...
Memang benar kata pepatah melayu.. Hujan emas negeri orang..
Lebih baik hujan batu negeri sendiri..
Hana rasalah, kalau nak duduk negeri orang lama-lama memang tak boleh la.
But if nak pergi untuk short term boleh la. If for long stay....
I don't think it is a good idea.

Banyak dugaan bila duduk tempat orang. Kena tipu, kena perdaya...
Besar risikonya.. Macam-macam dugaan lagilah.
Nak nak lagi kalau bab makanan di negara bukan islam.
And macam-macam lagilah.
Nak duduk tempat orang memang hati kena kuatlah, penuh kesabaran.
Hati kena tahan diduga.
Dulu rasa macam best saja bila tengok orang lain tinggal di tempat orang.
Tapi... When i watched it..in the film...even it's just a film..

Buat ada pengajaran & moralnya dalam cerita tu.
Nak duduk tempat orang bukanlah mudah & semudah disangka.
But... Anyone yang pernah stay kat tempat orang boleh kongsi cerita...
So... Hope anyone yang duduk tempat orang tu, jagalah diri..
Ingat kita orang islam, lelaki perempuan... Iman mesti teguh.. (^_^)

Nak tinggal di tempat orang... Kuat semangat, kuat mental, kuat fizikal...
Pendek kata...Kuat semuanyalah.

Wednesday, November 28, 2012

Kecewa

Assalamualaikum & Hye
Hari ni kecewa lagi... Malas nak cakap apa-apa la. Hati ni retak seribu. Hurmm.. Mudah-mudahan bulan depan dapat berita gembira.
Okey.. Even hati tengah retak seribu tapi masih bersabar la. Ikhtiar lagi apa yang patut... Nak buat macam mana. Belum rezeki. Rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut semua ketentuan Ilahi.
Merenung keluar jendela..  (-.-)
#jendela lah sangat!

Tuesday, November 27, 2012

Poligami?

Assalamualaikum & Hye

Haa...Di petang yang damai ni...
Agak-agak redup ni...
Bukanlah Hana bertujuan nak jadikan ia 'panas' dengan tajuk
yang bakal kita perkatakan ni..

Okey...Petang ni kita nak bincang sikit pasal
poligami...
Actually bukanlah bincang dengan erti kata
sebenar-benarnya...
Cuma nak cakap sikit-sikit saja okey..
Kalau ada yang nak tahu lebih lanjut boleh saja 
google tajuk 'poligami' ni...

Don't get wrong...
Bukan my husband yang nak berpoligami...
Cuma tadi 'jelajah' di FB terjumpa page ni...
Dia cakap pasal poligami...
Ini adalah petikannya status page tersebut...

Para isteri tidak patut membebankan suami yg berpoligami dgn berbagai masalah yg remah temeh sehingga boleh menyebabkan suami mengalami stress dan kemuraman jiwa.

Para isteri kena faham kadangkala bas yg lambat sampai dan jalanraya sentiasa traffic jem. Begitu juga, suami memerlukan cuti rehat, kalau di tempat kerja ada cuti rehat, rumahtangga pun kena juga ada cuti rehat. Dan kalau isteri merasakan tak cukup duit pergi cari kerja le, cari duit sendiri. Bila suami tidak poligami pandai plak isteri tua tu nak berkerja tapi bila suami berpoligami terus isteri tua berhenti kerja, klu gitu sapa nak tanggung makan minum nie, mana aci macam tu kan? "

BOLEH KE SUAMI CAKAP MACAM TU? 
DIA INGAT INI MAIN MASAK-MASAK KE? 
-Lebai Kampung


Kalau nak baca komen-komen berkenaan status ni...
Klik saja pada link yang Hana bagi tu..

Hana sangat tidak menyokong kenyataan seperti yang disebutkan.
Suami tak patut cakap macam tu..
Terutama part ni, 
'Dan kalau isteri merasakan tak cukup duit pergi cari kerja le, cari duit sendiri. 
Bila suami tidak poligami pandai plak isteri tua tu nak berkerja 
tapi bila suami berpoligami terus isteri tua berhenti kerja, 
klu gitu sapa nak tanggung makan minum nie, mana aci macam tu kan?'
Nak tanya sikit,
Tanggung makan minum keluarga tanggungjawab siapa?

