❤Menu Pilihan Anda❤

Monday, April 30, 2012

Terharu!

Assalamualaikum & Hye

Habis meleleh air mata air hidung semua. Bukan sebab pedas atau hati terluka. Tapi sangat sangat sangat DAN sangat terharu lepas baca mesej-mesej daripada si dia tercinta. Sungguh hati ini tersentuh! Sungguh terharu! Bila berjauhan begini hati ni terasa sungguh pilu. RINDU! Walaupun baru beberapa hari, tapi hati sangat merindui...

Resah hati ini...Hanya Tuhan yang tahu..*** tolong sambungkan lirik tersebut***

Ayat apa? Biarlah hanya kami yan tahu. (^_^)

Nak layan perasaan kejap..

Jom Layan Pict. CINTA

























For u my LOVE, 
Mr. Megat Al Mohamad Taufique


Nak Start Dah Ni!

Assalamualaikum & Hye

Haa...Ready yea semua..Tepat pukul 12:00 AM ni 
Hana akan start GA yang Hana janjikan.

Jangan lupa join tau!
Rugi sangat kalau tak JOIN!
Bersiap sedia ya.
Esok mesti ramai yang tak kerja kan?
Maklumlah esok kan Hari Pekerja.
Tapi...Hana kena kerja la. Esok may be pesakit ramai kot.
Sebab pagi tadi pun ada dah yang admit.

So lepas balik kerja Hana akan follow up dengan blogger-blogger 
yang sudi join GA ni.

So harap anda sudilah sertai GA Hana ni yea.

Teman Baru!

Assalamualaikum & Hye


Ni teman baru saya. Kalau ada yang empat segi lagi best peluk. Tapi buat masa ni jumpa yang ni saja. Huhu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Lunch Alone + Kerja Ok!

Assalamualaikum & Hye


Lepas kerja tadi terus siap-siap tukar baju. Nak ke mana? Ke Giant. Bank in duit untuk my mum. Hehe.. Kenapa Giant? Jauhnya! Dekat Chaw Kit kan ada Maybank jugak.


Saje pergi jauh sebab nak cari bantal peluk baru. 'teddy bear' yang besau gedabak tu tak ada. Balik kampung dia. Tu yang cari bantal peluk ni. Tak selesa tidur tanpa bantal peluk.


Hurmm... Pastu disebabkan lunch pun belum lagi.. Kaki pun melangkah la menuju ke Chicken Rice Shop. Lapar sangat. Ward pun busy jugak tadi. Ada la admission 3 ke 4 orang camtu la. Disebakan pesakit tu semua masuk berderet-deret tu yang jadi busy tu. Yang paling tak best kena insert branula. Hana lemah sikit nak bab ambik darah dengan insert branula. Sebelum tu pulak kena ambik darah seorang pesakit warga emas, susah jugak uratnya.


So makan itu sajalah. Malam ni tau nak makan kat mana. Huhu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 29, 2012

Semoga Kita Sedar Kita Semua Beralah

Assalamualaikum & Hye

Semoga Allaah S.W.T berikan kesedaran kepada kita semua 
yang hidup di atas muka buminya ini.
Janganlah lagi kita bersengketa hanya kerana mengikutkan
kepentingan diri orang lain.
Kita sesama islam seharusnya bersatu demi mencapai
apa yang membawa kebaikan kepada semua
penghuni bumi Allaah ini.

Kita tak boleh terus-terusan saling menyalahkan antara
satu sama lain & jugak berbuat sesuatu
hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Dan kepada mereka yang diberi kepercayaan untuk
menjadi pemimpin negara MALAYSIA
yang TERCINTA ini...
Janganlah pulak mementingkan diri sendiri.
Fikirkanlah rakyat jugak.
Berbuat kebaikan adalah dituntut...Berbuat kejahatan itu adalah 
dilarang & Allaah S.W.T bencikan mereka
yang bersifat mazmumah.

Di dunia kita terlepas..Di akhirat kita akan terima
balasanNYA.
Jangan leka dengan segala nikmat yang Allaah berikan.
Jadilah hamba yang tahu bersyukur.

Kepada mereka yang mahu merebut itu,
fikirlah...
Andai kata anda mempergunakan umat islam untuk hancurkan islam...
Itu sangatlah tidak baik.
Janganlah hanya memikirkan kepentingan diri dan 
mempergunakan orang lain demi mencapai apa yang diimpikan.

Janganlah sampai kita biarkan kuasa asing campur tangan.
Jika tidak, jadilah kita seperti rakyat negara 
lain yang menjadi pelarian di tempat sendiri.
Mahukah MALAYSIA yang TERCINTA ini jadi begitu?
Sanggupkah kita merempat & jadi pelarian di negara sendiri?

