Assalamualaikum & Hye
Hajat hati nak ikut serta. Tapi nama dah digugurkan dari senarai. Apa boleh buat. Tak ada rezeki. Nangis air mata darah putih pun tak dapat pergi. Puas la dipujuk tapi air mata tetap jugak mengalir dengan muka macam mencuka yang lebih masam dari mangga dan cuka.
Pandai berjanji lepas ni sila pandai tunaikan janji ye. Tak tunaikan siap la. Malas kawan arrr....
Perut lapar. Malas nak masak nasi guna dapur gas tu. Maka bersiap-siap la nak keluar beli. Cuma tak tahu kat mana nak beli. Hajat hati nak meronda sampai ke chow kit. Tapi memandangkan kawan bagitau di wall FB tadi akan start.roadblock malam ni. Malas nak cari pasal.
So takat berani mati pi u-turn kat bulatan pahang je la. Pastu isi minyak full
----->>>> punya kedekut!
Dah siap isi masuk kat kaunter cashier nak check berapa bakinya daripada rm300 yang diberikan. Hurmm.. Ada lagi rm141. Ok la tu nanti boleh top up lagi dalam kad tu. So tak payah jalan pi kat cashier dah.
Masa nak balik boleh tahan jalan jammed kat Jalan Semarak tu. Kereta polis motor polis trak polis ada merata sana sini ada. Lalu lalang pi mai pi mai tang tu. May be depa dah start operasi. Maklumlahkan.. BERSIH 3.0 bagai tu..
Lantak hampalah no. Jangan kacau jalan aku nak pi keja balik keja sudahlah. Nak singgah medan selera depan UTM tapi banyak pulak orang. Car park memang full lah. Entah apa la deme buat di kedai makan tu beramai-ramai (soalan bodoh).
Tak jadi singgah situ. Teruskan perjalanan sampai ke kedai makan depan mindef pulak. Dah selamat beli makan. (okey nak ngap dulu) bismillahhirrahmanirrahim....
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)