Okey, apa yang Hana katakan ni adalah
pendapat peribadi Hana okey..

Pada pendapat Hana lah kan...
Si suami kalau nak berpoligami, sila pastikan isteri pertama anda
(isteri yang sedia ada ni...)
Cukup makan pakai & semua kebajikannya terjaga...
Katakanlah si isteri yang sekarang ni memang seorang
wanita yang berkerjaya...
Ada duit sendiri & mampu jika nak sara diri dia sendiri
@ anak-anak...
Kalau si suami tak bagi duit pun si isteri mampu
sara dirinya..

Janganlah sesekali seorang suami berfikiran macam tu...
Tanggungjawab suami yang wajib dia laksanakan adalah menyara
keluarga..
Memastikan keluarga terjaga kebajikannya.
Itu perintah Allaah SWT walaupun diketahui si isteri berkemampuan.

So anda fikirkanlah....
Kalau yang satu pun kebajikannya tidak terjaga...
Macam mana nak tambah dua,tiga & empat?
Tak baik aniaya isteri..

Suami boleh beristeri lebih dari satu dengan syarat
mampu menjaga kebajikan isteri yang 
sedia ada...
&
Kalau nak berkahwin lebih dari satu tu...
Tengoklah kepada tuntutan lain
& bukan kerana nafsu...
Kononnya nak mengelakkan maksiat bagai...
Nak elak maksiat itu bukan alasan yang kukuh...

Bagi Hana lah kan...
Kalau ditakdirkan si isteri tidak dapat memberikan zuriat 
kepada si suami, barulah si isteri kena pertimbangkan
untuk benarkan si suami bernikah lagi.
Itu pun.......
Setelah berusaha dengan pelbagai cara...
Moden, tradisional...
Kalau belum diusahakan kaedah perubatan, hanya berusaha
seperti biasa kemudian menunggu....
Itu tidak patut...
Ataupun doktor mengesahkan si isteri memang tidak dapat hamil.

Apa pun kembali kepada topik utama...
Suami tolong fikirkan semasak-masaknya sebelum 
buat keputusan @ suarakan keinginan anda
untuk bernikah lagi...
Fikirkan...Mampukah anda? Terjagakah kebajikan isteri anda
yang sedia ada...?
Tolong jangan deritakan isteri anda...



Note : kalau ada sebarang pendapat/komen, sila kemukan dengan bahasa yang sopan. terima kasih.


Monday, November 26, 2012

Snap! Snap!

Assalamualaikum & Hye

Duduk sesaja dengan hujan lebat yang turun mencurah-curah...
Hana pun dah naik bosan..
Nak berbual tak ada teman..
Nak bermain...Tak ada si kecil...
Nak keluar, belum gaji + hujan lebat.

Makanya duduklah seorang diri di rumah..
Puas tengok TV, tengok youtube..
Bosan tengok youtbe..
Buka FB...
Bosan lagi, tutup FB...

Esok sehari lagi cuti.
Cumanya esok petang ada TCA dengan doc. di hospital..
Huhuhu...
Dah terpandang ke luar jendela...
Nampak lah situasi jalan yang tengah sesak tu...
Apa lagi...SNAP sekali la...
Hasilnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hehehehe.....


Kebosanan (-.-)

Assalamualaikum & Hye

Hari ni pun boring jugak... Duduk seorang diri di rumah.. Tak ada kawan nak berbual.. Asyik pandang tv...tv pandang Hana... Cerita menarik pun tak ada. Kalaulah ada baby... Boleh jugak berbual dengan si kecil.. Walaupun dia tak memahami.. Tapi terubat rasa sunyi.

Time macam ni mulalah teringatkan kampung halaman. Mak abah adik-adik... Rindu kat diorang.

Ni dah duduk sesorang diri ni bukan boleh keluar pun. Keluar nanti ada la barang yang terbeli.. Gaji 2 hari lagi... Ayyooo.... Nanti kehabisan wang pula.. Tau sajalah kalau dah keluar, tak kan tak beli satu pun kan...kikiki...

Rindu jugak en.suami (walaupun baru je en.suami balik minggu ni). Apa kan daya.. Kata en.suami hanya berapa minggu saja lagi kursus beliau akan tamat. Tapi lepas ni if Hana pulak kena bertukar ke tempat lain? Kena jauh-jauh lagi... Sedihan lagi...