Fikir-fikirkanlah. Tiada siapa yang sempurna.
Pasti perlukan teguran.

Jangan sombong jangan agkuh.
Jangan pula gunakan orang lain demi mencapai kepentingan diri.

Saturday, April 28, 2012

Hati Ini Terus Meronta-Ronta!

Assalamualaikum & Hye

Entah kenapa hati kecil yang semangnya kecil ni terus
meronta-ronta...

Kenapa?

Sebab?

Sebab hati ni terus-terusan meronta-ronta agar jari jemari
mulus (<<----- sila muntah sekarang)
(----->>) terus-terusan google tempat & pakej 
untuk honeybulan.
Walaupun tahu yang tahun ni bukan masa yang sesuai
untuk berhoneybulan.
Tapi di sudut lain hati ni, 
tetap mengatakan mesti berhoneybulan jugak.

Entah lah. Hati dah tertarik dengan beberapa pakej honeymoon
yang disediakan di MALAYSIA yang TERCINTA 
serta AMAN, DAMAI tanpa 
KEKACAUAN mereka.

Nak....Nak...Nak...!

Andainya si suami tercinta dapat menunaikan hasrat hati ini...
Oh pastinya sungguh indah..

Sungguh tertarik...[LINK]

Tak Habis-Habis!

Assalamualaikum & Hye

Selisih dengan polis lagi. Naik kereta jumpa polis.. Jumpa polis naik kereta... Err.. Entah apa-apa saja la Hana ni. Nampak trak polis bawak abang-abang dengan kakak polis. Baru balik daripada mengawal BERSIH yang serba ganas la tu. Muka pun nampak keletihan semuanya walaupun dalam samar kegelapan.

Kesian ye. Apa la nak jadi. Orang melayu islam nak hancurkan bangsanya sendiri. Bukannya nak tolong perbetulkan bangsanya supaya lebih maju dan dihormati oleh bangsa lain. Tapi lebih suka nak hancurkan bangsa sendiri.

Hai.. Entahlah. Nak tunggu Malaysia hancur baru nak sedar ke? Tak kan kot!

India, Cina, Siam tak pe la ada negara diorang. Melayu? Ada ke negara lain yang kita boleh lari balik ke negara asal? Tak ada kan?

Fikirlah!

Published with Blogger-droid v2.0.4

BERSIH 3.0?

Assalamualaikum & Hye

Sekali lagi ingin ditegaskan disini. Tidak perlu saling menyalahkan
antara satu sama lain.
Mata mata besar di luar sana sedang jadi pemerthati saja
sekarang ni.
Tunggu masa nak masuk line ja.

Bila mereka masuk line habis lah kita rakyat Malaysia.
Jadi macam Palestin la kita.
Tak sayang ke tanah air kita Malaysia ni?
Nak ke jadi macam negara Palestin tu?
Nak?

Hana tak kata Hana sokong mana-mana pihak.
Tapi...
Kita kena bersatu dengan cara yang betul untuk orang lain
melihat & mendengar kita.
Bila kita bersatu & tak ada perpecahan dalam masyarakat
barulah orang luar tak boleh masuk line.

Yang A terus terusan salahkan Pihak B.
Yang pihak B kalau salah tu terima la kritikan & betulkan salah
silap tu.
Tak kan tak boleh terima kalau ada salah & silap.
Cari di mana silapnya & jugak baikinya. Bukan terus angkuh & rasa diri tu selalu betul.

Tak ada manusia yang tak buat silap okey!
Semua orang buat silap.
Bila nak rebut takhta & harta, 
Kita lupa agama. Islam tak suka kita berpecah-pecah macam ni.
Yang dok pi sertai bersih tu pun bukan bersih sangat.
Kes hari tu Hana tengok bercampur laki perempuan.
Bersih ke tu?

Entahlah. Yang pasti sila lah sedar dua-dua pihak.
Kelakuan anda sedang diperhatikan!

(^_^)
yang kita boleh join! 

Friday, April 27, 2012

Polis Sana sini


Assalamualaikum & Hye

Hajat hati nak ikut serta. Tapi nama dah digugurkan dari senarai. Apa boleh buat. Tak ada rezeki. Nangis air mata darah putih pun tak dapat pergi. Puas la dipujuk tapi air mata tetap jugak mengalir dengan muka macam mencuka yang lebih masam dari mangga dan cuka.

