❤Menu Pilihan Anda❤

Tuesday, September 25, 2012

Jatuh Cinta!

Assalamualaikum & Hye

Waaa... Jatuh cinta lagi... Kekasih baru sungguh teruja. Eheee... Menyesal rasa tak kenal dari dulu. Tak apa.. Jangan gelojoh kata orang.. Slow-slow lah kan... Hehehe...

Okey...
Last month dah jumpa ibunya... Eh, last month ke awal bulan baru ni ek? Hehe.. Tak ingat la.

So dengan rasa tak sabar nak tunggu gaji bulan ni @ bulan depan... Terus pergi mydin cari. Tapi tak cantik sangat. Potongan tak menarik la. So try la jugak kan. Jadi tu jadi tapi hasilnya kurang menariklah.

So hari ni pergi cari kat chow kit pulak. Nasiblah jumpa juga di kedai tu. Err... Tapi tak tahu nama. So ambil dulu la sikit. Banyak pun tak terhasil jugak. Nak dapatkan satu pun berjam malah makan masa berhari-hari. Huhuhu...

Sudahkan yang itu dulu la. Baru boleh fikirkan yang lain.. Hai... Semakin hari semakin sayang. Menyesal sungguh tak kenal dari dulu. Kalau tidak mesti masyuk dah... plus pro. punyalah.

Okey fine!
Nak tunjukkan kekasih baru Hana.. Itulah kekasih baru Hana. Biarlah tak menjadi sangat. Biasalah baru belajarkan. Belajar pulak sorang-sorang. Tak ada rok guru. Berguru sama ibunya, si buku. Huhuhu...

Buat untuk pakai sendiri dulu. Nanti dah pro. boleh buat untuk mak & adik-adik. (^_^)


Sunday, September 23, 2012

Makan Free.. Heee... (*_*)

Assalamualaikum & Hye

Hari ni habis keje malam.. So kira sleep day macam biasa la. Tapi hari ni Hana ada pergi hadiri kenduri kawen member satu tempat kerja.

Comel pengantinnye. Dia sekarang further study for post basic midwife. So dah tak kerja sama dengan kami la. Sejak bekerja di hospital, ni lah baru nak attend kenduri kawen member setempat kerja. Huhu.. Lagipun mr.hubby tak balik minggu ni. So dah mintak dengan dia nak datang dengan kekawan..

Next entry Hana update with other pict. Okey...


Saturday, September 22, 2012

Hormati Waktu Orang Lain Juga

Assalamualaikum & Hye

Apa perasaan anda jika menerima panggilan telefon daripada sesiapa dan ia bukan terlalu emergency... Atau joleh dikategorikan bukan emergency?

*wah...panjang kemain soalan....

Bukan apa, baru-baru ni time tu ada lah dalam lingkungan pukul 12 tengah malam ke pukul 1 pagi macam tu la.... Hana dapat call daripada kawan tanya if Hana boleh jemput dia ke tidak esoknya. Waktu macam tu mestilah nak tidurkan.. Nak lagi baru habis kerja malam. Rehat nak lebih la. Suami ada pulak masa tu. Mesti la dia ingat sapa pulak yang call wife dia memalam buta kan. Kebetulan lagi, masa tu mak sedara Hana & family dia ada di rumah.. Andainya dia call lebih awal contohnya petang sikit ke atau lebih baik hari sebelum dia bertolak ke.. Atau masa dia plan untuk datang ke K.L ni... Boleh la Hana fikirkan macam mana. Spoil mood...
Bukanlah tak nak tolong...

Hana dengan en.suami pulak sekarang ni just jumpa hujung minggu je. So setiap masa kami itu adalah berharga. Macam this week en.suami tak dapat balik.. Hurmm... Tak tahulah apa dia(kawan Hana) fikir pasal Hana. Hope dia tak salah faham.

Kalau you all pun rasanya mesti rasa agak irritated kan. Lainlah kalau emergency, sebolehnya cubalah menolong. Kalau call @ plan lebih awal lagi okey. Bukan Hana tak suka, cuma rasa tak selesa la sebab masa yang ada dengan suami terhad. Terpulanglah apa pendapat you all... Tapi itu what i felt.

Kalau boleh kita hormatilah waktu orang lain terutamanya yang sudah berkeluarga.

*maaf kawan sebab tak dapat tolong...

Wednesday, September 19, 2012

Roti Bakar Pun Boleh La...