Sabar sajalah... Kawan-kawan doakan yang terbaik untuk Hana & family ye.. TQ.. (*_*)

Thursday, November 22, 2012

WEC

Assalamualaikum & Hye

Waaa..Next week (1 dec.-7 dec.) nak kena attend 
WEC (wife enrichment course)
Takut pulak rasa.. Segan pun ada..
Almaklumlah...Saya cuma misi capok..
Diorang entah bos-bos..Business women ribu riban...
Hewhewhew...Segan..

Tapi tak apalah...
Demi meningkatkan kepercayaan pada diri,
Menambah semangat & kuat semangat
& lebih keyakinan dalam diri...
Hana akan hadirinya..

Lagipun dah lama tak join aktiviti BAKAT (badan kebajikan angkatan tentera)
Ala....Aktiviti isteri tentera-tentera...
Google la kalau nak tau lebih lanjut.
Siapa tahu dengan join aktiviti ni, Hana akan jadi lebih yakin
& berani bila berdepan dengan
orang ramai..
Malah mungkin boleh diaplikasikan dalam tugasan harian 
(melayan pertanyaan pesakit & ahli keluarga)

Hope tak kena buli... (^_^)

Monday, November 19, 2012

Hangin Betol!

Assalamualaikum & Hye
Amboi geram betol. Kalau dah pemalas tu bagitau terus la. Tak payah nak sesusah cakap 'tak de'...
Bengang rasa.. Macam nak lempang laju-laju kat muka dua orang manusia tu..
Cenggini ceritanya.. Hana nak masuk parking kat tempat kerja. Memang tiap bulan Hana bayar untuk monthly punya parking. Sekali saja tak bayar. Tu pun sebab bulan tu tak guna kereta langsung.
Lain-lain bulan tak pernah tak bayar. Dia boleh cakap Hana tak bayar.. Mau tak bengang Hana dibuatnya. Dia just tengok kat buku besar dia ja. Tengok kat situ tak ada no.resit... Hana pun suruh la check kat buku resit kan.. Mesti ada salinan punya.. Dia cakap tak ada.. Pastu buat tanya bayar dengan sape la.. Itu la.. Ini la...
Lepas ni resit bayaran kena simpan dalam beg duit la. Kalau tidak nak kena balik cari la, tak ingat simpan kat mana la.. Kalau simpan dalsm beg duit, boleh terus keluarkan & tunjuk depan biji mata dia. Esok nak tunjuk depan biji nata dia.. Lepas tu nak mintak balik duit yang buat bayaran parking hari ni. Mana boleh diam. Kita bayar dia kata tak bayar. Melampau!

Suami Sebagai Ketua Keluarga

Assalamualaikum & Hye

Minggu lepas ada menonton ulangan semanis kurma.. Dengan tajuk " tiada cinta tiada nafkah "...

Apa yang buat Hana tertarik dengan topik yang dibincangkan ustaz & ustazah ni... Tanggungjawab suami terhadap isteri & anak-anak.. Tapi topiknya more tu suami isteri.

Okey jom kita tengok apa yang penting dalam diskusi mereka... Allaah SWT telah perintahkan kepada lelaki yang bergelar suami WAJIB memberi nafkah yang cukup kepada si isteri mengikut kemampuan suami. Nafkah seperti yang dimaksudkan adalah makan minum, pakaian & tempat tinggal. Berdosa kalau suami itu mengabaikan tanggungjawab tersebut.

Walaupun si isteri seorang yang berkerjaya & punya wang untuk menyara diri sendiri, tapi suami masih wajib menanggung & memberi nafkah zahir (selain batin) kepada si isteri. Jangan menambah hutang yang tidak-tidak sehingga si isteri terbiar & terbeban sama.

Jadi para suami janganlah kamu meremehkan hal-hal yang penting seperti ini.