Pandai berjanji lepas ni sila pandai tunaikan janji ye. Tak tunaikan siap la. Malas kawan arrr....

Perut lapar. Malas nak masak nasi guna dapur gas tu. Maka bersiap-siap la nak keluar beli. Cuma tak tahu kat mana nak beli. Hajat hati nak meronda sampai ke chow kit. Tapi memandangkan kawan bagitau di wall FB tadi akan start.roadblock malam ni. Malas nak cari pasal.

So takat berani mati pi u-turn kat bulatan pahang je la. Pastu isi minyak full house tank kat petronas. Mau tak isi full tank.. Guna minyak free.. Memang isi penuh la. Selama ni isi rm10 je.

----->>>> punya kedekut!

Dah siap isi masuk kat kaunter cashier nak check berapa bakinya daripada rm300 yang diberikan. Hurmm.. Ada lagi rm141. Ok la tu nanti boleh top up lagi dalam kad tu. So tak payah jalan pi kat cashier dah.

Masa nak balik boleh tahan jalan jammed kat Jalan Semarak tu. Kereta polis motor polis trak polis ada merata sana sini ada. Lalu lalang pi mai pi mai tang tu. May be depa dah start operasi. Maklumlahkan.. BERSIH 3.0 bagai tu..

Lantak hampalah no. Jangan kacau jalan aku nak pi keja balik keja sudahlah. Nak singgah medan selera depan UTM tapi banyak pulak orang. Car park memang full lah. Entah apa la deme buat di kedai makan tu beramai-ramai (soalan bodoh).

Tak jadi singgah situ. Teruskan perjalanan sampai ke kedai makan depan mindef pulak. Dah selamat beli makan. (okey nak ngap dulu) bismillahhirrahmanirrahim....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Jom Blogwalking (PART 6)


Sambung lagi sikit...

1. rinn kechiik (tiada URL blog)
2. elianesuriane (tiada URL blog)
3. 123456789 (tiada URL blog)
4. saisyah_h (tiada URL blog)
5. Adlan (tak dapat jejaki blog)
9. hidayah (tiada URL blog)
14. Fikri (tiada URL blog)
15. Cik Dira Punyer Blog (tiada URL blog)
16. fasz (tiada URL blog)
17. celine (tiada URL blog)
18. Jiera Sudarmuji (tiada URL blog)
19. acuyuhan (tak dapat jejaki blog)
20. 5XM (tiada URL blog)
21. nadilaazhar (tiada URL blog)
22. mama zakuan (tiada URL blog)
23. wan rockey (tiada URL blog)
24. MemHalid (tak dapat jejaki blog)
25. fisya_radzi (tiada URL blog)
26. alongshark_revolusi (tiada URL blog)
27. kaisara (tiada URL blog)


Ini sahaja follower Hana. 
Kebanyakkannya tiada URL blog.
Sedih jugak tak dapat jejaki diorang semula.


Jom Blogwalking (PART 5)

Assalamualaikum & Hye
Sambung blogwalking jom !

1. anak jawer (tiada URL blog)
3. izaFiza (tiada URL blog)
11. MatGanu (tiada URL blog)
13. Cik BamBam (tiada URL blog)
14. nolie (tiada URL blog)
15. perempuan-telenovela (tiada URL blog)
18. Ayu (tiada URL blog)
20. Cik Parchumie (tiada URL blog)
21. Maya (tiada URL blog)
22. Ejen010 (tiada URL blog)
28. asnitaurus (tiada URL blog)
30. bib (blog tak dapat dijejaki)
31. wanmardziyyah (tiada URL blog)
32. syafa (tiada URL blog)
37. pwencessyuyue (tiada URL blog)
38. suehana missday (tiada URL blog)
41. eqa_kpa89 (tiada URL blog)
44. far_east (tiada URL blog)
47. tqajml (blog tak dapat dijejaki)

Jom Blogwalking (PART 4)

Assalamualaikum & Hye
Blogwalking jom!

2. AreLeez Adnan (tiada URL blog)
4. ahtool (tiada URL blog)
5. liena_groove (tiada URL blog)
7. Athirah Rahim (tak dapat jejaki blog)
8. hanie saad (tiada URL blog)
10. sipot sedot (tak dapat jejaki blog)
13. alia (tak dapat jejaki blog)
16. Nur Ashikin Anizat (tiada URL blog)
21. MinT (tiada URL blog)
24. azwin nalisa (tiada URL blog)
25. milly molly (tiada URL blog)
28. notty_yntz (tiada URL blog)
29. chewinggum_potato (tiada URL blog)
35. ailin nilza (tak dapat jejaki blog)
39. azzey (tiada URL blog) 
46. cik nia (tiada URL blog)



















Jom Blogwalking (PART 3)


Jom sambung blogwalking!