Assalamualaikum & Hye
Hurmm... Balik kerja dah pukul 10 malam. Pastu lapar. Teringat ada lagi nasi yang masak tengah hari tadi. Makan nasi dengan ayam 2 ketul (saiz kecil macam anak ayam..huhu..). Lepas tu ingat nak goreng telur hancur buat makan dengan roti @ panaskan bake bean. Huhu...

En. M (alas) datang. So sapu planta + jem blueberry, bakar. Hehehe... Bila makan... Ummm.... Sedap! Esok lusa dan lepas-lepas ni nak buat lagilah. Buat roti bakar ni untuk Mr. Hubby pun dah okey dia. Buat alas perutkan.

Rindu pulak kat Mr. Hubby... Err... Okey memang setiap saat pun rindu. Even every weekend he came back here.

Monday, September 17, 2012

Oh My ALBA!

Assalamualaikum & Hye

Sungguh gembira rasanya hati ini...
Mengapa?
Sebab My Love & Only One ALBA dah dijumpai...

Rupanya Hana letak dalam plastik handphone. Plastik yang 'blackberry' tu... Huhuhu... Plastik tu pulak duduk dalam laci kabinet tv ni. Yang dok selongkar sebelum  ni tak jumpa la sebab cari dalam bilik...

Tapi...
Ada jugak yang kurang seronok...
Sebab duit Hana simpan tak jumpa. Duit untuk bayar insurans pun tak jumpa-jumpa lagi ni.
Entah ke mana hilangnya.
Nak kata salah letak pun tak tahulah..
Sebab Hana rasa betul dah simpan kat situ. Tak sure lah...

May be bukan rezeki lagi kot. Nanti lama-lama nanti jumpa la tu kan. Hurmm... Bahaya jugak orang yang suka letak barang rata macam Hana ni kan? Kalau letak benda lain tak apa. Ni tak ingat letak benda berharga macam duit, hanphone ke barang kemas ke apa ke yang berharga tu kat mana...


VCO (Virgin Coconut Oil) Catalyst Product

Assalamualaikum & Hye

Hurmm... Ada story nak share ni
Hehehe...
Excited actually...

Semalam borak dengan my aunt yang datang ke rumah
sejak khamis baru ni.
Dia tanya,
" muka hang bersih dah. tak dak jerawat dah. hang pakai apa? "
Hehehe... Berbunga dalam hati. 
Ada jugak yang perasan.

Tak lain tak bukan semestinya 
VCO lah...
Hana amalkan VCO selama lebih kurang 4 bulan barulah
dapat hasil macam ni.
Dulu masa study kulit muka memang banyak jerawat.
Pakai & makan ubat macam-macam...
Maksu Hana tu lah yang belikan macam-macam ubat...
But menghampakan...

Cumanya sejak lebih kurang setahun tu muka dah
tak seteruk dulu...
Tapi still agak tak best la bila tengok kulit muka sendiri..
Rasa tak yakin nak berhadapan dengan orang lain...

Survey & try macam-macam produk...
Lastly jumpa VCO ni...
So excited tengok testimoni orang lain kan...
Nak try jugak la.

So now kulit dah okey..
Kalau ada jerawat pun tak lah seteruk dulu
&
Jerawat tu cepat kecut...
Kulit pun rasa lembut & licin...

Hana baru amalkan VCO sahaja...
Sapu & makan...
Kalau tambah lagi dengan Collagen....
Lagi syok la hasilnya...

Nanti Hana balik cari gambar zaman student dulu..
Sekarang lappy rosak...
Ada kat kampung.. So tak dapat la nak cari gambar lama..

Saturday, September 15, 2012

Stress + Headache

Assalamualaikum & Hye

Tonight was a a bad night.
Tengah stress ni. Plus headache lagi.
Lain-lain okey tapi sampai kat census....
Serious rasa macam nak hentak kepala di meja laju-laju.
Tau kenapa? Sebab sakit kepala cari di mana yang salah, mana yang kurang.

Depan mata ni ada daily census dengan buku TL. Buka, selak & kelebek.... Tak jumpa-jumpa lagi ni. Now dah pukul 0300 H.
Grrr... Tension! Esok nak pass report ada berapa patient ni?

Si whiteboard (pt.list name) betul macam yang dibawa ke hadapan. Tapi dalam daily census salah la pulak.... Aiyoyo... Amma Appa....!

