❤Menu Pilihan Anda❤

Saturday, September 8, 2012

Jangan Biarkan, Jangan Lupakan, Tapi Selesaikan

Assalamualaikum & Hye

Zaman sekarang ramai antara kita yang telah berumah tangga ni, lebih suka berdiam diri malah yang lebih buruk lagi, mencari teman baru apabila ada masalah dengan pasangan mereka...No, no, no..... It's not the best way okey... Buat macam tu memang langsung tak akan membantu.

Sepatutnya kalau kita ada masalah dengan pasangan, bawalah berbincang. Jangan biarkan masalah berlarutan. Lagi satu janganlah pendamkan masalah tu sampai diri sendiri merana menderita. Rumah tangga mestilah dijaga sebaiknya. Kehidupan berumah tangga bukan macam couple-couple. Tak suka boleh minta diputuskan hubungan. Perkahwinan bukan perkara main-main macam main pondok-pondok.

Perkahwinan bukankah satu perkongsian? Kalau tidak, tak adalah ayat begini... "penyatuan dua hati..." . Jadi susah senang dikongsi bersama. Tapi jangan pula sampai menyeksa pasangan anda. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Lambat atau cepat saja. Allaah S.W.T sentiasa mendengar. Mohonlah kepadaNYA agar ditunjukkan jalan. DIA pasti sentiasa bersama kita.

Mencari teman baru hanya akan menambahkan masalah kerana syaitan laknatullah sentiasa mencari jalan & berusaha, membisikkan ke dalam hati manusia agar rumah tangga yang sedang dilanda masalah itu hancur & berakhir dengan penceraian. Jangan berputus asa mencari jalan penyelesaian. Minta pendapat daripada yang pakar @ mereka yang lebih berpengalaman. Pasti ada jalan penyelesainnya...

Ingat ye, jangan cari teman baru... Fahamkan maksud Hana..? (^_^)

2 comments:

  1. kalau dah kawin jgan lah cari orang lain..

    tapai kalau mcm hana ni hana suka biar kan. diam je.. pas2 lama-lama lupalah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. diam tu boleh, tapi jgn smpai diri merana & menderita.lastly makan hati. sedih sorang2. boleh sakit jiwa kalau asyik makan hati. kalau dilupakan tanpa ada apa2 perasaan negatif then it's okey la.. :)

      Delete

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)