1. Misz Ekin (tiada URL blog )
2. WanFarina (tiada URL blog)
4. leya zack (tiada URL blog)
5. kimi cnol (tiada URL blog)
8. Adlan Solis (tak dapat jejaki blog)
9. mamachia (tiada URL blog)
10. syaz (tiada URL blog)
12. anita (tiada URL blog)
16. Eika (tiada URL blog)
17. .. (tiada URL blog)
20. MUHAMMAD HAZIMI ABDUL HAMID (tiada URL blog)
22. lala (tiada URL blog)
26. Cik Tomyam (tiada URL blog)
32. haikalblank (tiada URL blog)
34. honeydew (tiada URL blog)
35. denana (tiada URL blog)
36. Nurul Idayu (tiada URL blog)
37. azzma mawa (tiada URL blog)
40. Nana Farhana (tak jejaki blog)
41. syuk (tiada URL blog)
42. Farah (tiada URL blog)
45. azieziah (tiada URL blog)
47. muazlumut (tiada URL blog)
48. waniey syazwani (tiada URL blog)


Jom Blogwalking (PART 2)

Assalamualaikum & Hye
Sambungan blogwalking daripada part 1.

1. (Fadzillah Kamarudin) https://profiles.google.com/103891697790888268286/about (tiada URL blog)
6. tiera (blog tak dapat dijejaki)
7. cikpuanhady (tiada URL blog)
8. DarlingNinie (tiada URL blog)
9. cik lynn (tiada URL blog)
14. ayieLefthanded (tiada URL blog)
20. asmat (tiada URL blog)
22. affafkusayang (tiada URL blog)
28. Arol Mubin (tak dapat dijejaki)
29. http://suraiyasofia.blogspot.com/
30. http://saiyapunyastory.blogspot.com/
31. http://alvas-87-contest.blogspot.com/
32. http://daricahayamataku.blogspot.com/
33. http://duniakebahagiaanku.blogspot.com/
34. http://hairulizacontestga.blogspot.com/
35. sweetlove (tiada URL blog)
36. http://thelieyanadiary.blogspot.com/
37. http://tryoutmyluck.blogspot.com/
38. http://ucualong.com/
39. siti_shyd (tiada URL blog)
40. atien_nabila (tiada URL blog)
41. Joel Leslie (tiada URL blog)
42. Zalina (tiada URL blog)
43. http://mascontestgiveaway.blogspot.com/
44. ~Ogy~ (tiada URL blog)
45. ija_memory86 (tiada URL blog)
46. ZaiKulim (tiada URL blog)
47. dramaking_29292 (malware)
48. http://sleeptalkinchild.blogspot.com/
49. http://alynnnyzaa.blogspot.com/
50. http://best-makeup-best.blogspot.com/



Thursday, April 26, 2012

Kecewa + Terkilan

Assalamualaikum & Hye


Sungguh hati kecil yang sedia kecil ini terkilan bila mendengarkan jawapan yang diberi. Sia-sia bercuti esok kalau tak dapat ikut serta.


Terkilan sebab dah berhabis duit banyak . Sia- sia la berhabis & berpenat. Hurmm.. Entahlah.


Note : wajah tak puas hati.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jom Blogwalking (PART 1)

Assalamualaikum & Hye

Hana nak ajak semua tetamu VVIP yang follow & jugak singgah ke blog Hana untuk berblogwalking.

Maksud Hana di sini ialah sesiapa yang telah datang singgah di blog Hana ni boleh la pergi berblogwalking ke blog kawan-kawan Hana yang dah follow blog Hana ni. Tapi Hana tak dapat nak include semua URL follower sebabnya ada yang tak letak URL diorang. Cuba betulkan & masukkan URL blog korang. Nak tau macam mana caranya, boleh klik TUTORIAL : PAUTAN LINK KE BLOG ANDA 

Jom ziarah blog follower Hana.