Bila nak betul ni???


Friday, September 14, 2012

Argh! Body ache!

Assalamualaikum & Hye

Adoi....mak...
Ayoyo...amma appa...
Sakit badan amat. Kenapa? Huhu... Sadis!

Semalam cuci rumah.. Err... Pindah rumah? Oh tidak.. Tidak sama sekali.

Ekceli semalam mop lantai rumah. Itu pun bahagian ruang tamu dgn dua bilik saja. Lagi dua bilik dengan ruang tamu tak sempat usik. Huhuhu...

Lepas ni kalau kena cuci satu rumah kena mohon bantuan la. Huhuhu... Habis ni sakit satu badan. Dah la tak sempat rehat. Rehat pun ada lah dalam satu jam. Malam tadi night duty. Tak berdaya rasa. Mujur tersangatlah sebab patient 12orang tak ramai sampai 20 orang lebih macam last week.

Hurmm... Kesakitan badan...

Wednesday, September 12, 2012

Vertigo? Apakah?

Assalamualaikum & Hye

Lately Hana asyik rasa goyang/pusing. Mostly terasa diri Hana macam pusing, kadang rasa environment around me yang berpusing. Malas nak jumpa doc. sebab takut kena admit ward. MC inpatient dah tak ada ni rasanya. Habis masa buat D+C hari tu.

Aduhai... Kalau tidak boleh admit ward buat investigation kan.. Tapi... Daripada apa yang Hana baca & apa yang Hana tahu... Mungkin ini adalah simptom VERTIGO.... Hurmmm....

Macam mana ni... Aduh... Pening pala chek..
Errr....

VERTIGO


Ally + Farah = Oh Sweet!

Assalamualaikum & Hye

Semalam tengok dalam FB saja.
Hari ni ternamapak dalam Mingguan Wanita lah pulak.
Jelous i tengok u tau tak...
Ohsem!
Sweet hunny bunny!
Uhuhu.... Mahu begitu juga...

Yang ada FB mungkin dah like fanpage Ally Iskandar...
Sangat sweet tengok pict. yang Ally upload kan.
Terasa nak juga begitu...
Tapi sape nak tolong shoot kan...

Nampak sangat bahagia kan? Tapi dalam Mingguan Wanita,
Ally ada katakan... Dia selalu pesan kepada Farah supaya sentiasa bersederhana.
Sebelum mulakan photoshoot untuk Mingguan Wanita,
Ally tetapkan semua yang berkaitan dengan isterinya termasuk
pakaian, solekan dan seumpamanya supaya dapat kekalkan imej muslimah si isteri.
Sebab dia bukan saja suami, malah imam, pelindung, penyelamat, dialah kekasih.

Oh sweetnya....!

Sesiapa yang akan berkahwin dengan lelaki/wanita pilihan keluarga, ambillah tips daripada Ally & Farah ni. Tak siapa yang berkahwin mahukan perkahwinan terhenti di tengah jalan. Pastinya kita mahu hanya maut yang memisahkan & bukan kerana penceraian. Kan?


Tuesday, September 11, 2012

Mengapa Hati Terusik

Assallamualaikum & Hye

Ya Allah,
Entah mengapa hati ni asyik terusik bila terkenangkan peristiwa lepas.
Allaah S.W.T Maha Mengetahui..
Aku tahu Engkau tahu segala yang tersurat & tersirat.

Bantulah hambaMu ini menerima segala ketentuan dariMu..
Sesungguhnya diri ini hamba yang lemah.
Kadang terasa tak mampu nak menempuhi semuanya.

Monday, September 10, 2012

Jika Seseorang Perlukan Bantuan Anda

Assalamualaikum & Hye

Tadi sewaktu Hana nak balik kerja, masa tengah menuju ke kereta.... Ada seorang lelaki (berbangsa cina mungkin, jika dilihat kepada penampilannya) datang kepada Hana minta tolong nak jumper sebab kereta dia tak dapat dihidupkan.

Mulanya Hana berkira jugak nak tolong sebabnya dah nak balik rumah masa tu. Lepas tu ingat tengah sendirian pulak tu. Tapi bila difikir semula, Hana masih dalam kawasan parking kereta dalam tempat kerja masa tu. Kemudian terfikir pulak hari ni hari dia susah. Esok lusa entah hari kita pulak.