Sunday, November 18, 2012

Bawal 5, 3 & 2 Tones

Assalamualaikum & Hye
Hari ni pergi cari tudung. Berhajat nak try tudung bawal biasa. Kalau bawal printed tu kecik. Tak sesuai lah. Bawal biasa ni nampak lebih besar dari bawal printed tu.
Petang tadi pergi Giant Batu Caves.. Beli barang sikit sambil tengok tudung lah. Terpikat pulak dengan tudung bawal 5 tones ni..Tengok yang macam pelangi tu iyalah tu.. Harga RM 20.
Hari ni ada pasar malam dekat jalan semarak tu.. Depan sekolah tu..Entah apa namanya tak tahu. Huhu.. Hajat nak beli getah ikat rambut. Ternampak gerai tudung. Singgah la apa lagi... Hehehe... So ambil lah 2 helai.. Harga RM 13/pcs. Satu colour greyish.. Satu lagi brown + orenge + whitish/cream macam tu lah.
Tengah survey lagi ni. Tapi via online sajalah. Mana nak dapat keluar memalam hari sesorang diri ni.. Mau nak bagi sangat En. Hubby tu..
Tengah survey online tadi.. Memang rasa rugi sangat lah. Nak tau kenapa? Sebab kat online shop tu bawal 5 tones just RM 12!!!! Giler terkejut.. Tapi bukan boleh nak pulang-pulang pun kan.. Redha jer lah.
1st pic. : 3 tones
2nd pic. : 5 tones
3rd pic. : 2 tones

Saturday, November 17, 2012

Green Tea (^_^)

Assalamualaikum & Hye

Waahh...Tetiba nak update pasal green tea ni..
Semalam my aunty datang hantar anak dia
dekat UTM tu..
Singgah la dekat rumah Hana. 
Dia pun sama penyakit macam Hana jugak...Gastrik / angin..
Huhuhu...

Lalu dia cadangkan kepada Hana untuk try
Green tea..
Sebelum ni pun Hana pernah jugak sesekali minum
green tea yang dalam botol tu..
Jenama ni lah yang my aunt suggest for me..
Okey..Hana pun cuba la..
Tanpa gula.
Hurmm...So tadi Hana pun search la info pasal green tea..

Khasiat Teh Hijau

  • Membantu menurunkan paras kolestrol & menjaga tekanan darah (sama seperti Oat .)
  • Menyembuhkan lelah & batuk .
  • Membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh badan untuk melawan penyakit .
  • Menghancurkan bakteria yang menyababkan plak dan kerosakkan gigi (macam ubat gigi !)
  • Membantu mencegah dan menghancurkan  sel-sel kanser .
  • Mencegah penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung . 
  • Mampu mengurangkan stress dan membantu mengendurkan saraf . Boleh cegah penyakit seperti amnesia & demensia .
  • Mampu menyihatkan kulit wajah menjadi lebih berseri , rambut sihat , dan mengurangkan tanda-tanda penuaan .
  • Mengurangkan ruam & alergi .
  • Melindungi payudara dari serangan kanser .
  • Menggalakkan pembakaran lemak .
  • Mengekalkan kecergasan memori dan fungsi otak . (Pelajar digalakkan amalkan minum teh hijau) 
  • Mencegah mulut berbau .
  • Melindungi paru-paru dari racun rokok .

 Ini adalah antara khasiatnya..
So apa salahnya kita amalkan dalam kehidupan harian kan?
Hargailah nikmat kesihatan yang dikurniakan olehNYA..
Bila sakit, siapa juga yang susah kalau 
bukan tubuh badan kita sendiri..Kan?

May be Hana nak cuba minum dari brand lipton / boh pulak..
Tengok apa rasanya..
Akhir kata....
Ingatlah pesanan ini...
.
.
.
.
.
" mencegah lebih baik dari mengubati "

Jadi...Renung-renungkan..
Selamat beramal.. (^_^)

Friday, November 16, 2012

Bosan

Assalamualaikum & Hye


Hurmm...Entah kenapa terasa bosan pulak. 
Macam tak ada apa nak dibuat. 
Buat itu rasa tak kena..
Buat ini pun rasa tak kena. 
Jadi...Nak buat apa ya?

Kejap lagi nak call ke ward tanya diorang roster minggu ni dengan minggu depan..
Semalam katanya belum siap.
Harap-harap sister luluskan permohonan cuti ku..
Tapi bila duduk kat rumah saja memang bosan la kan..
Nak keluar jalan-jalan pun...
Faham-faham sajalah...Tengah-tengah bulan ni kan..
Fulusnya kureng...Huhuhu...