2. azza_gemini89 (tiada URL blog)
4. CHU MAJORFLAVA (sorry blog awak tak dapat dijejaki)
8. ship pudin (tiada URL blog)
10. Mohd Naser Mohd Nadzeri (tiada URL blog)
12. (NorHayati mohd ali)https://plus.google.com/115516980435101841688/posts(tiada URL blog)
14. Vna Sandhu (tiada URL blog)
15. Cendawan Merah (https://plus.google.com/107535177026808339461/posts) (tiada URL blog)
20. Mrs.BuduBilis (tiada URL blog)
23. raihan (tiada URL blog)
25. Achik leyMah (tiada URL blog)
26. nadilah (tak jejaki blog anda)
28. keli menari (tiada URL blog)
30. miss z (tiada URL blog)
31. ummi khalish (tak jejaki blog anda)
32. lin (tiada URL blog)
34. itiezahim (tiada URL blog)
43. amiraizat (tiada URL blog)
45. NORSHAHIRA SAIDATUL HASNA (tak dapat jejaki blog anda)
46. ieda mail (tiada URL blog)

Ni kira first group okey. Bukan Hana tak nak jejaki anda melalui komen-komen yang ditinggalkan. Tapi Hana nak awak betulkan semula setting profile. Supaya blogger lain senang nak follow up dengan awak semula lepas awak follow blog mereka.

Dah La Tengah Lapaq!

Assalamualaikum & Hye

Adoi...Orang tengah lapaq nak masak nasik ni..
Periuk ni buat hal pulak.
Ai..Geram sungguh aih. Time orang tengah lapaq nak 
masak nasik la yang dia nak rosak.
Time orang tengah kenyang tak mau rosak.

Malas sungguh nak masak guna periuk biasa.
Nanti dok leka tinggal sampai hangit nasik pulak.
Mementang la gaji baru masuk kemarin.
Pandai nak buat-buat rosak pulak!

Menyampah aih!

Suara Sumbang

Assalamualaikum & Hye


Kehabisan wang saku. Kaki melangkah menuju ke ATM (angkatan tentera malaysia). Oppss.. Salah.. Mesin ATM. Hehehe..


Tatkala jari jemari runcing * cis perasan sungguh * menekan-nekan nombor pin.. Telinga pula terdengar suara halus a.k.a suara sumbang dari kejauhan ( yang tak berapa jauh la) berkata-kata 'gaji tak masuk lagi'.


Wah wah wah... I know la gaji esok. Perli pulak. Ko tak pe la banyak duit kan...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Honeymoon Kali Kedua?

Assalamualaikum & Hye

Abang... Bila kita nak pergi berhoneybulan lagi sekali...

Hurmmm... Ingin sekali Hana tanyakan kat Hubby begitu.. Tapi tak terluahkan. Sebab Hana tahu tahun ni macam tak sesuai je nak pergi bercuti. Hutang piutang banyak nak kena langsaikan. Dalam erti kata yang lain... Banyak nak pakai duit la.

Baru berangan nak pergi berbulan madu kat mana. Lepas kawen mula-mula dulu dah pergi Cherating. Tak best sebab hujan. Asyik terperuk dalam bilik ja. Baru ni servey pakej honeymoon kat Pangkor. Macam best jugak. Nak pergi Sabah mahal sangat pulak. Pakej saja dah seribu ++ belum campur tolak flight fee lagi.

Tahun ni rasanya tak dapat la nak pergi berhoneybulan. Tahun depan la kot. Uhuhu... Sabar lah ye Hana.

Note : Kalau ada sesapa yang ada idea tempat best untuk berhoneymoon boleh bagi cadangan ye (^_^).

Published with Blogger-droid v2.0.4

Malas Nak Cucuk

Assalamualaikum & Hye


Tinggal nak sambung report sikit je lagi. Tapi yang tak best ni kena ambil darah pesakit la.. Hurmm.. Bab ambil darag ni memang la lemah lemau. Malas nak cucuk-cucuk orang.


Kena pulak kalau pesakit yang susah nak cari uratnya. Lama la nak mengadap nak cari urat. Nak kena cucuk banyak kali la. Tu yang tak syok.


Mujurlah ni last night duty. Huhuhu.. Boleh tidur tanpa perlu fikir nak datang lagi kerja malam ni. Yang lagi best malam ni boleh tidur peluk 'bantal busyuk'...


Tengah prepare barang untuk ambil darah. Lalalala... Nyanyi hiburkan hati.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Team Leader!

Assalamualaikum & Hye


Semoga malam ni berlalu dengan penuh kelancaran.. Malam ni kena la tulis report. Huhuhu... Sesapa yang belum tidur tu  jom teman Hana.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 25, 2012

Geng Pecah Kereta

Assalamualaikum & Hye

Datang seorang staff bagitau kami ada cermin kereta kena pecah. Lokasi wisma sejarah. Motif ambil beg yang dia nampak. Mungkin dia ingat beg laptop @ beg yang ada barang berharga.