So i gave a hand la. Masa dia susah payah tolak kereta dia, ada la datang dua orang lelaki bantu dia tolak kereta dia. Salah seorangnya doktor di hospital. Rasa safe sikit masa tu. Lepas diorang berdua beredar, cepat-cepat lelaki cina tu jumper.
Ermmm... Ada lah dalam 5-10 minit macam tu. Lepas dah hidup enjin kereta dia, dah selesai jumper... Dengan segeranya Hana belah la... Huhu... Takut juge...

Tapi if on that time Hana ditahan oleh orang di tengah jalan minta tolong, Hana tak berhenti. Takut sebab banyak kes sekarang ni. May be Hana akan cari orang-orang macam polis ke sape-sape yang berkenaan la untuk bantu orang tu.

Kalau anda ditempat Hana, apa tindakan anda?
Kalau anda ditahan di tengah jalan raya, adakah anda akan berhenti & beri bantuan?

Sunday, September 9, 2012

Tukar Link Blog?

Assalamualaikum & Hye

Okey first of all....Hana nak minta maaf
kepada readers yang ada baca pasal entri Hana
tentang tukar nama lain...

Bila dipertimbangkan semula,
Hana belum ada terfikirkan nama lain yang lebih sesuai
daripada nama 'Hana'...
&
Nama blog .::Ceriteraku::.
Cuma link saja yang bertukar...
Bila Hana cuba google kan link ssmr89.blogspot.com...
Memang ada yang ni saja...
Heee....
I'm glad u came....
Eh, ternyanyi pulak....
Maap ye...
Kalau search 'ceriteraku' memang banyak nama 
blog yang lebih kurang serupa yang keluar.

Kadang rindu pulak dengan link blog yang lama tu...
Huhuhu....

Sekali Lagi....

Assalamualaikum & Hye

Ia berlaku sekali lagi. Hati ni bagai disiat-siat rasanya. Sungguh tak tertanggung rasanya. Setiap kali terlihat mereka yang sedang hamil & yang dah dapat baby hati ni teramatlah pilu. Apa boleh buat, nasib kurang baik. Allaah S.W.T saja yang tahu apa yang terbaik untuk ku.

Terkenangkan yang dah tak ada memang perit. Belum sempat merasa dia bergerak dalam rahim. Hurmm... Sabar sajalah wahai hati. Mungkin itu bukan yang terbaik untuk ku. Kawan-kawan, tolong doakan yang terbaik untuk kami & Hana sentiasa tabah dengan setiap dugaanNYA.

Rindukan Mereka

Assalamualaikum & Hye

Entah kenapa tiba-tiba terasa rindu nak jumpa teman-teman serumah masa zaman kuliah
dulu-dulu. Sekarang masing-masing ada tugas & tanggungjawab yang perlu dipikul. Jarang dah contact each other. Sibuk dengan kehidupan harian & kerja.

I really miss them. Tapi bila nak buat reunion, masing-masing tak dapat nak hadir. Nak buat tu nak buat, tapi bila nak buat, ada saja yang tak jadi. Nak buat macam mana kan. Susah juga nak aturkan satu reunion yang gempak & tak akan dilupakan sampai bila-bila malah nak buat lagi.

Tapi sebenarnya kalau hendak tu, seribu daya... Kan? Kalau dah tak berkehendakkan sangat tu, macam-macam lah alasannya. Orang lain boleh je aturkan pertemuan antara mereka. Kita pulak asyik tak jadi saja. Terpulanglah kan... Itu hak masing-masing la. Kalau ada kemahuan, pasti akan diusahakan juga kan...

Terkenang saat indah berkawan dulu, susah senang. Tadi ada terbaca status Ben Ashaari di FB. Katanya nikmatilah zaman sekolah bersama kawan yang duduk di sebelah anda daripada sibuk bercouple & bercinta. Kenangan zaman sekolah & belajar memang seronok andai dinikmati bersama teman-teman seperjuangan. Tak payahlah nak sibuk bercinta sangat. Bila dah sibuk bercinta tu, ke lain pulak jadinya kan?

Okeylah semoga akan ada pertemuan antara kami satu hari nanti...
 

Saturday, September 8, 2012

Jangan Biarkan, Jangan Lupakan, Tapi Selesaikan

Assalamualaikum & Hye

Zaman sekarang ramai antara kita yang telah berumah tangga ni, lebih suka berdiam diri malah yang lebih buruk lagi, mencari teman baru apabila ada masalah dengan pasangan mereka...No, no, no..... It's not the best way okey... Buat macam tu memang langsung tak akan membantu.

