❤Menu Pilihan Anda❤

Friday, April 13, 2012

Hati Tersentuh!

Assalamualaikum & Hye


Malam ni tetiba terasa sebak. Lepas terpandang seorang wanita dukung anak...Terus bergenang air mata ni. Tak mampu nak kawal lagi... Mutiara jernih pun mengalir di pipi. Entah kenapa selepas beberapa hari kehilangan kandungan yang dikandung hanya beberapa minggu awal kehamilan...Baru nak terasa kehilangannya.


Dalam hati hanya memohon dikuatkan semangat, ditabahkan hati, diberi kekuatan dan semangat baru untuk meneruskan kehidupan. Sakit yang awalnya tak terasa, hari ni mula terasa. Sakitnya macam rahim nak jatuh. Entah kenapa pulak..


Dah lah tinggal sorang-sorang tiap hari. Kalau lah mak dapat jaga. Alangkah indahnya. Ni pun macam orang bersalin jugak. Macam-macam tak boleh buat, tak boleh makan. Perut pun asyik masuk angin. Pun tak tau jugak kenapa.


Terasa berat dugaanNya. Tapi Hana tau. Ada lagi mereka yang diduga dengan dugaan yang lebih berat. Sabarlah.. Ada hikmahnya tu.. Kita aja yang tak tahu Allaah dah aturkan yang lebih baik untuk kita.


Tapi malam ni asyik rasa nak menangis saja. Tu yang tak suka tu. Tak nak nangis.  (-.-)


Kawan-kawan...Doakanlah supaya ada rezeki yang lebih baik untuk Hana lepas ni and doakanlah kesembuhan Hana yea. Doa kalian sangat Hana hargai. Hanya Allaah S.W.T yang dapat membalas kebaikan awak semua. Thank Q ya..


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

  1. Allah nak agi yang lebih baik untuk kalian :) insyaAllah ada hikmah di sebalik apa yang berlaku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank Q princess solehah..Allaah tahu apa yg terbaik utk hambaNya..

      Delete

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)