Moral of the story... Jangan letak beg atas seat kereta anda ya. Walaupun beg itu hanya ada sehelai baju.........dalam. Kita tau la ada apa dalam beg tu. Dia tak tahu. Dia ingat ada la duit ke barang kemas ke laptop ke apa-apa yang berharga la.

Pesanan Penaja--->>>Berhati-hati walau di mana anda berada.



Published with Blogger-droid v2.0.4

Supper!

Assalamualaikum & Hye


Kelaparan.. Huhuhu... Nak beli set punye pun gaji belum dapek. Tadi pun pau duit Hubby.. Ngeee~~~~


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 24, 2012

Malam Yang Kurang Lancar

Assalamualaikum & Hye


Ku harapkan kelancaran dalam menjalankan tugasan malam ni. Rupanya.sangat mencabar tau tak?


Hana paling tak suka nak serve ubat kat pesakit kanak-kanak yang TAK SUKA makan ubat. Kalau yang senang makan ubat puji-puji sikit dah siap telan dah. Kena yang payah macam malam ni alamatnya berejam la mengadap dia.


Kawan-kawan cakap dia okey je sebelum ni. Nak je makan ubat bila bagi. Tapi tadi.Hana masuk nak bagi ubat pukul 10... Yang pukul 8 malam tadi pun tak makan lagi. Tu pun entah la yang pukul 8 punya @ pukul 4 petang punya. Tension betol nak pujuk bagi makan ubat.


Tetiba pulak hidung this little boy berdarah. Alahai.. Satu hal la pulak. Hana cecepat keluar bagitau TL. Dia pun masuk la settle kan adik ni. Hana teruskan kerja yang ter'stuck' tadi. Teruskan bagi ubat kepada pesakit lain pulak.


Dah habis round semua pesakit dewasa, masuk la balik bilik adik tadi. Dah okey tak berdarah dah. Kena la Hana pujuk pulak suruh makan ubat tadi yang tertangguh tu. Payah sungguh la. Kekawan cakap nurse yang kena bagi. Parents dia tak akan bagi. Aduhai.. Lastly dapat bagi dua jenis ubat je (ubat pukul 10 punya). Yang selebihnya maknye kata nak bagi sendiri.


Hana pun tanpa berlengah terus belah la dari situ.


---------------------------------------------


Masa nak datang kerja tadi ingatkan dah bawak semua barang untuk datang kerja. Lastly tertinggal jugak sweater. Adoi Hana..Muda lagi dah pelupa. Memang itulah yang Hana lupa setiap kali kerja malam. Tak la tiap kali.. Jarang-jarang kali. Huhuhu...


Mesej kat Mr. Hubby bagitau terlupa bawak sweater. Kalau tak hujan memang dah mintak tolong datang hantar. Dalam 15minit pastu Hubby call cakap dah nak sampai. Datang jugak hantar kan... Hehehe..


Ni lah salah satu perkara yang buat Hana sayang cinta kasih giler kat Hubby. Bila Hana lupa bawak sweater datang kerja mesti dia akan datang tolong hantarkan kat Hana.


I lurve u so much dear!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Keluar Mencari Rezeki

Assalamualaikum & Hye


Tibalah masanya Hana perlu keluar mencari rezeki. Setelah lama diberi cuti. Malam ni kenalah start keluar cari rezeki semula.


Semoga malam ni semuanya baik-baik belaka. (*_*)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Collagen Product

Assalamualaikum & Hye

Hana sekarang dok terfikir-fikir nak try produk kolagen
yang mana satu.
Ye lah sekarang terlalu banyak produk kolagen di pasaran.
Catalyst collagen lah, soy collagen mangosteen la,
cocoa collagen power plus la.
Dan macam-macam lagi lah. Hana tengah mencari
produk yang tahan halal, tahan sebulan,
& jugak berpatutan harganya.

Hurmm..Apa pendapat anda?
Boleh bagi cadangan sikit?

Start Kerja!

Assalamualaikum & Hye

Today dah start kerja dah. Night duty. SILA tahan mata la ya..
Jangan nak tidur pulak.
Tak tahu la ramai pesakit ke sederhana ke macam mana.
Bulan ni gaji tak ada la elaun malam or locum.
Hurmm..Kurang rezeki bulan ni.

It's okay.
InsyaAllaah..Bulan depan bulan depan depan lagi ke..
Ada la tu kan..

Lama betul bercuti.
Tak tahulah apa yang baru pulak kat ward tu.
Harap semuanya baik-baik saja la.
Lepas ni boleh la start locum semula & kerja dengan
senang hati.
Tak payah nak fikirkan pasal risau itu ini.

Rasa mcam satu bulan kot tak kerja. Huhuhuhu...