Sepatutnya kalau kita ada masalah dengan pasangan, bawalah berbincang. Jangan biarkan masalah berlarutan. Lagi satu janganlah pendamkan masalah tu sampai diri sendiri merana menderita. Rumah tangga mestilah dijaga sebaiknya. Kehidupan berumah tangga bukan macam couple-couple. Tak suka boleh minta diputuskan hubungan. Perkahwinan bukan perkara main-main macam main pondok-pondok.

Perkahwinan bukankah satu perkongsian? Kalau tidak, tak adalah ayat begini... "penyatuan dua hati..." . Jadi susah senang dikongsi bersama. Tapi jangan pula sampai menyeksa pasangan anda. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Lambat atau cepat saja. Allaah S.W.T sentiasa mendengar. Mohonlah kepadaNYA agar ditunjukkan jalan. DIA pasti sentiasa bersama kita.

Mencari teman baru hanya akan menambahkan masalah kerana syaitan laknatullah sentiasa mencari jalan & berusaha, membisikkan ke dalam hati manusia agar rumah tangga yang sedang dilanda masalah itu hancur & berakhir dengan penceraian. Jangan berputus asa mencari jalan penyelesaian. Minta pendapat daripada yang pakar @ mereka yang lebih berpengalaman. Pasti ada jalan penyelesainnya...

Ingat ye, jangan cari teman baru... Fahamkan maksud Hana..? (^_^)

Friday, September 7, 2012

Nasib Kurang Baik

Assalamualaikum & Hye

Entah kenapa sejak dua tiga hari ni asyik salah saja. Buat apa pun serba tak kena. Buat kerja pun asyik tertinggal, tak kena sana sini. Pass report macam taik lembu jatuh bersepah. Macam orang tua nyanyuk!

Kemarin pergi pusing area setiawangsa cari CDM nak bayar duit kereta. Puas memusing sampai balik rumah terasa lenguh kaki, sakit badan. CDM nya tak juga jumpa. AEON AU2 Setiawangsa tak ada, Giant area tu pun tak ada, Giant Batu Caves tak ada... Grrrr... Geram! Dah la penat, jumpanya tidak.

Hari ni pulak kebetulan keluar, pergi ke Giant Batu Caves nak beli barang sikit. Nak bayar kereta, pergi ke CDM maybank, keluar dompet. Teringat pulak rupanya duit yang nak guna untuk bayar kereta tertinggal atas iron board. Wah.............. Sungguh GERAM! Nasib baik pergi Giant tu ada juga benda nak dibuat. Kalau tidak, penat saja.

Dah beli barang, balik rumah. Hantar barang, ambik duit. Keluar lagi ke Plaza TAR pulak. Ambil stok tungku. Lepas settle tu balik rumah, tidurlah............ Pukul 8 malam keluar rumah. gerak ke tempat kerja. Pelik sangat sebab banyak kereta atas jalan. Banyak dari biasa. Jln Semarak ke arah highway Duke sesak. Jln Tun Razak jangan cakap la...

Dekat nak sampai Bulatan Pahang, jalan yang Hana nak lalu untuk buat U-Turn tu ditutup. Tak tahu kenapa. Terpaksalah lalu flyover tu. Dah kena pusing lalu Jln Pahang pulak. Masa dah nak sampai di Bulatan Pahang, nampak laluan masuk dari Jln Tun Razak ke Bulatan Pahang dah dibuka kepada pengguna.

MasyaAllaah... Sabar sajalah. Sungguh menduga. So first time la ni datang kerja lewat satu 1/2 jam. Perjalanan untuk sampai ke tempat kerja ambil masa 1 jam. Biasanya paling lewat pun 20 minit. Tu la nasib kurang baik minggu ni.

Tak Boleh Panggil 'Abang' ?

Assalamualaikum & Hye

' kerinduan bukan teman....'
Tapi rindu itulah teman ku sepanjang 3 bulan ni.

Okey, tapi itu bukanlah isi kandungan kepada tajuk yang dinyatakan.
Eh, jap... Err.. Ada la kena mengena sikit-sikit...

Tadi ada terbaca di FB...
Katanya,

Tak boleh panggil 'abang' kecuali kepada abang kandung.
Tak boleh panggil 'sayang' kecuali kepada isteri.

