❤Menu Pilihan Anda❤

Wednesday, June 13, 2012

Hadirnya Mereka

Assalamualaikum & Hye

Hari ni entah kenapa tetiba terasa lagi...Ala-ala nak sawan jugak...Tapi belum sawan la...Cuma macam aura-aura gitu. Apa? Hana ada penyakit sawan kah? Hahaha...Tidak penyakit sawan tarik tu..Kikiki...

Hati ni tetiba terasa pilu pulak. Entah kenapa terfikir pulak dalam otak ni pasal baby atau anak-anak. 

Hana pernah la dengar kata-kata ni, 

'Perkahwinan memang banyak kesusahan. Tapi hidup bersendirian tanpa pasangan bukanlah jalan yang terbaik.'

Ya, Memang ada benarnya. Kehidupan berumah tangga ni memang banyak kesukaran & dugaannya. Tapi jika kena cara mengatasinya, ia bukanlah satu masalah yang sangat berat & rasa terbeban. Sebaliknya kalau kita hidup bersendirian tanpa pasangan, pasti akan terasa kekurangan dalam kehidupan kita. Memang kita ramai kawan, ada ahli keluarga yang menyayangi kita. Tapi masih tidak sama seperti hidup bersama pasangan suami/isteri. Kahwinlah baru anda tahu apa yang lain, apa yang bezanya.

Yang kedua pulak....

' Hidup berdua bersama pasangan memang seronok. Namun kehadiran anak-anak akan menjadikan kehidupan pasangan lebih bahagia walaupun banyak kesukaran yang dihadapi. ' 

Hurmm...Memang best dapat hidup berdua bersama dengan orang yang mencintai kita. (^_^)
Tapi....Kehadiran bayi/anak-anak akan menjadikan kehidupan kita & pasangan kita lebih bermakna & lebih bahagia even kita terpaksa hadapi pelbagai kesukaran. Contohnya, bila baru dapat baby...Terpaksa bangun tengah malam untuk susukan anak, tukar lampin anak & terutamanya bila anak demam/sakit. Namun semua kesukaran itu akan menjadikan kita lebih matang & sabar bila diduga. 

Bagi mereka yang dah bergelar ibu/bapa pasti dah merasai pelbagai kesusahan untuk menangani anak-anak. Hana ni....Ermmm...Entahlah...Ingatkan hari tu lekat kan...Heeee...Rupanya belum. Tunggu kali ni pulak. Tak sabarnya rasa... (*_*)
~ceh!macam dah ade isi je kan.padahal belum lagi.

Apa-apa pun, kepada anda yang budiman...Doakanlah yang terbaik untuk Hana & keluarga ye? tQ ye.
google

1 comment:

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)