Semoga Hati Ini Lebih Tenang

Assalamualaikum & Hye


Entah kenapa pulak lewat malam bagini tiba-tiba sebak itu datang lagi. Kenapa tak pernah ada yang cuba memahami isi hati ini.


Mereka bukan di tempat diri ini berada. Mereka tidak tahu dan tidak merasai apa yang daku rasai. Mereka hanya mahu menyalahkan dan bukan cuba memahami.


Sedih + Pilu + Sebak + Kecewa


I hope when i wake up tomorrow, i will feeling better than today.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 23, 2012

Note @ S2

Assalamualaikum & Hye

Entah kenapa hati ni terpikat kepada yang lain pulak..
Asyik dok terfikirkan samsung galaxy note @ samsung galaxy s2.
Hurmm...Macam mana ni..
Memang kaki gila gadjet la Hana ni..
Kejap nak S2, kejap nak G-Tab  la kejap nak Note la..
Macam la kaya raya duit banyak boleh tukar
handphone macam tukar baju.

Entahlah...

Yang pasti...Hana sangat nak kan salah satu gadjet 
yang disebutkan tadi.
Sekarang Hana nak kumpul duit untuk beli one 
of that gadjet.

But now tak tahu lah nak pilih yang mana..

S2 @ Note..

Which one the best?
Anyone could help me?


VS


Jangan Sampai Terjerut Leher Sendiri

Assalamuaalaikum & Hye

Bukan nak cerita ke apa ni..Sekadar nak bagi nasihat saja. Bila nak buat sesuatu tu, fikirlah masak-masak. Fikir habis-habis. Bila nak buat jahat, fikirlah Allaah S.W.T sentiasa nampak apa yang kita buat. Orang tak tahu tapi DIA tahu. Jangan ikut hawa nafsu. Hawa nafsu tu didorong dek syaitan laknatullah. Dia dah berjanji dengan Allaah S.W.T untuk menghasut manusia ke arah kejahatan.

Bila nak buat apa-apa, fikirlah baik buruknya perbuatan kita. Jangan sampai akhirnya menjerut leher kita sendiri. Bila dah terbuat salah jugak tu...Maka segeralah bertaubat. Allaah S.W.T tu Maha Pengampun. Jangan persoalkan adakah Allaah S.W.T akan terima taubat kita @ tidak. Selagi kita mahu bertaubat...DIA akan menerima. Asalkan kita bersungguh-sungguh nak bertaubat & tak ulangi kesilapan kita.

Kalau silap tu mengaku sajalah. Jangan pulak kata orang lain fitnahkan kita. Padahal memang betul apa yang mereka katakan & bukan fitnah semata-mata. Jangan nak tegakkan benang yang sedia basah. Kalau nak tegakkan jugak, cari benang kering. Baru senang nak ditegakkan,. Kalau dah basah tu, tak adanya dia nak tegak. So tak payah nak tuduh orang pulak fitnahkan kau. Jangan sampai perbuatan kau tu gali kubur sendiri. Ye lah kalau dah terjerut leher sendiri kan...

Gambar hiasan semata-mata

Amboi...Perli Nampak!

Assalamualaikum & Hye


Tadi terasa sakit kepala. Tak tau lah kenapa. Pastu kena perli pulak. Sabar je lah..


'Nape tak masak lempeng ala-ala Hana?'


Ta pe ta pe...Kite ni penyabar..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Segmen : Jom Tingkatkan Follower & Trafik Blog

Assalamualaikum & Hye

Hana sungguh teruja untuk terus join macam-macam
segmen anjuran blogger-blogger ini..
Sebabnya ternyata dengan cara join segmen ni dapat meningkatkan
follower & jugak trafik blog.

So ni Hana nak join pulak segmen anjuran blogger sorang ni.



Sapa nak join? Silakanlah..
Syarat penyertaan? Klik saja banner tu yea.



Tutorial : Header Transparent (Part 2)

Assalamualaikum & Hye

Entri ini sambungan daripada entri INI.
Sorry sebab terpaksa buat satu lagi entri tentang tutorial
header transparent.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas.















 resize pict. tu hana guna microsoft office picture manager saja.






Hope ini dapat membantu anda yang tercari-cari cara lain
yang boleh digunakan untuk hasilkan header 
transparent selain guna software photoshop.

Tutorial : Header Transparent (Part 1)

Assalamualaikum & Hye

Hari ni Hana nak tunjukkan tutorial macam mana nak hasilkan header transparent macam Hana punya..Hehehe..
Ilmu kena kongsi kan? So hari ni Hana nak kongsi ilmu yang Hana ada ni.