Ada lagi dua ayat, tapi Hana lupa la.

Jadi... Apa yang ingin Hana tanyakan, benarkah isteri tak boleh
panggil suami dengan panggilan 'abang'?
Mohon sesiapa yang tahu tentang persoalan ni menjawabnya..

Kalau betullah begitu....
Alahai...
Nak kena tukar panggilan ni rasa janggal la pulak.
Dah lama sangat tak gunakan perkataan lain..
Dah dekat 2 tahun dok guna timangan manja tu saja.

Tuesday, September 4, 2012

Selamat Sudaaa...

Assalamualaikum & Hye

Hurmm... Selamat sudaa... Bukan selamat bernikah @ selamat melahirkan anak... Huhu... Itu tiada kaitan langsung dengan tajuk entri ye...

Sebenarnya saya telah pun selamat ditinggalkan oleh suami.. Sedihnya.. Air mata dok bertakung saja.Itu baru pergi ke situ. Kalau kena pergi obersi macam mana la pulak kan.. Entah hujan lebat mencurah-curah apa...

Huhuhu... Bukan ditinggalkan ye... Tapi terpaksa kena tinggal... He must go for our future. Mr. Hubby kena pergi kursus 3bulan. Tak apa, isteri mu ini sentiasa menyokong & mendoakan yang terbaik untuk keluarga kita.*eceh...

Monday, September 3, 2012

Budak Hitam Kena Tinggal

Assalamualaikum & Hye

Esok saya akan ditinggalkan...Si dia pergi menuntut ilmu.
Hurmmm....
3 Bulan dok sesorang...
*walaupun balik hujung minggu*

Hari-hari kau pandang aku...Aku pandang kau...
Pandang TV...
Lepas ni...Pandang-pandang....Tak ada orang nak dipandang...

Dah la tinggal berdua saja...Ni tinggal la sorang pulak...
Lagilah boring yang amat...
Kalauu ada baby kan best...Tak adalah sunyi sangat...
Huhuhuhu....

Lepas ni...Pi keja balik keja...Tido...
Makan? Beli sajalah kot...
Takat nak masak untuk makan sesorang...
Rugi & membazir la kot...
Tapi kalau rasa-rasa duhet gahji tu dah semakin menipis 
manakala gahji seterusnya di hujung bulan ni...
Silalah rajinkan diri untuk masak...
*pepandai la berjimat barang ye*

Hurmmm....
Nak ke mana-mana pun still kena mintak izin...
Dengan duhet pun dah makin menipis...
Duduk kat rumah sajalah....
Itu lebih baik kan?

Kanda...
Dinda akan sentiasa mendoakan 
kejayaan Kanda...
Kanda jangan main-main pulak ye...
Jangan tiru-tiru ye...
Jangan nak miang buluh ke miang rebung ke iye Kanda...

Good Luck dear...
I'm with you..
I lurve you...

Edo Ichi Sushi

Assalamualaikum & Hye

Cuti raya yang lalu....*eceh...padahal dah lepas raya seminggu baru nak dapat cuti...huhu
Macam biasalah kalau balik kampung tu kan...
Kena balik dua-dua kampung baru la adil.. Mula-mula ja kata
nak Kedah saja..Tapi lastly kena jugak balik Kelantan..

So balik cuti baru ni...Balik Kelantan dulu la baru balik Kedah pulak.
Balik Kedah pulak nak ada sapa ja dah...
Mak Abah Adik bongsu...
Maksu Paksu Sepupu bongsu....
Diorang sajalah. Lagi 3 orang (adik + 2 sepupu) dah balik ke kolej masing-masing..
Tapi diorang tak risau dah...
First day aidilfitri dah duit raya daripada Hana....Huhuhu...

Masa orang lain pergi kerja kami pergilah jalan-jalan makan-makan...
Okey malas nak cerita panjang lebar...
Jom layan pictures ni...

on our way...


dengki la tu orang tak amik gamba dia..


hehehe...


baju semat....


dua beranak


malu konon.....


1st time try makan kat situ..
Mulanya rasa sangsi jugak kan...
Baca semua surat kebenaran, sijil halal....
Barulah masuk...

sibuk nak memilih jugak dia pun....


menu-menu....





entah apa gaya mulutnya tu...


tak sempat sengih....











menu pilihan....


1st time jugak belajaq makan gunachopstick...huhuhu...


Boleh tahan la makanannya....