Teringin sangat nak pergi melepak..
Melepak di atas bukit sambil tengok pemandangan
kotaraya KL ni..
Teringin nak merasai hembusan angin pantai yang sejuk..
Macam-macam la yang indah-indah lagi yang nak dirasai..
Tapi...Semuanya sekadar angan-angan...
Tak akan berlaku..

Stress di tempat kerja pun membuatkan mood hilang..
Macam-macam perkara yang tak masuk akal nak dibuatnya...
Sabar sajalah kan..Nama pun kuli...

Apa pun Hana amatlah berharap yang Hana akan jadi antara calon yang berjaya 
dalam interview baru-baru ni...
Hana tahu anda semua yang membaca entri ni semuanya baik hati..
*wink..*
Jadi, mohon anda doakan Hana berjaya ye... (^_^)
Thank Q so much!!!!
Lurve u all!


Err...Ada sesiapa yang tahu tak interview tu bila akan keluar keputusannya?
-temuduga jururawat u29-
Kalau ada yang tahu, please let me know ya..TQ..


Wednesday, November 14, 2012

VCO Catalyst

Assalamualaikum & Hye

Semakin memerlukan VCO... Terlalu banyak kebaikan VCO seperti yang diketahui umum. Tapi VCO sekarang kekurangan stock. Stock VCO akan sampai tidak lama lagi.

Sesiapa nak order, boleh order sekarang. Bila stock sampai boleh terus buat bayaran. Make sure order banyak-banyak untuk stock sendiri. Lepas ni tak risau lagi kalau lambat restock.. Huhuhu...

Don't miss okey!

Anything...
Email to beautygallery00@gmail.com
SMS to 013-979-3421
Inbox to FB Page ST Online Shop


Semoga Jadi Calon Yang Berjaya

Assalamualaikum & Hye

Sorry sebab tak update tentang interview yang berlangsung pada 10/11/2012 baru-baru ni. A little bit busy dengan kerja & penat.

So now nak cerita sikit la. Interview tu berlangsung dengan baik. Mostly Hana boleh jawab. Tapi bab darah gemuruh tu memang tak boleh elak. Datang jugak walau tak diundang. Huhu..

Masa interview ada 2 penemuduga & 2 orang calon yang ditemuduga. Dari satu seginya.. Cara macam tu bagus. Sebab kita kurang gugup sebab rasa macam ada teman. Dari satu seginya lagi, penemuduga boleh detect siapa yang lebih menonjol.

Apa pun.... Hana teramatlah berharap Hana adalah antara calon yang berjaya dalam temuduga tersebut. Ameen... Doakan untuk Hana yea... Thank Q dear.friends.. I luv u all.. (^_^)

Ni lah salah seorang calon yang Hana kenal semasa dalam perjalanan nak naik ke tempat temuduga. Huhu.. Orang Sabah. Mula-mula tengok dia, tak perasan pun muka dia macam room mate Hana. Lama-lama tengok macam my room mate masa study dulu. Ade la snap pic. dengan that girl. Huhu..


Friday, November 9, 2012

Stress!!!

Assalamualaikum & Hye

MasyaAllaah...
Stressnya rasa...Macam-macam masalah timbul.
Ingatkan hari ni will be going smoothly.
Rupanya macam-macam hal..
Dah la kerja 2 staff nurse 1 AN...
Adoi..Kerja banyak. Yang bekerja 3 orang saja.
Dengan bapak patient mengamuk.
Nak handlekan bapak patient tu lagi, report lagi Dr. buat round lagi.
Last-last report tu tak buat.
Ayyark!

Tak habis di situ. Datang lagi hal lain.
Tak tau nak cakap apa la.
Memang tengah dalam keadaan yang sangat & amat stress sekarang.
Rasa nak menangis, menjerit.
Tapi tak terdaya.

Dah lama tak balik pukul 10 malam.
Hari ni merasa la balik pukul 10 malam.
Dah hilang mood nak study.



Berdebar-debar Jantungku...

Assalamualaikum & Hye


Hari ni hari terakhir untuk buat persediaan dari segi mental & fizikal.
Pergh!!
Berdebar sangat-sangat ni...
Bak lirik lagu ni...
*berdebar-debar jantungku...bila mendengarkan namamu..
Err...betul ke macam tu liriknya..Ah...Pedulikan...Hehehe..

Sungguh tak keruan ni. 
Asyik terfikirkan interview esok (10/11/12)..
Cantik pulak tarikhnya..Semoga resultnya nanti secantik tarikhnya lah jugak.
Tak tahu dah nak study apa..
Tahu panggilan pun last minute..
Haru biru jugak lah.

Hari ni kerja petang.
Hati tak keruan. Dah la jadi TL pulak tu petang ni.
Pesakit pulak ramai..
Oh Ya Allaah...Permudahkanlah segala urusanku di hari yang penuh barakah ni..
Semoga dapat bekerja dengan baik hari ni.
Semoga tidak tertinggal apa-apa..

Err...Interview one by one ke atau beramai-ramai yea? 
Ni pun satu masalah jugak. Kalau beramai-ramai..
Takut paling tinggi. Score 10. Huhu...


Hurmm...Mak, Abah, Nenek dengan adik Hana yang bongsu tu ada di rumah.
Excited betul mak dengan abah dengan interview ni. Maklumlah dah lama menanti..
Akhirnya berjaya jadi calon temuduga..
Semoga berjaya jugaklah jadi calon yang berjaya dalam temuduga tu...Ameen...

Kawan-kawan yang disayangi...
Doakan kejayaan untuk Hana yea...
Terima Kasih (^_^)...

Interview oh Interview...





Wednesday, November 7, 2012

Pengesahan?

Assalamualaikum & Hye

Alamak... Nak salinan yang disahkan la pulak. En. Suami dah la tak ada. Kalau tidak boleh mintak Inci Boss dia tolong sain & cop pengesahan. Nak mintak tolong paksu pun tak dapat jugak. Sijil-sijil semua di sini. Adik pun dah 'pos' balik petang tadi. Lupa nak kirim sekali.

Hurmm... Nak mintak tolong mana-mana jiran floor ni agaknya boleh kot yea? Dorang ni kan pangkat tinggi belaka.. Tak kan tak boleh tolong kan? cop kan je pun dengan sign. Tak banyak mana pun. Kalau berkira jugak tak tahulah nak kata.

Ya Allaah,
Berdebar sungguh. Tak tahu nak study apa ni...

Alhamdulillah..Syukur. Tapi Berdebar..

Assalamualaikum & Hye

Waaa....Terkejut sangat bila mak call bagitau memang surat
panggilan temuduga.

Begini ceritanya...
Semalam mak tanya ada tak Hana beli apa-apa barang 
hantar ke alamat rumah di kampung.
Sebabnya ada posmen hantar kertas kuning yang pos laju punya tu..
Kan kalau tak ada orang sign ambil barang kita,
Kita kena pergi ambil barang tu di pejabat pos..
So di rumah mak memang tak ada orang.
Mak Abah kerja.

Seingat Hana tak ada pulak Hana beli barang hantar ke
alamat rumah di kampung.
Tertanya-tanya la jugak surat apa yang sampai nak kena
pos laju..
Mesti surat penting..
So hari ni tanya mak balik sama ada dah pergi ambil ke belum.
Mak cakap nak suruh abah ambilkan.
Mak pun risau takut-takut surat panggilan temuduga..
Waaahhhh....Sekali betol la...

Sekarang tengah berdebar...
Takut sebab dah lama tak bertemuduga katakan...
Datang lah darah gemuruh Hana ni.
Sekarang tengah baca ni....


Semoga ilmu-ilmu yang terkandung di dalamnya
dapat Hana gunakan & bantu Hana hadapi temuduga yang
bakal berlangsung 10hb ni...

Kepada anda yang membaca entri ni,
Mohon doakan Hana berjaya hadapi sesi temuduga ni dengan jayanya...
& menjadi calon yang berjaya dalam temuduga tu...


Tuesday, November 6, 2012

Angin Lagi!

Assalamualaikum & Hye

Allahuakhbar...
Angin datang lagi. Kembung perut, seksa rasanya. Dah la malam ni kerja. Ya Allaah.. Sembuhkanlah sakitku ini.

Blogwalking? Dah Lama Tinggal

Assalamualaikum & Hye

Dah lama tak buat blogwalking..
Sejak-sejak tak sihat bulan lepas dah tak pernah buat blogwalking
sampailah ke hari ni..
Badan ni masih lemah. Dengan sakit kepalanya..
Pendek kata masih tak sedap badan.
Mudah-mudahan cepatlah sembuh & kembali sihat.

Rindu nak ber'blogwalking' macam dulu-dulu...
Nampaknya follower pun makin berkurang.
Tak apalah sesiapa yang ikhlas follow Hana,
in sha Allaah..Orang lain akan ikhlas follow dia jugak.
Unique visitor pun dah berkurang..
Nak buat macam mana kesihatan tidak mengizinkan
untuk Hana pergi 'ziarah' blog anda..

Kepada yang setia menanti entri-entri terbaru 
daripada Hana...
*wah..bajet orang dok tertunggu-tunggu entri dia..hewhewhew...*
Maafkanlah Hana yea..
Kepada yang setia follow blog ni & selalu datang jenguk blog ni..
Terima kasih Hana ucapkan..
Mudah-mudahan ada lebih ramai readers & followers lain 
lakukan yang sama terhadap blog anda yea..


Semoga Menjadi Penghapus Dosa-Dosa Kecilku

Assalamualaikum & Hye

Ya Allaah..
Selepas satu, satu lagi datang..
Terlalu banyak dosa ku terhadapMu..
Semoga segala kesakitan yang kurasai ini akan menjadi penghapus untuk dosa-dosa kecilku..

Ada Lagi Yang Tak Kena

Assalamualaikum & Hye

Hurmm..Mula-mula masalah dengan lung...
Dah berubat..Lega.
Datang pulak masalah sakit perut & tak selesa...
Makin berkurang & dah hampir sembuh..
Kali ni disusuli pulak sakit kepala & pening yang tak terhingga..
Hari ni pulak rasa tak selesa dengan tekak..
Rasa loya pun ada..
Hai la badan...
Apa yang tak kena ni?

Dah la stress dengan masalah yang tak selesai..
Lepas satu, satu yang datang...
Entah macam mana nak selesaikan pun tak tahulah..
Tak jadi kalau sebelah pihak saja yang 
asyik mengalah...
Itu berat sebelah namanya..Tak ADIL.

Stress memikirkan semua ni..
Terlalu rindu nak mengadu kepadaNYA...
Tiada teman untuk mengadu perihal hati yang terluka...
Hati kalau dah terluka sukar nak diubati.

Entahlah...
Tunggu & lihat setakat mana boleh berdepan dengan semua ni.

Wahai hati kecil,
Semoga kamu akan tersenyum bahagia satu hari nanti.

Friday, November 2, 2012

Bertaut Pada CintaNYA

Assalamualaikum & Hye

Tiada ayat yang mampu menggambarkan betapa remuk redam
perasaan hati ini.
Kecewanya hanya Allaah yang mengetahui..
Tak mampu rasa nak meneruskan kehidupan sebegini.
Rasa diri ini terlalu lemah.


_________________________________________________________

Cinta itu terlalu indah...
Lebih indah jika kita tautkan cinta itu kepada Yang Esa..
Kita selalu melupakan Pencipta kita..
Tapi DIA tidak pernah sedetik pun melupakan kita.
Betapa DIA amat menyayangi kita..
Kita selalu alpa dengan semua nikmatnya.

Mencintai yang lain melebihi cinta kita kepadaNYA 
adalah sesuatu yang sangat tidak boleh diterima.
Kita mesti mencintai Yang Esa melebihi perkara lain...
Barulah hidup kita lebih tenang & kita akan dapat sesuatu
yang amat indah dalam kehidupan kita.

Allaah SWT itu tidak pernah mengecewakan hamba-hambaNYA...
Percayalah kepada ketentuan Ilahi...
Mengadulah kepadaNYA jika terasa sangat kecewa..
DIA sentiasa ada waktu untuk mendengar.

Sesungguhnya cinta kepada manusia adalah sesuatu yang
sia-sia jika tidak kena pada tempatnya...
Bertautlah cintamu kepada Ilahi...
Cinta kepada Pencipta itu adalah sesuatu yang lebih bermakna.
Pasti kita tidak akan merasa kecewa dengan cinta Ilahi.
_________________________________________________________