No need photoshop bagai tu..Hana pun tak pandai & tak ada pun software photoshop tu. Just gunakan pixlr & fotoflexer saja. Dan semestinya kena ada internet. Kalau tak ada internet tak dapat la nak edit-edit guna photo editor yang Hana bagitau tadi. Jom belajar..Semoga ini dapat membantu anda-anda yang tak pandai macam Hana (*_^). 

Caranya mudah saja. Jom tengok.

Buka website seperti diberikan & ikut arahan seperti dalam gambar.
Klik picture untuk paparan lebih jelas.
























Klik (LINK) untuk ke Tutorial Part 2.


Note : Maaf entri ini sangat panjang.

Sunday, April 22, 2012

Yeyy!!! Akhirnya!!!

Assalamualaikum & Hye

Yessss!!!
Akhirnya berjaya hasilkan header transparent macam orang lain.
Hehehe...

Tak perlukan photoshop bagai tu..
Just guna fotoflexer dan pixlr sahaja.

Sangat berpuas hati untuk permulaan ni.
Hana akan cuba lagi esok..
Header dah bertukar!



Battleship Memang Tak Menghampakan!

Assalamualaikum & Hye

Hari ni rasa best sangat sebab luangkan hujung minggu dengan suami tercinta..Errr..Bunyinya macam tak pernah berhujung minggu bersama suami tercinta je sebelum ni kan..Hari best sebab Mr. Hubby yang ajak keluar bercinta. Teheheheee...
Selalunya Hana yang kena ajak dia keluar baru la kami keluar.

Heheehe...

Dalam pukul 3 petang tadi Mr. Hubby tetiba ajak keluar..Dia ajak ke Wangsa Walk Mall. Hana ingat dia buat lawak. Hana tak kisah sangat pun sebenarnya. So Hana pun bersiap-siap la. Maklum la orang perempuan ni bersiapnya lama. Sejam dua jam tak siap-siap lagi.

Dah siap-siap kami pun bergerak la..Masa nak keluar Mr. Hubby tanya nak ke mana. Hana ikut jer. Maklumlah gaji pun belum lagi. Nak ajak ke sana ke mari pun tak best la kan..So Hana cakap, 'ikut abang lah,'

Mr. Hubby pun hala destinasi kami ke Wangsa Walk Mall. Yang jadi masalah bila ke Wangsa Walk Mall ni adalah parking..Kadang-kadang susah jugak la nak dapatkan parking. Memang ramai yang datang ke WWM ni.
Banyak kali jugak kami pusing-pusing baru la dapat parking.

Mula-mula Mr. Hubby round-round kot kedai game. Pastu tak jumpa kot apa yang dia cari, terus la ke TGV cinema. Tengok movie apa yang best untuk di tengok. Hana dok teringin nak tengok Battleship tu. Katanya deme seronok giler.. Hurmm...Maka tiada keputusan yang dibuat. Kami makan dulu la. Makan dekat Restoran Ayam Penyet. Sedap ayam dengan sambalnya walaupun sambal pedas AMAT!

dari kiri ayam penyet, sup ekor lembu, ikan keli (tak tahu apa nama)

Sambil makan frozen yougurt ini jugak!
Sedap!!!
Yang ni tak ada la dekat dalam restoran tu.
Kedai yougurt ni ada depan restoran tu.

Then pergi la solat asar then ke TGV la untuk tengok wayang.
He choose to watch this....
Yey!!!
Happy rasanya bila Mr. Hubby nak tengok.

Kesimpulan daripada cerita ni memang best la.
Sungguh tak menghampakan..
Walaupun cerita perang tapi sangat mengujakan!

Citer ni macam citer The Darkest Hour.
Sebab apa Hana cakap sama?
Sebab dia punya salah satu attacker daripada alien tu jenis bulat-bulat..
hehehe...
Macam ni lebih kurang la siap ada ekor lagi..

Harap-harap tak ada la alien yang datang attack bumi ku tercinta ni. Kalau ada kiamat saja la maknanya tu kan..Tapi apa pun yang berlaku atas muka bumi Allaah ni disebabkan tangan manusia sendiri.

(^_^)

Opppsss...Cerita belum habis la. Masa nak balik...Masa menuju ke kereta...Tercari-cari la kat belah mana kami parked kereta tadi...Ni la masalah kami bila parked kereta di WWM. Parked belah kiri cari belah kanan. Memang tak jumpa la kan..Hahaha..Teruk sungguh laki bini ni. Okey, ni baru cerita TAMAT.. (: